Tuesday, September 18, 2012



Hahahaha...bila dah kantoi...mulalah nak mengelabah...niat asal sebenarnya nak politikkan isu hina Nabi Muhammad SAW..supaya PAS dan UMNO tidak bersatu dalam mengadakan demo menentang penyebaran filem Innocence of Muslims tapi lain pula jadinya...

Oleh kerana kebodohan seorang pemimpin DAP yang rasis ini meng'tweet' dan persoalkan perkara yang tidak sepatutnya dipersoalkan...Ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam bangkit dan mengencam tindakan bodoh pemimpin ini.. 

Bila keadaan dah jadi huru-hara..mulalah nak putar belit cerita..kononnya mesej yang di'tweet' itu hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak....hahahahaha...MEMADAI ATAU TIDAK???

Cuba baca kembali apa yang di'tweet' oleh Ngeh Koo Ham ini...


ARE MUSLIMS WASTING TOO MUCH TIME & ENERGY ON THIS?..bukan ke perkataan TOO membawa maksud TERLAMPAU...bila pula ada perkataan memadai atau tidak??...

Tak perlulah nak berdolak dalih nak betulkan isu ini kerana...terlajak perahu boleh undur..tapi kalau terlajak tweet...bodohlah namanya..rakyat boleh lihat sendiri bagaimana rasisnya pemimpin DAP yang ada di Malaysia...sehinggakan Orang Islam di dunia nak pertahankan maruah agama sendiri pun dipersoalkan...itu belum lagi perolehi kuasa lagi...fikir-fikirkan...

“Jangan jadikan saya seolah-olah anti-Islam." Demikian penjelasan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di Twitter yang dikatakan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.
Koo Ham ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.
Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak. SETERUSNYA...

Inilah pemimpin DAP...BIADAP dan KURANG AJAR...Belum pegang kuasa dah berani bersuara dan mempertikaikan tindakkan Islam dalam mempertahankan maruah agama dan nama baik Nabi Muhammad SAW! Cuba tengok apa yang pemimpin DAP ini tweet...


Sepatutnya sebagai seorang pemimpin di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum...cina celaka ini sepatutntya sensitif bila hendak mengeluarkan kenyataan..tambah-tambah bila melibatkan isu agama...tapi cina celaka ini cuba untuk mempolitikkan isu yang melibatkan maruah agama Islam..Macam mana agaknya kalau celaka-celaka ni pegang Malaysia.. Rasanya siapa yang bua

Agaknya DAP rasa terancam dan tertekan kot bila UMNO dan PAS berganding bahu dalam mempertahankan Islam??Tu yang buat kenyataan bodoh macam ni..

SHAH ALAM – “Kami Pemuda Umno dah biasa dengan sikap DAP yang tidak menghormati perasaan umat Islam.” 
Demikian reaksi Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin mengulas mesej Twitter Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham kelmarin mengenai perhimpunan yang bakal diadakan Jumaat ini. 
Kata Khairy, “Jelas tweet Ngeh menunjukkan bahawa beliau dan DAP keseluruhannya amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam dan membuktikan bahawa mereka tidak memahami langusung perasaan umat dan juga kedudukan Nabi (Muhammad) SAW dalam Islam.” 
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim. 

“Saya harap Pas sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu,” kata beliau lagi. 
Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, “Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?”



