Tuesday, August 14, 2012




Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hampir menjadi wartawan Bernama ketika beliau mencari pekerjaan lebih 40 tahun lalu.

Ketika menjadi hos majlis berbuka puasa kira-kira 250 petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu malam tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menceritakan bahawa beliau pernah memohon kerja di akhbar The News Straits Times, Bernama dan Bank Negara Malaysia (BNM) selepas tamat tingkatan enam pada tahun 1968 di Pulau Pinang. Ketika itu beliau berumur 21 tahun.

"Tawaran pertama yang saya terima ialah daripada Bernama. Bernama ketika itu menawarkan saya jawatan cadet journalist (pemberita kadet), gaji RM240, dicampur elaun mesin taip RM30 dan elaun pengangkutan RM30. NST tawarkan gaji serupa tapi jawatan yang diberi ialah reporter (pemberita), tak begitu glamor bunyinya. Cadet journalist lebih glamor," katanya yang mengundang ketawa mereka yang hadir di majlis itu.

Bagaimanapun minat untuk menyertai Bernama tidak menjadi kenyataan apabila beliau menerima tawaran daripada Bank Negara sebagai kerani dengan gaji yang lebih tinggi RM328.

Nor Mohamed kemudian menyertai Jabatan Sumber Manusia BNM yang sebelum itu dikenali sebagai Jabatan Kakitangan, sebagai petugas paling muda.

Pada masa itu, katanya, beliau perasan kerusi-kerusi di jabatan itu tidak ada tempat letak tangan, kecuali kerusi bosnya.

"Suatu hari saya tanya bos saya kenapa kerusi saya tiada tempat letak tangan. Jawapannya:'Saya pegawai, hang (awak) kerani'. Saya beritahu beliau yang saya tahu saya kerani tapi kenapa kerusi saya tiada tempat letak tangan. Beliau kemudian menjawab:'Hang kerani, tugas hang tulis, satu hari 8-9 jam hang tulis.

Itulah peranan sebagai kerani. Saya pegawai, saya kena letak tangan saya di tempat letak tangan dan berfikir.

"Saya pun berfikir, saya sepatutnya terima tawaran kerja di Bernama dulu," katanya yang sekali lagi mengundang ketawa hadirin.

Hadir sama pada majlis berbuka puasa dan lawatan beliau ke agensi berita nasional itu ialah Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

Nor Mohamed meluangkan masa sejam melawat bilik berita Bernama, studio dan bilik berita Bernama TV serta bilik berita Radio 24 sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib.

Menteri itu juga bercerita mengenai kemajuan kerjayanya di BNM yang bermula daripada seorang kerani hingga meningkat naik menjadi Penasihat Khas BNM, bertanggungawab menasihati gabenor BNM mengenai dasar kewangan pada 7 Sept 1998 hingga 23 April 2000.

Pada 15 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad. - Bernama


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menghalalkan kegiatan itu.

Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata temu bual itu juga membawa maksud ia menyokong kegiatan homoseksual. 

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar, beliau tidak bersetuju bahawa temu bual itu bermaksud tidak menyokong kegiatan homoseksual tetapi menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dengan wanita. 

Surendran: Cuba lihat ayat pertama dalam temu bual itu " We will have to review archaic laws and we, Muslims and non Muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia", adakah ayat itu meminta supaya kegiatan homoseksual dihalalkan?

Hasan: Ya.

Ketika ditanya peguam itu sama ada jawapan Anwar dalam temu bual itu "We do no promote homosexuality in public sphere and domain" bermakna ia menyokong kegiatan homoseksual, Hasan menjawab "Ya".
    
Hasan, saksi defendan pertama,  berkata demikian pada perbicaraan kes saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama BBC  mengenai undang-undang berkaitan homoseksual. 

Pada 20 Jan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC. 

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review archaic laws, punitive, punishment not relevant dan public spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual. 

