Monday, July 23, 2012


Berapakah harga yang anda sanggup bayar untuk sepasang seluar dalam? Mungkin bagi lelaki spender RENOMA atau CK jenama paling mahal yang sanggup depa beli. Kalau jenis yang lebih ekonomikal dan mempunyai belanjawan terhad, dia orang terus tak pakai spander....Berlainan dengan kaum hawa...mereka terpaksa belanja lebih untuk pakaian dalam...untuk keselesaan dan teknologi...betul tak...

Anyways di USA ada sebuah syarikat pakaian dalam mewah berjenama Kiki De Montparnasse. Mereka menawarkan pakaian dalam seksi yang sesuai dipakai ketika malam jumaat bagi merangsang hormon manusia. Sungguhpun begitu baru-baru ini mereka menawarkan seluar dalam mewah yang hodoh pada harga diantara USD595- 625 (RM1889 - 1984) sepasang. Kenapakah ianya mahal? Kerana ianya dibuat dari kain CASHMERE. Kain yang sama digunakan untuk membuat skarf PASHMINA.....Pelikkan...dah la buruk..mahal pulak tu...agaknya siapalah gadis malang yang akan memakai seluar dalam ini....



Mengikut laporan blog Beautiful MPP...Masjid Taman Guar Perahu dilaporkan sesak semalam berikutan kedatangan pemimpin agung Pakatan Rakyat dan juga 'bakal' Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim...Kehadiran 'beratus ribu' rakyat dikawasan berkenaan dipercayai hanya semata-mata mahu mendengar Tazkirah LIVE dari Anwar..

Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar dibawah ini...ramai kan yang hadir untuk mendengar  'manusia anugerah Tuhan' ini bertazkirah didalam masjid...Kesian kat Anwar...dah la didakwa meliwat berkali-kali...lepas tu kantoi pula video seks dengan chinadoll...nak bagi tazkirah..rakyat pula tak mau layan...kejam betul rakyat Permatang Pauh...

Mungkin disebabkan itu Anwar bertekad untuk tidak lagi bertanding di Permatang Pauh...dengar-dengar cerita dia akan bertanding di Nibong Tebal...sebabnya di sana ramai cina...kalau dia bagi tazkirah disana.. ramai cina yang akan hadir...hahahahaha







PANAS : APA HAL AWIE BENGANG NI.....??


Penyanyi Awie (Wings) menyifatkan golongan muda kini semakin kurang peka dengan sejarah negara apatah lagi untuk berjiwa patriotik.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, hal itu dapat dilihat apabila kebanyakan golongan itu terlalu banyak dipengaruhi dengan budaya Barat selain menentang pihak kerajaan secara melulu tanpa sebab.
"Saya suka apabila melihat budak-budak remaja sekarang ini lebih bijak dan berani menyatakan pendapat mereka tetapi sayangnya jiwa mereka semakin kurang dengan nilai-nilai patriotik.
"Apa yang saya lihat, ada yang mengambil sikap tidak peduli dan ada juga golongan muda yang bersuara lantang menentang kerajaan.
"Sedangkan macam-macam perkara yang mereka terima daripada pihak kerajaan. Nak buat macam mana, manusia tidak pernah bersyukur atau berpuas hati dengan apa yang ada," katanya.
Tambah Awie, pengetahuan sejarah negara mestilah diketahui oleh setiap rakyat tempatan terutamanya bagi golongan muda agar mereka faham betapa susahnya pejuang terdahulu mendapatkan kemerdekaan di tanah air sendiri.
"Sebenarnya, sifat-difat patriotik perlu dididik bermula dari rumah dan ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar untuk itu.
"Begitu juga dengan saya yang perlu mendidik anak-anak tentang sejarah negara. Dari situ, akan timbul rasa keinsafan dalam diri mereka bagaimana susahnya rakyat tempatan satu ketika dahulu," ujarnya.
Perkara tersebut juga telah membuatkan Awie ingin menyuntik sifat semangat cintakan negara kepada golongan muda dengan merancang untuk menghasilkan sebuah konsert khas berkonsepkan patriotik.
"Saya sedang merancang untuk membuat sebuah konsert khas berkonsepkan patriotik bersama-sama dengan Wings serta beberapa artis lain. Semoga perancangan itu menjadi," tuturnya. - Mstar


Apa yang beliau nyatakan adalah benar dan bukanlah satu pembohongan, malah beliau akui fitnah yang datang dari pihak pembangkang ini bukanlah baru tetapi sudah berakar umbi sejak 11 tahun yang lalu yang mana dimainkan oleh pembangkang bagi mewujudkan persepsi.

