Tuesday, September 25, 2012

Sehingga jam 10.50pm keputusan terkini di Pilihanraya Kampus Universiti Sains Malaysia berpihak pada Kumpulan Pro Aspirasi Mahasiswa...

Sehingga kini kumpulan Pro Aspirasi Mahasiswa telah memenangi sebanyak 31 kerusi berbanding kumpulan Pro Mahasiswa yang hanya memenangi sebanyak 7 kerusi...

Kerusi yang dipertandingan sebanyak 44 kerusi..

EP ucapkan tahniah pada kumpulan Pro Aspirasi Mahasiswa kerana berjaya mendapat kepercayaan mahasiswa USM...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kemelut antara DAP dan PAS berhubung perlaksanaan hukum hudud makin berpanjangan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini menggelar Nasharudin Mat Isa sebagai 'ejen Umno'.

Sambil menyifatkan bekas Timbalan Presiden PAS itu sebagai seorang yang tidak konsisten, Lim sekali lagi menegaskan bahawa DAP kekal dengan pendirian untuk menolak hukum hudud. "Beliau memang sudah tahu (pendirian DAP).

Semasa jadi Timbalan Presiden PAS beliau tahu mengenai pendirian kita dan ketika itu tak ada masalah. "Mengapa bila sudah tidak jadi (timbalan presiden) baru wujud masalah. Cakap macam ejen Umno pula," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ditanya mengenai gesaan Nasharudin agar beliau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud, Lim bagaimanapun mengelak daripada memberikan sebarang komen.

Selain itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi mengulangi pendirian senadanya dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menolak hudud.

"Kalau nak tanya tentang pendirian, kita amat jelas dengan pendirian ini (tolak hudud) sepanjang masa. Ia amat konsisten, maka tak ada apa-apa perkara baru mengenainya," katanya.

TIGA PENULIS BLOG DIPENJARA

BANDAR RAYA HO CHI MINH - Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik. Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun. Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah. Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu. "Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long. Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah. "Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya. Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut. Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.k Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing. Laman web itu diharamkan di Vietnam. Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi. Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara. *Bayangkan jika Kerajaan Malaysia bertindak macam Kerajaan Vietnam...
Hmm..memang betul apa yang diperkatakan oleh Mansor mengenai perangai Ketua Menteri kesayangannya iaitu..SOMBONG, ANGKUN dan ARROGANT..lupa lak lagi satu.. CORKY...Kalau boleh EP nak tambah lagi satu...BODOH...

Sebab apa EP kata bodoh...Guan Eng cuba untuk meneutralkan kemarahan rakyat mengenai isu pemberian dana asing oleh George Soros kepada puak-puaknya dengan acara sukan yang dipertandingkan di Malaysia 15 tahun yang lepas...

Agak-agak la kalau nak kaitkan Kerajaan BN dengan Israel pun...terima duit dengan terima pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk bertanding sama ke?? Bodoh punya ketua menteri...siap boleh suruh kerajaan minta maaf lagi....hahahahaha...

Dah terang-terang dalam kenyataan Guan Eng menyatakan "kebenaran diberikan oleh perdana menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas semangat kesukanan"....Yang terima dana asing untuk puak-puaknya itu atas semangat apa?? Semangat nak jatuhkan kerajaan yang ada sekarang..tak gitu??

Cuba fikir tengok...tak kan la George Soros saja-saja bagi duit pada  Suara Rakyat Malaysia, Southeast Asia Centre for E-Media dan laman portal Malaysiakini untuk beroperasi tanpa ada sebarang kepentingan... hahahaha...EP rasa budak sekolah rendah pun oleh jawab soalan tu...fikir-fikirkan...


Barisan Nasional (BN) masih belum memohon maaf kerana membenarkan kemasukan pasukan kriket Israel pada tahun 1997, oleh itu, tidak perlulah bising soal pemberiaan dana asing, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. 
“Ada satu perkara yang kita harus bantah sekeras-kerasnya. Peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu, iaitu pasukan kriket Israel dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bermain kriket di Kuala Lumpur.
“Ada satu ‘double-standard’ yang sangat serius. Apabila kerajaan persekutuan buat salah, mereka tak akan mengaku bersalah.
“Dibenarkan (pasukan kriket Israel) oleh kerajaan BN, sehingga sekarang mereka masih lagi belum meminta maaf,” kata beliau selepas melacarkan buku tulisan Dr Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi yang bertajuk Why Listen to the Vice Chancellor.
Pada 21 Mac 1997, pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur. Kebenaran diberikan oleh perdana menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas semangat kesukanan.
Media arus perdana sehingga hari ini masih heboh soal pemberian dana asing terutamanya dari spekulator mata wang George Soros, yang dikatakan mendanai Suara Rakyat Malaysia, Southeast Asia Centre for E-Media dan laman portal Malaysiakini....



