Saturday, July 14, 2012

Rencana mengenai Anwar Ibrahim ingin mengundur diri daripada politik menarik untuk direnung. Kenyataan Ezam Mohd. Nor dalam AIDC News (5.7.12); “Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya lakukan hampir segala-galanya,” menarik untuk diberi perhatian.
Berhelahnya kenyataan Anwar sekian lama mengamalkan sindrom penafian dan cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang berintegriti tinggi tanpa memberi penjelasan rasional terhadap apa yang berlaku.
Jalan mudah bagi Anwar ialah menuduh orang lain melakukan konspirasi dan dibeli oleh UMNO. Sedangkan sehingga kini pun tiada bukti diberikan dan konspirasi hanya kenyataan berhelah. Keputusan kes liwatnya dengan Saiful adalah bukti yang nyata mengenai keadilan mahkamah yang dikatakannya zalim.
Kisah menawan Putrajaya 16 September 2008 menjadi saksi dan kenyataannya mengenai beberapa pimpinan UMNO Sabah berpaling tadah menjadi bukti yang lain pula.
Kenyataan berhelah Anwar untuk berundur adalah bermaksud untuk memancing perhatian bahawa dia sedang bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya. Mesejnya yang tersirat supaya pendukungnya bekerja bersungguh-sungguh supaya impiannya ke Putrajaya menjadi. Kalau tidak ia bakal kembali mengajar.
Mengajar di sini ada tiga tafsiran. Satu hidupkan kembali Yayasan Anda yang telah sekian lama terkubur. Atau kembali ke Washington untuk mengajar semula atau bersama dengan teman-teman rapatnya di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor yang sikap partisan mereka banyak melakukan penggilapan Anwar sebagai manusia yang membawa pencerahan dan manusia “Anugerah dari Tuhan”.
Isu integriti yang harus direnung oleh Anwar dan kawan-kawan partisannya apabila kenyataan berhemah Ezam berkata “Satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005, di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula”.
Suruhan Wan Azizah dari Washington itu adalah kenyataan yang serius tentang integriti Anwar. Sehingga kini Wan Azizah tidak menafikan kenyataan Ezam itu. Dan sikap yang diambil oleh seorang insan seperti Ezam adalah wajar baik dilihat dari segi moral mahupun syarak.
Menuduh Ezam melakukan konspirasi terhadap Anwar atau dibeli oleh UMNO adalah madah berhelah Anwar yang sehingga kini tanpa bukti. Tetapi kalau Anwar dituduh dengan bukti, sindrom kebisuan pula timbul.
Mana mungkin terlalu banyak isu integriti yang berbangkit baik daripada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk K.S. Nallakaruppan, Ummi Hafilda, kenyataan Wikileak Lee Kuan Yew mengenai Anwar, dua bab tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku biografinya Doktor Umum, kenyataan bersumpah Datuk Abdul Murad Khalid dan Ab. Razak Idris mengenai akaun RM3 bilion dipandang terlalu remeh.
Atas nama integriti Anwar kena beri respon dan bertindak sesuatu supaya integriti dirinya terpelihara dan keyakinan pengikut terhadap dirinya terjaga. Tentu ada sesuatu yang tidak kena apabila 28 orang pengikut tegarnya suatu ketika dulu meninggalkannya dan kini bergabung dalam TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) untuk melondehkan integritinya.
Hairannya orang kenal Anwar hanya pada ucapan berhelahnya tidak pernah terdetik dalam hati untuk mengkaji dan meneliti siapa sebenarnya Anwar dalam kaitannya dengan isu-isu yang berbangkit, pendirian pluralisme yang diambil lebih-lebih lagi hubungan Anwar dengan kelompok eksklusif di Amerika Syarikat.
Apakah kerana taksub yang tinggi dan fanatik yang melulu menyebabkan sebahagian orang ilmuwan dan pengkaji yang mempunyai disiplin akademik pun tidak berganjak daripada pendirian bahawa Anwar teraniaya dan terjebak dengan konspirasi walaupun tanpa alasan atau bukti.
Bagi Ezam yang pernah keluar masuk penjara kerana memperjuangkan Anwar, dilihat sebagai klon Anwar ketika bercakap tentu ada sebab besar mengapa ia menarik diri daripada Anwar.
Kenyataan berhemah Ezam, “Dan memang cukup besar yang menyebabkan bukan persoalan politik lagi, menyabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahuwataala. Sebab itu saya membuat keputusan untuk meninggalkannya”.
Kenyataan Ezam ini sangat jelas. Sepatutnya Ezam didekati ditanya secara terperinci apa maksud kenyataan berhemahnya itu terutama di kalangan pengagum Anwar dan orang yang mengalami penyakit ‘mati rasa’.
Yang paling penting atas nama integriti, Wan Azizah perlu respon kenyataan Ezam itu dan tidak mengambil sikap membisu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Orang yang beriman akan berdiri teguh dengan kebenaran kerana kebenaran lambat-laun akan tegak menampakkan wajahnya. Itu firman Allah –Utusan Malaysia.

