Tuesday, June 26, 2012



Gambar Anggota Parlimen kawasan Bukit Gelugor Karpal Singh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer dikoyakkan dari papan iklan yang dipacak di persimpangan Jalan Udini, George Town, Selasa. Mungkinkah rakyat di kawasan Bukit Gelugor mula meluat dan sudah berani tunjuk perasaan kepada wakil rakyat yang mewakili mereka selama sepenggal ini...

Pelikkan papan iklan ini...gambar Mansor ada tapi gambar Ramasamy pula tidak diletakkan pada papan iklan ini...nampaknya macam ada masalah je...dan yang lagi pelik kenapa hanya gambar Karpal dan Rayer sahaja dikoyak...sedangkan gambar Guan Eng dan Mansor masih elok?? Confirm orang DAP sendiri yang buat...



Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini, hari ini'.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen Datuk Wan Ali Besar.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mendapati, hasil tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu juga, kadar ketakutan rakyat negara ini terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus iaitu daripada 33 peratus pada tahun 2010 kepada 21 peratus pada tahun lepas.

"Mungkin ramai yang bertanya apakah kesan semua ini kepada negara. Sebenarnya kesannya amat besar sekali, sebagai contoh pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia telah melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lepas berbanding kedudukan ke-21 pada tahun 2010.

"Ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan negara ini," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu memberikan gambaran bahawa apa yang dirancang oleh KDN selama ini dalam mengurangkan kadar jenayah telah menampakkan hasil.

Kementerian itu, katanya, akan meneruskan usaha untuk mencari jalan dan kaedah bagi memastikan peratusan penurunan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan lebih besar daripada apa yang disasarkan. - Bernama

Monday, June 25, 2012


Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar Perahu dekat sini, Jumaat lalu.
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap menghasut.

Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci ALLAH itu.

"Jika beliau (khatib) hendak berceramah politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid.

"Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.

"Mainpp perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik," katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar dilaporkan berkata, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Musa berkata, pakatan pembangkang seharusnya tidak mengajar anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai provokasi untuk menjatuhkan kerajaan.

"Demonstrasi bukanlah cara kita. Justeru, saya minta pakatan pembangkang, jika hendak bertanding... bertandinglah dengan cara yang bersih. Jika takut kalah, jangan bertanding," katanya. - Bernama

Sunday, June 24, 2012



Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.

Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.

Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.

Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.

Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.

Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.

Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.

Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.

Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya. 

Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.

Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya. 


SETELAH penipuan Penyelaras SUARAM (sebut PKR), Cynthia Gabriel pada 15 Jun 2012 berhubung pengeluaran satu sepina oleh Mahkamah Perancis berhubung dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene terbongkar, Malaysiakini semalam memetik sumber dari sekratariat NGO tersebut yang terus mempertahankan kenyataan Cynthia dengan memberi alasan yang penulis petik, “"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini”

Masuk akalkah, dari 15 Jun sehingga sekarang (22 Jun), sejak Cynthia membuat kenyataan tersebut, sepina itu masih tidak sampai kepada penerimanya di sini yang dikenali sebagai Jasbir Singh Chahl?

Kita tidak bercakap tentang zaman-zaman dahulu bila mana serba serbinya berbentuk manual.  Zaman hari ini, semuanya semudah menekan butang di keyboard. Oleh itu, sangat-sangat mustahil sepina yang disebut Cynthia “dalam perjalanan” pada 15 Jun itu masih tidak tiba sehingga sekarang!!

Orang yang dinamakan dalam sepina tersebut pun sudah menafikan ada menerima sebarang sepina dari Perancis.  Kalau itu tidak cukup, wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Laurent Lemarchand (Penolong Ketua Misi) sendiri telah menafikan bahawa Mahkamah di negaranya ada mengeluarkan sepina ke atas Jasbir seperti yang di dakwa Cynthia.