Memang jujur & ikhlas ayat yang keluar dari kenyataan Twitter Wardina Safiyyah pagi ini berkaitan tayangan semula sitkom Spanar Jaya di NTV7 hari ini.
Sebenarnya Spanar Jaya sudah kembali ke televisyen sejak beberapa minggu lalu dan peminat mula prihatin dengan imej lama Wardina Safiyyah dalam sitkom tersebut.
“Okay. Spanar Jaya is airing again. I don’t have a TV. Yes, that was lama dulu. Hendak dapat dosa tengoklah, kalau ada rasa segan jangan tengok,” tulis beliau hari ini.
Wardina Safiyyah kemudian mengatakan yang beliau kini dan yang dahulu jauh berbeza dan di’sudut hati beliau tahu yang Tuhan sudah pun memaafkan kesilapan beliau dahulu.
Menyatakan yang sebenarnya beliau tidak kisah dengan penyiaran semula Spanar Jaya, Wardina Safiyyah juga berkata beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang siaran di TV. - Rotikaya





Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang. 

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik. (Terpaksa tolak sebab tak bersedia lagi ke atau tak dapat dapat tawaran rasmi lagi dari PAS...biasala nak                                                                                      

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.  

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.


"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.


Aishah, bekas pelajar Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di sebuah kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang kata putus dari pihaknya atau PAS walaupun beliau mempunyai peluang besar di sana.

Menurut Aishah, tekadnya hanya satu  ketika mengisi borang keahlian PAS, iaitu untuk menjadi jentera PAS untuk memastikan PAS melangkah ke Putrajaya.

Sebagai golongan artis jelasnya, kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya turut serta ke program yang PAS anjurkan.

"Bila mereka (peminat) datang bertemu di majlis anjuran PAS sekaligus memberi 'point' pada PAS itu sendiri. 

"Tambahan lagi bila saya ceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui setelah aduan kepada Menteri yang terlibat dengan Hal Ehwal Wanita tidak diendahkan pasti ada yang simpati dan mengangap Barisan Nasional  (BN) bukan tempatnya bergantung harap sebab orang yang ada nama pun tidak diberikan perhatian apatah lagi masyarakat biasa," ceritanya pada ratusan hadirin. - HARAMKAH

**Patutla si Aishah beriya-iya tolong PAS memburukkan kerajaan dalam ceramahnya..Teringin nak jadi calon rupanya...Yang bestnya Aishah kata dia tak sedia lagi nak bertanding tapi tempat dan peluang kemenangan dia dah tahu...hebat kan... 

Lagi satu..Aishsh sendiri dah mengaku yang PAS hanya peralatkan artis untuk meraih sokongan dari peminatnya...tak lebih dari itu.."kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya"..

***Elok la tu..lepas ni tajuk lagu JANJI MANISMU bolehla ditukarkan pada JANJI MANISKU...hahaha...baru kena dengan perjuangan PR...



Fuyoo..Anwar Ibrahim kata pinjam jet  macam pinjam kereta. Jadi apa yang kecoh sangat? Mak aii...pinjam jet macam pinjam kereta...hebat tu...Tak pernah lagi seumur hidup EP dengar perumpamaan macam tu...EP nak pinjam jet tu boleh tak...nak pi jalan-jalan dengan family sebab tempat yang EP nak pi tak de connecting flight...hahahaha



Maklumat yang diperoleh dari beberapa blog yang terkemuka di Malaya menyatakan jet peribadi yang ditaja@disewa kepada Anwar milik@operator@ajen tempatan ialah Dato' Mohamad Taufik bin Haji Omar. Siapa Dato' Mohamad Taufik bin Haji Omar ni dan apa hubungan Dato'ni dengan Anwar sampai Anwar boleh kata pinjam jet peribadi sama macam pinjam kereta...

