Tuesday, July 31, 2012


''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.


''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat. 

''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.

Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu. Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.

''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya. 

Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.

''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.

''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya. 

Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.

''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.


Cuba baca petikan dari kenyataan Mahfuz di Malaysiakini... 
Beliau mendakwa tindakan itu diambil selepas Hari Himpunan Koperasi Malaysia gagal untuk himpunkan sejumlah 100,000 orang. 
"Sasaran itu tidak kesampaian sehingga keadaan majlis itu sangat mengecewakan perdana menteri. Nampak sesuatu perkara yang tidak kena dengan penganjuran majlis tersebut," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. MK
Ternyata apa yang dikatakan oleh Mahfuz dalam sidang medianya itu adalah pembohongan semata-mata...hanya untuk mengelirukan rakyat...mungkin Mahfuz membuat kenyataan berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh blogger-bloger pembangkang yang sememangnya kaki fitnah tanpa merujuk pada fakta yang sebenar...

Lihat gambar dibawah ini...ini merupakan salah satu gambar yang dimuat naik oleh blogger kaki fitnah untuk memburukkan Sambutan Hari Koperasi 2012 di Stadium Bukit Jalil...padahal majlis belum bermula...


Inilah gambar yang sebenar semasa Sambutan Hari Koperasi 2012 di Stadium Bukit Jalil yang dimuat naik oleh ahli koperasi yang menghadiri sambutan tersebut...Ternyata lebih ramai daripada apa yang cuba digambarkan oleh pembangkang...




Mahfuz patut sedar bahawa Hari Koperasi Negara yang dianjurkan pada kali ini sangat berjaya kerana berjaya mengumpul 60 ribu orang dari seluruh negara sedangkan sambutan sebelum ini yang diadakan pada tahun lepas, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hanya mengumpul ahli sebelum ini seramai 15 ribu orang sahaja. Bukankah itu satu peningkatan yang sangat membanggakan memandangkan peruntukan SKM untuk untuk penganjuran kali ini adalah sama seperti tahun lepas...

Nasihat EP pada Mahfuz..sudah-sudah la dengan kerja menyibuk ni...sampai bila melayu nak maju jika setiap perkara yang dilakukan semuanya salah dan tak betul...cuba lihat dari sudut yang positif dan perbaiki kelemahan yang ada...Kita ni manusia Mahfuz ooiii....sudah pasti ada kelemahan...

EP harap Mahfuz dan PAS dapat buang strategi perangsaraf PAS yang jelas masih menggunakan unsur-unsur fitnah dan perkhabaran yang tidak tepat dalam usaha mereka memburuk-burukkan kerajaan BN...




Pelbagai gosip cinta timbul apabila melibatkan nama Nora Danish yang sememangnya 'bergetah'. Awalnya, dia dikaitkan dengan Adi Putra, kini secara tiba-tiba timbul pula gosip bercinta dengan pelakon Shaheizy Sam.

Apa yang menarik, dakwa sipembuat cerita... cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan melalui filem terbaru berjudul 2 Kalimah. Persoalannya, benarkah begitu atau ia hanya sekadar publisiti murahan yang ingin disebarkan pihak tertentu bagi menghangatkan filem tersebut?

Seterusnya bila diajukan sendiri gosip yang berlegar kepada empunya badan, Shaheizy menafikan yang dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan janda manis itu. Katanya, gosip tersebut mengarut dan amat tidak logik kerana ia langsung tidak berasas sama sekali.

“Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini,” ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

“Apabila timbul gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal.

“Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan.

“Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul.

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul,” jelasnya dengan nada serius.


Dan ini pula kenyataan Nora Danish...

"Hah! itulah masalahnya. Lepas hari tu saya dikaitkan dengan abang Adi Putra, sekarang Sam pula. Ingin saya nyatakan sekali lagi bahwa gosip di antara saya dengan Adi tidak benar. Itu semua kerana spekulasi orang. Tiada apa yang berlaku antara kami"

"Alih-alih baru-baru ni dengan Sam pula. Saya terkejut sangat sebab kami di set memang tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami tak bercinta. Sepanjang di set Dua Kalimah, kami asyik buat lawak saja. 