Thursday, July 12, 2012



Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.- sinar

FUYOO...KONDOM PUN ADA LOGO HALAL...



Sebab beberapa minggu ni EP sibuk  dengnan kerja luar, baru hari ni EP perasan condom pun dah ada yang halal...hebat betul....illustrasi pada kotak terpampang seorang wanita dengan purdah tanpa pakai kain untuk mempromosikan Kondom atau Condom Halal kepada muslim agaknya?





Confirm gambar ini di photoshopped untuk menaikkan kemarahan orang Islam. Keterangan atas kotaknya ni pun macam haram, ada ke patut kondom itu di saluti dengan air zam zam untuk extra blessing...

Debat merupakan suatu kaedah untuk bertukar-tukar pandangan dan fikiran atau berbantahan mengenai sesuatu perkara..Bagi menggambarkan ketamadunan sesebuah negara, proses debat antara dua pemimpin sering diadakan..Namun, tak semua pemimpin itu pandai berdebat, silap sikit boleh hilang nyawa macam yang jadi kat Jordan ni..Nak tahu kenapa? 



Debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol. 

Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat. 

Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

"Anda Mossad," kata Mansour. 

Shawabka menjawab: "Kamu adalah penjahat" lalu melemparkan kasut kepadanya - suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab. 

Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu.










Sering kali kita dengar dalam berita atau pun di dalam Internet mengenai kelakuan zalim dan kejam puak-puak Yahudi Israel membunuh kanak-kanak Palestin..Kalau korang nak tahu kenapa puak Israel ni melakukan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan tersebut, meh baca kat bawah ni..

PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka. 

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.


Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka. SUMBER

** DALAM KEADAAN MACAM NI PUN ANWAR MASIH NAK BELA DAN MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL...

Cadangan pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Tika ini orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita muda yang bernama Ng Phaik Kheng. 

Sukar untuk mereka menerima hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.

Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.

Sebagai pemimpin muda DAP yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.

Jika selama ini aura amalan nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.

Bagi memastikan ujian poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya, disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.

Turut disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng. 

Adalah lebih baik sekiranya ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak. 

Soal dari mana mahu dipinjam mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.

Rasanya Lim Kit Siang sendiri pun tiada halangan untuk membenarkan anak jantan kesayangan bersama-sama menantu garangnya itu menjalani ujian mengesan penipuan tersebut. 

Lim Kit Siang selaku pelopor politik dinasti dan pengamal nepotisme paling lama dalam sejarah tanahair tentunya tidak sanggup melihat anak lelaki dan menantu perempuannya dikenali sebagai pembohong, penipu dan pengecut.

Cukuplah gelaran tersebut hanya lekat di dahi Anwar Ibrahim hingga kini hanya dek kerana takutnya dia dengan ujian mesin poligraf. Dah namanya penipu dan pembohong tentulah takut dengan mesin mengesan pembohongan, tak begitu?



MASIH adakah lagi masa depan untuk perkampungan Melayu di Tanjung (Pulau Pinang bahagian pulau)? Macam-macam cerita yang kita dengar mengenai nasib orang Melayu di Tanjung sejak akhir-akhir ini.

Kebanyakannya meresahkan dan membimbangkan kita.