Berikut merupakan latar belakang  Dato' Mohamad Taufik bin Haji Omar... 





Dato' Mohamad Taufik bin Haji Omar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Vasetti Group..Sebuah syarikat antarabangsa...

dan juga peminat Bollywood..

The musical is brought in by Asiapromote Ventures Sdn. Bhd. and LD Sports Sdn. Bhd. Dato’ Mohamed Taufik bin Haji Omar, Chairman, LD Sports said, “Bollywood is the epicentre of the thriving South Asian film industry and Bollywood films tend to be song and dance extravaganzas. Anyone who loves the theatre will be blown away by the musical’s pulsating rhythm, Technicolour beauty and exotic milieu. I believe The Merchants of Bollywood will unleash its magic on Kuala Lumpur and the country. He added, “The staging of the musical during the Kuala Lumpur Festival will contribute to making Kuala Lumpur a hub for arts and culture.”

Sebelum ini Portal Mole telah berusaha mendapatkan komen atau penjelasan dari  Dato' Mohamad Taufik bin Haji Omar sendiri mengenai isu ini  tetapi malangnya beliau enggan memberi sebarang komen. Anwar suruh diam kot??...hehehehe

Sama-sama kita nantikan kesudahannya....hehehehe


MENARIK : KALAU SAYA JADI PM....


Artikel menarik untuk dikongsi...bak kata pepatah orang putih sharing is caring...


Last week, I was with a few friends and the conversation entered around the price of things in Malaysia. The common grouse was things are expensive. Cars are expensive, petrol is expensive, cigarettes are expensive, beer is expensive, houses are expensive, etc, etc. My friends who run businesses complained that the salaries are expensive. I can understand people grumble about the price of stuff. Nobody wants to pay high prices.

There were blames all around. Some blamed government policies for the high prices. They blamed the Americans and the Europeans for our high prices. They blamed private businesses for making too much profit. They blamed middlemen. They blamed Indonesians and Bangladeshis for pushing salaries low (not realising that if the Indonesian and Bangladeshi asked for higher salaries, the prices of other goods and services will go up). One guy even blamed Singaporeans for the prices of goods in Malaysia.

Before I proceed, I ask you to ponder over these :

Many people from Peninsular Malaysia, when they go to Sabah, will always buy salted fish, ikan bilis and frozen seafood to bring back home. Those things are cheaper in KK compared to KL. Do you know why?

When I go back to my kampong in the “small town” of Sitiawan, Perak, the price of many things (such as toothpaste, chocolates, biscuits, wine and cooking oil) are more expensive that what I pay in Carrefour or Mydin in the “big city” of Subang Jaya. Do you know why?

Petrol and diesel are controlled items. The price is the same all over the country. Actually no. If you have been to Bario and Bakelalan in Sarawak, you would have learnt that a litre of diesel costs over RM 6 which is 4 times the price in Miri or Kuching. Do you know why?

If you have climbed Mount Kinabalu, you would have learnt that a can of Coke costs RM 8 at Laban Rata. In Kota Kinabalu, the same can of Coke costs RM 1.50. Do you know why?

When I was doing my post-graduate research in Manchester in the 90’s, many things were very expensive. But books were cheap. Clark shoes were cheap. Cherries were cheap. (i.e. cheap meaning cheaper than in Malaysia). Do you know why?

I was trekking in Nepal in 2011. A packet of potato crisps costs me about RM 2 in Katmandu. The same packet cost me about RM 8 in Namche Bazaar, RM 10 in Dingboche and RM 15 at Lobuche – little villages in the Himalayas. Do you know why?

A lot of things are cheaper in Indonesia than in Malaysia. But not all. I learnt that cooking gas is expensive. Do you know why?

My work took me to Bangladesh in 2009 and 2010. I learnt that jackfruit (nangka) is very cheap in Dhaka. You can buy a big fruit for RM 5 (the same big fruit would cost you RM 50 in KL). But I also found out that eyedrops were very expensive. I purchased a small vial of eyedrops for about RM25, the same vial would have only cost me RM 5 in KL. Do you know why?

Have you wondered why cars are relatively cheap in the US but haircuts are damn expensive? It costs you 10 times more to get a haircut in Los Angeles compared to getting one in say KL or Jakarta? Do you know why?

