Tuesday, September 11, 2012


Hahahaha...apek komunis ni nak main tarik-tarik tali pula...Kenapa...tak puas jadi ketua menteri lagi ke?? Semalam Lim Guan Eng berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan itu walaupun telah ada perbincangan mengenainya di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini.
   
Kami hanya akan umum keputusan muktamad apabila Parlimen dibubarkan. Sama ada serentak atau tidak, tunggu Perdana Menteri bubar Parlimen dahulu... 


Tapi hari ni Nik Aziz pula mengulangi pendirian Pas Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.


Sebaliknya Nik Aziz kata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

Kiranya perbincangan pembubaran DUN di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini dah besetuju la nak bubar serentak dengan Kerajaan Pusat...cumanya ego nak mengaku...kononnya nak tunjuk kuasa...hahahaha...jika tidak..mesti Nik Aziz dah kena sound dengan Anwar dan DAP pasal tak ikut perintah mereka...

Berani ke DAP nak bubar DUN berasingan dengan Kerajaan Pusat??



Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan darisyarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.


“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kinisah bergelar isteri kepada Noh Hujan.

“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.




Tak abis-abis kisah ostazah segera ni....lepas cari pasal dengan bekas mufti Perlis, Dr Asri...kini ostazah segera ni meroyan  pula dengan Ulamak Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari....

Puak-puak PAS pun sedar yang mereka tidak tahu di mana Abby mengaji dan mendapat didikan agama? Tapi berlagak lebih sudu dari kuah...meroyan tanpa fakta..cuba fikir tengok seorang artis yang so sial sebelum ini..kononnya nak berubah...masuk PAS dan dapat naik pentas ceramah PAS beberapa kali dah kira hebat nak tegur dan betulkan orang lain...kononnya dia lagi Islam daripada orang lain..

Cuba baca tweet yang ditulis oleh ostazah Abby ni...ni mesti meroyan pasal Rafizi ni..


Kata Abby, bila bukti ditunjukkan, terus pihak terbabit tangkap individu yang keluarkan bukti tersebut..Hahahaha...kalau dah cara untuk dapatkan bukti tu salah..macam mana tak kena tangkap...negara kita kan ada undang-undang....

Mungkin ini cara terbaru ostazah segera ni cari makan...lagi kontroversi lagi banyak jemputan ceramah...baru masyuk...khabarnya beribu-ribu RM puak-puak Pas bayar kat ostazah segera ni untuk satu ceramah...

EP setuju dangat dengan kata Blogger MPP...Mungkin ni Abby meroyan sebab kurang kasih sayang dari insan yang bernama suami...hahahaha...

HOT : NORA DANISH ADA TATOO DI KAKI??



Betul ke Nora Danish ada tatoo di kaki..?? Bekas luka kot....

427 LAPORAN POLIS DIBUAT UNTUK APA????



Banyaknya laporan polis dibuat...untuk apa ye??Adakah mereka-mereka yang biadap ini akan dikenakan tindakan???

Sebanyak 427 laporan polis telah dibuat berhubung perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara serta membawa bendera 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang pada malam ambang merdeka 30 Ogos lepas.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini berkata bagaimanapun tiada tangkapan baharu berhubung kes itu setakat ini.

Menurut laporan sebelum ini, bilangan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang marah dengan tindakan biadab kumpulan tersebut terus meningkat dengan lebih 250 laporan polis dibuat setakat minggu lepas.

Semasa himpunan itu, sekumpulan peserta perhimpunan dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai.

Polis sebelum ini telah membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat insiden-insiden tersebut berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290 dan 504 serta Seksyen 

Monday, September 10, 2012


Cuba korang tengok bakal Miss Korea ni buat Gangnam Style...! Lawa GILER!! menyesal korang tak tengok video ni. Sekali Miss Korea ni senyum mahu tak lemah lutut korang. Huhuhu....


Memang susah nak puaskan hati manusia..kadang-kadang kita terpaksa kecewa,merana dan terseksa....Sebabnya ? hanya nak puaskan mereka-mereka disekeliling kita..

Tapi.. berbaloikah apa yang kita korbankan HANYA untuk puaskan hati mereka ?