Pertama kali saya menjejakkan kaki di pulau ini adalah di akhir tahun 1950-an. Masa itu masih banyak lagi kampung Melayu di pulau itu, baik di sebelah utara (dari Tanjung Tokong hingga ke Teluk Bahang) atau di sebelah selatan (Batu Maung, Bayan Lepas, Teluk Kumbar). Cerita tentang kehilangan dan kemusnahan kampung Melayu pada masa itu belum terdengar lagi.

Kini segala-galanya telah berubah. Yang sering kita dengar sekarang adalah kepupusan kampung-kampung Melayu ini. Satu dua dekad lalu, masih ada di kalangan sahabat yang berkata semua ini hanyalah andaian dan ‘cakap-cakap politik’ belaka, permainan biasa di kalangan ahli parti politik untuk melemparkan tuduhan antara satu sama lain. Kini, kesangsian dan keraguan sedemikian lenyap sudah.

Hakikatnya, yang tidak boleh dinafikan lagi, satu demi satu kampung Melayu di pulau itu hilang dari pandangan mata. Kampung Melayu Tanjung Tokong sekarang (setakat yang masih ada) jauh beza daripada apa yang saya lihat di akhir tahun 1950-an.

Pada Mei lalu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman khabarnya marah dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa 50 kampung Melayu di pulau itu akan pupus tak lama lagi, dikorbankan atas nama pembangunan.

Mempertikai kenyataan tokoh politik itu sebagai tidak berasas, Mansor juga menafikan dakwaan Zainal bahawa 18,000 orang Melayu telah meninggalkan pulau itu antara 2009 and 2010 disebabkan mereka tidak mampu lagi membeli rumah di pulau yang kini terlalu mahal.

Mansor sebaliknya menegaskan kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk memelihara beberapa Kampung Melayu dan kampung baru (Cina) sebagai ‘kampung tradisi’ di bawah Rancangan Struktur Negeri 2020 - termasuklah antaranya Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa, Kampung Titi Teras, Kampung Pondok Upeh, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Genting dan Kampung Terang.

Saya tidak pasti apakah dakwaan Mansor ini satu realiti atau sekadar satu pernyataan harapan belaka.

Pada Jun lalu, laman sesawang www.freemalaysiatoday.com memetik Mujahid Yusof Rawa, seorang tokoh Pas di pulau itu, sebagai berkata ada kira-kira 55 kampung di negeri itu yang telah dikenal pasti terbabit dalam pembangunan, dan bila ini berlaku nanti satu ‘ledakan setinggan’ akan muncul.

Mujahid menyalahkan kerajaan negeri (pimpinan Gerakan) kerana cuai dan gagal menjaga kebajikan penduduk kampung ini, walaupun setelah merintah lebih 50 tahun. Katanya lagi, kira-kira 7,000 keluarga dalam lima daerah akan kehilangan rumah kediaman, menyebabkan lebih 35,000 orang, kebanyakannya orang Melayu, menjadi setinggan.

Persoalannya, setelah hampir lima tahun kerajaan pimpinan Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran negeri, apakah nasib 55 kampung Melayu yang diakui Mujahid sebagai ‘berada dalam bahaya’ kini menjadi lebih cerah dan baik atau lebih teruk dan buruk lagi?

Pada awal Julai 2012 lalu, penduduk Kampung Genting berhimpun di hadapan Masjid Jamek kampung mereka untuk menzahirkan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri mengambil tanah mereka secara paksa (di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960) bagi tujuan membina Asian Women Leadership University (AWLU).

Khabarnya penduduk kampung itu tidak menentang rancangan kerajaan negeri menjadikan Balik Pulau sebagai hab pendidikan, tetapi kenapa ambil tanah kampung mereka manakala tanah lapang masih ada di sekitar kawasan itu untuk dijadikan tapak AWLU? Tidakkah ini menunjukkan ada mala fide dalam pengambilan tanah?

Mengikut ADUN Pulau Betong, Mohd Farid Saad, AWLU (yang akan ditadbir oleh Smith College dari Amerika Syarikat) belum pun lagi mendapatkan kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi. Tidakkah tindakan pengambilan terburu-buru ini menguatkan lagi andaian wujudnya mala fide dalam pengambilan tanah?