Beliau tidak pernah sama sekali berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor, beliau bersumpah tidak sesekali beliau pernah berhadapan dengan Rosmah Mansor dan ini semua adalah kebenaran yang mana sengaja difitnah oleh pihak pembangkang.

Apakah kita rakyat Malaysia mahu begitu seronok dengan cerita Rosmah Mansor yang terus difitnah oleh pihak pembangkang Malaysia ini? Mereka GAGAL dalam mendapatkan keyakinan rakyat dan kemudiannya memainkan sentimen serangan Fitnah keatas pimpinan BN termasuklah Rosmah Mansor Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Apakah kita mahu membiarkan fitnah sebegini terus berleluasa?


Semoga puak pembangkang sedar akan fitnah yang mereka lakukan ini dan berhenti dari membohongi rakyat Malaysia. - AAKJ

Laa...rupa-rupanya Abby Abadi masuk PAS sebab dia nak mencari orang yang boleh menjadi saksi kepadanya..Kenapa ye?? Abby takut nanti perjuangan memartabatkan agama Allah orang tak nampak...Tak de orang boleh cerita supaya dia boleh masuk syurga??....hmmmm  Tak kan sampai macam tu sekali puak-puak PAS basuh otak Abby untuk menyertai PAS...Hanya jemaah PAS sahaja yang boleh menjadi saksi dan menentukan dia tersenarai menjadi ahli syurga??
Kadang-kadang EP terasa kasihan pada Abby ni...dah la hidupnya dulu dipenuh dengan dugaan dan cabaran...sekarang ini pula ditambah pula dengan kes ni...Ada banyak cara yang kita boleh lalukan untuk bertaubat, insaf dan kembali ke jalan Allah...Apa yang penting kita perlu yakin pada Allah kerana Allah maha mengetahui...bukannya yakin pada PAS yang mereka boleh menjadi saksi untuk kita ke syurga....
Apa-apa pun EP harap Abby kembalilah ke jalan yang benar...Ya Allah.. tunjukkanlah kebenaran mu di bulan puasa yang mulia ini.

Dulu lain...siap mara lagi dalam twitter kononnya difitnah oleh orang...hahahahaha...sekarang apa sudah jadi...ahli seumur hidup PAS...



Jom kita tengok apa reaksi pak guard sebuah pangsapuri di Kelana Jaya melihat aksi samun yang berlaku di depan matanya... Boleh je dia tengok tanpa menghulurkan sebarang bantuan....Mungkin pak guard tu tak berani nak masuk campur selepas kena sound dengan penyamun tu...Agaknya pak guard ni dari syarikat mana ye....boleh juga diberi anugerah kerana mengikut arahan...arahan majikan dia ikut dan arahan penyamun pun dia ikut juga..??So what is the point of having a "security guard" again? Jaga kereta keluar masuk je ke??


Satu ketika dulu EP pernah terdengar Fatwa yang dikeluarkan oleh sebuah parti politik yang mengatakan suara wanita tu HARAM di dengar oleh orang bukan Muhrimnya....Ke mana hilangnya Fatwa itu?? 

Siapa kata UMNO menuduh...PAS memang sudah terdesak sekarang ni. Dulu bukan main memandang hina kepada golongan yang bergelar artis sehinggakan wayang kulit, mak yong dan seangkatan dengannya haram untuk dipersembahkan....Bukan setakat hiburan je diharamkan...suara Qariah yang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pun haram untuk didengar...Begitu jumudnya PAS pada ketika itu...


Tapi sekarang apa yang sudah jadi...Ke mana hilangnya Fatwa itu..Dalam keadaan PAS terdesak...sekarang boleh pula menjaja suara wanita di seluruh negara...Dulunya artis-artis ini dianggap jijik oleh PAS..sekarang oleh kerana kemaruk nak menang Putrajaya, mereka yang dulunya jijik diangkat pula mertabat untuk dijadikan calon PRU kerana dahagakan pengaruh mereka... Jadi siapa yang hina siapa sebenarnya??