Adakah kita sanggup gadaikan keamanan negara hanya untuk menurut kemahuan mereka ni...


Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada Ahad malam tidak membincangkan tentang kedudukan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu berkenaan tidak terdapat dalam agenda mesyuarat dan Nasharudin kekal dengan kedudukannya dalam PAS dan Majlis Syura.

"Tak ada dalam agenda mesyuarat. Dia (Nasharudin) hadir mesyuarat dan masih jadi ahli Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat PAS, dekat sini, Ahad.

Hadi berkata tidak timbul persoalan atau masalah mengenai kedudukan Nasharudin dalam PAS atau Majlis Syura.

"Tak timbul masalah...siapa yang timbulkan masalahnya," katanya.

Menurut Hadi mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat biasa yang diadakan dua kali dalam sebulan oleh Majlis Syura.

Mengulas lanjut beliau berkata mesyuarat pada kali ini adalah khusus bagi membincangkan tentang calon-calon pilihan raya yang wajib diluluskan Majlis Syura untuk memastikan setiap calon adalah berwibawa dalam Islam.

Ditanya apakah Nasharudin akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau berkata:

"Itu kena tunggu pilihan raya...termasuk saya sendiri tak tahu sama ada tercalon atau tidak.

Beliau berkata mesyuarat kali ini juga memperlihatkan pihaknya menerima banyak calon-calon yang disenarai untuk bertanding.

"Kita terima seberapa banyak calon..satu kawasan sampai tiga-empat calon pun ada tapi kita terima semua.

"Itu terpulang kepada budi bicara PAS Pusat, negeri dan kawasan," katanya.

Katanya, semua ahli Majlis Syura hadir ke mesyuarat yang selesai kira-kira pukul 11.00 malam itu kecuali yang uzur.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS lebih awal kira-kira pukul 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin dalam PAS timbul apabila beliau meminta supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.

Sunday, September 9, 2012


Kali ini mari kita lihat sebuah video yang menggegarkan dunia maya. Sebuah video yang menunjukkan seorang perempuan yang dikatakan hantu dengan jelas, walaupun kebenarannya masih diragukan. Video ini memperlihatkan sekumpulan anak muda Jepun sedang menunggu keretapi di sebuah stesen sambil berbual, namun video tersebut berubah menjadi seram setelah seorang teman merasakan sesuatu yang ganjil. Dia pun menunjukkan tanggannya ke arah seorang perempuan berwajah pucat yang sedang berdiri di platform yang bertentangan.

Video ini dikatakan mendapat liputan meluas hingga disiarkan di televisyen sewaktu tayangan berita perdana. Kontroversi pun tidak dapat dibendung, ada yang mengatakan tidak mungkin ada hantu yang boleh kelihatan dengan jelas seperti itu, namun bagaimana dengan anda? Apakah anda setuju video hantu ini hanya hasil rekaan manusia? 

Anda boleh lihat video tersebut di sini:


- AN

Setelah Sam Ketot, Ketua AMK kantoi berbohong kononnya bodyguard gila Anwar tidak mengacu pistol pada rakyat...kini tiba pula giliran Anwar mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan aksi bodoh bodyguardnya..

Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.
Anwar kata lagi, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman...
Ancaman dari apa?? Ancaman dari botol air mineral ke??...Sudah-sudah la nak bohong pun...Dah terang lagi nak bersuluh....Semua orang boleh tengok bodyguard Anwar yang gila tu mengacu pistol dari dalam kereta lagi....lagi nak nafikan kononnya dia mengikut garis panduan atau SOP....


Tak kan demo yang dihadiri lebih kurang 20 orang bersenjatakan kain rentang dan botol air mineral pun takut...sampai kena acu pistol...hahahahaha....

Jom kita baca apa ameno world tulis mempertahankan aksi bodoh itu...