Selepas Hasan selesai diperiksa semula oleh Firoz, Hakim Datuk V.T.Singham yang mendengar perbicaraan itu mengemukakan satu soalan kepada Hasan sama ada beliau ada membuat sebarang penjelasan dengan Anwar apakah maksud temu bual itu sebelum membuat kenyataan itu kepada media dan Hasan menjawab "Tidak"

Singham : Kenyataan itu dibuat atas tafsiran anda?    

Hasan : Betul.     

Firoz kemudianya meminta Hasan menjelaskan mengapa beliau tidak meminta penjelasan Anwar mengenai maksud temu bual itu.

Hasan menjawab beliau tidak berbuat demikian kerana ketika sidang akhbar bersama media itu ianya berlaku secara  "impromtu" (tanpa persediaan) dan beliau tidak menyangka mengenai soalan itu. 

Beliau juga berkata sekiranya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, beliau perlu membuat penjelasan daripada mereka yang membuat kenyataan, maka beliau perlu menghubung ramai orang. 

Ketua Pengarang Utusan, Abdul Aziz dalam keterangannya menafikan bahawa wujudnya campur tangan pihak lain terutama parti pemerintah dalam penerbitan artikel itu dalam akhbar Utusan Malaysia. 

"Tidak pernah ada sebarang campur tangan dalam urusan operasi atau arahan kepada jabatan pengarang dalam penyiaran artikel. Jabatan pengarang menyiarkan artikel berdasarkan pertimbangan editor yang bertugas," katanya  emasa pemeriksaan semula oleh Firoz. 

Abdul Aziz, saksi defendan ketiga, juga berkata akhbar itu bertanggungjawab untuk menyiarkan perkara yang benar dan bukan lahir untuk menyiarkan perkara yang tidak benar. 

Menjawab soalan Surendran ketika diperiksa balas, Abdul Aziz menafikan bahawa ada wakil Umno yang menjadi ahli dalam lembaga pengarah Utusan Melayu campur tangan dalam urusan operasi harian jabatan pengarang. 

Abdul Aziz juga tidak bersetuju dangan cadangan Surendran bahawa Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita positif mengenai parti pemerintah tetapi menyiarkan berita negatif bagi parti pembangkang. 

Beliau juga menafikan akhbar itu dari tahun 1998 iaitu sejak Anwar meninggalkan parti pemerintah, tidak pernah menyiarkan berita positif mengenainya.

Bagaimanapun kepada satu soalan lain Surendran, Abdul Aziz berkata beliau bersetuju bahawa Utusan Malaysia tidak memberikan liputan yang seimbang mengenai parti pemerintah dan pembangkang. 

Perbicaraan bersambung 23 Okt ini. - Bernama

**Kalau perkara ini tak serius...tak kan la Datuk Yusof Haslam nak tegur bintang pilem ni menerusi media.....hehehehee...mesti dia ada sebab mengapa Datuk Yusof Haslam buat begitu....

Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.
"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.
"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.
"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.
Datuk Yusof Haslam
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.
Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.
Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah. -Mstar

Monday, August 13, 2012


Seorang pelayan wanita menjadi popular di internet dengan tiba-tiba apabila uniform yang dipakainya telah mendedahkan bahagian pangkal payudaranya hingga ternampak telefon bimbit yang diselitkan di celah branya.

Insiden tersebut berlaku ketika majlis pelancaran Cameron-Pace Group (CPG) Cawangan China di Muzium Kebangsaan China di Bejing.

Baru-baru ini, China telah dihadiri oleh beberapa pengkarya filem Hollywood dan studio yang terkenal yang ingin melabur ke dalam industri filem di China yang sedang pesat berkembang.

James Cameron, pengarah filem Blockbuster seperti Titanic dan Avatar juga tidak mahu melepaskan peluang untuk melabur dalam industri tersebut dengan mengadakan hubungan kerjasama 3D antara CPG China Division dan dua syarikat tempatan.

Pada majlis pelancaran tersebut, seorang gadis telah menarik perhatian Cameron apabila beliau tunduk menyerahkan kontrak kepadanya sambil senyum terukir dibibir.