Selain Kampung Genting, satu lagi perkampungan Melayu paling tertua di pulau itu iaituKampung Batu Uban yang mungkin satu hari nanti hilang dari pandangan.

Berusia kira-kira 300 tahun, Batu Uban merupakan tempat pertama Islam tiba di negara kita. Batu Uban juga menjadi tempat persinggahan kapal yang berulang alik menerusi Selat Melaka dan Lautan Hindi.

Keadaan perkampungan Tanjung Tokong, Pulau Pinang hari ini
Satu lagi kampung Melayu yang sama usia dengan Kampung Batu Uban ialah Kampung Tanjung Tokong, yang kini sudah pun hampir melebihi tiga suku pupus dimakan arus pembangunan.

Setelah kerja tambak laut dijalankan sejak satu dekad yang lalu, kampung ini sudah tidak ada pantainya lagi. Usaha yang telah diambil oleh pelbagai pihak untuk memulihara dan mengekalkan kampung itu sebagai satu kampung warisan terus gagal mendapat sokongan, bukan hanya daripada kerajaan negeri bahkan Kerajaan Pusat. - Utusan


Sebagai seorang yang berorientasikan hasil dari sesuatu pekerjaan, penulis biasanya tidak gemar menonton debat terutamanya apabila tujuannya bukanlah untuk membandingkan idea, cara atau penyelesaian terbaik untuk menangani sesuatu isu tetapi sekadar untuk memberi publisiti kepada pendebat. 

Bagi penulis, debat yang tujuannya adalah untuk publisiti membuang masa dan tidak akan membawa ke mana kerana sehabis debat, tiada apa yang berlaku melainkan orang ramai bercakap-cakap mengenai pendebat dan bukannya penyelesaian.

Namun, penulis harus akui bahawa debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agak menarik juga. Menarik, di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang ‘menambat’ masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini. Diketahui bahawa faktor ‘kaum Cina’ merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13. Oleh itu, isu yang menambat hati mereka, pastilah menjadi isu penting untuk semua.

Selama ini, pihak pembangkang giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat. Seolah-olah selama ini, UMNO, MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman, makmur dan maju secara semulajadi.

Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.

Dan sudah tentu sekali, hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut. Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum. Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini.

Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut, apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA.

Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.

Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina, sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India. Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu, menjadikannya kelakar.

Namun, MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing, telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN. Dengan ikatan kerjasama ini, masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti, menghormati, bertolak ansur, malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak.

Berlainan dengan DAP, walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari ‘clan’ yang sama juga.

Malah, DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini.

Suatu ketika DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina, kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya.

Tetapi, apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung. Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka.

Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan. Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.

Cakap-cakap kedai kopi, malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti. Guan Eng begitu beremosi, dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu ‘ceramah’ politik DAP.

Menurut satu komen, Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya. Dalam semua isu, Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara.

Malah, Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai ‘janji-janji Buku Jingga’. Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang.

Kesimpulannya, DAP adalah sebuah parti yang sesuai untuk para kongsi gelap dan samseng jalanan sahaja. Ia tidak sesuai untuk diletakkan sebagai parti pemerintah. Sebelum ini, beberapa blog pernah mendedahkan bagaimana rupa surat rasmi yang ditulis oleh wakil-wakil DAP dalam Bahasa Kebangsaan yang tunggang langgang bagaikan ditulis oleh tauke jual sayur. Pemimpin-pemimpin DAP juga telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak beradap dan tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi seolah-olah tidak mendapat pendidikan dengan sempurna di rumah.

Dengan skandal terbaru Guan Eng yang terdedah dan slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ yang terbukti hanyalah retorik, bolehlah dikatakan yang bukan sahaja Guan Eng yang kalah debat tetapi DAP secara keseluruhannya sudah kalah dari segi isu, moral, kredibiliti dan segala-galanya.BB


Pada hari Ahad yang lepas, Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty telah menghadiri majlis makan malam sempena menyambut ulang tahun yang ke-95 Sekolah Tinggi Chung Ling..