Aku tak sokong sebarang keganasan dan kekerasan yang diamalkan oleh sesiapa pun. Tetapi trauma yang dihadapi oleh dsai boleh difahami oleh aku. Aku boleh memahami ia dengan baik kerana sudah banyak kali umno melakukan provokasi terhadap pkr dan pr.
Bukan sekali, bukan dua kali bahkan berkali2. Seseorang yang didera juga akan menyimpan dendam. Dia juga akan hilang sabar. Aku tahu sabar adalah jalan terbaik dan perkara yang betul tetapi apabila seseorang itu hilang sabar itu tidak bererti dia tidak betul.






Hebat...aksi keluarkan pistol bodyguard Anwar merupakan SOP untuk melindungi Anwar..kata blogger pencacai Anwar ni..tak sangka pula Anwar rasa terancam dengan botol mineral...hahahahaha...agaknya berapa anwar bayar blogger ni ye...mesti banyak kan...sampai botol mineral pun boleh dikatakan jadi ancaman pada Anwar....hahahahaha..jom kita baca apa blogger ni tulis...


Bagai dijangka, akhirnya provokasi-provokasi yang dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO terhadap beberapa siri 'Jelajah Merdeka Rakyat' kali ini membuahkan hasil akhirnya.

Ianya berhasil bilamana salah seorang dari Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol yang dibawanya ketika pencacai-pencacai UMNO melakukan provokasi.

Difahamkan tindakan Pengawal Peribadi mengeluarkan pistol tu dianggap hanya sebagai SOP dalam melindungi Anwar Ibrahim dari diserang oleh kumpulan orang awam dikawasan tersebut.

Seperti dijangkakan blogger-blogger Pro UMNO menggunakan isu ini untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim, malah ada yang menganggap Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim ini adalah pengikutnya..

Bukan saja Blogger pencacai UMNO malah Media tunggangan UMNO juga tidak melepaskan peluang yang ada..


Seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Mohd Adam Jalamaluddin Mempunyai satu keistimewaan luar biasa yang mana kulitnya tidak terbakar walaupun dicucuh dengan api.


Kulit manusia secara fitrahnya tidak boleh terkena bahan yang panas seperti api, air panas dan sebagainya. Jika terkena, maka kulit kita pasti akan melecur. Namun berbeza pula yang terjadi kepada seorang budak lelaki ini. Dia mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang mana  selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam. Boleh tonton video di atas.

Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.
“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.
Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.
EP harap kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada adik ini digunakan pada jalan yang baik.


Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu.

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN. Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang? Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi 'malaikat yang kita tidak kenal?' - Sinchew Daily 28 Ogos 2012.


Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza kelmarin mengeluarkan satu entri di blog beliau yang penulis sifatkan penulisan yang seimbang.
Beliau tidak mengampu kerajaan atau membabi-buta menyokong parti pembangkang.
Kedua-dua belah pihak beliau berikan nasihat.
Memandang kepada kedudukan beliau dan tahap pendidikan agama yang dimilikinya, maka beliau adalah antara orang yang selayaknya untuk menegur kedua-dua belah pihak.
Beliau juga berhati-hati kerana tidak menyebut nama mana-mana individu atau kumpulan, namun penulisannya jelas dan semua boleh tahu ia merujuk kepada siapa.
Dalam entri berkenaan, Dr Maza ada menyentuh satu bahagian berhubung sikap artis yang berhijrah dan secara tidak langsung menegur sikap PAS yang berbelanja banyak untuk mengusung artis ke sana-sini.
“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.
“Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya,” katanya dalam entri itu.
Bahagian ini rasanya kita semua boleh agak siapa yang paling cepat terasa walaupun namanya tidak disebut.
Siapa lagi kan….kalau bukan Ustazah Abby Abadi.
Walaupun tanpa menyebut nama, nampaknya Abby terasa betul kena kat batang hidung dia.
Dan seperti biasa…Abby memulakan syarahan dan memperlihatkan ‘tahap keilmuaan agamanya yang sangat tinggi’ di Twitter.
Abby nyata tidak dapat menerima bahagian ‘Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’’…
Tweet Abby;
JUAL MUKA & JUAL BODY? Fitnah tu… Sy xpernah terlintas lgsg smpai nk gadai maruah diri smata2 utk parti. Fitnah btebaran, dosa bpanjangan
http://i.imgur.com/TR8fJ.jpg
Eh Abby…terasa ke? Dr Maza tak sebut nama kamu…nape terasa?
Dr Maza tidak cakap pun kamu jual body atau jual muka.
Mesti Abby terasa dia mungkin dilabel bodoh hal agama dan hanya laku di pentas PAS pasal dia artis.
Lagi menarik kalau tengok Tweet Abby yang macam hendak mengajar Dr Maza secara sinis dan penuh sindiran (tanpa menyebut nama);
http://i.imgur.com/dq7UN.jpg
Betul-betul hebat Abby basuh Dr Maza kat Twitter.
Perghhhhh…..Abby oh Abby….Kau memang hebattttt!
Mynewshub