Pakatan semakin bangkrap idea dan cara untuk berhadapan dengan BN. Pakatan semakin gagal menterjemahkan politik secara rasional dan beradab.
Hari ini bontot dan tapak kaki pun turut dijadikan modal untuk menghina pemimpin negara.
Bendera rasmi negara yang sudah diterima bulat-bulat oleh rakyat negara ini selama lebih 55 tahun turut dijadikan barang permainan. Perkara yang kita tidak pernah terfikir akan dijadikan isu telah diolah menjadi suatu isu.
Mak kencing duduk, ayah kencing berdiri, anak kencing berlari. Pengikut pakatan semakin tidak mampu lagi menggunakan akal secara rasional. Kewarasan politik sudah berada di bawah par adab kemanusiaan.
Semua petunjuk ini membayangkan kebangkrapan idea pemimpin pakatan sudah mencapai tahap maksima.
Terbaru, kisah bas mewah PKR disimbah cat. Sebelum subuh bas disimbah. Selepas subuh mereka sudah tuduh UMNO buat semua kerja jahat ini. Selepas duha sudah pertikai polis selalunya tidak respon dengan puluhan lapuran polis yang dibuat oleh pakatan.
Sungguh cantik susunan cerita bagi mengalih pandangan rakyat dari isu bas mewah kepada kejahatan kononnya tak lain tak bukan, dilakukan oleh UMNO. Tak ko cilako punyo kojo.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah jiwa pemimpin pakatan, khususnya Anwar sudah terperangkap dengan perasaan “tidak mahu menerima kenyataan”.
Sebagai orang politik, mereka cepat membaca sesuatu. Mereka sedar bahawa “keadaan  yang berlaku semakin tidak menyebelahi mereka lagi”.
Tong gas silinder yang selama ini dipenuhi dengan gas beracun yang digunakan untuk memanaskan suhu kebencian rakyat terhadap BN sudah beransur kehabisan gas. Apabila gas beracun semakin kehabisan, api kepanasan dan kebencian rakyat terhadap BN pun beransur sejuk.
Keadaan ini yang seboleh-bolehnya yang yang mahu dikekang oleh pakatan.
Sifat tidak mahu menerima kenyataan inilah yang menyebabkan mereka semakin hilang punca dan pedoman. Tongkat dan ular pun mereka anggap tiada beza.
Antara lubang jamban dan gambar PM pun mereka sudah tidak kenal. Kaki makan aiskrim dalam jamban mereka muliakan, gambar PM dihina dan dibontot-bontotkan. Shamsidar Taharin dipertahankan, Rosmah dihina habis-habisan.
Kebencian dan dendam kesumat bermaharajalela, diangkat hingga ke mimbar-mimbar khutbah untuk memotivasi perjuangan penyokong mereka agar menjadi lebih taksub.  Fakta, keadilan dan kebenaran untuk dinilai secara waras telah digantikan dengan sentimen kebencian yang meluap-luap.
Puak Pas yang rata-ratanya berilmu tinggi sepatutnya maklum sesangat bahawa tidak mungkin semua perbuatan kotor ini akan mendapat keredhaan Allah. Allah tidak mungkin boleh diajak bersubahat dan bertindak sepertimana hambaNya yang sering melindungi semua kerja kotor di bawah karpet.
Pembangkang janganlah mengharapkan Allah akan menurut saja segala  kehendak dan citarasa mereka.
Jangan cuba menghina Allah swt sehingga menyamatarafkan Allah dengan para pengikut taksub mereka yang begitu mudah “diayat” dan “dikudakan” melalui pelbagai helah politik.
Jalan menuju ke Putrajaya buat pakatan semakin tertutup. Pakatan terpaksa mengorek jalan bawah tanah atau secara gerakan subversif dengan melanggar segala etika dan adab-adap demokrasi demi untuk meloloskan diri ke Putrajaya di atas jalan machiaveili… Cara haram, cara halal, cara adil dan cara zalim semua diadunkan sekali.
Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)

Thursday, September 13, 2012


Selebriti terkenal dari Indonesia, Julia Perez ataupun Jupe, baru pulang dari menunaikan umrah bulan lepas. Mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi Jupe, melakukan perkara yang pelik bukan lagi satu masalah baginya.



Terbaru dia telah menari ala ‘striptease’ di sebuah tiang lampu di Gatot Subroto, Jakarta Selatan.

Menurut laporan detikoto, perkara ini dilakukan oleh Jupe kerana dia mahu menunaikan nazar (janji) yang telah dibuatnya sebelum ini.

Jupe dalam kenyataannya sebelum ini berkata, “Kalau saya sampai satu juta follower di Twitter saya akan strip di lampu merah.”

Dan 7 Ogos menjadi saksi apabila pengikut Jupe di laman Twitter-nya telahpun mencapai 1 juta. Aksi Jupe yang mengghairahkan itu telah menarik pandangan ramai pengguna lalulintas, namun tiada kemalangan dilaporkan.

