Tuesday, September 4, 2012



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.
Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Ini kerana, katanya, perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

"Tapi kalau depa nak main... orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.

Dr Mahathir pada Isnin menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo), Jawa Tengah.

Ditanya mengenai kriteria yang perlu ada pada calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata mereka mestilah terdiri daripada orang yang dikenali sebagai berfikiran waras, berpelajaran dan mempunyai pengalaman dalam selok belok negara demokrasi.
Katanya, apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.

"Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.

"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata anggota Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan.
Katanya, jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.

"Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.

"Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong.

Sepatutnya kita sokong. Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang," katanya.
Ditanya sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata, beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.

"Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya. – Bernama




Seperti di Malaysia, tren di India mempunyai koc khas untuk wanita sahaja. Dan jika anda termasuk ke dalam koc ini, buruk lah padahnya. Jom kita tengok apa reaksi wanita dan pihak berkuasa di India apabila lelaki memasuki koc yang dikhaskan untuk wanita...Nasib baik kaum lelaki di Malaysia ni pandai mengikut peraturan...




"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.
Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.
"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya." - Malaysiakini

Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.



Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju  perjuangan mereka kerana  orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya. SH


Cuba kita lihat video dibawah ini..Adakah ini sikap pemimpin yang hendak mentadbir negara Malaysia...yang kurang ajar dan tidak hormat pada ikrar rukun negara...kita boleh lihat di dalam video tersebut...semua orang angkat tangan semasa bacaan ikrar kecuali Anwar Ibrahim... Apakah maknanya bila Anwar tidak mahu angkat tangan bersama???Adakah Anwar merasakan dirinya besar dan tidak perlu mematuhi segala yang terkandung dalam rukun negara...Apa pula alasan Anwar kali ini...??


Semasa menjadi ahli parlimen boleh pula Anwar angkat tangan semasa mengangkat sumpah di parlimen...Ramai puak-puak yang mencium bontot Anwar mempersoalkan adakah wajib kita mengangkat tangan semasa bacaan ikrar...habis tu buat apa Anwar angkat tangan semasa mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen...adakah sumpah itu tidak sah jika dia tak angkat tangan?? 


Adakah ini bermaksud Anwar tidak mengiktiraf idealogi rukun negara??

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Laaa...tak habis-habis lagi ke cerita pasal ostazah Abby "segera" ni...EP ingatkan dah diam laa lepas dimalukan oleh Dr Asri...rupa-rupanya wujud lagi ostazah ni...Tak habis-habis dengan kontroversi...

Selepas kes berlagak pandai dengan Dr Asri...tengok tweet dibawah ni...



Kini ostazah Abby "segera" ni meroyan pula pasal isu serangan politik terhadap kedua ibu bapanya...

Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeiyah Abdul Manan meminta mana-mana pihak menghentikan serangan politik terhadap kedua ibu bapanya sebagaimana yang dihadapi ibu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Saya begitu terkejut apabila mendapati bendera BN dan tiga lagi bendera telah dipasang di hadapan rumah ibu dan bapa saya baru-baru ini.
“Tolong jangan peralatkan ibu dan bapa saya untuk kepentingan politik sepertimana yang dilakukan terhadap ibu kepada YB Azmin Ali.
“Jangan peralatkan mereka kerana mereka telah tua,” rayu Abby ketika menyampaikan ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.
**Laaa...pasal tiang bendera rupanya...ingatkan dia derhaka terhadap ibu bapanya macam apa yang Azmin Ali buat terhadap ibunya..Agak-agaknya siapa yang beri kebenaran untuk pasang tiang bendera dan naikkan bendera BN di rumah ibu bapanya....Abby dah tanya tak ibu bapanya??



Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.

Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.

Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.



Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.

Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.

Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'.

Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini.

Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.

"Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam.

"Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?

"Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT," katanya.


Seni kreatif: Zed Zaidi

Menganggap fenomena itu sebagai seni baru, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menerima kehadiran muzik tarian unik ini.