Bukan setakat Jasbir, malah tidak ada sepina dikeluarkan kepada mana-mana rakyat negara ini berhubung dengan kes tersebut.

Untuk pengetahuan semua, peranan kedutaan Perancis dalam hal ini sangat penting kerana prosedur kehakiman Perancis yang berbeza dengan Malaysia.  Kalau benarlah seperti dakwaan Cynthia ada sepina yang dikeluarkan, kedutaan Perancis akan menjadi pihak yang pertama di negara ini tahu mengenainya, sebelum Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana mengikut prosedur perundangan  di Perancis, mereka tidak memerlukan saksi tersebut hadir di Mahkamah dalam tempoh siasatan, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Ya, siasatan, kerana seperti dimaklum SUARAM sendiri di Bangkok pada 30 Mei, siasatan kes ini oleh Mahkamah Perancis masih berjalan dan mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun.  Itu yang pelik bagaimana pada 30 Mei mereka sendiri menerangkan yang siasatan masih berjalan (di Bangkok), pada 15 Jun mereka memaklumkan sepina sedang dalam perjalanan.

Sepina apa kalau perbicaraan pun tidak ada?

Ini yang kita katakan SUARAM ini sebagai penipu nombor satu selain membayangkan kecelaruan ketara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Dikalangan mereka sendiri pun sering bercakap perkara yang bercanggah antara satu sama lain.  Tujuannya untuk membodoh-bodohkan rakyat selain mencipta sensasi untuk menjual meja (SUARAM mengadakan majlis makan malam mengutip derma pada 15 Jun) bagi mendapatkan dana, kononnya untuk membiayai Ops Scorpene 2.0.

Ini tidak jauh beza dengan Anwar mengumumkan kononnya ada beberapa ahli Parlimen dan bekas pemimpin UMNO Sabah yang akan melompat parti dalam kunjungannya ke negeri tersebut pada 10 Jun 2012.  Sama seperti kes SUARAM ini juga, pada malam itu juga diadakan majlis sama untuk mengutip derma bagi tujuan persediaan pilihanraya PKR Sabah.

Ini bukan kali pertama berlaku, peristiwa 16 September 2008 dan beberapa kes-kes kecil selepas itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram politik yang gemar mencipta sensasi untuk membodohkan rakyat.  Kita semua tidak lupa bagaimana galaknya Anwar bercakap tentang penipuan dalam pilihanraya sehingga mencetus Bersih 1, 2 dan 3 tapi dalam masa yang sama dia menyatakan keyakinan yang pembangkang akan menang sekian-sekian kerusi dan memperolehi kemenangan selesa.

Disitu pun dah nampak tak betul, bagaimana kata UMNO/BN menipu dalam pilihanraya tapi kemudiannya mendakwa Pakatan boleh menang?

Semua ini sepatutnya memberi alasan kepada rakyat kenapa BN perlu dipertahankan.  BN mungkin bukan kerajaan yang sempurna (siapa yang sempurna pun), tapi BN tidaklah bersandiwara sebegini hebat, dan dalam masa yang sama cuba membodoh-bodohkan rakyat.

Saturday, June 23, 2012

Bila kita tengok pasangan ini mengawan rasa seram dibuatnya...Punyalah besar saiznya...Cuba bayangkan kalau pasangan ini sedar...tak cukup tanah lari agaknya...Punyalah asyik mengawan sampai pasangan ini tidak menghiraukan orang ramai sedang merakam aksi mereka...Hehehehe...sekali sekali kita buat la pula  ular ye...EP tak pasti kejadian ini berlaku dimana...tetapi berdasarkan dari perbualan  yang boleh didengar, video ini mungkin dirakam di Johor...


Sekadar Hiasan


SEMUA orang dalam inner circle PKR tahu yang Rafizi dan Anwar adalah 2 lelaki berlainan sama sekali.  Selain berbeza generasi, mereka berdua juga tidak mempunyai talian persaudaraan tapi intimnya mengalahkan laki bini yang baru balik honeymoon.  Bak kata pepatah gay, “cubit punggung kanan, punggung kiri terasa juga tau”, begitulah.