Walaubagaimanapun, Jupe turut memberitahu dia merasa malu untuk melakukan perkara itu namun dia harus mengotakan janjinya agak tidak dianggap penipu oleh peminatnya.

“Saya nggak mau dibilang bohong. Takut saya dibilang sarap.” -MyNewsHub





Penceramah terbaru Pas, Abby Abadi kecewa kerana terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepadanya selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.


Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.

**cepat-cepatlah nikah ostazah Abby oiii...tak payah susah-susah nak ceramah sana sini nak masuk syurga...jaga suami dengan baik pun dah boleh masuk syurga....



Pemuda Umno mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile, yang menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW, bahkan al-Quran serta para sahabat Baginda.
 
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai umat Islam, penerbitan berbentuk provokasi liar, biadab dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama seperti ini tidak harus berlaku.
 
Menurutnya, oleh sebab itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat perlu mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbit filem ini, yang jelas telah membangkitkan kemarahan jutaan umat Islam seluruh dunia.
 
“Pada masa yang sama Pemuda Umno berpendirian bahawa segala reaksi dan bantahan hendaklah dengan aman sejajar dengan ajaran agama Islam yang mengingatkan penganutnya daripada bertindak melampaui batas.
 
“Ingatlah ketika Nabi Muhammad SAW dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah sendiri,” katanya.
 
Kelmarin, Duta Amerika Syarikat ke Libya, Christopher Stevens terbunuh apabila ratusan demonstran yang marah dengan penerbitan filem itu menggempur bangunan kedutaan di Benghazi.
 
Treler filem selama 14 minit Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile, 52, menerima kecaman banyak pihak terutamanya umat Islam selepas ia dimuat naik ke dalam laman Youtube.
 
Wall Street Journal melaporkan Bacile turut menerima bantuan berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) daripada kira-kira 100 bangsa Yahudi untuk membuat filem yang sengaja memburuk-burukkan sifat Nabi Muhammad SAW.


Hahaha...Sampai bodyguard pun Wan Azizah kena tentukan...Apa nak buat...dah nasib badan... Kalau sesiapa pun yang bersuamikan Anwar sudah pasti akan susah hati apabila Anwar dikelilingi oleh lelaki..tambah-tambah lagi lelaki yang jambu dan sasa...nak buat macam mana.....Sebab itu Wan Azizah ambil berat hal ini...dia dah tak sanggup melihat pisang berbuah berkali-kali...hahahaha

Ikuti pendedahan yang dibuat oleh Suara Pakatan Rakyat mengenai isu jumlah bodyguard Anwar yang ditentukan oleh Wan Azizah..


PENULIS dimaklumkan bahawa jumlah pengawal peribadi dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang adalah ditentukan oleh isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Ismail. 
Buat masa sekarang, penulis dimaklumkan bahawa Anwar dikelilingi antara 4-5 orang pengawal peribadi rapat, tidak termasuk beberapa orang lagi pengawal pengiring yang bertindak mengawal kenderaan yang dinaiki beliau.
Jumlah sedia ada sekarang disifatkan sesetengah terlalu ramai walaupun penulis rasa, tidak akan ada sesiapa yang mahu membantah kalau tujuannya untuk memastikan keselamatan Anwar terjamin - tak kisahlah pun berapa ramai orang diperlukan dan berapa tinggi belanjanya. seterusnya

Dalam kekecohan penyanyi wanita, Mizz Nina yang dihentam teruk kerana terlibat mengadakan persembahan sempena Guinness Arthur’s Day, rakan persembahan Mizz Nina, Ning Baizura tidak pula banyak berbicara.

Hanya Mizz Nina sahaja yang bersungguh-sungguh menjawab segala pertanyaan ramai pihak kepada dirinya. Malah, Mizz Nina turut mempersoalkan kenapa baru sekarang pihak-pihak tertentu membangkitkan isu dia mengadakan persembahan yang bersangkut-paut dengan hal arak.

Lain pula bagi pihak Ning Baizura. Ning melalui laman rasminya, ning-baizura.com, telah menyatakan dengan jelas tidak tahu yang dirinya terlibat dalam persembahan Guinness Arthurs’ Day.