I have been to Italy 7 times. Almost everything there is more expensive than in Malaysia. But high-quality shoes are cheaper than they are in Malaysia. The locally produced liquor Lemoncello and Marsala wine are, of course, much cheaper than those found in Malaysia. Do you know why?

Many west African countries produce and export cocoa. But high quality chocolates are expensive in those countries compared to the prices in Europe. Do you know why?

The prices of houses in Japan, especially in urban area, are ridiculously expensive – probably 10 times the prices in Malaysia. Do you know why?

Labour costs (salaries) are lower in Sabah and Sarawak compared to KL. Labour costs in Kelantan, Pahang, Terengganu and Perak are also lower than those in KL. But the labour costs in KL are much lower than that in Singapore. And the labour costs in Singapore are much lower than those in Germany. Do you know why?

A plate of nice crunchy pisang goreng (8 pieces) in Nabawan (in the interior of Sabah) costs only RM 1. The same plate costs RM 2 in Kota Kinabalu. It cost about RM 3 in KL. Do you know why?

There is a place north of ChiangMai, Thailand where they have planted macadamia. You can buys packets of macadamia nuts rather cheaply. But macadamia nuts cost a bomb in KL. Do you know why?

The cost of computers has declined significantly over the past 20 years. A computer in the 1980s with the same computing power and storage capacity of my notebook would have cost more than USD 1 million. Do you know why?

Many things are cheap in India. However the hotel room rates in big cities in India are damn expensive. A room that costs RM 200 in KL will easily cost RM 700 in Delhi or RM 1000 in Mumbai. Do you know why?


Complaints over the price of goods and services are common all over the world. Every single country I have visited, the locals have the same complaints - that prices of goods are high. Singaporeans, Australians, Indians, Nepalis, Bangladeshis, Thais, Italians, British, Dutch, Indonesians, Americans, Vietnamese, etc. – everyone has the same complaints [note : Singaporeans are the biggest whiners]. 

This is not new – people have complained about high prices for generations.  In fact, complains  over rising prices have been very common all over the world in the past - including in Europe and the US. People in Europe have even rioted over the price of theater tickets and the price of beer.

I think it is important that we try to really understand why things cost what they cost. A thousand and one things affect the price of goods and services. The cost of labour, the cost of transportation, the cost of raw materials, taxes and duties, government policies, social engineering measures, demand, supply, weather and of course, corrupt practices and profiteering. [Cutting corrupt practices and improving efficiency will of course help lower costs - but try telling the Singaporeans about this].

But end of the day, it is you and I who collectively determine prices through our demand for goods and services viz the availability of such goods and services.

Simply blaming policies, private companies, Singaporeans, weather, the Olympic games, etc, etc won’t help bring prices down. Before you blame others for things being cheaper or costlier in some places, we need to do our homework thoroughly.

Otherwise, we could end up implementing wrong policies or measures simply because some hare-brained politician wants to win votes. [anyone who claims “kalau saya jadi PM, harga barang turun” is simply misleading the people]. The government may be able to cause prices of a few goods go down in the short-term but can never beat the market forces in the long-term. MonyetKing



EP tak pasti sama ada video ini di edit atau tidak...tapi pasti ada penjelasan yang munasabah mengenai video ini...

**Video yang sah-sah nampak muka pun boleh kata tipu..inikan pula video yang macam ni...
The clip shows an intersection at night. From the rear of the screen, a truck approaches. Then, from the left of the screen, a bicycle enters the roadway. There’s no way for the truck to avoid the biker, but the driver slams on the brakes. And at that precise moment, something very strange happens. 
A figure dashes in from the right and the biker disappears just as he would have been hit by the truck! 
The truck is comes to a stop, and the driver clambers out of the cab, looking underneath the truck for a body, but finds nothing. Although he wasn’t going very fast, was the biker perhaps flung off-screen?
No, the driver looks confusedly around the intersection, but can’t locate the biker. The bike itself is now miraculously at the back of the screen, next to two people who weren’t there before.

Monday, September 24, 2012


Tak sangka EP..rupa-rupanya ramai betul lesbian Melayu di Malaysia ni...Dunia..oh dunia...Nak kata kat Malaysia ni tak cukup lelaki...tak mungkin sebab ramai lagi kawan-kawan EP yang masih membujang?? Apa yang best sangat bila bercouple sama-sama mereka?? Bukannya boleh bernikah pun...lagipun agama pun dah kata haram...buat apa cari penyakit...