Justeru bila Rafizi meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam, ia agak mengejutkan ramai orang kerana memikirkan siapa yang berani beri masalah kepada Rafizi sehingga  menyebabkannya mengambil keputusan sedrastik itu.  Mengusik Rafizi sama seperti mengusik Anwar, mengusik Anwar, faham-faham sajalah.

Even Azmin pun difahamkan tak berani mengusik Rafizi, cakap-cakap belakang bolehlah – itupun bisik-bisik.

Justeru penulis yakin apa pun masalahnya yang menyebabkan Rafizi meletakkan jawatan, ia ada kaitan antara dia dengan Anwar.  Sama ada Anwar sudah tidak mahu melayan dia lagi atau Anwar tidak menolongnya berhadapan dengan semakin ramai puak dalam PKR yang tidak senang dengan kehadirannya memotong jalan ramai di antara mereka yang lebih lama dalam parti tersebut.

Umum tahu, kerana Rafizi seorang, begitu banyak nama yang tenggelam, antaranya Shamsul Iskandar (Ketua AMK) dan Chegu Bard.  Sedangkan inilah dia pun yang satu ketika dahulu menjadi hulubalang utama Anwar di zaman susah dan senangnya, sedangkan Rafizi bila saja munculnya?  Tau-tau sudah jadi Pengarah Strategik PKR.

Itu di peringkat parti, di peringkat kerajaan negeri lain pula ceritanya.

Untuk makluman semua, pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebenarnya terletak dibawah Pejabat Menteri Besar, di zaman pemerintahan BN, pejabat ini tidak wujud pun.  Sesuai dengan kedudkkannya dibawah Menteri Besar, pejabat ini sepatutnyalah perlu melapor segala aktivitinya kepada pejabat Menteri Besar Selangor.

Itu kalau nak dihujah dari segi logik. Tapi dengan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu dipegang oleh Anwar Ibrahim, tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim (yang dilantik ke jawatan Menteri Besar oleh Anwar) ada kuasa ke atas pejabat tersebut, menjadikan semua kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri yang diketuai Rafizi, beraja di mata bersultan di hati.

Malah tidak keterlaluan dikatakan disini bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah jauh lebih berkuasa daripada pejabat Menteri Besar sendiri!

Dengan ‘kekuasaan’ yang begitu besar, mustahil ada pihak lain terutama di kalangan kakitangan kerajaan Negeri yang berani menyentuh Rafizi, memikirkan kepada siapa dia melapor.  Itu yang penulis sebutkan di atas, apa pun masalahnya yang membawa kepada perletakkan jawatan Rafizi adalah antara dia dengan Anwar sahaja, tidak ada orang lain.

Tak tahulah kalau Azmin sudah main jarum lebih besar.  Ini satu kemungkinan juga, sebab kebelakangan ini kelihatan Azmin bulldoze semua orang dalam PKR dan kerajaan negeri Selangor yang kelihatan tidak sebulu dengannya seperti Hasan Ali dan terbaru Faekah.

Mana-mana satu pun, penulis lihat ini bukan masalah yang besar mana pun.  Apatah lagi memikirkan kehebatan Anwar sebagai pelakon dan pengarah yang hebat sebelum ini, lagilah penulis tak hairan mana.  Psikologi menawan hati lelaki lembut ni bukan susah sangat pun, maklum, dia bukan perempuan sejati, hajat-hajat nak jadi perempuan sahaja.