Pada mulanya, dia dimaklumkan yang dia hanya ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk mengadakan persembahan pada 28 September depan dan bukanlah pihak Guinness Anchor Berhad (GAB).

“Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB,” tulis Ning di laman rasminya.

Selain itu, Ning turut menjelaskan yang wajahnya telah diguna pakai untuk poster promosi hari tersebut oleh pihak GAB tanpa izinnya.

Justeru itu, tegas Ning lagi, dia telah menarik diri dari sebarang acara yang diuruskan oleh pihak Souled Out di Mont Kiara.

“Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

**Adakah Ning akan menyaman pihak Guinness Anchor Berhad kerana isu ini...sama-sama kita tunggu...



Debat yang sepatutnya berlangsung antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee  Yong berkaitan isu penyelewengan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) malam ini tidak menjadi realiti apabila Abdul Khalid gagal menampilkan diri.

Beliau dikatakan berada di Bangkok, Thailand atas urusan yang tidak mampu diperjelaskan oleh wakil-wakilnya yang hadir malam ini.

Sebaliknya, empat orang wakil Abdul Khalid yang dihantar untuk berdebat dengan Tee Yong berkaitan isu dakwaan penyelewengan itu juga bertindak keluar dewan selepas duduk seketika apabila Tee Yong dengan jelas menyatakan beliau enggan berdebat dengan mereka.

Tee Yong sebelum ini secara konsisten menyatakan hanya mahu berhadapan dengan Abdul Khalid sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.

Keempat-empat wakil Menteri Besar yang hadir ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang) dan Dr. Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) serta  Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.“Saya tidak halau wakil-wakil MB dari dewan, mereka keluar sendiri.

"Apa pun, selepas ini saya akan cari MB lagi dalam bulan ini untuk tetapkan tarikh baru debat,” kata Tee Yong pada sidang akhbar yang diadakan selepas Abdul Khalid gagal muncul.Bagi pihak Tee Yong, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Abdul Khalid bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu Talam.

Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal Talam kepada penyokong  yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar pulang.

Dalam pada itu, keempat-empat wakil Khalid Ibrahim gagal memberitahu tujuan menteri besar ke negara jiran.“MB tidak ada pada malam ini, kerana pergi ke Bangkok. Itu sahaja saya boleh katakan,” jelas Tony Pua dalam sidang akhbar berasingan sejurus selepas keluar dari dewan  debat.

Sementara itu, berlaku kekecohan hampir 10 minit sewaktu empat wakil kerajaan negeri Selangor keluar meninggalkan dewan.


Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih menunggu di dalam dewan.

Tindakan seorang penyokong pembangkang berbangsa Melayu menjerit perkataan‘Cina Babi’ hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.

Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan.  - Mynewshub

Wednesday, September 12, 2012


Pelikkan wanita-wanita ni...dah tahu baju tu singkat dan akan menyusahkan mereka..tetap nak pakai juga..bak kata pepatah...biar seksa asalkan seksi...lepas tu sibuk pula tarik sana tutup sini takut-takut aset mereka ternampak.. Jom kita tengok kerenah macam mana artis-artis Korea ini cover line bila nak naik pentas dan diatas pentas....








 


Bukan kata artis Korea...Artis yang dok ada kat Malaysia ni pun boleh tahan juga...Kalau tak percaya...cuba tengok gambar ni...peha mana paling gebu...hahahaha




Hahaha..tau pun segan tak cukup kain , cameraman dok tunggu masa je nak amik shoot terbaik...tak pasal jadi berita hangat sebab tak cukup kain.



Siapa yang tak kenal dengan Akhil Hayy...satu ketika dulu dia lah antara artis yang terjerumus dalam kancah politik PAS...Kononnya masa tu baru berhijrah...lantas dengan lantang mengutuk kerajaan dalam ceramah-ceramah di pentas politik PAS...


Tapi sekarang apa sudah jadi...dulunya garang macam pemangsa menghentam sana dan sini...tapi akhirnya dia sendiri jadi mangsa permainan politik PAS yang menggunakan artis untuk kepentingan parti mereka....