"Semalam kami ada photoshoot. Bila kami jumpa, masing-masing boleh berlawak lagi pasal gosip ni", jelas Nora Danish dengan panjang lebar ketika di temui di Flora De Cafe, Ampwalk, semalam. 

Tegasnya lagi, sepanjang 10 tahun menceburi dunia lakonan, dia tida pernah terjebak dengan 'cinta lokasi'. Sehinggakan apabila seringkali dikait dengan pasangan heronya baik di dalam filem mahupun drama, dia seperti sudah lali dengan cerita-cerita tersebut. 



“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah.


Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.



Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.



“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa. 



“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya. 



Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.



Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat. 

**


Kalaulah Betty terjumpa suaminya bersama perempuan lain di shopping complex semasa hari Valentine..macam mana  agaknya reaksi Betty??



Kesian ahli-ahli PAS...kerana kerakusan pemimpin-pemimpin PAS yang ingin menawan Putrajaya, tak pasal-pasal mereka terpaksa akur dan tunduk pada kehendak DAP...Satu ketika dulu, prejuangan PAS berlandaskan Islam, Al-Quran & Sunnah...tetapi kini PAS berimankan Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Haram...Ini semua hasil tarbiah PAS pada DAP...tak gitu??


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.     
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.    
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann semalam. 
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.     
Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.     
Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga. 
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya. 
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan. 
"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - Bernama

Monday, July 30, 2012


Tiz Zaqyah (dilahirkan pada 25 Oktober, 1988) merupakan model, pelakon dan penyanyi yang sudah memiliki populariti dan peminat tersendiri di Malaysia. Kejayaan besar dengan memegang watak sebagai 'Nur Amina' dalam siri drama popular 'Nur Kasih' telah membawa beliau untuk terus dikenali sehingga hari ini. Tiz juga menjadi teraju utama dalam filem 'Nur Kasih The Movie'. Beliau turut menyumbangkan suara dengan berduet bersama penyanyi Yassin untuk lagu tema filem tersebut.

Tapi, apa masalahnya dengan video di bawah? Anda tonton sahajalah. Sesuai untuk tontonan umum.

**Sedapnya suara Tiz...EP Like..


Nampaknya pemimpin puak-puak PAS hari ini semakin ketadusan isu untuk dijaja kepada rakyat sehinggakan isu pertukaran tempat kerja empat Pengarah Jabatan Koperasi pun nak dipolitikkan...Mungkin disebabkan isu Hudud sedang hangat diperkatakan oleh rakyat...maka Mahfuz selaku RAJA LAWAK di dalam partinya ditugaskan oleh PAS untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu hudud ke isu pertukaran empat Pengarah Jabatan Koperasi.

EP percaya dan EP rasa Mahfuz pun tahu pertukaran empat Pengarah Jabatan Koperasi bukannya satu isu besar dan ianya tidak dibuat secara melulu oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi sepertimana yang didakwa PAS. Tapi nak buat macam mana...kerana terlampau terdesak nak alih perhatian rakyat dari isu hudud cerita tepi jalan dan kedai kopi pun boleh diolah dan disensasikan sehingga  nampak seperti benar supaya rakyat menjadi keliru.

Mahfuz kata bahawa empat pengarah tersebut ditukar kerana tidak berjaya menghimpunkan  ahli koperasi pada sambutan Hari Koperasi Negara...Adakah dakwaan ini merupakan satu andaian atau Mahfuz benar-benar mempunyai bukti...Bagi EP agak bodoh la kalau seseorang menteri itu mengambil tindakan secara sewenang-wenangnya hanya membabitkan satu isu..



Pada kebiasaanya sebelum berlaku pertukaran tempat kerja mana-mana pegawai tinggi kerajaan, menteri yang bertanggungjawab terlebih dahulu akan mendapat pandangan atau menerima laporan daripada pegawainya sebelum mengeluarkan sebarang arahan...itu sudah menjadi prosedur biasa..tak kan itu pun Mahfuz tak reti...

Sudah menjadi tanggungjawab setiap pegawai kerajaan untuk menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan secara efisyen, profesional dan menepati arahan yang telah ditetapkan bagi mencapai keputusan yang terbaik. EP ulangi..."terbaik", jika tidak mereka akan dikenakan tindakan...Barulah prestasi kakitangan perkhidmatan awam efisien, proaktif dan mencapai sasaran...