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis.
Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.
“Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.
"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu.Sinar

Nilaikan pertuturan Abby Abadi pada minit ke 1:15 dalam video dibawah.




Berdasarkan pertuturan tersebut dengan jelas Abby Abadi seolah- olah menggambarkan bahawa beliau amat risau sekiranya di "sana" nanti akan dipersoalkan kenapa tidak menyertai PAS sedangkan beliau dikatakan berjuang atas nama Islam.



MasyaAllah, inilah fahaman sesat yang cuba diselitkan oleh PAS ke dalam setiap benak mereka- mereka yang kurang arif beragama dengan cuba mengiktiraf PAS sebagai Islam dan Islam sebagai PAS!!!



PAS seharusnya berbangga kerana Abby Abadi adalah antara salah seorang artis yang bersedia untuk menjadi ejen ajaran sesat yang dibawakan mereka. - Penggempur Mutiara



Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia. 

Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar. Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal.-melvister.com 

Sunday, July 22, 2012



Inilah model tertinggi di dunia, Amazon Eve. Memiliki ketinggian 205cm, wanita yang berusia 31 tahun ini kini sedang menjelajah ke beberapa negara sebagai model. Eve mula dikenali setelah tampil mengenakan bikini di  dalam sebuah majalah pada November tahun lalu. 




Wanita yang berasal dari Turlock, California ini kini menjadi model dan artis sepenuh masa. Eve akui yang dia berdarah campuran Jerman dan Belanda. “Seluruh wanita di dalam keluarganya memang tinggi. Oleh kerana posturenya yang lebih tinggi, Eve mengalami kesulitan dalam mencari kasut untuk dipakai kerana saiz kasutnya berukuran 14.



Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.

“Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.

‘‘Janji yang mereka buat hanyalah sekadar janji manis sahaja untuk meraih undi," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Permatang Rawa di sini hari ini.

Mengikut perkiraan, jika kerajaan DAP Pulau Pinang mahu membayar kenaikan yang dijanjikan, mereka perlu melunaskan tunggakan berjumlah RM318,000.

Abu Osman berkata, para imam terbabit telah mengemukakan rayuan mereka kepada Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, namun sehingga sekarang tidak mendapat jawapan.

Beliau mendesak pemimpin Islam terutama daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mentadbir negeri ini bersama DAP supaya tidak berdiam diri dalam menyelesaikan masalah itu.UM

HOT : DATUK DITAHAN PONTENG PUASA....

Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam.

Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

Sekadar Hiasan
"Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan 'panas' tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.

"Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu," katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.

Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata," katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan.

Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan.



Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mendesak kerajaan negeri supaya membuka fail-fail permohonan merancang dan tender penjualan tanah Majlis Perbandaran Pulau Pinang bagi Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata sekiranya kerajaan negeri pimpinan DAP benar-benar mengamalkan ketelusan mereka seharusnya tidak teragak-agak untuk mengemukakan kesemua dokumen dan berhenti mengelirukan rakyat dengan memutar belit kenyataan.

"Bagi Pemuda BN, kes ini jelas ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kami mahu kerajaan negeri menunjukkan fail tender dengan perjanjian yang mereka telah buat dengan syarikat swasta ini supaya rakyat boleh menilai betulkah penjualan tanah rakyat ini dijalankan mengikut tata cara yang betul.

"Kita juga mahu fail permit pelan perancangan dibuka. Kami mahu dokumen lengkap termasuk sampul dengan minit-minit semua. Jadi, baru kita tahu sama ada wujud sebarang penipuan atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini.

Baru-baru ini, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua itu dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata kononnya tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.

Kerajaan negeri juga mengatakan bahawa penjualan tanah itu dibuat kerana kerajaan BN terdahulu tidak pernah meluluskan tanah tersebut untuk membina rumah rakyat.