Pada awalnya Guan Eng dikhabarkan akan menghadiri majlis makan malam tersebut seorang diri..tetapi setelah isterinya mengetahui wanita yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan suaminya itu kini sedang mengajar di sekolah tersebut..Mungkin inilah punca Betty berkeras nak menemani Guan Eng ke majlis tersebut....


Kalau dulu, kita selalu tengok Guan Eng menghadiri mana-mana majlis atau program seorang diri tanpa ditemani oleh isterinya...tetapi sejak kebelakangan ini kita sering melihat Betty disamping Guan Eng...apa cerita der...Sekarang ni dah tak percayakan suaminya lagi ke??


Ng Phaik Keng, bekas staf di pejabat ketua menteri di Komtar atau jawatan yang sebenarnya skandal Guan Eng, tidak kelihatan pada majlis makan malam tersebut walaupun sepatutnya dia menghadiri majlis itu...Mungkin dia menghilangkan diri setelah mengetahui Guan Eng akan ditemani oleh isterinya...

Menurut sumber lagi wanita tersebut yang terpaksa diberhentikan dari pejabat Guan Eng setelah Betty menghidu skandal yang dijalinkan oleh wanita tersebut bersama suaminya. EP difahamkan wanita tersebut telah dihantar Sekolah Tinggi Chung Ling di Air Itam untuk menjadi guru disana...

Agak-agaknya berapa lama Betty mampu mengekori suaminya untuk menghalang perkara ini berulang semula....dan beranikan Guan Eng atau Betty bersumpah (boleh ke puak-puak komunis nie bersumpah) menafikan hubungan sulit diantara Guan Eng dengan Ng Phaik Keng ini??


Patut la Guan Eng berkenan pada  Ng Phaik Keng ni...
cuba bandingkan Betty dengan wanita ini..


Dunia hiburan sekali lagi digemparkan dengan tersebarnya foto bogel kirana larasati dan kini menjadi kontrovesi panas dunia seni.



Walau bagaimanapun, Masih ramai yang yakin bahawa gambar bogel berkenaan hanyalah gambar yang diedit semula secara digital didalam photoshop.

Pada gambar pertama melihatkan gambar kirana larasati sedang berbaring dalam keadaan separuh bogel di atas sebuah katil manakala gambar ke dua pulah gambar separuh bogel di mana payudaranya hanya ditutupi oleh rambut sahaja..




Satu forum web telah membincangkan perkara berkaitan dengan gambar kirana Larasati yang berbogel dan ramai berpendapat bahawasanya ianya adalah palsu dan telah diubahsuai dengan mengedit gambar asli menggunakan teknik digital.
Salah seorang kumpulan forum jugak mengatakan gambar bogel kirana larasati yang juga merupakan pelakon cerita "Purple Love" menyatakan bahawa gambar bogel tersebut kelihatan sudah diubahsuai menggunakan photoshop kerana perincian foto tersebut kelihatan tersembunyi dan sukar untuk membuat pengesahan keaslian gambar.

Pada masa yang sama, pengurus kirana,Yopie sekeras2nya menafikan bahawa gambar bogel tersebut adalah gambar kirana larasati.

Apa2 pun, itulah lumrah pelakon bila dah meningkat popular.. Diharap Kirana Larasati yang jugak pelakon cerita "purple love" banyak2 bersabar di atas isu gambar bogel tersebut..

Negara kita baru baru ini di gemparkan dengan puak puak kafir harbi dengan mengadakan perhimpunan bersih yang kotor. Perhimpunan ini telah memporak perandakan Negara kita yang di cintai, ambiga telah Berjaya dengan misinya memecah belahkan umat islam di Negara ini sehingga mursyidul am pas nik aziz telah mengeluarkan fatwa untuk kepentingan diri sendiri dengan mengatakan semua ahli Pas WAJIB menghadiri perhimpunan tersebut di dataran merdeka kuala lumpur, tetapi alangkah sedihnya apabila perhimpunan ini menular hingga ke masjidil nabawi yang suci dan telah mendatangkan kemarahan kerajaan arab Saudi hingga mereka ingin menyekat kuota haji untuk rakyat Malaysia pada tahun ini. Adakah pemimpin sebegini yang kita mahukan untuk Negara ini?