Opss..lupa la pula...Mahfuz tak pernah kerja dengan kerajaan..jadi dia mesti tak tahu perkara ini...Kalau Mahfuz nak tahu dalam perlembagaan persekutuan Perkara 144(1) menyatakan :-

"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
Jadi dakwaan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap Dato Seri Ismail Sabri ternyata andaian semata-mata tanpa sebarang bukti kukuh..Kenapa Mahfuz tidak melihat isu ini dari sudut tindakan pertukaran ini dibuat berdasarkan kepada faktor lain seperti pertukaran biasa yang menjadi amalan mana-mana jabatan kerajaan, melanggar etika atau peraturan perkhidmatannya...Ini tidak, sentiasa bersangka buruk dan mempunyai persepsi negatif pada setiap keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan. 

EP rasa tak perlulah Mahfuz nak berlagak hero kononnya nak membela kakitangan kerajaan kerana mereka sudah cerdik untuk membezakan diantara sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat dengan pembangkang yang hanya memperalatkan rakyat untuk agenda politik sendiri....Jadi nasihat EP kepada Mahfuz...tak perlulah nak menyibukkan diri nak mensensasikan isu pertukaran ini...selesaikan isu hudud dan pembentukan negara Islam dengan DAP tu dulu...

**Inilah PAS..tiap-tiap hari ada saja kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP menentang hudud dan penubuhan negara Islam seperti yang di impikan oleh PAS...tapi tak dak seorang pun pemimpin PAS yang berani membuat kenyataan balas mengenai isu tersebut...bukankah penakut namanya tu...

Bagi EP tak sia-sia puak-puak PAS mengangkat Lim Guan Eng menjadi Khalifah dan mendoakan kesejahteraan hidupnya didalam khutbah Jumaat..Cuba lihat apa hasilnya...

DAP nak DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita...Prinsip mana yang menyatukan mereka??Prinsip PAS atau Prinsi DAP...setahu EP, PAS turut je kehendak DAP tetapi DAP pula secara terang-terangan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud yang merupakan impian PAS selama ini...

Tak payah cerita la prinsip rasuah dan salah guna kuasa...Kita orang Islam ada halal dan haram tapi bagi DAP..ada ke?Dia orang mana ada dosa dan pahala...Setahu EP mereka lagi bijak  dalam bab-bab menipu dan menindas orang lain...Jadi tak perlulah nak cakap pasal prinsip rasuah dan salah guna kuasa..wayang je semua tu..Agaknya bila la PAS nak sedar yang mereka dipermainkan oleh DAP...


DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan  kuasa.
“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.
“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya sebentar tadi.
Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan Pas telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.
 

GEMPAR : Kelibat UFO Dilihat Di Sunway


Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.
Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.
Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.
Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.
Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.
"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.
"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.
Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.
"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.
Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.
Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.
"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.
Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi
"Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya.
Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.
"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.
Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan.