Friday, September 7, 2012




Fazura telah memuat naik beberapa keping gambar-nye bersama kereta baru Maserati iaitu Maserati GranTurismo. Namun menurutnya ini bukan kereta miliknya, ia hanya sekadaruntuk photoshoot.
Tapi apalah sangat kereta ini, jika mahligai boleh diberikan, inikan pula kereta bernilai RM1.8 juta, kan?.....Bertuah betul Fazura...


Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.
Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.
Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.
“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.
Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.
"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
“Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.

Memang mengerikan....Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik. Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki....


Kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan. Nampak macam kemalangan biasa tapi tak sangka pula kereta tersebut boleh berputar sedemikian rupa...

Nasihat EP...ingatlah pada orang yang tersayang...Pandulah kereta anda mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang. Anda mampu mengubahnya....

Saksikan video ini untuk pengajaran kita semua.


Hahaha..tak sempat nak melamar...dah ditolak bulat-bulat...Agak-agaknya kenapa ye Ustaz Azhar Idrus tolak lamaran PAS?? Bukankah kononnya PAS merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia..Bak kata pencacai DAP dalam PAS.."Kalau sayang Islam undilah PAS"...

Kalau benarlah PAS memperjuangkan Islam di Malaysia dengan cara yang betul...EP pasti Ustaz Azhar Idrus tidak akan menolak lamaran PAS ini...kerana ini merupakan platfom atau ruang yang terbaik baginya untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia...tetapi ini sebaliknya yang berlaku...alasannya Ustaz Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri....fikir-fikirkanlah...


**Dah sedap-sedap pakai ferarri...tak kan nak naik tukar naik kancil kot... duit tabung ceramah mana cukup nak tampung bayar ferarri...hehehe

Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.
“Beliau merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika beliau berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi beliau sudah menolak. 
“Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya

Hahaha...kantoi...Video ini menunjukan bagaimana seorang wanita sanggup untuk melakukan kemalangan palsu semata-mata untuk mendapatkan wang. Ianya berlaku di Taiwan dan malang untuk wanita itu kerana kereta yang “dilanggar” itu sebenarnya telah dipandu oleh seorang polis yang sedang bertugas tanpa uniform. Wakenabeb!!!

Thursday, September 6, 2012


Cuba tengok klip video dibawah ini...sikit punya riak dan bongkak pak arab ni...tahu la kaya raya..tapi sampai tabur duit kat orang apa cerita...kalau dah berkenan sangat kat penyanyi tu...pandai-pandai la...
Kalau kita tengok muka pak arab ni macam tak sekolah je... cumanya dia bertuah kerana dilahirkan di bumi yang kaya raya. Cuba tengok kalau pak arab ni lahir kat sudan ke...somalia ke...boleh tak dia takbur macam ni..Kalau kita tengok di Youtube, bukan pak arab ni sorang yang berperangai macam ni... ramai lagi yang spesyen dengannya...
Khabarnya pak arab ni sanggup habiskan hampir RM3 juta satu malam semata-mata untuk memikat hati seorang penyanyi. Apa hebat sangat ke lirik lagu pompuan tu atau....
**Kan lagi bagus kalau duit yang dibaling-baling itu dapat didermakan kepada orang yang benar-benar memerlukan...macam di Gaza atau Somalia...dapat juga pahala kerana membantu orang Islam yang kesusahan...