Atas tindakan drastik telah di ambil oleh kerajaan Malaysia dengan mengadakan rundingan dengan kerajaan arab Saudi berkenaan isu kuota dan hanya akan di beri tahu sekitar bulan ini.


(ternyata ambigay tergelak besar jika kuota Malaysia untuk menunaikan haji di kurangkan atau di sekat.

Nik aziz dengan GAHnya telah bersengkongkol dengan Ambigay laknatullah untuk mengagalkan umat islam dari menunaikan haji dan hanya kerana kepentingan politik Nik aziz telah mengeluarkan fatwa yang merugikan seluruh umat islam di Malaysia.
Besar harapan jika nik aziz berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana Berjaya membuat rundingan pantas dengan arab Saudi. - Noordin Bin Lah
** KIRIMAN PEMBACA BLOG KEPADA EP.. NIK AZIZ OH NIK AZIZ.. SUDAH2 LAH TU..

Wednesday, July 11, 2012


Jom kita layan video ni..

Betul ke Pemimpin PAS dan DAP diperbodohkan atau sebenarnya DAP yang mmperbodohkan PAS dan PKR??

Jadi tidak hairanlah mengapa konvensyen pilihanraya anjuran PKR tempoh hari yang dihadiri oleh Anwar sendiri tidak mendapat sambutan...sebabnya ramai ahli PKR sendiri dah meluat dengan pembohongan dan putar belit Anwar...ini buktinya...


Sampai Mansor pun boleh terlena dengar ucapan Anwar...tak ke boring tu..hahahahhaha


PANAS! : TIADA LAGI DEBAT DGN DAP


KUALA LUMPUR, 10 Julai - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk tidak berdebat lagi dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana mendakwa Lim menggunakan platform debat untuk berceramah politik dan berkempen.

Berdasarkan dua perdebatannya dengan Lim, Chua berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan sahaja mengambil kesempatan membuat fitnah terhadap menteri-menteri MCA semasa berdebat malah tidak menjawab soalan yang menepati tajuk perdebatan mereka.

"Beliau (Lim) tidak mengutarakan strategi memanfaatkan rakyat, beliau hanya tahu membuat fitnah, berkempen, dan tidak menjawab soalan dengan sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di Wisma MCA, hari Selasa. - BERNAMA
** LGE MMG LIDAH BERCABANG.. LAIN DITANYA LAIN DIJAWAB.. NAK SPIN SAJA PANDAI.. KETUA MENTERI PALING CELAKA DI PULAU PINANG..


PAS VS PKR


PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang mempertimbangkan dengan ‘serius’, mengambil kira pelbagai aspek - bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini enggan mengulas di kawasan dan negeri mana beliau akan bertanding.

Sebaliknya, beliau berkata, akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskan kawasan mana beliau akan bertanding.

“Bergantung pada mana-mana yang sesuai. Kalau bertanding Dun, saya mesti ada sokongan pengundi di kawasan itu.

“Langkah pertama yang saya perlu buat adalah putuskan sama ada mahu bertanding atau tidak dan perlu utamakan faktor kemenangan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, sebentar tadi.

Pada pilihan raya umum lalu dan ketika pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh 2008, Dr Wan Azizah mengundi di SK Sri Penanti yang terletak di kerusi Dun Permatang Pasir.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Dr Wan Azizah, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu, layak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRU13.

Ketika ditanya kawasan yang bakal ditandingi, Wan Azizah menyatakan, ia bergantung kepada keputusan parti.

“Di mana saya bertanding? Tentulah di kawasan saya mengundi,” jelasnya.




** KALAU KAWASAN YG MEMBUANG UNDI MESTILAH DUN PERMATANG PASIR SEBAB WAN AZIZAH ADALAH PENGUNDI DI DUN PERMATANG PASIR.. SALLEH MAN KENA KENCING LG LA LEPAS NI? PAS SEKADAR PENCACAI DI PULAU PINANG


Seorang pemandu berasal dari Jerman nekad bogel sebagai bentuk protes atas kenaikan minyak . Lelaki yang tidak diketahui identitinya tersebut terlihat tiba di pam minyak Shell wilayah Klosterlausnitz dan hanya menggunakan sepasang kasut hitam.