Inilah yang terjadi kepada beberapa orang artis yang sedang ghairah berhijrah dan gedik menceburi bidang politik...hmmmm...kononnya merendah diri dan nak berkongsi ilmu tapi sebenarnya penuh dengan sifat riak dan takabbur.. Baru hafal hadis dua tiga baris, dah mula nak rendahkan pengetahuan orang lain.. Baru berjinak-jinak dengan politik, dah berani hukum orang lain tak betul..


Cuba baca apa yang Ustaz Akhil Hayy tulis..agak-agaknya Abby boleh terima tak teguran dan nasihat ini...


“Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat."
"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka."
“Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik.”
“Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita. Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.


“Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula.” ~ Akhil Hayy


Ramai yang suka dengar ceramah Azhar Idrus.. Mungkin selain dari diorang cari pengetahuan pasal ilmu agama, mungkin diorang lebih tertarik pada lawak jenaka yang selalu ada dalam ceramah ustaz tersebut..


Walau bagaimanapun, ramai juga yang tak berapa 'berkenan' dengan stail ustaz ni berceramah yang dikatakan berat sebelah menghentam kerajaan, tapi tak mampu menegur pentadbiran kerajaan negeri Pakatan khususnya Pas..



Sebelum ni, Azhar Idrus juga pernah menggelarkan kerajaan BN sebagai kerajaan syaitan.. Puncanya cuma negara ni ada menjual arak dan juga pusat perjudian..Tapi Azhar Idrus tak pulak berani tegur Kerajaan Pas Kelantan yang banyak bina rumah berhala dan juga tokong-tokong buddha yang ada setinggi bangunan 3 tingkat..

Azhar Idrus juga tak berani tegur Kerajaan Pas Kedah yang luluskan banyak pusat hiburan sejak mengambil alih pentadbiran negeri dari BN..Di kedua-kedua negeri jajahan Pas tersebut juga, ada penjualan arak secara terbuka serta kedai menjual nombor ekor.. Tapi didiamkan pulak oleh Azhar Idrus.. Kenapa agaknya ye?

Azhar Idrus juga pernah mengkritik pemimpin BN yang kononnya bermewah-mewah sedangkan rakyat susah dalam negara..Tapi korang kena tahu, Azhar Idrus sendiri pakai kereta mewah untuk pergi ceramah.. Dia nak suruh pemimpin kerajaan zuhud, tapi dia sendiri cakap tak serupa bikin..

So.., adakah Azhar Idrus layak digelar pendakwah Islam? Adakah pendakwah Islam boleh 'pilih bulu' dalam menyampaikan kebenaran?

Kalau Azhar Idrus berani 'belasah' kerajaan BN yang dia dakwa tak islamik, apakah Azhar Idrus setuju dengan topeng Islamik yang dibawa oleh Pas? fikir-fikirkan...Mungkin Azhar Idrus setuju sebab dia sendiri pun bertopengkan agama untuk cari makan..kalau tegur nanti termiss pula nak bayar bulanan kereta ferarri...

Atau mungkin juga Azhar Idrus tak berani hentam Pas sebab dia tahu kebanyakan jemaah Pas lebih mudah untuk diperbodohkan dengan manipulasi agama.. (Nik Aziz dah lama buat kerja ni..) Maka tak heranlah kalau Azhar Idrus tak dibenarkan berceramah di banyak negeri dalam Malaysia...Termasuklah yang paling baru.., di Kuala Kangsar.. - MPP


Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya. 

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat” 
“Macam tu juga dengan lelaki. Kalau 3 kali je dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan”

Itulah kata-kata Abby Abadi sewaktu menyampaikan ceramah di Rumah Terbuka Eidil Fitri di Ampangan, Negeri Sembilan baru baru ini. Hahahaha...Speachless...Tak tahu nak komen apa lagi pasal Ostazah segera ni...Apa yang boleh EP katakan ialah...inilah produk terbaru keluaran PAS yang dibangga-banggakan... Hebat bukan??

Setahu EP syarat-syarat sah menjadi wali yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang hendak menjadi wali nikah ialah :

1. Islam
2. Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
3. Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
4. Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
5. Adil
6. Merdeka (bukan seorang hamba). 

EP rasa itu saja syarat-syarat sah menjadi wali...Ada lagi ke yang EP tak belajar?? 