Khabarnya gambar ini diambil dihadapan Pavillion, KL...ni mesti kes nak membuktikan kesetiaan mereka terhadap hubungan yang terlarang ini...sebab tu mereka bercumbu di khalayak ramai dan gambar ini boleh menjadi saksi....romentiknya..

INI LAGI MENARIK...LESBIAN BUKA SELUAR SEMASA BERGAMBAR...KLIK SINI

Apa!!..populariti ostazah segera keluaran PAS semakin merundum...biar betul?? Macam mana perkara ni boleh jadi...macam tak percaya je...Kalau dulu....bila ostazah segera ni berceramah je..mesti tak kurang daripada seribu orang yang akan datang untuk mendengar ceramahnya...Sebab tu PAS bayar upah yang tinggi pada ostazah segera ni untuk burukkan kerajaan...

Sampai ada orang kata ostazah segera ni bukannya berceramah pun...tapi jual muka dan body untuk dapat bayaran yang tinggi...Yela...bila ustaz datang berceramah PAS cuma bayar RM200 ke RM300 je..Tapi bila MakJan ni berceramah..PAS sanggup bayar ribuan ringgit...Apa kelebihan ostazah segera ni berbanding ustaz yang lain??

Tapi sekarang populariti ostazah segera ni dah tak macam dulu lagi...dah tak bergetah macam dulu...Yela..siapa yang suka ostazah yang berlagak macam ni...Bukan setakat Ustaz Azhar Idrus diajarnya..Bekas Mufti Perlis dan Ulamak Muda UMNO yang mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama pun ditegurnya...hebatkan ostazah segera ni...

Cuba tengok gambar-gambar terbarunya semasa memberi ceramah  di Kampung Ara Payong di Batu Gajah Perak semalam...Kesian betul...cuma jawatankuasa PAS kampung tersebut je yang datang untuk mendengar ceramahnya...Walaupun agak terkilan dengan kehadiran sebab yang dijanjikan seramai 3000 orang akan hadir untuk mendengar ceramahnya pada malam itu...Ceramah terpaksa diteruskan...sebab duit pendahuluan dah ambik...hehehehehe...




**Selepas tak laku nak berceramah lagi...agaknya apa yang ostazah segera ni akan buat lepas ni???

A.Kahwin dengan ahli politik yang kaya
B. Menyesal menyertai PAS dengan alasan dia digunakan untuk kepentingan politik
C. ....

Hahahaha...Ini baru betul-betul CAT...EP rasa lebih baik Mansor letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang...sebabnya 1 Malaysia dah tahu yang dia seorang penipu...Beriya-iya Mansor menafikan pada wartawan tempoh hari yang dia tak panggil Lim Guan Eng SOMBONG, ANGKUN dan ARROGANT...Tapi hari ini TV3 telah berjaya kantoikan penipuannya itu....Lagipu macam mana Mansor nak berkerja dengan Guan Eng lepas insiden ni...tak kan 24 jam nak belakon je...hahahahaha


Kantoi menipu tu satu hal..tapi apa yang dikatakan oleh Mansor ada kebenarannya... Guan Eng memang sombang, angkuh dan penuh dengan putar belit...itu tidak dapat dinafikan...Dia ingat Pulau Pinang ni KELUARGA LIM yang punya...semua orang kena ikut cakapnya...Jika tidak, mana mungkin Mansor sanggup keluarkan kenyataan seperti ini terhadap Ketua Menteri kesayangannya...


Ini baru sikit...antara DAP dengan PKR...Isu dalaman PKR pun berlambak yang belum diselesaikan...Pas tak yah nak cerita la...layak jadi mayat hidup je di Pulau Pinang...rakyat Pulau Pinang belum lagi tengok bagaimana Mansor dengan Malik Itik berebut jawatan Timbalan Ketua Menteri 1...Agak-agaknya siapalah yang gatal merakam perbincangan mesyuarat PKR tu...EP rasa mesti orang tu ada kepentingan peribadi....