Pengurus stesen minyak Frank Hollmotz, 25 tahun, mengatakan bahawa dia berfikir lelaki tersebut hanya mengenakan kasut kerana tidak ingin kakinya kotor.

Namun, saat mengisi minyak ke tangki keretanya, tiba-tiba lelaki tersebut menaiki kereta dan lalu masuk ke dalam super market untuk membayar dalam keadaan bogel. Setelah membayar, lelaki tersebut keluar dan kembali menaiki keretanya lalu pergi.
 
 
** Syukur minyak kat negara kita malaysia dibayar subsidi oleh kerajaan.. Kalau tak pembangkang mesti berbogel2 kat stesyen minyak..
 


Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 10 July 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. 
 
 
** Semoga Allah panjangkan usia Tun, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki

BLOGGER NINJA MATI DITEMBAK!!



 

 
Memang hangat apabila empunya blog Jayanegara adalah milik kepada Khalil Afandi lelaki yang mengamuk di JPM Putrajaya baru-baru ini. Menurut sumber, lelaki yang bersenjatakan samurai ini adalah pengikut kepada ajaran sesat. Lebih teruk lagi dia menggelarkan dirinya sebagai Iman Mahadi. Ideologi untuk menjatuhkan kerajaan turut ditulis dilaman blog beliau untuk mempengaruhi minda sesetengah pengikut. Akibat tindakan beliau menyerang polis, lelaki tersebut ditembak mati. Turut serta seorang wanita berjubah yang turut cedera parah akibat tembakan.





 
 
PUTRAJAYA: Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lepas.

Bapa suspek seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

"Saya kesal dengan apa yang dia buat," katanya sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu. - bernama
** EP dengar blogger ni adalah kawan baik Milo Suam, dan dia disyaki berkomplot dengan Milo Suam. Harap pihak polis dapat siasat siapa yg berkomplot dengan perancangan jahat ini

Tuesday, July 10, 2012

NIK AZIZ : DAP DAN SYAITAN SAMA SAJA





Ingatkah lagi anda semua tentang seorang ulama’ muktabar meminta bantuan dari syaitan laknatullah? Mungkin anda semua lupa atau buat buat lupa dengan kata kata ulama ini tapi bukan saya,saya terpanggil untuk menulis email kepada empayar pemuda kerana ingin berkongsi dengan para pembaca blog empayar pemuda dengan apa yg saya ingin perkatakan ini.


 
Semasa saya belajar di sekolah agama (pondok) pernah sekali saya bergurau dengan seorang sahabat saya dengan berkata “kalau aku boleh terbang mintak tolong syaitan pon aku tak kisah , lepas tu aku baca surah qursi bagi syaitan tu terbakar” dari arah belakang murabbi saya memanggil saya lalu dia berkata “saya tahu awak niat hanya bergurau akan tetapi elakkan bergurau sedemikian kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata”
 
Lain pula dengan seorang ulama yang di agung agungkan oleh pengikutnya mungkin anda tertanya Tanya siapa ulama berkenaan terus terang saya beritahu beliau ialah MURSYIDUL AM PAS DATO’ TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT beliau sanggup untuk meminta pertolongan dari syaitan untuk memenangi pilihanraya. Ingatlah wahai manusia yang niat tidak menghalalkan cara. Apa yang beliau ingin kejar dengan memenangi pilihan raya? Pangkat? Harta? Atau kuasa? Wallahualam.. apa yg saya tahu adalah haram bagi saya dan keturunan saya untuk mengundi PAS kerana perjuangan PAS berlandaskan nafsu semata mata. Wallahualam