Bagaimanapun, Oh berkata pihaknya menunjukkan bukti bahawa kerajaan BN terdahulu telah berbincang dan meluluskan tambahan satu blok di tanah berkenaan dalam mesyuarat Exco pada 29 April dan 26 Jun 2003.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan negeri berhenti membohongi rakyat dan berterus-terang atas apa yang berlaku.

"Rakyat perlu diberitahu dengan jelas mengapa kerajaan negeri sanggup menjual tanah yang sepatutnya membina rumah rakyat kepada syarikat swasta," katanya.

Oh berkata kerajaan negeri juga perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Pulau Pinang di atas penjualan tanah milik rakyat itu kepada pihak swasta.

Tambahnya, BN negeri sedia mengambil tanggungjawab untuk membina projek PPR fasa kedua itu sekiranya kerajaan negeri mengembalikan semula tanah tersebut kepada rakyat. - BERNAMA

Denver – Seorang lelaki bertopeng dikenali sebagai James Holmes, 24 tahun merupakan seorang pelajar PHD yang tercicir dari Universiti Colorado.Dia telah membeli tiket wayang bersama ribuan penonton  sebelummelontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaru Batman – The Dark Knight Rises, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.

Antara yang cedera termasuk kanak-kanak dalam kejadian di kompleks beli-belah Aurora dan mereka dirawat kerana terhidu gas pemedih mata.

“Kejadian ini menakutkan orang awam,” kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates. Beliau memaklumkan seorang suspek ditahan di tempat letak kereta di belakang pawagam itu.


Oates mulanya meletakkan angka korban 14 sebelum diubah kepada 12. Polis berkata, penyerang Au-rora itu muncul di depan pawagam ketika filem mula ditayangkan dan melepaskan gas pemedih mata dan kemudian menembak sesuka hati menggunakan 4 senapang berbeza dan dipercayai mengunakan sebanyak 6,000 peluru.

 

Anggota polis berada di tempat kejadian dan pihak berkuasa mengarahkan semua orang keluar bagi memeriksa bahan letupan yang tersembunyi. Oates juga memberitahu hanya seorang penyerang terbabit dalam keganasan itu.

Jurucakap polis, Frank Fania berkata, suspek James Holmes, dipercayai berusia 20-an, membawa pisau, raifal dan senapang patah ketika ditahan selain memakai jaket kalis peluru. Polis berkata, pangsapuri suspek juga dikosongkan dan polis mencari bahan letupan selepas suspek membuat kenyataan mengenainya selepas ditahan.

Cable News Network (CNN) memetik seorang saksi sebagai berkata, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang manakala seorang lagi saksi berkata dia mula menembak serentak dengan adegan tembak menembak dalam filem itu yang menyebabkan ramai keliru. – Reuters

Ikuti pendedahan yang mengejutkan dibuat oleh Blogger Stop The Lies yang menunjukkan kaitan di antara Talam Corporation dan Lim Guan Eng dan bagaimana helah Lim Guan Eng mencuri duit rakyat....Agak-agaknya berapa lama Guan Eng nak mendiamkan diri daripada menjawab isu ini kerana sebelum ini Dr MiM pun pernah mendedahkan perkara ini yang sama....
This is a story which Lim Guan Eng will choose to forget but way back in 1996, Lim Guan Eng was implicated in a controversial deal with Talam Corporation  Bhd – the same developer hated by many Malaysians.
The same Talam Corporation that is now the biggest beneficiary of the Selangor state government – the RM1 billion questionable Talam deal.
Tan Sri Chan Ah Chai owes the Selangor state government money but has now ended up with the state owing money to Talam!
Even until now Tony Pua cannot explain this simple question, how did that happened as he busily confused the rakyat with more bullshit!
Talam is known for its lousy, sloppy workmanship and record of abandoned projects but DAP MP Tony Pua is today the official spokesman of this crappy developer, defending them like he owns the company. Well, Lim Guan Eng was in some ways like that too.
In 1996, a group of fisherman approached him for help. Their fishing ground was reclaimed by Inno Enhance Sdn Bhd, a subsidiary of Talam. The company was then carrying out a RM2 billion project at Pulau Melaka.
The angry fishermen thought Lim Guan Eng would be their saviour – just like those hardcore supporters of his in Penang, who worships him like God.  For those who can’t speak Chinese, the Chinese name of Guan Eng rhymes with Kuan Yin, the Goddess of Mercy.
But what Guan Eng did was to meet Talam quietly and settled the issue for RM100,000 without the knowledge of these fishermen! Naturally, these fishermen were upset, they felt played out. A RM2 billion project and Dear Leader settled for a miserable, pathetic RM100,000!
What was worse was that Guan Eng, in his bid to play out these fishermen, kept the settlement of RM100,000 without informing them. After waiting for 10 years, and being kept in the dark over the status of their money, these victims turned to the Melaka BN legal bureau!
It was at this point that it was revealed that the money was kept by Lim Guan Eng – who blamed it on lawyer Karpal Singh for putting the money in a fixed deposit. The money, with interest, came up to RM134,999.88.  The money was deposited at a Public Bank account in Jalan Bukit Bintang. He claimed there was not much he could do as he was jailed for 18 months.
What a cock and bull story. He was jailed for 18 months but how does he explain the money was kept in the dark for 10 years?
So what would have happened if no one chased after him? Under whose name was the money deposited? Until now, it remains unanswered.

Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS, ustaz Nasruddin Tantawi supaya ustaz Fathul Bari mengemaskini maklumat terjawab apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dalamkenyataannya dalam New Straits Times (NST) hari ini masih berpegang dengan prinsip lama iaitu tidak berkompromi dengan hukum hudud.
“Bila keluar kenyataan dalam akhbar NST hari ini, saya agak terkejut apabila Karpal Singh menyatakan bahawa beliau masih lagi tidak menerima (hudud)
“DAP tidak menerima ini telah kita ketahui tentang pelaksanaan hudud di negara ini, cuma kita tidak mengetahui berlangsung atau tidak perbincangan-perbincangan sesama mereka.
“Berlangsung atau tidak kenyataan-kenyataan seperti ‘kami menerima’..tetapi secara jelas pada hari ini saya kira ustaz Nasruddin dan sahabat-sahabat PAS dan semua rakyat Malaysia perlu kemaskini maklumat bahawa DAP masih lagi dengan pegangan mereka iaitu tidak ada kompromi dalam isu seperti ini,”kata ustaz Fathul Bari.
Karpal Singh seperti dilaporkan NST menyatakan kemarahan melampau apabila Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi telah menyarankan bahawa beliau telah bersedia untuk mempertimbangkan undang-undang itu di negara ini dalam debata politik anjuran Sinar Harian, 19 Julai.
“Saya tidak akan bertolak ansur,” kata Karpal dalam satu temubual telefon dengan akhbar New Straits Times.
“Saya sentiasa dikenali umum dan mutlak dengan pendirian saya bahawa tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini … bagaimana pula boleh dia (Nasrudin) mendakwa perkara seperti ini?” katanya yang terkenal sebagai pembangkang kuat untuk sebarang percubaan memperkenalkan undang-undang Islam di negara ini. - AIDC



Kesian jugak la bila EP tengok artis K-POP ni mencium lantai. Macam terhempas pada muka je. Itu la pasal.. Dah la menari pakai heels tinggi..lantai pula lincin.....kan dah jatuh macam buah nangka...Kalau tak silap EP..ni kumpulan Sistar dan penyanyi yang tersembam jatuh tu ialah Hyorin....





 


VIDEO PANAS ABBY ABADI TERSEBAR...??


Kalau kita tonton video ni...confirm lebih panas, hangat dan pedas daripada rancangan Melodi dan Propaganza...mana tak panas kalau teguran yang diberikan tepat kena batang hidung ustazah segera...yang tegur tu bukannya orang sebarangan..dulu mai dari puak-puak tu juga...

Pesanan untuk ustazah segera...pergilah menuntut ilmu dulu...ataupun masuk rancangan ustazah pilihan...kalau layak la...bila cukup ilmu didada barulah layak untuk buka mulut...itu pun bukan di pentas politik...pentas politik ini untuk orang jadi wakil rakyat..bukan jadi ustazah..ada paham ka..



Saturday, July 21, 2012


Video dari CCTV menunjukkan seorang gadis yang berkerja sebagai juruwang di kedai tersebut mencuri wang majikannya. Yang lucunya, gadis tersebut memasukan wang hasil curian itu ke dalam 'anu'nya mengan menggunakan bekas curut....