Inilah realiti sebenar Kerajaan Pakatan Rakyat...Hanya cantik diluar tetapi busuk didalam....Mansor sendiri telah berkata...DAP hanya mahukan 21 kerusi supaya mereka dapat membentuk kerajaan mereka sendiri di Pulau Pinang...

Cuba bayangkan apa kan jadi pada nasib orang Melayu di Pulau Pinang jika hasrat Guan Eng tercapai....Pulau Pinang confirm akan jadi macam Singapura....fikir-fikirkan..

**Agak-agaknya Malik Kasim tersenyum tak bila tengok buletin utama TV3 sebentar tadi??



Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang...berani tak bertempat..dah terang-terang perbuatan mereka ini salah tapi dengan bangganya mereka upload gambar aksi tak senonoh ni dalam facebook? Kat mana agaknya otak mereka ni?? Kalau ye pun fikir la dulu sebelum bertindak. Malu la sikit....ingat elok ke bergambar dengan seluar terbuka dekat mangkuk tandas....iskh..iskh..iskh



Inilah masalahnya bila pihak bertanggungjawab cuba untuk membantras gejala yang tak senonoh ini tetapi ada satu pihak lagi cuba mengambil kesempatan untuk membela mereka...menggunakan alasan hak asasi manusia..

EP harap semoga mereka-mereka yang berada dalam gambar ini cepat-cepatlah bertaubat. Pengajaran yang boleh diambil ialah keruntuhan akhlak pelajar kita berada pada tahap membimbangkan justeru itu EP harap semua pihak memainkan peranan untuk  mencegah kemungkaran ini., bukan hanya pandai mengata dan mengambil kesempatan diatas kelemahan ini...





Anwar kata ditaja manakala Tian Chua pula kata disewa...??Anwar kata jet tersebut milik kenalannya iaitu seorang businessman KL...tapi lain pula pendedahan yang dibuat oleh blogger StopTheLies...Yang mana satu betul ni...
We have obtained more information about this Great Chameleon’s trip to Sabah and Sarawak on Sept 16.
The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York.
It’s an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate.
The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental. 
Ini pula kenyataan Anwar..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan 'tajaan' daripada seorang kenalan.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan 'tajaan' seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.



"Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya...saya nak pinjam," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.

"Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpengkalan di Kuala Lumpur.

"Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan," katanya.

Media hari ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di internet.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.

"Mengapa kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook," katanya.

Dalam pada itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.

"Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor...tapi tak ada," katanya.

Kelakar juga Anwar ni...sempat lagi nak buat lawak...Agak-agak la...ingat rakyat bodoh ke..kalau ada kepentingan pun..minta tanah ke atau minta projek ke...tak kan la Anwar nak bagi tau pada rakyat...sendiri makan sendiri simpan laa...bodohla kalau dedahkan pada rakyat....itu kantoikan diri sendiri namanya....




Sunday, September 23, 2012

SAYA SEDIH...- TUN DR MAHATHIR


Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.


Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.

Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.
"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.


Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.



Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.



Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.



Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.



"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi. Sinar Harian

Saturday, September 22, 2012


EP ingat kebanyakan lelaki di Korea sudah biasa melihat tarian K-pop yang agak seksi seperti ini...KPOP kan berasal dari Korea...Jadi lelaki-lelaki di Korea mungkin sudah lali melihat tarian seperti ini...Rupa-rupanya sangkaan EP silap setelah melihat video ini...

Ini reaksi sekumpulan pelajar kejuruteraan di Korea apabila melihat tarian KPOP seksi (Waveya) dipersembahkan dihadapan mereka secara LIVE...amat mengejutkan....Kalau tak percaya...cuba tengok video dibawah ini...




Tarikh 16 September 2012 berlalu dengan semangat dan komitmen baru kalangan pemimpin Malaysia untuk meneguh 'semangat 16 September 1963' yang menjadi teras aspirasi pimpinan negara terdahulu.

Sambutan yang disempurnakan di Bintulu, Sarawak berlangsung dengan sangat meriah, dihadiri oleh ribuan rakyat yang mahu sama-sama meraikan Hari Malaysia dengan semangat yang tinggi dan utuh.