Mungkin bukan itu sahaja yang menarik perhatian Cameron, tetapi apa yang 'terhidang' di depan mata lebih mengiurkan! -Pilihan Anda



Kejadian samun rompak cyber cafe ini melibatkan remaja belasan tahun. Kecil-kecil sudah berani samun senjata menggunakan pisau dan parang. Bahaya budak-budak zaman sekarang. Makin parah jika dibiarkan perangai macam ini, sudah besar boleh jadi penyamun tegar atau penyangak.

Apalah nak jadi pada remaja sekarang.. Mari sama - sama kita saksikan video dibawah ini.. 


** DIORANG NI DAH SUNAT KE BLOM? GERAM JE TGK MUKA BUDAK YANG PAKAI SPEK MATA TU.. MCM MINTAK KAKI JE..  KESIAN KAT MAT BANGLA TU..


Nampaknya, Abby mula menunjukkan ‘taringnya’ apabila dikatakan akan mengambil tindakan terhadap sebuah akhbar, Utusan Malaysia.
Ujar Abby menerusi laman sosial Twitter miliknya, mungkin dia akan mengambil tindakan terhadap artikel yang dikeluarkan oleh akhbar berkenaan.
Menurut Abby, artikel yang dikeluarkan oleh utusan Malaysia itu bersifat keterlaluan.
Abby turut menyifatkan cara penulisan wartawan itu seolah-olah telah lama membenci dirinya.
Namun, penulis pelik dengan tindakan sebuah blog yang mengatakan Abby akan menyaman Utusan Malaysia.
Sedangkan pada kenyataan Abby menerusi laman sosial Twitter miliknya hanya berkata “saya akan buat sesuatu”.
Mungkin itu fahaman blog tersebut.
Bagaimanapun, ramai pihak masih menunggu penjelasan dengan lebih lanjut dari Abby.
Malah, ramai yang menanti-nanti apakah tindakan yang bakal diambil oleh Abby. -MyNewsHub

Cuba kita baca kenyataan terkini yang dibuat oleh Zairil...

DAP sedia bermuzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih kepada ahli DAP tentang Islam, terutama hukum hudud.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP sentiasa bersedia bermuzakarah dalam apa juga isu. Sinar Harian

Dan ini pula kenyataan terkini yang dibuat oleh Karpal Sink mengenai Hudud... 

Hakim Negara, Tun Salleh Abas diminta memberikan ‘kuliah’ kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
Berita Harian melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Salleh sepatutnya memberikan penerangan itu kerana dia adalah individu yang mengeluarkan keputusan bersejarah pada 1988 bahawa Malaysia negara sekular.
Katanya, perisytiharan Malaysia negara sekular oleh barisan lima hakim yang diketuai Salleh itu memutuskan negara ini ditadbir undang-undang sekular.
“Ia jelas undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam diguna pakai di Malaysia. Kontroversi antara PAS dan DAP mengenai isu negara Islam sudah berlanjutan terlalu lama.
“Saya harap demi kepentingan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Saya hanya memberi maklum balas ke atas kenyataan mereka. Apa yang mereka perkatakan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang jawapan,” katanya, semalam.
Karpal berkata, dia kesal kerana isu negara Islam dibangkitkan ketika ini dengan PAS terus mendakwa akan terus memperjuangkan agenda berkenaan. Katanya, kenyataan itu terus dikeluarkan walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menyatakan PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya negara berkebajikan.
“Pendirian yang diambil PAS bukan saja tidak mematuhi Perlembagaan, tetapi juga melanggar keputusan Mahkamah Agung yang diputuskan Salleh, yang kini ahli PAS,” katanya
Nampak sangat PAS dan DAP cuba bermain wayang untuk menipu orang Islam...Kejap kata tak boleh kejap lagi kata nak bermuzakarah..Agaknya pemimpin-pemimpin PAS ni kulit mereka sama tebal dengan kulit babi kot??...Walaupun dimalukan secara terang-terangan oleh DAP..tetapi mereka masih terhegeh-hegeh nak menyondol DAP...kononnya mereka boleh mengubah pendirian DAP..tetapi pada hakikat yang sebenarnya...mereka yang berubah mengikut pendirian DAP... 
Wow... pengarah tersohor, Dato’ Yusof Haslam menegur Neelofa agar jangan lupa diri. Ini semua gara-gara sikap Neelofa yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production. Baru setahun jagung je jadi artis, tapi perangainya mengalahkan bintang filem...Agaknya apa pula alasan Neelofa untuk menjawab tuduhan yang berat ini. 