Walaupun ramai yang menyelar penyebaran muzik video ini, namun bagi Zed, tiada apa yang perlu dimanipulasikan.

"Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton.
"Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang kreatif. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak.
"Selain itu, semuanya ok sahaja. Tarian juga sangat menarik dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda," katanya.

"Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan.

"Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman," katanya. SH
**Bagi EP terpulang kepada penonton untuk menilai...kalau kita fikir cara baik..baiklah jadinya...kalau kita fikir cara tak elok maka tak elok lah jadinya...

INDIVIDU DICARI - PERHIMPUNAN JANJI BERSIH:

PDRM menyeru kepada orang ramai yang mengenali mana-mana individu semasa Perhimpunan Janji Bersih pada malam 30 Ogos 2012, yang gambarnya disiarkan oleh media untuk tampil menyalurkan maklumat kepada mana-mana Pegawai Polis, Balai Polis, Hotline PDRM di talian 03-20319999, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau berhubung terus dengan ASP Azmi bin Abd Azizi di talian 019-2602344.












**sumbat je puak-puak ni dalam penjara...kerana tak reti nak bersyukur..Setahu EP rakyat Malaysia mempunyai adap dan budi pekerti yang baik..tidak seperti mereka yang kurang ajar dan biadap...


Ini adalah tindakan beberapa peserta yang menyertai perhimpunan janji demokrasi di Dataran Merdeka memijak gambar DS Najib Perdana Menteri Malaysia. Tindakan oleh beberapa penyokong pakatan haram itu dianggap sangat kurang ajar dan tidak beradab. Semuanya gara-gara golongan pembangkang ini begitu membenci dengan DS Najib sehingga berbuat demikian. Apa yang lebih menyedihkan, kebanyakan laman pembangkang terutamanya Pakatan Haram menyukai perbuatan tersebut sehingga menyanjung mereka yang berbuat demikian. 

Saksikan klip video dibawah.



Seperti yang kita tahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berusaha memperkenalkan pelbagai pembaharuan. Dari yang bersifat besar, seperti Program Transformasi Ekonomi yang melibatkan rakyat secara keseluruhan, kepada benda-benda seperti Klinik Rakyat 1Malaysia yang melibatkan rakyat-rakyat semua peringkat secara terus.

Pelbagai bantuan diwujudkan. Pelbagai lagi sedang dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat. Pembaharuan yang dibuat Najib itu menyebabkan banyak pihak luar dan pakar meramalkan BN akan kekal memerintah pada penggal akan datang.

Mungkin tertekan dengan angin perubahan yang melanda, segelintir penyokong pembangkang mulai marah dengan keadaan itu. Tidak tahu bagaimana hendak diluahkan, maka wujud perbuatan seperti menghina negara. Akibat politik yang keterlaluan, bendera negara mahu diubah.

MENGAPA PERLU IA DIUBAH? KERANA PEMIMPIN DAP MACAM MANOHARAN HENDAK BEGITU?

Selain itu, Perdana Menteri turut menjadi mangsa hinaan. Sekelompok penyokong pakatan haram, rasanya dari puak DAP, mengambil tindakan yang rasanya sudah keterlaluan.

Mereka memijak dan menghina gambar Perdana Menteri. Amoi bertato ala-ala pelacur bukan main gembira lagi melakukan perbuatan yang biadap dan kurang ajar itu, termasuklah teman lelakinya ala-ala gay yang ketawa kuat melihat aksi teman wanitanya...


Perangai penyokong pakatan haram yang tidak bertamadun...kurang ajar dan biadap..

Persoalannya, perlukah bertindak demikian? Lagi-lagi malam insiden tersebut adalah masa penting untuk negara, iaitu diambang menyambut kemerdekaan.

Tepuk dada tanyalah selera...
Pelik...Inilah upacara keagamaan yang paling seksi pernah EP lihat...menggunakan khidmat gadis-gadis yang berpakaian seksi menari dihadapan patung keagamaan mereka...Khabarnya perkara ini berlaku di Thailand dan mereka yang terlibat dalam upacara ini mempercayai bahawa kekayaan dan nasib yang baik akan datang kepada orang-orang yang beriman kepada patung ini...