Mungkin ramai juga rakyat yang terhimbau dengan sejarah beberapa tahun lalu, sekitar Mac-September 2008, di mana kuatnya ura-ura Malaysia akan menyaksikan perubahan kepimpinan secara 'jual beli'. Tanpa berselindung, cubaan demi cubaan dilakukan untuk membolehkan satu perubahan politik dilakukan melalui jalan belakang. Sememangnya pada tempoh yang tidak menentu itu, gegak gempita bunyinya bahawa Malaysia akan menyaksikan perubahan politik yang sangat besar.

Dek kerana terlalu percaya dengan kekuatan dan karisma peribadi, tampil seorang individu yang amat yakin bahawa dia bakal mendapat mandat dan kepercayaan kalangan Ahli Dewan Rakyat untuk menukar kerajaan. Ramai juga yang mula risau bahawa akan berlaku suasana politik yang tidak menentu. Mandat rakyat sudah bertukar menjadi 'komoditi politik' yang mahu ditukar tangan di atas pentas jual beli pengaruh yang disediakan oleh individu terbabit.

Seorang ulama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah berkata dan mempertahankan pandangan bahawa pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

"Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti Keadilan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.

"Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah sekitar 2008.

Malangnya, plot ceritera politik tidak berlaku seperti yang diharapkan. Proses jual beli tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan. Akhirnya, kerajaan yang ada kekal memimpin Malaysia sehingga menjelangnya tarikh 16 September 2012.

Mungkin benar kata Tuan Guru, tidak ada istilah angan-angan Mat Jenin dalam politik - namun apakah matlamat boleh menghalalkan cara, semata-mata mahu mendapatkan tampuk kuasa? SETERUSNYA


Sebelum ini pemimpin pembangkang sering menuduh kerajaan BN sebagai boros dan suka membazir. Dan untuk menunjukkan bahawa mereka 'walk their talk', maka kita didendangkan dengan pelbagai foto dan twitter pemimpin pembangkang 'sanggup' menggunakan Air Asia, kos murah.

Ketika itu, ramai penyoking pembangkang yang 'kagum dan terharu' dengan sikap pemimpin pembangkang yang 'sanggup bersama-sama rakyat' di penerbangan kos rendah.

Tetapi malangnya, pemimpin pembangkang itu hanya sekadar lakonan dan buat sementara waktu sahaja. 'Walk their talk' hanya sekadar membohongi rakyat sekalian.

Cerita terbaru tentang Anwar Ibrahim beraksi dalam private jet bersama beberapa kepimpinan parti pembangkang sudah tentu menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat.

Rakyat sudah pasti ingin tahu kewujudan jet peribadi, pemilik dan kaitannya dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang.

Dalam masa yang sama, foto-foto dalam jet peribadi itu akan memualkan rakyat yang sering mengaitkan pemimpin politik sebagai elitis, suka menunjuk-nunjuk dan tidak sedar diri.

Kemewahan interior design bas 2 tingkat Anwar merupakan satu lagi perkara yang mendatangkan mual rakyat.

Persoalan besar ialah apakah Anwar Ibrahim berani menjawab soalan-soalan yang diutarakan di bawah? -Dr MiM

Sila baca :
AIDCNews – 21/09/12 – Facebooker ANTI-Semua-Salah-UMNO-ASSU menyiarkan foto-foto koleksi pemimpin PKR  termasuk ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah jet peribadi yang didakwa dipetik dari facebook Naib Presiden PKR, Tian Chua.

"Jika sebelum ini mereka bermewah-mewah dengan bas RM500K, kini beralih rasa kepada jet peribadi pula! Dan lebih parah, ini semua berlaku ketika mana mereka hanya menguasai beberapa negeri sahaja!“

 
"Apkah kepentingan pembelian jet mewah peribadi ini kepada rakyat di bawah pentadbiran PR?!!“Perkara ini didedahkan sendiri oleh Tian Chua secara tidak sengaja melalui ruang sosial,” dakwa facebooker itu.

Facebooker itu juga turut mencabar Anwar menafikan penyiaran foto-foto tersebut.

"Bayangkanlah, kalau Penasihat Ekonomi Negeri yang bergaji RM 1 pun boleh melodehkan wang rakyat ke tahap ini, cuba fikir-fikirkan apa pula yang MB dan barisan exco-exconya boleh buat ke atas kekayaan Negeri…

"Beranikah Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan rasmi menolak gambar-gambar yang disebarkan sendiri oleh ahli Parlimen Batu, Tian Chua,” cabarnya.

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.