Setelah berada dalam tahanan polis selama 15 jam, akhirnya gadis ini tampil memohon maaf secara terbuka. Beliau yang juga seorang model sambilan ditahan kerana insiden menghina gambar perdana menteri dan isteri ketika himpunan janji demokrasi anjuran pembangkang.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut.
Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian.

 Agak kelakar bila membaca kenyataan maaf yang dibuat oleh model sambilan ini..
.
1. Kenapa gadis yang kurang ajar ini buat kenyataan akhbar dalam bahasa Mandarin dan terpaksa diterjemahkan oleh peguamnya walaupun dia sudah menetap di Malaysia selama 19 tahun?? Tak reti cakap bahasa Melayu atau mengelak daripada ditanya wartawan...

2. Dia menegaskan kelakuannya yang biadap dan kurang ajar itu bukan hasratnya..dan dia tidak berniat untuk menghasut...habis tu apa tujuannya dia bertindak sedemikian...saja suka-suka ke??

3. Dia sertai perhimpunan itu sebab perasan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak sedemikian...

Fuyoo..macam ni punya alasan pun ada ke...??Kalau budah 5 tahun bagi alasan macam ni boleh percaya la juga...tapi ini dah 19 tahun....tak de akai ke budak ni..tak reti nak membezakan mana yang betul dan salah....Kalau macam tu buat apa mohon maaf...

EP harap tindakan yang tegas akan dikenakan pada gadis yang kurang ajar ini...supaya ianya dapat dijadikan pengajaran remaja pada yang lain...berfikir sebelum membuat sesuatu perkara yang bodoh dan memalukan keluarga..





Selangor sudah terlalu tenat sebenarnya dalam isu rumah urut ini. Berkata tidak atau hidup dalam penafian tidak akan menyelesaikan masalah di negeri berkenaan.
Di Sunway Mentari umpamanya, kita boleh berkata, sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada‘Program Kesetiaan Pelanggan”.

Sunway Mentari - Free Sex Lepas 9 Kali Basuh Kereta
Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.
Wow….hebat….sebijik macam klip video Special Offer….tukar tapak kasut…free massage bersama Chantell…beli baju bundle…free massage bersama Olga….beli kueyteow….free massage bersama Syakiraaaaa…
Itu dalam klip…di Sunway Menteri…betul-betul berlaku!
Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan.
Kes itu diketahui melalui serbuan yang dilakukan pukul 9 malam, Isnin lalu oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhi.
Tidak berapa lama selepas penahanan dilakukan, polis menjumpai beberapa kad kesetiaan pelanggan milik sebuah kedai mencuci kereta.
“Untuk mendapatkan ‘extra offer’ itu, pelanggan perlu menghantar kereta mereka untuk dibasuh sebanyak 9 kali dalam tempoh masa tertentu, untuk cucian kali ke-10 akan melayakan pelanggan itu mendapatkan khidmat seks percuma,” kata Emmi seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Malay Mail.
Kalau tidak mahu menghantar kereta dan hanya berminat untuk seks, maka perlu membayar antara RM130 hingga RM180.
Dalam serbuan itu, seramai sembilan pelacur dan pegawai khidmat pelanggan warga Vietnam antara umur 18 hingga 28 tahun ditahan.
Polis Selangor sudah melakukan 4,220 serbuah antara Januari hingga Ogos tahun ini di mana seramai 2,394 wanita yang terbabit dalam aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan.
Daripada jumlah itu, 214 merupakan waniat warga tempatan manakala 2,090 warga asing.
Selepas habis membaca berita ini, jangan lupa menonton klip video Special Offer…dan tengok…sama tak dengan Sunway Mentari punya kes…? nessuam...
-Nescafesuam


Disebabkan anak yang tak "matang" dan bangang.. ibubapa yang menanggung terpaksa tanggung malu...terpaksa merayu meminta maaf....EP tak salahkan ibubapa budak tu...ibubapa mana yang tak sayangkan anak...bagi EP tak salah DS Najib dan juga rakyat Malaysia maafkan budak tu...alasan yang digunakan ialah dia masih mentah dan terpengaruh dengan rakan-rakan..