Dalam keghairahan untuk memodenkan imej politiknya selaras dengan tuntutan semasa untuk ke Putrajaya, Pas ternampak seperti telah tidak lagi memperdulikan sensentiviti akar umbinya yang memberikan sokongan, dokongan dan kekuatan kepadanya selama ini.
Jelas kemegahan yang ditunjukkannya terhadap penyertaaan artis-artis ke dalam Pas bagi menggambarkan kepada umum bahawa ia bukanlah lagi sebuah parti Islam yang kuno, jumud dan taksub.
Dan, dalam hal ini ia tidak lagi memilih bulu asalkan bernama artis diterimanya, tidak kira sama ada yang sudah berkarat ataupun yang popular.
Laungan Allahuakbar menyambut penyertaan artis ke dalam Pas untuk meyakinkan penyokong-penyokong taksubnya dan pengikut-pengikutnya yang kurang cerdik  bahawa suatu lagi kejayaan perjuangan baru Pas di sebalik Pas meneruskan beberapa pendekatan sempit dan jumudnya. Umpamanya  di Selangor Pas menuntut supaya penonton lelaki dan perempuan diasingkan di panggung-panggung wayang yang menimbulkan bantahan dari DAP.
Suatu masa dahulu Tok Guru Pas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, telah mengarahkan supaya kaunter bayaran untuk lelaki dan perempuan diasingkan di pasar raya-pasar raya di Kelantan, tetapi orang ramai tidak mengedahkannya dan gagal.
Terkini penyertaan Pengarah Muda, Adam Hamid telah disambut dengan laungan Allahuakbar dalam suatu upacara di Kelab Padang Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur dan sebelumnya publisiti besar-besaran telah diberikan kepada penyertaan artis-artis Hairie, Bob Lukman, Abby dan Aishah. Pas menggambarkan seolah-olah mendapat tangkapan ikan besar, tak kiralah sama ada ikan busuk atau ikan baru.
Pak lebai, tok-tok guru dan pengikut-pengikut berkupiah putih turut meneriakan Allahuakbar dalam menyambut penyetaan mereka itu tanpa menyedari bahawa, mereka adalah menjadi alat kepada kepimpinan muda yang pada akhirnya akan menyebabkan mereka semakin terketepi atau disingkirkan.
Penyertaan artis-artis besar ke dalam Umno bukanlah satu perkara baru. Dari  P. Ramlee hinggalah kepada Jamal Abdillah, Amy dan lain-lain nama besar lagi.
Alasan yang sering diberikan oleh Pas mengenai penolakkannya terhadap hiburan adalah kerana bertentangan dengan Islam, tetapi tafsiran mereka dalam hal ini biasanya terlalu umum dan dengan penerimaan artis-artis ke dalam parti mereka tanpa mengambil kira masaalah prinsip menampakkan kecendurungan mereka untuk terus bertolak ansur dalam soal hiburan.
Masyarakat pada umumnya memandang sinis terhadap sikap baru parti Islam ini yang sebelum ini membantah pertunjukan artis di Istana Kelantan dan juga hiburan biasa di UiTM Terengganu. Ini mendedahkan hipokrasi dan kegelojohan Pas membuat penyesuaian dengan kesedaran barunya tanpa mengambil berat lagi soal prinsip utamanya.
Golongan terpelajar menganalisis perubahan sikap Pas ini sebagai kejayaan dasar sosial kerajaan dari sejak awal pemerintahan Parti Perikatan hingga kepada Barisan Nasional yang percaya kepada perkembangan budaya mengikut peredaran semasa. Hiburan liar dan perbuatan tidak bermoral dikawal menerusi undang-undang yang bersifat antarabangsa.
Golongan Pas yang fanatik terus muncul dari semasa ke semasa dan kerajaan-kerajaan negeri juga cuba untuk mengharamkan pusat hiburan di bulan puasa atau mengharamkan pertunjukan panggung wayang gambar di hari Jumaat, tetapi semuanya telah gagal kerana dari segi logiknya, orang dapat melihat wayang gambar di rumah setiap hari dan setiap jam.
Bagaimanapun Pas memerlukan juga  penonjolan dasar-dasar kunonya untuk mengekalkan pengaruhnya di kalangan penyokong-penyokong akar umbinya, yang selama ini menyokong mereka kerana ucapan-ucapan retorik mereka dan dasar-dasar Islam mereka yang bersifat perkauman, melampau dan kolot.
Pas tidak akan mengakui bahawa ia terjebak atau terserap dalam pembentukan dasar sosialisasi yang dirintis dan dilaksanakan oleh Perikatan dan Barisan Nasional secara evolusi sejak merdeka. Ia berlaku secara natural yang melibatkan juga parti-parti politik dan pengikut-pengikutnya tetapi demikianlah proses sosial, ia berlaku tanpa peristiharan dan manusia terjebak dalamnya tanpa sedar.
Sesungguhnya kalau kita melihat perkembangan ini di luar sentimen politik ia merupakan sumbangan besar Pas kepada dasar tunjang kekuatan negara dengan kesanggupan Pas mengorbankan prinsip-prinsip Islamnya yang eksklusif  yang sudah tidak lagi sezaman. Pas cuba menyesuaikan dirinya dengan parti-parti bukan Islam dan orang Islam liberal malah pluralis Islam.
Kecairan dasar-dasar Pas adalah kejayaan dasar umum. Umno telah merintis dan menerokai dasar-dasar yang pragmatik dan senantiasa sezaman sejak sebelum merdeka hingga sekarang. Ini adalah kejayaan besar Perikatan dan Barisan Nasional. - Zainuddin Maidin 