Nama pelakon seksi, Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.
Memetik laporan gosip sebuah akhbar yang disiarkan hari ini, perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.
Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.
Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.
Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha mengelak membahaskan isu Malaysia Negara Sekular atau Negara Islam, namun persoalan itu sering diajukan terutamanya di kalangan rakan-rakannya di negara Barat, kata wartawan BBC, Australia.
Anwar menjawab, beliau tidak mahu mengesahkan secara jelas tentang persoalan di atas, tetapi memberi jawapan secara berkias dengan mencirikan sifat-sifat negara yang disokongnya.
“Biar saya jelaskan apa yang saya mahu..Negara Liberal Demokratik, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, sistem kehakiman yang bebas..adakah ini sesuai ? Saya jawab, ya..ya..
Walaupun tidak mahu berterus terang, namun ciri-ciri sebuah negara yang disokong Anwar di atas adalah ciri-ciri sebuah Negara Sekular.
Istilah Negara Sekular juga dikenali sebagai Negara Liberal atau Negara Demokratik.
Wartawan BBC ingin pengesahan sekali lagi, “bagaimana dengan kebebasan beragama ?, soalnya.
Anwar menjawab, “Ya..kebebasan beragama yang bermaksud kebebasan mengamalkan apa-apa sahaja kepercayaan..kita komited tentang perkara itu.
“Pendirian kami jelas, iau tentang kepercayaan peribadi atau kepercayaan beragama hendaklah diputuskan oleh setiap individu, bukan oleh negara atau penguatkuasaan undang-undang”.
Menurutnya pendiriannya dan partinya, PKR sangat jelas, iaitu berusaha untuk mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang Liberal dan Demokratik.
“Kami juga menetang slogan Negara Islam yang digunakan oleh Parti Islam (PAS), oleh Mahathir, kita tidak menyokong kedua-dua hujah ini,”katanya.
Katanya beliau sengaja mengabaikan sebutan Negara Sekular kerana berdasarkan pengalaman di Turki istilah tersebut telah disalahgunakan sehingga membawa maksud anti-agama, sedangkan menurutnya istilah sekular bukan bermaksud anti-agama tetapi mengasingkan antara agama dengan pemerintahan.

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah.
Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau.
Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party – PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.
Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.
Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.
Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama.
Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.
DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.
Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.
Bukankah Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu untuk bertemu mentor besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan spesifik berhubung gerakan kerja politik parti itu di Malaysia?
Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.
DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.
Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar ‘jus soli’ sebagai salah satu syarat utama Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.
Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.
Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang.
Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran  darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.
Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah “Malai si” yang bermakna “Mati Melayu”.
Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak:
“Apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu.”
Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:
“Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan.”
Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:
“KL sekarang Cina punya.”
Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:
“Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah ‘control’.”
Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini dengan berkata:
“Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa.”
Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:
“…semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
“Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”
Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:
“Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”
Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;
“Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti  yang memperjuangkan hak-hak orang bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah dagingnya. - ASHAMSURI

Mahkamah Bahrain semalam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang lelaki puak Syiah selepas didapati bersalah menghina isteri Rasulullah SAW, Aisyah di Internet.