Modus operandi yang akan digunakan oleh ibubapa budak bangang itu mungkin sama dengan kes namewee dulu...jumpa ahli politik mohon pertolongan untuk memohon maaf pada rakyat Malaysia..lepas tu tutup kes tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang walaupun menghina negara...tetapi adakah namewee insaf selepas itu???Rasanya tidak...lebih besar kepala ada la...kerana rasa dirinya kebal dan jadi perhatian...

Sama juga dalam kes ini...EP yakin DS Najib dan DS Rosmah pasti akan maafkan budak ini...mungkin juga sebahagian besar rakyat Malaysia yang mempunyai anak aka melakukan perkara yang sama...tetapi negara kita masih ada undang-undang...salah tetap salah dan setiap kesalahan yang dilakukan perlu dihukum supaya ianya dapat dijadikan pengajaran pada yang lain...supaya mereka tahu negara kita ada undang-undang dan ini dapat membuatkan mereka berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu yang keji di khalayak ramai. Allah telah kurniakan "akal" supaya kita berfikir.

Cukuplah namewee seorang yang terlepas dari hukuman kerana terbukti dengan cara memaafkan sahaja tidak cukup untuk menyedarkannya....



"Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.
"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.
"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.
"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya.
Julia Perez tidak henti-hentinya menimbulkan kontroversi. Setelah beberapa waktu lalu menuntaskan nazar dengan menari erotis di perempatan lampu merah, kini mantan kekasih Gaston Castagno itu menuai kritik dari pemuka agama di tanah air kerana mempamerkan tato kaligrafi yang berlafalkan 'hayya 'alal falah'.

Kontroversi ini muncul ketika Jupe dengan bangga mempamerkan tato barunya ke media internet. Dalam foto itu Julia Perez yang mengenakan rok span setinggi lutut berwarna coklat muda dan baju pesta model kemban berwarna perak yang memperlihatkan belakangnya. Di bahagian belakang itulah tulisan kaligrafi arab tersebut berada.

Seperti yang diketahui, lafaz yang berarti 'mari meraih kemenangan' ini merupakan salah satu kalimat yang biasa diserukan saat azdan.

Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) KH Amidhan mengecam penggunaan tato tersebut. Ia menyebut tato itu melecehkan agama Islam kerana meruapakan lafaz Alqur'an.

"Ayat Al Quran dan hadist itu tidak boleh di bawah ke toilet . Kalau itu ditulis dibelakangkan itu dibawa saat buang air besar/kencing. Itu sangat melecehkan," kata Amidhan seperti yang dikutip Jurnal Nasional.  "Bila ada yang beranggapan tato adalah seni, seharusnya seni juga mendasarkan pada prinsip-prinsip ajaran agama Islam. Jangan agama dikalahkan oleh seni."

Di lain tempat, Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dr. Saleh Partaonan Daulay juga memberikan komen yang tidak jauh berbeza. Ia bahkan menuduh aksi ini sebagai bagian dari cara Jupe mencari sensasi.




"Julia Perez adalah artis yang dikenal sebagai orang yang suka mencari sensasi. Banyak kes yang kelihatannya disengaja untuk mencari perhatian publik. Pernyataan-pernyataannya pun sering sekali keluar dari kelaziman," ungkapnya kepada Rakyat Merdeka Online.

Foto-foto Julia Perez dengan tato itu sudah tersebar di dunia maya. Sebuah media dalam jaringan memuat tiga fotonya dalam berbagai pose. Hingga kini belum diketahui bila Julia Perez yang gemar mempamerkan aurat itu membuat tatto kaligrafi tersebut. Juga belum diketahui pasti apakah tatto itu adalah tatto permanen atau atau tatto sementara.

(ma/opnsr/rmol/jurnas)

RUMAH banglo di Seksyen 2 yang dipercayai menyimpan pelbagai kisah misteri seperti yang didakwa para penyewanya.


INSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.
Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas. Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.
Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan.
Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti. Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.
Insiden
Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.
Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.
Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.
Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. “Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.
“Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.
“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.
“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata seorang penulis blog.
Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.
Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.
“Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.
“Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita si penulis blog tadi.
Dia menyambung cerita: “Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.
Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.
Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.
Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud. - kosmo
Jangan biar diri anda diselubungi misteri...hahahahaha

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.