Monday, September 3, 2012


TIMBALAN Mursyidul Am Pas Dr. Haron Din, adalah antara tokoh ulama yang paling disegani dalam Pas. Beliau bukan jenis yang mengeluarkan kenyataan merapu dan mengelirukan umat Islam.

Haron Din juga jarang bersuara, tidak seperti ramai pemimpin Pas. Tetapi apabila beliau menyatakan pandangan, ramai yang membuka mata. Terbaru, beliau mempertahankan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhubung isu pelaksanaan hudud yang ditolak oleh DAP.

Isu berkaitan Nasharudin tercetus apabila beliau menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai anti Islam kerana menentang hukum hudud. Beliau juga menyatakan sedia disaman Karpal.

Ketegasan Nasharudin seperti diduga, tidak disenangi oleh para pemimpin Pas daripada puak Anwarinas. Sedangkan ramai ahli dan penyokong akar umbi Pas sudah tidak tahan dengan penghinaan DAP terutama dalam isu hudud. Lebih mengecewakan orang-orang Pas apabila pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang memihak kepada DAP dan turut menolak hudud Pas.

Awang boleh faham sentimen akar umbi. Mereka merasakan dikhianati dan dipergunakan bukan sahaja oleh DAP bahkan oleh PKR. Selama ini, semua tahu bahawa program dan aktiviti di akar umbi pakatan, banyak digerakkan oleh ahli-ahli Pas - daripada meramaikan kehadiran ceramah pemimpin pakatan sehinggalah menaikkan bendera parti dan menyertai perhimpunan haram Bersih. Tanpa akar umbi Pas, pakatan terutama PKR yang sudah rosak imej angkara skandal seks dan integriti, pasti lumpuh.

Keberanian Haron Din

Maka apabila Nasharudin lantang menyanggah Karpal , ramai ahli dan penyokong Pas lega. Lebih-lebih lagi dengan sokongan beberapa pemimpin bertaraf ulama. Sebab itu, ramai yang bersyukur dan tabik kepada Haron Din. Keberaniannya meletakkan kepentingan Islam mengatasi percaturan politik, adalah terpuji. Begitu juga kepada pemimpin-pemimpin lain seperti Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib; Pesuruhjaya Pas Johor, Mahfodz Mohamed; Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Muhamad Zin Abdul Rahman dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa.

Tindakan mereka bangkit bersuara sebagai harapan baru kepada ahli-ahli dan penyokong Pas untuk melihat parti itu tidak terus hanyut mengikut rentak PKR dan DAP. Persoalannya, walaupun suara akar umbi dan ulama memihak kepada Nasharudin, apakah nasib beliau apabila Majlis Syura Ulama membuat keputusan mengenai kedudukannya pada 9 September ini? Awang difahamkan, puak Anwarinas sedang memperhebatkan tekanan ke atas pimpinan Pas terutama Presiden, Hadi Awang dan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat agar memecat Nasharudin. Di kalangan orang Pas, sudah diketahui bahawa kelompok Anwarinas paling berkuasa dan bukan lagi golongan ulama.

Sekali lagi isu tersebut akan menjadi ‘pertembungan’ antara Anwarinas yang sentiasa tunduk kepada DAP dan ulama, yang mahu Pas bebas daripada pengaruh luar demi kepentingan Islam. Bagi golongan ulama, Nasharudin tetap relevan malah ramai melihat beliau sebagai pemimpin masa depan yang boleh menjadi sandaran Pas.

Bagi Anwarinas, tidak memadai jika Nasharudin sekadar diberi amaran. Beliau mesti disingkirkan segera kerana menjadi ancaman kepada mereka. Isu Nasharudin dilihat bersama Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan sekumpulan ulama di Mekah, dijadikan senjata oleh puak itu. Nasharudin dalam penjelasannya menegaskan bahawa pertemuan itu adalah soal wacana Islam sejagat dan bukan soal politik. Sepatutnya itu ditafsir positif untuk imej Pas di umat Islam.