Aktres muda Ika Nabila (Ika) berharap kedatangan bulan Ramadan pada kali ini melahirkan ketenangan buat dirinya yang sebelum ini diasak kontroversi silih berganti.
Pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 23, ini berkata, dia tidak mahu merunsingkan fikiran dengan cerita-cerita buruk yang timbul kerana ia tidak menggugat atau mematahkan semangat untuk terus bekerja dalam bidang seni.
“Saya bosan sebenarnya kerana orang terus bertanya mengenai kontroversi yang timbul sebelum ini. Bagi saya, semua gosip itu hanya permainan dunia hiburan.
“Semoga kehadiran Ramadan pada kali ini menjadikan saya lebih tenang dan melupakan semua kontroversi yang tercetus sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam pernah didakwa kononnya sebagai peminum arak selepas foto dia memegang gelas berisi air seakan minuman beralkohol tersebar luas di Internet pada awal tahun ini.
Tidak berakhir di situ, gadis dari Pulau Pinang ini turut didakwa menjalinkan hubungan sejenis dengan pengurusnya Adlin atau Kak Long, selain tuduhan memiliki alat permainan seks yang dikenali sebagai ‘dildo’.
Ditanya adakah dia terkesan daripada kontroversi yang timbul, Ika berkata dia enggan melatah dan tenang menyangkal setiap tuduhan kerana mengetahui kebenaran di sebaliknya.
“Saya tidak buat benda-benda yang dituduh jadi saya tidak mahu ambil kisah dengan apa pun cerita yang timbul.
“Ia tidak menjadi ‘kudis’ kepada saya pun. Yang penting, saya dan orang tua tahu kebenaran di sebalik setiap cerita yang timbul.
“Bukan bermaksud saya tidak tertekan atau terkilan dengan gosip-gosip itu, cuma saya tidak mampu untuk tutup mulut orang daripada terus bercakap,” katanya.
Mengenai kebimbangannya terhadap kesan cerita-cerita yang timbul ke atas dirinya, Ika berkata peminat pada hari ini sudah bijak menilai antara cerita peribadi dan kerja seseorang selebriti.
“Saya sentiasa okey walau seberat mana fitnah ke atas saya. Tiada apa yang perlu saya malu apabila cerita negatif terus dikaitkan dengan saya kerana ia tidak berlaku.
“Pesan ibu bapa agar saya berhati-hati selalu saya sematkan dalam diri. Lagipun, peminat pada hari ini tidak semudahnya menghukum kerana mereka bijak menilai bakat dan kerja kita.
“Malah, saya sentiasa mendapat sokongan peminat untuk menghadapi kontroversi yang timbul,” katanya yang kini sibuk di lokasi drama bersiri Darjat.

"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.


Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas  panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya. Sinar Harian

“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.

Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.

“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

“Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti.

Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana.

Sunday, July 29, 2012


SALAH satu perkara menarik yang menjadi perbincangan dalam arena politik negara ialah mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pergilah ke mana sahaja dan berbuallah dengan sesiapa sahaja, topik mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang sentiasa menjadi perhatian.

Ditubuhkan oleh sekumpulan ulama melalui perpecahan yang berlaku di dalam UMNO pada tahun 1951, perjuangan politik Pas kini semakin terarah daripada sebuah parti yang mampu berdikari kepada sebuah parti yang dilihat menjadi 'pak turut' dan sekadar 'kuda tunggangan' dalam pakatan pembangkang.

Rekod cemerlang Pas kerana memerintah Kelantan sejak tahun 1990 semakin pudar akibat perkongsian impian politik bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, sekali gus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun suatu ketika Pas dilihat sebuah parti yang jauh lebih berwibawa berbanding PKR dan DAP namun Pas tidak mampu bertahan untuk menjadi sebuah parti yang terus berjuang sendirian bagi mencapai cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Perkongsian impian dengan kedua-dua parti itu jelas menunjukkan Pas terpaksa mengorbankan banyak kekuatan dan jati diri semata-mata untuk memenuhi rentak politik PKR dan DAP. Malahan golongan ulama yang menjadi tonggak utama di dalam Pas kini dikatakan semakin terhakis suara mereka.

Ulama-ulama Pas majoritinya berada di dalam Dewan Ulama dan mereka seolah-olah tidak mempunyai kuasa politik bagi menentukan hala tuju parti itu biar pun hakikatnya, Pas 'dilahirkan', 'dibesarkan' dan dididik oleh golongan berkenaan.

Kesudahannya, akibat semakin kurangnya kuasa politik golongan ulama di dalam Pas, maka arah tuju Pas juga semakin tidak jelas, sebaliknya dari semasa ke semasa parti itu terus bercelaru dalam usahanya mencari kuasa politik.

Oleh itu apabila pemimpin-pemimpin Pas membuat kenyataan yang dilihat cuba menunjukkan mereka parti kuat dalam pakatan pembangkang ia dilihat hanyalah sekadar satu mimpi yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Berikut penulis paparkan beberapa mimpi politik Pas berdasarkan perjalanan parti itu sejak mereka berkawan dengan PKR dan DAP.

Menjadi parti dominan - Pas masih lagi bermimpi untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang biar pun hakikatnya PKR dan DAP sudah pasti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku. Sebab itulah ramai pemerhati politik melihat impian Pas untuk bertanding 80 kerusi hanyalah satu impian yang tidak akan kesampaian.