Para peniaga bazar Ramadan Jalan Penang, di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon.
Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka memandangkan tempat baru yang ditawarkan itu bukan tempat tumpuan orang ramai.
"Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak.
"Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, para peniaga bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Beliau berkata alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.
Katanya kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan para peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, dilihat sebagai satu usaha yang tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai.
"Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini," katanya.
Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang.
Beliau berkata MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.
Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka. - BERNAMA

Kelmarin EP ada menerima satu sms dari sahabat baik EP...SMS tersebut telah di'foward'kan kepadanya oleh puak-puak PAS yang kononnya ingin memberi tahu pada rakyat yang pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng lebih Islam daripada pemerintahan BN/UMNO...

SMSnya berbunyi begini...

"50 TAHUN BN MEMERINTAH PULAU PINANG UMNO YANG PEMIMPINNYA ISLAM DALAM BN TIDAK PERNAH TERFIKIR UNTUK MEMBINA SURAU DI PADANG KOTA.4 TAHUN DAP MEMERINTAH P.PINANG KERAJAAN DAP P.PINANG TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM200,000 UNTUK MEMBINA SURAU DI PADANG KOTA.ZAMAN BN PADANG KOTA MENJADI TEMPAT MAKSIAT.ZAMAN DAP/PR PADANG KOTA MENJADI TEMPAT SUJUD KEPADA ALLAH. ALHAMDULLILAH.ALLAHUAKBAR! SEBARKAN…."

Apa yang menghairankan EP puak-puak PAS ni bodoh sangat ke?? Baru sebuah surau dijanjikan ( itu pun belum dibina lagi)...mereka sudah sanggup  sujud pada Guan Eng... Apa yang membuatkan EP tidak puas hati ialah fitnah yang di taburkan kepada pemimpin BN/UMNO amatlah dasyat sesungguhnya tuduhan yang di lemparkan adalah tidak berasas kerana 50 tahun dibawah pemerintahan BN/UMNO,  ada menyediakan surau untuk umat islam menunaikan ibadat di padang kota.

Gambar dibawah ini merupakan bukti untuk menyangkal tuduhan PAS.



Bagi EP, cadangan kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM200 ribu untuk membina surau di Padang Kota tidak berasas sama sekali..Ini kerana jangkamasa dari Padang Kota ke masjid yang berdekatan (Masjid Kapitan Keling) adalah kurang dari 5 minit, sila lihat google maps di bawah...Hanya 650m dari Padang Kota.


Wajarkah sebuah lagi surau dibina di Padang Kota? 