EP rasa Ostazah Abby ni bukannya pandai pun tapi berlagak macam pandai...niat nak kongsikan ilmu tu baik tapi cara tu tak kena...boleh mengelirukan umat Islam...nasihat EP penuhkan diri dengan ilmu dulu barulah fikir nak kongsi atau mengajar orang lain...



Cuba tengok video ni..




Hahahaha....inilah pakatan yang rakyat sangat...bila ada saja isu yang tak mampu nak diselesaikan...maka isu atau perbalahan tersebut tersebut merupakan pendirian peribadi dan bukannya masalah parti....macam haram je...

Padahal perkara yang dibincangkan merupakan dasar atau halatuju parti...macam mana mereka boleh klasifikasikan perbalahan ini sebagai pendirian peribadi...tak ke lawak...

Bagaimana pula dengan pendirian Anwar dan Kit Siang...adakah mereka bersetuju dengan Ustaz Nasha...atau mereka bersetuju dengan Karpal...EP rasa mereka sendiri pun tak berani nak jawab persoalan itu...ataupun jawapan mereka bersetuju untuk tidak bersetuju...

EP rasa adalah lebih elok puak puak ni selesaikan masalah dalaman ini dulu sebelum menyalahkan pihak lain dalam dalam melaksanakan hudud...kerana pihak yang dipersalahkan oleh mereka sudah ada pendirian yang tetap padahal mereka sendiri tak ada pendirian dalam menyelesaikan masalah ini...


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendapat perbalahan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi kedua-dua pemimpin berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan campur tangan dalam perbalahan berkenaan kerana melihat isu tersebut sebagai masalah dalaman PAS.

"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyokong kenyataan Anwar dan menegaskan parti itu tidak pernah campur tangan dalam isu perbalahan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Soal Karpal-Nasha isu dalaman PAS. DAP tidak pernah campur tangan," katanya.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Bachok itu menyifatkan Karpal sebagai anti Islam kerana menolak dan menentang keras pendirian PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Kenyataan itu menyebabkan Karpal dalam perkiraan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nasharudin.

Malah, Nasharudin menyatakan kesediaan untuk bertemu Karpal di mahkamah.

EP memang sokong sangat dengan dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PCM...DAP ni memang sebuah parti yang tidak bertmadun dan rasis...atau dengan perkataan yang lebih mudah...parti yang tiada "ADAB"...EP rasa daripada mencadangkan kepada rakyat mengundi sesiapa saja kecuali DAP...adalah lebih baik jika lancarkan ABDAP...ASAL BUKAN DAP?? Lagi mudah...bila ingat DAP..ingat parti yang tiada ADAB....

Parti Cinta Malaysia (PCM) menyeru pengundi supaya berfikir dua kali sebelum mengundi DAP kerana mendakwa ahli-ahlinya telah menunjukkan 'sikap tidak bertamadun' dalam satu kejadian di Perak baru-baru ini.

Naib presiden PCM, Huan Cheng Guan mencadangkan rakyat "mengundi siapa saja kecuali DAP" kerana parti itu juga telah gagal memenuhi janji-janjinya sejak Mac 2008, terutama di Pulau Pinang.

Huan menyindir kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) yang berkempen menentang parti pemerintah serta menggesa rakyat supaya tidak mengundi Umno dan BN calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, DAP sering menuduh Umno dan PERKASA sebagai samseng, tetapi menurut Han, apa kurangnya dengan parti pembangkang.

Huan merujuk kepada pendedahan blog/portal Media Perak, yang memaparkan sekumpulan yang berkata penyokong DAP di Taman Kaya, Ipoh, bertindak balas secara agresif terhadap beberapa wartawan media bebas yang menjalankan kajiselidik di kawasan tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, Huan berkata para pengundi harus menghukum mereka yang didakwanya begitu angkuh dan sombong.


KOTA BHARU -Menggunakan helah bagi mendekati masyarakat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, peniaga ubat perangsang seks sanggup menjual barangan itu di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu, di sini, bagi meraih keuntungan.

Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, peniaga barangan ini masih tidak serik dan melakukan aktiviti jualan ubat berkenaan di kawasan terbabit, ekoran permintaan di pasaran yang amat menggalakkan.