Ini memandangkan PKR biar pun sedang menghadapi pelbagai kemelut dalaman dan luaran serta semakin terhakis sokongannya di kalangan rakyat, namun parti itu tetapi mahu menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

Impian PKR sudah tentulah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana parti itu mempunyai hubungan rapat dengan DAP dan ia jauh lebih erat berbanding hubungan PKR dengan Pas.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana dalam apa juga isu, pemimpin-pemimpin PKR dikatakan lebih menyebelahi DAP biar pun ia boleh menyinggung perasaan Pas.

Dalam pilihan raya umum akan datang PKR dan DAP sudah tentu akan memastikan Pas hanya bertanding sekitar 66 hingga 67 kerusi sahaja seperti mana pilihan raya umum lalu, manakala PKR dan DAP akan menentukan siapa antara mereka akan bertanding lebih banyak kerusi.

Apa yang menyedihkan, apabila keputusan sudah dibuat, Pas akan 'diarahkan' oleh sekutunya untuk menyediakan jentera pilihan raya untuk bertempur.

Ahli-ahli Pas akan dikerah memenuhi majlis-majlis ceramah PKR dan DAP, menggantung bendera kedua-dua parti itu dan bersedia membuat kenyataan bagi membela pemimpin-pemimpin pembangkang. Itu sahaja tugas Pas!

Malahan mereka juga akan bersedia bertakbir tanpa mengira siapa pun yang berucap.

l Impian mewujudkan negara Islam - Pas masih lagi bermimpi untuk memperjuangkan negara Islam sedangkan ia sudah lama berkubur berikutan keputusan parti itu menegakkan negara berkebajikan. Namun begitu oleh kerana menyedari sokongan orang Melayu kepada mereka semakin merudum maka mahu tidak mahu Pas terpaksa mendendangkan semula soal memperjuangkan negara Islam.

Kita percaya dalam soal ini seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, semua itu hanyalah sandiwara dalam usaha Pas menarik sokongan orang Melayu.

Semua orang tahu Pas sudah tidak lagi sinonim dengan perjuangan Islam selagi mereka berada dalam pakatan pembangkang. PKR dan DAP sudah pasti tidak akan membenarkan Pas meneruskan perjuangan Islamnya.

Laluan Pas dalam soal ini hanyalah sekadar retorik politik kerana di dalam parti itu sendiri terdapat penentangan yang cukup ketara. dalam soal berkenaan. Golongan ulama masih berhasrat untuk meneruskan perjuangan Islam yang dianggap perjuangan asal Pas. Tetapi dalam masa yang sama, di dalam Pas juga terdapat kelompok pemimpin-pemimpin tertentu yang begitu mahu menjaga hati dalam soal hubungan dengan PKR dan DAP. Oleh itu dalam keadaan mereka begitu ghairah untuk memburu kuasa bersama kedua-dua parti berkenaan, ada di kalangan pemimpin tersebut yang tidak mahu ada perkara berbangkit yang mampu menjejaskan impian berkenaan.

l Pemimpin Pas jadi Perdana Menteri - Inilah mimpi yang paling menyeronokkan bagi pengikut-pengikut Pas kerana mereka merasakan pemimpin-pemimpin utama mereka layak tetapi hakikatnya pemimpin mereka sendiri tiada keyakinan diri. Sebab itulah mereka membuat kenyataan-kenyataan yang menyatakan jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum nanti yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengikut-pengikut Pas harus memahami bahawa kedudukan pemimpin mereka di dalam pakatan pembangkang sekadar penyokong setia dan pengikut sahaja, pemimpin-pemimpin PKR dan DAP mendominasi segala agenda politik pakatan tersebut.

Apatah lagi, berbanding Pas, pemimpin-pemimpin PKR lebih mendapat kepercayaan pemimpin DAP sebab itulah biar pun PKR mempunyai kerusi yang kurang dalam Parlimen berbanding Pas, namun DAP tetap memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ketua pembangkang.

Pemimpin-pemimpin Pas hanya digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyokong dan membela pemimpin PKR dan DAP. Oleh itu tidak usahlah pengikut-pengikut Pas bermimpi pemimpin mereka akan menjadi pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.

l Berhasrat menggantikan UMNO - Inilah mimpi paling mengasyikkan bagi Pas sehingga mereka sanggup mencetak kemeja t yang tertulis perkataan Pas ganti UMNO.