Dulu sibuk mengata orang BN gila kuasa dan berebut kuasa...tengok sekarang apa dah jadi...bila Allah baru je beri sedikit kuasa mereka...huru-hara jadinya...

Che GuBard telah meluahkan Rasa tidak puah hatinya mererusi Faceooknya dan luah ini telah mendapat perhatian ramai...Ini baru satu penggal...cuba bayangkan kalau berpenggal-penggal mereka perintah negeri...mahu ada yang kena bunuh untuk dapatkan kuasa....




Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meluahkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain mengaitkan dia dengan 'gengsterisme'.
Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sebagai seorang penyanyi yang dikenali, dia terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.
"Sejak masuk dalam industri hiburan lagi, saya sering dipandang serong oleh segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal gengsterisme.
"Memang sudah lekat di fikiran orang, apabila ada berita artis bergaduh ia semestinya melibatkan saya.
"Agak sedih dengan tanggapan begitu, tetapi nak buat macam mana? Walaupun saya cuba mempertahankan diri daripada sekumpulan gengster, saya tetap dilihat sebagai punca sesebuah pergaduhan itu berlaku," katanya.
Tambah Awie, sepanjang hampir 30 tahun bergelar penyanyi, sebanyak lima kali dia dibuli oleh sekumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya.
"Apabila berada di sebuah tempat yang kita tahu ramai kumpulan gengster, perlukah saya mencari gaduh? Itu namanya cari bahaya.
"Lima kali saya dibuli dan setiap kali diganggu, pasti saya akan pertahankan diri. Namun, masyarakat pula menganggap saya ini kaki pukul," ujarnya.
Ditanya adakah penyakit gangguan makhluk halus yang dialaminya sebelum ini ada kaitan dengan isu pergaduhan yang pernah berlaku padanya, Awie enggan mengambil tahu tentang perkara tersebut.
Beritahu Awie, sepanjang setahun lebih menjalani perubatan secara tradisional, dia tidak pernah meminta bantuan bomoh untuk melihat siapa yang cuba menganiayanya dengan cara syirik itu.
"Rasanya, sepanjang hidup ini saya tidak pernah berlaku nakal atau cuba menganiaya orang. Melainkan saya pertahankan diri daripada dianiaya, itu benar.
"Tak tahulah kalau penyakit misteri saya ini adalah angkara orang yang tak puas hati dengan saya. Cuma andai kata benar ada yang berkecil hati, maafkan saya, kerana saya seorang manusia biasa yang sering melakukan kesalahan," ujarnya.
Bagaimanapun, Awie mengambil perkara yang telah berlaku padanya itu secara positif dengan menganggap ia mungkin satu penebusan dosa-dosa masa lampau yang mungkin tidak disedarinya.
"Apa yang saya lihat, bermula dengan isu gengsterisme, kemudian terpaksa berada di bawah pemantauan polis selama dua tahun akibat bergaduh dengan pegawai polis.
“Seterusnya diikuti pula dengan penyakit misteri yang dialami, saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan kehidupan.
"Ia adalah penebusan dosa-dosa saya. Alhamdulillah, kini saya bebas daripada penyakit misteri itu," katanya. Mstar

Hanya kerana pisau...macam-macam kita boleh dapat tanpa disangka-sangka..Cuba bayangkan kalau Anuwar yang pegang pisau tu...apa kesudahan agaknya...hahhahaha...




Friday, July 20, 2012


Asyik-asyik kantoi...tak malu ke Parti Artis SeMalaysia ( PAS) ni yang semakin galak sekali menarik golongan artis menyertai parti mereka. Sampai sanggup membuat cerita fitnah terhada penyanyi popular Ning Baizura kononnya telah bertudung dan bakal sertai PAS !! Malu la wei....


Cerita ini bukan saja dijaja blog2 pencacai PAS tapi turut diulas oleh Din Puduraya pada  30 Jun lalu di Sinar Harian yang  melaporkan  sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.   

Menurut Salahuddin, selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Sharifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.

Apa lagi..melompat la yang difitnah itu...sehinggakan artis berkenaan yang terpaksa menjelas fitnah parti kuat fitnah ini  berkenaan isu ini .Ning Baizura menerusi akuan twitternya @ning dalton, berkata..



PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.