Atas risikan dan maklumat orang awam, tindakan lelaki berusia 50-an itu, berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), di kawasan tersebut.

Dalam operasi itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai jenis yang bernilai RM6,330.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, serbuan dilakukan di kaki lima di sekitar kawasan kuliah berkenaan, dan semasa serbuan dilakukan peniaga itu sedang aktif menjalankan aktiviti jual beli.

“Kami bertindak tegas terhadap mana-mana peniaga yang masih degil dan tetap menjalankan perniagaan ini yang mengundang imej buruk kepada negeri Kelantan.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a) Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.

Ahmad Razin berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, setakat tahun ini sehingga semalam, jabatannya berjaya merampas pelbagai jenis ubat perangsang seks dalam serbuan yang dijalankan di kawasan kaki lima, di sekitar bandar ini dengan nilai rampasan berjumlah RM39,455.

Rampasan terbabit, dilakukan beberapa lokasi di bandar ini, termasuk di kawasan tapak ceramah berkenaan selain di sekitar Wakaf Che Yeh.

“Kesemua barangan yang dirampas, ditahan dan disimpan di cawangan Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut dan seterusnya untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Siapa yang tak kenal dengan wanita ini....EP rasa ramai yang tak kenal dia sebagai artis...namanya mula mendapat perhatian masyarakat apabila dia tampil menyertai perhimpunan Occupy Dataran beberapa bulan yang lalu di Dataran Merdeka...dan selepas itu macam-macam cerita yang tak elok keluar di internet pasal wanita ini...
Cuba tengok video yang dikeluarkan oleh Malaysia Kini yang memaparkan kehidupan sebenar Mislina Mustaffa hari ini. Di bahagian kedua video keluaran Malaysia Kini ini banyak memaparkan eksperimen Mislina Mustaffa yang kini hidup tanpa rumah tetap atau bergelandangan.
Dalam video ini Mislina cuba tunjuk pada masyarakat yang dia menginap di sebuah flat yang serba kekurangan dan berkongsi dengan beberapa orang lain...Yang menariknya Mislina ni siap ada anjing peliharaannya yang diberi nama Atan...Macam nama kerbau dalam cerita Cun...
Itu mungkin gaya hidup eksperimen yang ingin Mislina Mustaffa lalui tetapi apa yang EP kurang senang adalah kata kata wanita ini yang seakan mempersoalkan agama Islam. Bukankah itu sudah melampau...
Apa kata kita tengok video ini (Bahagian 2 lebih menarik) kerana anda perlu mendengar sendiri kata kata Mislina dalam video dibawah untuk menyelami akal fikiran beliau tentang agama Islam dan gaya hidup manusia hari ini. 




Mungkin bagi kita orang Islam pengiklanan seperti ini tak masuk akal kerana menggunakan tubuh wanita yang bogel untuk memasarkan sesuatu produk..Tetapi di negara-negara barat perkara ini adalah biasa...kerana badan seorang wanita merupakan seni dan seharusnya ditayang keindahannya...Kesempatan ini digunakan sebuah syarikat kasut di New York....Mereka mempamerkan wanita bogel berjalan pada musim panas tanpa berpakaian seurat benang. 

Wanita-wanita yang menjadi model untuk iklan ini hanya memakai kasut keluaran syarikat itu dan berjalan dalam keadaan bogel dengan gayanya. Setiap orang yang memandang akan melihat kasut yang di pakai untuk menarik perhatian tetapi adakah kita akan melihat kasut atau lihat benda lain hahaha. Terpulanglah kepada si pemerhati untuk melihat apa.

Untuk pengetahuan pembaca syarikat ini bukan hanya memaparkan wanita bogel tetapi terdapat juga model lelaki. Tapi tak perlulah EP nak tunjukkan gambarnya di sini ye... Hahahaha...





Jika anda masih ingat sebelum ini, Jue Aziz ada menyebut Rita Rudaini sebagai orang yang mengaitkannya bercinta dengan Aidil Zafuan. 
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.
Ekoran dakwaan yang dibuat oleh Jue Aziz itu, Rita Rudaini tidak menunggu lama meminta Jue Aziz untuk mengemukakan bukti kerana bagi Rita dakwaan yang dibuat oleh Jue Aziz itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Kata Rita:-
“Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.
Rita turut menyatakan yang dia sendiri mengetahui tentang gosip tersebut menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya.
Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya.
Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Dan yang terbaru Rita sudah mula menyerang Jue Aziz dalam Twitter...