Kekal bersama Pas

Malah beliau berikrar untuk kekal bersama Pas dan tidak akan menyertai parti lain termasuk UMNO. Komitmennya itu cukup menyakinkan ahli-ahli namun kelompok Anwarinas tidak akan berdiam diri. Nasharudin adalah sasaran seterusnya sebagaimana yang menimpa Dr. Hasan Ali. Awang tidak pasti sejauh mana kelompok ulama dapat mempertahankan Nasharudin kerana dalam Pas, Anwar lebih berpengaruh berbanding Hadi dan Nik Aziz. . Belum pernah dalam sejarah, Pas dicorakkan oleh tokoh luar apatah lagi yang menghadapi isu moral yang dahsyat.

Anwar telah bertindak sebagai ‘imam’ dalam Pas, yang secara tidak langsung membolehkan tangan-tangan DAP menjalar liar. Selagi Anwar menjadi pencatur Pas, selagi itulah DAP tidak gentar dengan Pas - biarpun Islam dihina dan parti diperlekeh berulang kali. Begitulah dayusnya Pas di bawah Hadi dan Nik Aziz. Pada Awang, masyarakat Islam sudah menyampaikan banyak mesej tetapi pemimpin utama Pas terus angkuh dan tidak endah. Kerana mahu mengejar kuasa menawan Putrajaya - yang DAP lebih dominan dalam pakatan - Pas lupa diri dan ketepikan kepentingan Islam.

Kalau begitu, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Lagi berkuasa Anwarinas dalam Pas, lagilah meluat akar umbi. Lagi hilang pengaruh golongan ulama, lagi berisiko Pas ditolak ahli. Lagi hanyut Pas, lagi mudah masyarakat Islam membuat perhitungan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Tunggulah...

Utusan
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Isnin menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara selain mahu menukar Jalur Gemilang sebagai budaya liar.
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata perbuatan itu tidak boleh diterima, walau apa juga alasan yang diguna pihak terbabit untuk mewajarkan tindakan mereka.
Sekalipun tidak suka dengan pemimpin, mereka tidak harus melepaskan rasa tidak geram dengan menghina gambar pemimpin, manakala Jalur Gemilang pula lambang identiti setiap rakyat Malaysia, katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau mengulas tindakan peserta Himpunan Janji Bersih pada malam ambang Hari Kemerdekaan di ibu kota Khamis lepas, yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Segelintir peserta perhimpunan juga dilapor bangga mengibarkan bendera yang dikatakan sebagai pengganti Jalur Gemilang.


Siapa yang mulakan memijak gambar pemimpin kalau bukan DAP...cuba lihat gambar dibawah ini...





Jadi tidak hairanlah mengapa penyokong pakatan haram bertindak kurang ajar memijak gambar perdana menteri kesayangan kita...semuanya hasil didikan pemimpin-pemimin DAP, biadap dan kurang ajar...Sepatutnya Nik Aziz patut tarbiah DAP dulu baru betul....





Cuba baca apa Nik Aziz kata pula mengenai insiden menukar jalur gemilang dan pijak gambar DS Najib..

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengutuk perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 
Beliau dengan nada marah berkata perbuatan memalukan itu bertentangan dengan amalan Islam dan budaya Melayu serta individu-individu terbabit sebenarnya telah dirasuk 'pelesit'. Nik Abdul Aziz turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang mahu menukar Jalur Gemilang kerana ia sudah diterima masyarakat antarabangsa.

Adakah kita sanggup membiarkan pemimpin dan penyokong sebegini mentadbir negara??... agaknya apa akan jadi jika puak-puak sebegini berjaya memerintah negara... alamatnya hancurlah negara kita...tak puas hati je..buat demo...rosakkan harta benda awam, pijak gambar pemimpin, tukar itu dan ini...fikir-fikirkanlah...