Lelaki berusia 19 tahun itu dilaporkan menggambarkan keperibadian Aisyah dengan kata-kata berbentuk penghinaan dan memalukan.
Aisyah merupakan tokoh dihormati di kalangan puak Sunnah. - REUTERS

EP heran kenapa tidak ada seorang pun dari mereka yang bergelar ketua - ketua Agama Islam, Mufti Negeri atau Ketua Pengarah JAKIM, JAIS, MAIWP atau mana mana berani menyanggah pandangan Nik Aziz. Apa sebabnya? Adakah ketua-ketua Agama Islam di Malaysia kebanyakannya tak cukup ilmu agama Islam pun atau tidak berkeyakinan hendak menyanggah Nik Aziz? Sebab itu mereka memilih memekakkan telinga, membutakan mata dan diam membisu terhadap penghinaan Nik Aziz kepada Nabi Muhammad s.a.w? Nasib baik ada Ustaz Kazim memperbetulkan akidah umat islam yang lain..


Adakah kita boleh bermursyidkan seseorang yang mengajar seperti itu? Mana perginya pertimbangan orang-orang yang mengangkatnya sebagai ketua sebuah parti yang dulunya riuh ingin mendirikan sebuah negara Islam di Semenanjung Tanah Melayu ini? Sesat dan menyesatkan! Itulah hakikatnya metodologi ajaran Nik Aziz. Makanya EP secara total menyokong pendapat dan pandangan Ustaz Kazim Elias didalam menyanggah ajaran songsang Nik Aziz tentang Nabi Muhammad s.a.w junjungan besar kita selaku ummatnya.

Ada beberapa hadis dan riwayat-riwayat yang menyebut tentang kelahiran Baginda saw berlainan dengan cara bayi-bayi lain dilahirkan.

Sebagaimana berkata Aminah bonda Rasulullah saw: ketika aku melahirkannya, dia (Nabi saw) berlutut degan kedua lututnya sujud, memandang ke arah langit kemudian menggengam segenggam tanah dalam keadaan jari telunjuknya terangkat ke atas seperti orang menghinakan dan merendahkan diri kepada Allah swt.


Lagi diriwayatkan


Berkata Ikrimah: ketika Aminah melahirkan Muhammad saw, maka beliau meletakkan di dalam sebuah bakul dan setelah itu aku mengangkat bayi tersebut. Beliau berkata: Aku melihat bayi tersebut, pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.


Sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan tentang perbezaan cara kelahiran Baginda saw dengan kelahiran bayi-bayi lain. Jika hendak dihurai satu persatu peristiwa yang berlaku sudah tentulah mengambil masa yang lama kerana banyak sangat cerita yang menarik dan ajaib tentang kelahiran baginda saw. Antara yang boleh EP sebut di sini berhala tersembang ke tanah di hari kelahiran Baginda saw, bulan purnama berkata-kata dengan baginda saw semasa Baginda dalam buaian, Baginda lahir dalam keadaan bersih dan sudah dikhatankan, Baginda saw juga dilahirkan tanpa tali pusat sebagaimana bayi-bayi lain, syaitan berteriak semasa kelahiran baginda saw dan sebagainya.


MARI KITA RUJUK PULAK DALIL DAN HADIS TENTANG MENYAMBUT HARI MAULID NABI SAW:

Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a menyatakan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka dia akan menjadi temanku di syurga.

Telah berkata saiduna Umar al-Khattab r.a: sesiapa yang membesarkan hari kelahiran Nabi saw, maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam.


Telah berkata saiduna Uthman Ibn ‘Affan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka seolah-olah dia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain.


Telah berkata imam as-Syafi’ie: sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulid Nabi saw, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab dibaca maulid Nabi saw itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah swt pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada dan para solihin serta berada dalam syurga-syurga naim.
 

** BAGI EP NIK AZIZ NI TAK UBAH SEPERTI AYAHPIN.. PATUT TAHAN DAN SUMBAT JE DIA DALAM PENJARA SELAMA 2 TAHUN SAMA MACAM HUKUMAN LELAKI DI BAHRAIN TU.. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT..

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton Sukan Olimpik London 2012.
Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.
Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.
"Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan.
"Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara.

Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata, beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik," katanya.
Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di Sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.
"Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih 'fit'(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016," katanya. - Bernama

** EP CABAR MANOHARAN BERLAWAN BADMINTON DENGAN DATO' LEE CHONG WEI.. AGAK2 SIAPA YANG KENA?? HAHAHA..

Sunday, August 12, 2012




Dato' Lee Chong Wei terpaksa meminta maaf kepada semua peminat badminton mengenai video yang dimuat naik ke Youtube. Video klip tersebut dimulakan oleh penyanyi rap ' Namewee ' yang menghina bintang badminton no 1 dunia dari China iaitu Lin Dan.

“Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di “microblogging” weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.


Namewee memuat naik klip video ciptaannya di youtube yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley baru - baru ini.

Klip itu kemudian tersebar ke seluruh forum utama dan facebook telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China. Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

“Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya,” dakwa beliau. Namewee menggelar Lin Dan Sebagai Lin-nabu Angmo-Dan ( Rambutan Mak Kau dalam bahasa cina) dan Shabi (*****).


Lirik lagu hasil dari google translate dipercayai seperti ini Dengar kau suka akan filemku, Senyap-senyap tengok Nasi Lemak 2.0, Hantu gangster akan ditayangkan tak lama lagi, Nak ajak kau tonton sekali. Tapi kau berada di London, Tidak dapat hadirkan diri, Tak mengapa, kau sedang berjuang untuk negara. Lantas ku membuka RTM1, Melihat kau berjuang demi ibu pertiwi, Dengan mudahnya menang pusingan pertama, Seluruh negara bersorak gembira. Tapi pusingan kedua itu China punya XX, Macam makan dadah Jadi kuat gile ****, Dan mengalahkan kau ke bawah gaung, Dan Kehilangan tenaga. Biarpun kau kalah, Air mata keluar, Seluruh Malaysia bersedih denganmu, Fat lady pun turut bersedih. Biarpun kau kalah, Janganlah menangis, Datanglah tonton filem ku, Biar kau ketawa terbahak-bahak. Biarpun tiada cuti, Dan ais krim percuma, Kau lah perwira Malaysia, Kalah atau menang kami tetap sayang kau. Lepas habis lagu dia ugut Lin Dan dalam bahasa hokkien, "Itu China punya orang ha, jangan berlagak lah! Jangan datang Malaysia, kalau aku nampak kau aku pukul kau "
Malaysia Sore Loser, dah kalah nak maki org pula, dasar pemikiran negara kecil
Gambar diatas ialah caci - cacian dari rakyat china kepada namewee dan malaysia juga terkena tempiasnya. Dibawah pula lagu balas dari negara China yang dibuat oleh Huang Ming-Chih kepada Namewee. 
 
Lirik Lagu setelah mengunakan google translate ialah seperti dibawah

Versi Olimpik "Saya datang dari padang rumput"
Saya mendengar bahawa anda telah diseret untuk menggunakan lagu-lagu untuk menyatakan kemarahan Video hanya untuk membuka dan berbau berturut-turut bau huru-hara Mengutuk di mengapa Idol kehilangan permainan Anda minda bit taji sempit Untuk turut serta dalam kemenangan kaum Olimpik atau terdapat kegagalan Zongwei tidak berdiri anda, tetapi begitu merungut bengkok Lihat lin dan untuk mengambil pingat emas dalam keceriaan dunia untuk dia Menasihati anda untuk memadam Freeze video Sebelum ini, anda xenophobic perasaan negara kecil Dan huru-hara langkah untuk mengkhianati watak Keupayaan bahawa titik yang anda hendak lebih baik tidak akan menunjukkan Jika tidak, saya ditembak 10000 mekar pic Saya mengaku bahawa anda adalah muzik yang berbakat cukup buruk Anda tidak perlu mempunyai orang lain Mai Tai Anda kotor cetusan angin jatuh ke dalam laut Bilangan mengotorkan ikan beracun.
 
** EP rasa Namewee ni suka mencari publisiti dgn mencipta kontroversi murahan. Tengok saja pada lirik dia pun dah tahu dia nak promote filem bodo dia tu. Mamat ni memang bahalol tak abes - abes suka cari pasal.. dia ingat diri dia tu bagus sangat ke??

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.