Dibawah berikut adalah antara penjelasan Jue Aziz


Ekoran dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang semua orang tahu masih suami kepada Rita Rudaini, Jue Aziz tidak menunggu lama untuk tampil mengulas segala dakwaan yang bertebaran di alam maya yang maha luas ini sekaligus menjelaskan segala-galanya bagi membersihkan namanya.

“Masalah mereka suami isteri belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana ternyata segala tuduhan yang dilemparkan pada saya hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”
Jue Aziz memberi tahu yang dia tidak mempunyai nombor telefon Aidil dan pelik bila tiba-tiba dia dikatakan bercinta dengan Aidil. Tapi Jue Aziz mengaku mempunyai BBM Aidil yang diperolehi daripada kawan-kawannya yang berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.

Tidak perlu buang masa, mari baca penjelasan daripada Jue Aziz ni:-
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.
“Tolong selesaikan masalah mereka suami isteri, tidak perlu babitkan orang lain dalam masalah rumah tangga mereka berdua. Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti bila dan di mana. 
Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran drama di luar ibu kota. 
“Jadual saya ada bersama mereka. Kru produksi juga ‘kenal’ saya dan mereka juga mengenali siapa Rita yang sebenarnya. Kalau benar ada kru produksi yang nampak saya keluar dengan Adil, beritahu saya produksi mana. 
“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan bawakan bukti sekali. 
“Saya harap jangan panjangkan lagi isu ini kerana saya tiada kena mengena langsung dengan rumah tangga mereka ataupun ada hubungan dengan Aidil. Saya akan minta pendapat peguam apa yang patut saya buat jika perkara ini masih berpanjangan bagi melindungi diri dan hak saya. Tolong jangan jatuhkan maruah orang sehingga boleh merosakkan periuk nasi orang lain. 
“Saya pun bukannya rapat sangat dengan Rita, jadi jangan ganggu hidup saya. Kami pernah berlakon bersama, tetapi itu pun dah lama. Sekarang pun saya tidak pernah bertemu dengannya kerana sibuk dengan penggambaran drama. 
“Isu ini sangat merimaskan saya kerana ia tidak benar sama sekali. Tak ada gunanya dia memburukkan saya kerana saya memang tiada hubungan dengan suaminya,”
Mengakhiri penjelasan, Jue Aziz memberi tahu bahawa ini adalah kenyataannya yang terakhir daripadanya dan dia tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.
“Cukuplah setakat ini kerana tak ada gunanya saya terus bersoal jawab mengenai tuduhan yang saya bercinta dengan Aidil kerana ia tidak benar sama sekali,”

**Macam-macam hal artis di Malaysia ni...berebut laki lah, bersosial lah dan banyak lagi....Tapi bagi EP yang paling menarik ialah kisah artis yang baru nak kenal politik tapi dah berlagak macam ustazah... hahahaha

Tuesday, September 11, 2012


Hahahaha...apek komunis ni nak main tarik-tarik tali pula...Kenapa...tak puas jadi ketua menteri lagi ke?? Semalam Lim Guan Eng berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan itu walaupun telah ada perbincangan mengenainya di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini.
   
Kami hanya akan umum keputusan muktamad apabila Parlimen dibubarkan. Sama ada serentak atau tidak, tunggu Perdana Menteri bubar Parlimen dahulu... 


Tapi hari ni Nik Aziz pula mengulangi pendirian Pas Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.


Sebaliknya Nik Aziz kata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

Kiranya perbincangan pembubaran DUN di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini dah besetuju la nak bubar serentak dengan Kerajaan Pusat...cumanya ego nak mengaku...kononnya nak tunjuk kuasa...hahahaha...jika tidak..mesti Nik Aziz dah kena sound dengan Anwar dan DAP pasal tak ikut perintah mereka...

Berani ke DAP nak bubar DUN berasingan dengan Kerajaan Pusat??


PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.