Yang iklas

NOORDIN BIN LAH

Persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berbanding semasa pilihan raya umum 2008 meskipun kerap dilemparkan dengan pelbagai fitnah oleh pembangkang.
Dengan pelbagai inisiatif yang dirangka, golongan muda kini mula dapat menilai kesungguhan kerajaan yang begitu prihatin bagi mencorakkan masa depan negara yang lebih meyakinkan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata perubahan persepsi itu adalah berikutan inisiatif mentransformasikan negara menerusi Program Transformasi Politik, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, membuahkan hasil dan dapat dirasai sendiri oleh rakyat.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berpendapat majoriti rakyat kini sedar mengenai pelbagai program yang berbentuk sosial dan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan B Nsehingga sukar bagi pembangkang menafikannya.
Program-program itu termasuklah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia yang kian dekat di hati rakyat.
"Program meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan keselesaan rakyat yang jelas seperti inilah yang dimahukan semua rakyat, khususnya pengundi di luar bandar. Bagi pengundi di bandar pula, selain menikmati hasil program itu, turut menghargai ketelusan pemimpin yang mendengar masalah mereka dan berusaha mencari penyelesaian," katanya.
Sivamurugan berkata banyak usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam setiap lawatan dan tinjauan mesra di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas rakyat dan hasilnya, persepsi negatif terhadap BN telah terhakis.
Dalam pada itu, beliau berkata meskipun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, namun golongan atas pagar dilihat masih berhati-hati untuk memilih parti mana yang mampu mewakili mereka untuk meneruskan pembangunan dan bukannya menabur pelbagai janji kosong.
"Walaupun dalam diam, mereka menilai apa yang telah dibuat oleh kerajaan B Ndan apa juga yang telah dibuat oleh kerajaan pembangkang sepanjang pemerintahan sejak 2008. Saya boleh mengandaikan BN boleh mendapat balik sokongan daripada pengundi protes pada 2008," katanya.
Katanya, dengan gerak kerja berterusan Perdana Menteri dan timbalannya, B Nmampu menarik sokongan pengundi atas pagar, apatah lagi jika kesungguhan yang sama ditunjukkan juga oleh segenap lapisan pemimpin BN.
"Memanglah sesiapapun perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi," katanya sambil menambah bahawa faktor calon dan isu yang dibawa akan memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan kemenangan sesebuah parti.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia FELDA, Anuar Abd Manaf berkata menerusi kajian sokongan yang dilaksanakan pihaknya mendapati lebih 60 peratus belia di seluruh negara kini menyokong BN.
Ini kerana persepsi buruk yang dilemparkan pembangkang kononnya kerajaan B Nzalim, menindas rakyat dan mengabaikan rakyat termasuk belia ternyata tidak dapat mempengaruhi mereka kerana golongan belia sendiri sudah merasai satu demi satu hasil usaha kerajaan BN, baik ke stas diri mereka mahupun keluarga mereka, katanya.
"Contohnya dalam isu perumahan, kerajaan BN telah mengotakan janjinya dengan melaksanakan PR1MA dan kalau kata kos kehidupan meningkat, kerajaan beri BR1M dan KR1M untuk meringankan beban rakyat. Program ini disyukuri oleh golongan belia terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Ini semua tidak dinikmati golongan belia jika pembangkang memerintah. Janji oleh pembangkang tidak dikotakan. Sekarang generasi muda mula melihat BN sebagai kerajaan yang prihatin dan berbuat kebajikan," katanya.
Beliau berkata faktor penolakan belia terhadap BN pada 2008 adalah kerana mereka disuguh dengan pelbagai persepsi salah tentang BN, selain faktor calon yang tidak menepati kriteria mereka dan juga program BN yang dilihat tidak mesra belia.
Anuar berkata bagaimanapun kerajaan BN hari ini telah berubah dan mula menunjukkan kesungguhan mendekati golongan belia dengan pelbagai cara termasuk laman sosial facebook dan twitter selain kekerapan turun padang oleh pemimpin BN.
"Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang dekat di hati golongan belia kerana telah banyak bantuan diberikan kepada golongan belia ini. Belia hari ini juga melihat kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dan sokongan kepada BN itu telah mula nampak," katanya.
Beliau percaya pengundi muda yang merupakan lebih 40 peratus pengundi baru cenderung menyokong BN untuk kesinambungan pembangunan, perpaduan, kesejahteraan dan pertumbuhan ekonomi yang mewujudkan pelbagai peluang untuk mereka membina kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang meyakinkan. - BERNAMA

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.