Nanti Anwar tepuk mana bahagian yang patut-patut, eloklah Rafizi tu

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara. - BB

Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya, berkata mana-mana pemimpin Pas yang cuba menyamakan demonstrasi jalanan sesuatu yang dilakukan atas nama Islam perlu melihat semula asas amalan yang bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad saw dan bukannya dengan hanya mengikut pendapat golongan tertentu sahaja.
Justeru itu, beliau menasihati  umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan sebarang pendapat atau fatwa tidak rasmi yang  mengatakan bahawa demonstrasi jalanan itu berasal dari Islam kerana secara asasnya demonstrasi itu adalah haram, biarpun ada sesetengah ulama yang mengharuskan umat Islam mengadakan demonstrasi.
“Memang ada sesetengah ulama mengharuskan demonstrasi,  tetapi ia diharuskan berdasarkan situasi yang benar-benar memerlukan demonstrasi itu diadakan. Persoalannya, dalam konteks suasana politik di negara ini, adakah demonstrasi itu benar-benar diperlukani?
“Kalau kita tengok apa yang berlaku dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang berlaku baru-baru ini, ternyata ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat. Malah, ia telah mendatangkan kemudaratan terhadap orang awam dan juga pihak berkuasa dengan berlakunya rusuhan yang mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
“Pihak penganjur sendiri secara jujur mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal dan mencegah sebarang kerosakan yang berlaku akibat demonstrasi itu. Jadi jelas, demonstrasi seperti itu  tidak membawa apa-apa kebaikan sebalik mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada orang awam,” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Kata beliau lagi, kerana itu Islam lebih mengutamakan kaedah pencegahan untuk menolak sebarang kemungkinan berlakunya kemudaratan kepada orang lain, biarpun dalam usaha untuk menyelesaikan kemashalatan ummah.
“Kita bukan ikut cara Robin Hood. Di dalam Islam, tidak ada istilah matlamat menghalalkan cara. Mencuri harta orang kaya, untuk diberikan kepada orang miskin bukan cara yang dibenarkan di dalam Islam.
“Begitu juga dalam soal menegur pemimpin negara dan sebagainya. Ada cara dan adab yang telah digariskan oleh Al Quran dan sunnah untuk kita patuhi. Mungkin tujuan kita baik tetapi kita juga perlu menilai, apakah cara kita itu bertepatan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw?,” soal beliau.
Secara prinsipnya di dalam Islam jelas beliau, amalan manusia sebagai satu ibadah kepada Allah memerlukan dua prinsip utama iaitu ikhlas, iaitu melakukan sesuatu ibadah itu hanya semata-mata kerana Allah dan bukan selain dariNya, dan yang kedua, amalan itu hendaklah bertepatan dengan cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw untuk dikategorikan sebagai satu amalan yang soleh.
“Inilah tafsir dari Ibnu Kathir terhadap ayat dalam surah Al Khafi ayat 110 yang bermaksud, “...Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
“Justeru itu, umat Islam perlu menilai semula, adakah tindakan mengadakan demostrasi ini benar-benar dilakukan kerana Allah semata-mata, tanpa ada niat untuk memancing undi atau mempengaruhi rakyat untuk memenangi pilihanraya? Dan adakah  ianya (demonstrasi) merupakan satu perbuatan yang  bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w  yang boleh kita kategorikan sebagai satu amalan soleh?,” ujar beliau. -MediaUMNO

Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai “usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.

Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.

Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.

Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.

Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.

Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.

Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.

Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, “langkah mayat dia dulu” jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.

Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”. Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.

Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.

Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.

Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”

Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.

Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya.

Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?

DR MASHITAH IBRAHIM
22 Jun 2012
Sinar Harian


PAS berjaya tarbiah DAP atau sebaliknya??

Video Seks Anwar Terlepas Dari Simpanan Perisikan Singapura?

Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.  

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi.  Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”. 

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini. 

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega.  Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet.

Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.  

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.  

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan.  Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia. 

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara.  Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.  

Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya.  Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih. 

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.  

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali.  Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.  

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan.  Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya. 

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini.  Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar.  Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.  

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya - GAP


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Pulau Pinang yang seolah-olah keberatan untuk menjalin hubungan dengan badan itu.
   