Tetapi semua orang tahu sejauh manakah kemampuan Pas untuk berbuat demikian. Pas bukan seperti UMNO kerana dalam pembangkang, Pas diibarat seperti melukut di tepi gantang demi mencari kuasa.

Ini berbeza dengan UMNO yang menjadi tonggak kekuatan BN tetapi sentiasa menghormati kesepakatan yang dicapai bersama komponen parti itu sejak merdeka.UMNO tidak pernah mahu menjadi 'abang besar' di dalam BN tetapi dalam pakatan pembangkang semua orang tahu siapa 'abang besar' yang Pas dilihat perlu akur.

Kesimpulannya, Pas boleh terus bermimpi dan bermimpi untuk menjadi parti utama dalam pakatan pembangkang tetapi ia tidak akan menjadi kenyataan.

Bak kata Ahmad Masrizal, ''Pas dalam pakatan pembangkang sebenarnya adalah tidak ke mana. Tiada kekuatan suara, fikrah apatah lagi kekuatan politik untuk menentukan hala tuju pakatan itu. Itulah jatuh nasib Pas dalam Pakatan Pembangkang, tampak hebat berceramah siang dan malam tetapi ironisnya hanya setakat melukut dalam lingkaran pakatan Pembangkang.'' - Utusan Malaysia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lepas.
Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Rais berkata akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. -BERNAMA
Apa Blogger 1 peluru kata...
Banyak lagi ciptaan logo eksklusif berkelas dunia 
yang dihasilkan secara sukarela oleh rakyat Malaysia
yang prihatin... impak dari kedunguan rekacipta logo asal
yang boleh menjadi bahan gelak seluruh dunia
sehingga generasi Malaysia 55 tahun akan datang.

 

Gua takde masalah dengan slogan
JANJI DITEPATI
kerana kita boleh tafsirkannya dari pelbagai
sudut dan filosofi
untuk mengaitkannya dengan kemerdekaan
Malaysia selama 55 tahun.

Yang menjadi pertikaian adalah rekabentuk logo
yang masih Rais pertahankan sebagai ASLI~ (BACA SINI)

 

Bukan CIPLAK masalah utamanya,
walau logo tersebut ASLI sekalipun, ia tetap
menongkah HUKUM REKABENTUK kerana tiada
logo dalam dunia ini dihasilkan
menggunakan lebih dari 3 jenis font...

Logo ciptaan Rais Yatim ini ada 5 jenis fonts! Woww!



Tak perlu PHOTOSHOP...
logo semacam itu dengan MICROSOFT WORDS
pun boleh buat...

Berbalik tajuk asal...
BODEK UNTUK JADI WINNABLE CANDIDATE
sebenarnya bukan berkait dengan logo ini...
tapi LIRIK lagu HARI MERDEKA 55 TAHUN (??)
Logo ini sebagai mukaddimah yang akan
menjahanamkan kerjaya politik sendiri
bila merasakan dirinya serba sempurna.

Mungkin Rais masih mampu bertanding
di Jelebu pada PRU13 jika rakyat di sana masih
boleh menerimanya...
Tapi melantiknya terus menerajui
mana-mana kementerian sudah tidak relevan
memandangkan pemimpin veteran ini
SUDAH KETEPUAN IDEA...
**EP setuju sangat dengan pendapat Blogger1 Peluru...bukan untuk menghentam atau menjatuhkan sesiapa cuma pada pendapat EP isu seperti ini tidak sepatutnya terjadi...Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan tidak dijalankan dengan baik...lalai?? mungkin sebab dah lama sangat pengang jawatan dalam kabinet kot....EP harap Menteri ini secara sukarela...(IKHLAS depan dbelakang) dapat bersara dari dunia politik supaya dapat memberi ruang pada muka baru untuk menjana idea dan semangat baru dalam pentadbiran negara supaya dapat merealisasikan transformasi yang dibuat oleh DS Najib...


Saturday, July 28, 2012


DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.

“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.

“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya. Sinar

Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih
dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw. 
   
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.
   
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.
   
Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
   
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
  
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan. 
   
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya. 
   
Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.
   
Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri. 
   
"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.
 
 Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.
   
"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. - Bernama

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.