Sudah setahun pun berlalu isu ..tetapi isu menukar Jalur Gemilang ini masih lagi menjadi topik utama puak-puak pembangkang bila tiba sambutan hari kemerdekaan..Tahun lepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan pernah menyuarakan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang....

Cuba baca tweet yang dibuat oleh pemimpin DAP ini...

Cuba tengok apa yang terjadi semasa perhimpunan Janji Demokrasi yang dianjurkan oleh puak-puak pakatan haram...masih lagi dengan isu penukaran Jalur Gemilang...


Jika ianya merupakan pandangan peribadi dan tidak dirancang seperti yang katakan oleh pemimpin pakatan haram..bagaimana risalah diatas ini boleh wujud pada malam perhimpunan itu??Siapa yang buat??

Baca ini...."Kami anak muda yang bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya agak terpinga-pinga bila dan siapa gerangan yang mengedarkan risalah ini. Kami tidak berniat untuk menyeru kerajaan untuk menukar Jalur Gemilang kepada sang saka Malaya. Tetapi kami berniat untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih telus."




"THE FLAG MUST GO, THE PM MUST GO"

Dari tahun lepas lagi Manoharan telah menyuarakan hasrat ini..."pandangan peribadi konon"..satu persoalan yang EP nak tanya pada rakyat...Betul ke ini hanya pandangan peribadi pemimpin DAP ini atau sememangnya ianya merupakan agenda pakatan haram jika berjaya menawan Putrajaya???....

Bagi EP tak kiralah bendera kita macam mana pun tetapi inilah identiti negara kita yang patut kita banggakan sebagai rakyat Malaysia...kerana jalur gemilang yang ada ini sudah mengecapai kemerdekaan selama 55 tahun. Kerana jasa pemimpin terdahulu inilah yang membolehkan kita merasa nikmat yang kita kecapi hari ini...manusia yang gilakan kuasa penah puas dengan nafsunya...patutnya kita sebagai hamba allah ni patut bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan bukan kufur....

Agak-agaknya apa lagi Anwar nak tukar? Lagu kebangsaan, bunga kebangsaan atau agama rasmi persekutuan?

Thursday, August 30, 2012


Perkhidmatan LRT dilanjutkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi. 

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL  di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi. 

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil  mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.


"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau. 














Tuesday, August 28, 2012

WOW..HARON DIN SURUH TUN M BERTAUBAT...


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diharuskan bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya, menurut Datuk Dr Haron Din. 

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali sebagai falsafah hidup yang salah. 

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan bahawa malaikat lebih buruk dibandingkan dengan syaitan. “Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan terhadapnya. 

Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan. -via Tun Mahathir Harus Bertaubat, kata Haron Din.

Katanya lagi, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata telah memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam, sedia maklum bahawa syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka. 

Selain itu juga, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama yang seburuk itu. 

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” kata Haron Din. Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Bagaimanapun, pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diperburukkan oleh parti pembangkang






“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Hahaha...apa sudah jadi...dulu jahil...sekarang sudah taubat ke?? Amboi..bukan main sombong lagi orang tua nyanyuk ni sampai sanggup nak berkerjasama dengan syaitan daripada UMNO...kononnya syaitan ni lebih mulia dan baik daripada orang Islam yang menjadi ahli UMNO...tapi sekarang..apa sudah jadi....kerjasama dengan DAP makan diri ke??



Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

"Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

" Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.



Friday, August 24, 2012

Wowww...Mansor tikam Guan Eng atau Guan Eng yang tikam Mansor...sebab sekarang ni kecoh kat Pulau Pinang PKR sedang berperang dengan DAP pasal siapa yang nak pegang jawatan itu dan ini....
Mengikut laporan dari Sinar Harian, PKR dan DAP saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini. Ye la...DAP control penang...PKR pula jadi mayat hidup...tapi lama mana PKR sanggup jadi mayat hidup DAP...yang PAS pula tak cerita la...sukarela jadi balaci DAP...

Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.

Elok la tu..gaduh la sama sendiri...sekarang PKR baru nak sedar..dah 4 tahun lebih jadi mayat hidup pada DAP pun...tapi yang menariknya...kuasa tak dapat lagi tapi aktiviti kutuk dan kecam dah bermula...Bagaimanala agaknya kalau puak-puak ni dapat kuasa...??


Thursday, August 23, 2012


Sebenarnya gossip ini timbul pada hari pertama Aidilfitri yang lalu, namun sehingga hari ini masih tiada kenyataan dari kedua dua pihak yang di’sebut dalam gossip ini.
Menerusi ruangan gossip Harian Metro Ahad lalu, Aidil Zafuan kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan aktress Jue Aziz walaupun masih bergelar suami orang.
Aidil Zafuan yang tinggal berasingan dengan isteri, Rita Rudaini kini sedang dalam proses perbicaraan kes penceraian mereka di’mahkamah yang tidak kunjung selesai.
Menurut gossip tersebut, hubungan Aidil Zafuan dan Jue Aziz begitu akrab dan seolah olah sedang asyik bercinta walaupun mereka cuba sembunyikan dari pengetahuan umum.
Ada krew produksi yang pernah terserempak mereka berdua keluar bersama & lebih menarik, Jue Aziz dikenalkan kepada Aidil Zafuan oleh adik ipar beliau, Ayu Raudhah.
Agak melampau sebenarnya peranan yang dimainkan oleh Ayu Raudhah jika benar mereka berdua kini sedang asyik bercinta sedangkan si lelaki masih bergelar suami orang. - Rotikaya

Wednesday, August 22, 2012


Nampaknya puak-puak PAS makin meroyan la lepas ni...Sebelum ini Nasharudin mencetuskan kontroversi kerana bergambar dengan PM...kini gambarnya bersama Ketua pemuda UMNO pula tersebar...Pada pendapat EP memang patut pun Ustaz Nasha berkerjasama dengan UMNO sebabnya PAS bodoh...sanggup menjadi hamba abdi kepada DAP..

Jika tidak mana mungkin KIT SIANG berani kata, jika berlakunya 13 mei kembali..bukannya orang cina akan bergaduh dengan orang melayu tetapi orang melayu yang akan bergaduh sesama sendiri kerana PAS sanggup bermatian untuk mempertahankan DAP...

EP harap usaha yang sedang dijalankan oleh Ustaz Nasha dengan UMNO untuk menyatupadukan semula orang melayu akan berhasil...

Sunday, August 19, 2012

HOT : AWEK INI TIDAK SEDAR DIA DIRAKAM

Awas.. Awek-awek sekalian berhati-hati dengan kamera tertutup dan terbuka ni..Jangan gila kamera sangat tau.. Nanti awek-awek sekalian dirakam macam ni.. LAWAK2!

Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri bersedia membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini daripada kerajaan negeri untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah, kata Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong.

Beliau berkata Pemuda BN menawarkan untuk membeli tapak tanah itu dengan harga RM450 sekaki daripada kerajaan negeri dengan keseluruhan kos sebanyak RM21 juta.

"Duit tidak menjadi masalah kerana kami akan kumpulkan dana daripada orang perseorangan dan beberapa syarikat yang sukarela untuk membantu, apa yang penting sekarang ini keperluan untuk rakyat, kebajikan mereka harus diutamakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tanah di Taman Manggis itu menjadi isu apabila tapak itu pada mulanya dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR), bagaimanapun kerajaan DAP negeri telah menjualnya kepada pemaju untuk membina hotel 19 tingkat, hospital enam tingkat dan tempat letak kereta lima tingkat.

Oh berkata Pemuda BN akan memastikan pembinaan rumah kos rendah itu dilaksanakan secepat mungkin sekiranya tawaran itu diterima. - BERNAMA

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.