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan pimpinan DAP itu tidak membabitkan Cuepacs dalam soal menjaga kepentingan penjawat awam di Pulau Pinang.
   
"Cuepacs negeri lain semua mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri mereka, termasuk di Selangor, Kelantan dan Kedah. Ada kerajaan negeri itu yang memberi sumbangan kepada Cuepacs negeri mereka.
   
"Kita tak pandang parti mana memerintah, kita pandang yang mana kerajaan memerintah kita hormat... kerana penjawat awam ini yang menjalankan dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya pada sidang media, di sini.
   
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) cawangan Pulau Pinang, berkata usaha Cuepacs Pulau Pinang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sering terhalang.
   
Wakil Cuepacs negeri sudah cuba menghubungi pembantu Ketua Menteri untuk mengatur pertemuan, namun usaha itu gagal kerana tiada langkah susulan dibuat daripada kerajaan negeri termasuk alasan Ketua Menteri sibuk, katanya.
   
Beliau berkata kurangnya hubungan langsung di antara kepimpinan negeri dan Cuepacs menyebabkan wujud kekangan dalam usaha badan itu membela kepentingan lebih 80,000 penjawat awam di Pulau Pinang.
   
Omar berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Lim minggu depan untuk memohon mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri itu dalam usaha Cuepacs meningkatkan hubungannya dengan kerajaan negeri.
   
Dalam perkembangan lain, Omar memohon Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memberi sumbangan kepada Cuepacs bagi membolehkan bantuan kebajikan disalur kepada ahlinya.
   
Menyifatkan sumbangan itu sebagai tanggungjawab sosial Angkasa, beliau berkata sumbangan tersebut adalah wajar memandangkan lebih 85 peratus penjawat awam membuat pemotongan gaji melalui Angkasa.
   
"Sudah sampai masanya kita memohon jasa baik Angkasa untuk memberi sumbangan kebajikan kepada Cuepacs... kerana penjawat awam adalah pendukung kepada Angkasa, membantu dari segi hal ekonomi Angkasa," katanya.  - Bernama

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan negeri DAP harus bertanggyngjawab terhadap projek2 dilereng bukit di Pulau Pinang adalah amat tepat sekali. Ini adalah kerana mengikut akta perancangan bandar dan desa 1976 seksyen 24, subseksyen 5 menyatakan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan apa2 syarat yang difikirkan patut olehnya atau mengubah syarat2 yang dikenakan pada asalnya apabila sebarang tempoh lanjutan tambahan diberikan kepada pelan kebenaran merancang asal.

Tindakan LGE yang menyalahkan kerajaan negeri BN terhadap pembinaan dilereng bukit adalah tindakan pengecut yang tidak berani mengambil tanggungjawab atas kesalahan dia malah dengan mudah menyalahkan kerajaan BN. YDP MPPP juga telah mengatakan bahawa MPPP boleh memperbaharui Pelan Kebenaran Merancang setelah tamat tempoh 12 bulan atau setahun selama 5 kali iaitu selama 5 tahun, yakni pelan kebenaran merancang yang diluluskan pada tahun 2007 masih mampu ditambah syarat oleh MPPP setelah kerajaan DAP mengambil alih sejak Mac 2008.

Adalah didapati walaupun pelan kebenaran merancang diluluskan oleh kerajaan BN, namun tiada pembinaan dimulakan drastik sebelum mac 2008, malah kesan drastik pembinaan dilereng bukit mula dibina sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini setelah pelan bangunan diluluskan. Setelah isu ini ditimbulkan, LGE terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menggunakan kepakaran geoteknikal Dr.Gue yang berkelulusan daripada OXFORD untuk memberikan penilaian teknikal terhadap pembinaan lereng bukit. Jika benar mereka menggunakan kepakaran Dr.Gue, maka sudah pasti syarat baru pelan kebenaran merancang telah dikenakan sepertimana , oleh itu semua kerosakkan yang timbul adalah hasil daripada kelulusan pelan bangunan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri DAP.

Pemuda UMNO berharap LGE memberhentikan sandiwaranya terhadap pembangunan2 di lereng bukit yang tidak terkawal dan telah merosakkan keindahan sebenar Pulau Pinang. Sikap LGE yang sering menuduh BN untuk mengelakkan tanggungjawabnya sudah dapat dinilai oleh rakyat pp yang semakin sedar sifat kerajaan negeri DAP yang hanya ingin mengaut keuntungan segera dengan apa cara sekalipun.

Ir.Shaik Hussein Mydin
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang






Sinchew Daily News - Penganalisa politik Puan Tan Poh Choo (terjemah mandarin) menyatakan bekas menteri besar Perak menyentuh Sultan Johor dengan sebut harga 520 ribu ringgit untuk mendapatkan nombor Plat kenderaan WWW1, Nizar melalui “Twitter”nya mengkritik Sultan Johor, kini telah merosakkan rancangan PRU Pas di negeri Johor.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nizar semua sekutu dalam Pakaran Rakyat menyokong penuh terhadap tindakan Nizar itu, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Pas Salahuddin berkata perkara itu adalah perkara kecil, rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian berkaitan perkara itu. 

Sejak adanya perhimpunan kempen menyokong Sultan Johor pada minggu lepas, dari segi perasaan orang ramai yang hadir boleh dilihat, ia menunjukkan itu sudah bukan lagi satu perkara kecil-kecilan. Mungkin ada sesetengah orang anggap bazirkan RM520 ribu ringgit itu terlalu mahal, tetapi selepas Nizar membuat kritikan ia bertukar menjadi makna yang berlainan, lebih ramai rakyat Johor anggap Nizar tidak setia kepada Sultan mereka dan Kerabat Sultan Johor.

Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahril anggap Nizar tidak tahu selama ini Sultan Johor banyak menabur kebajikan kepada rakyat dan orang ramai, ramai rakyat Johor memang tahu bahawa Sultan Johor banyak membuat kebajikan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Sultan Johor memang sangat kaya raya,

Almarhum Sultan Johor yang lepas semasa banjir besar di negeri Johor telah hulurkan bantuan  sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa banjir, pernah menghulurkan wang sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa Tsunami di Aceh.

Ahli politik UMNO pernah menuduh Nizar seorang pembohong, sebelum ini dalam ceramah politik beliau, Nizar menyatakan beliau dapat maklumat dari pasukan tentera di Raja Malaysia, jika negeri Perak jatuh ke tangan pembangkang, Najib akan kerahkan tentera ambil alih kerajaan negeri Perak. Ketua angkatan tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menafikan berita-berita itu, beliau berkata pasukan tentera lebih profesional menjaga kedaulatan perlembagaan, kini sudah 46 orang buat aduan polis berkatian perkara yang sama itu.

Nizar selalu membuat kritikan yang tidak berasas, terutama sekali beliau sering mengkritik Menteri Besar Perak yang sedia ada sekarang. Beliau menuduh Menteri Besar Perak Dr. Zambry meluluskan projek perlombongan besi di Teluk Rubiah, menuduh projek tersebut melibatkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. Tetapi pada mesyuarat sidang Dewan Negeri, menteri besar Perak Dr. Zambry telah tunjukkan sepucuk surat yang berkaitan, menunjukkan bahawa projek tersebut telah diluluskan semasa Nizar sedang memegang jawatan Menteri Besar Perak, ini satu lagi tamparan kuat ke muka serta memalukan ramai orang-orang yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.


**EP tak pasti sama ada Nizar dan PAS yang bodoh atau DAP yang pandai pilih calon Menteri Besar untuk wakil mereka...

Agak kelakar bila Harakah melaporkan kehebatan Nik Aziz beli air tepi jalan... cuba baca petikan ini..
Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini.
Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya.
Apa yang hebatnya dengan gambar ini..??Apasal...Nik Aziz ni tuhan ke yang tak boleh berjalan seorang diri...hahahaha...pelik..pelik..Laporan berita macam ni pun Harakah boleh siarkan...kesian betul...
Sila Sahin  model dan juga pelakon TV yang beragama Islam telah diancam bunuh setelah gambarnya yang tidak berpakaian terpapar sebanyak 12 halaman di dalam majalah Playboy Germany. Sila Sahin dipanggil pelacur dan perempuan murahan  oleh kebanyakan pengguna Internet yang beragama Islambahkan sampai pada mengancam untuk membunuhnya kerana memalukan Islam....

Sila Sahin dilahirkan pada 3 Disember 1985 dan dibesarkan di Jerman oleh keluarga berketurunan Turki. Dikhabarkan kedua-dua orang tuanya sangat marah ketika melihat foto Sila tanpa berpakaian sehingga ibunya sanggup tidak mengaku Sila sebagai anak kandungnya.. 

Sila Sahin yang juga bintang drama Jerman bertajuk Good Times, Bad Times, menjelaskan gambarnya di dalam majalah Playboy itu adalah reaksinya dari masa remajanya yang hidup terkongkong. Sila mengaku hidupnya kini tertekan dan dalam keadaan takut kerana sering dicaci dan dimaki oleh banyak pihak yang mengenalinya...

**Dah tahu benda yang dibuatnya salah dan dilarang oleh agama..gatal nak buat...sekarang terimalah padahnya...

**Harap-harap Greece menang malam ni....hehehehehe

Friday, June 22, 2012

HOT : ANWAR KENAL SANGAT WANITA INI...

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengemukakan lagi bukti baru kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sekitar RM3 bilion.

Semasa disiasat selama kira-kira lima jam oleh SPRM di ibu kota hari ini, Ummi mendedahkan identiti seorang wanita misteri yang memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang.

Katanya, SPRM teruja dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan itu kerana berlainan dengan bukti yang pernah dikemukakan oleh pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan bekas setiausaha sulit Anwar iaitu Anuar Shaari.

“Saya disoal siasat dari pukul 3 petang sehingga 8 malam tadi oleh tiga pegawai SPRM dan mereka mengesahkan tidak pernah mendapat bukti mengenai wanita itu atau 62 hartanah terlibat. UTUSAN

**Agak-agaknya siapakah wanita yang dimaksudkan oleh Ummi Halfida itu ye...


Gambar Sekadar Hiasan


Aktres jelita Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.
Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu.
Gambar Maya bersama ahli perniagaan berusia sekitar 40-an itu dirakamkan oleh jurufoto M. Azhar Arif.
Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.
“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.
“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.
Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.
Maya duduk bersebelahan dengan seorang tokoh korporat bergelar Datuk ketika menghadiri sebuah majlis makan malam di ibu negara, malam Rabu lalu. - Foto oleh M. AZHAR ARIF
“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.
“Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,” katanya.
Beralih pada perkembangan kerjaya, Maya yang ditemui pada pelancaran filem terbarunya berjudul Jwanita, baru-baru ini berkata, dia sangat teruja untuk menggalas watak wanita psiko dalam filem arahan Osman Ali itu.
“Saya teruja dengan tawaran baru dalam filem Jwanita kerana ramai yang sering bertanya bila saya akan membawakan antagonis. Selama ini, saya sudah mencuba watak puntianak, wanita penggoda dan gadis tomboi.
“Watak wanita psiko ini mencabar kemampuan emosi dan fizikal saya tetapi saya tidak mahu buat sebarang rujukan pada watak atau filem lain kerana bimbang akan terikut-ikut atau meniru watak yang sedia ada itu.
“Saya mahu terjemahkan karakter itu dengan pemahaman dan imaginasi sendiri,” katanya.
Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd itu menyaksikan gandingan kali keempat Maya dan Osman Ali selepas filem Anak Halal, Cun dan Ombak Rindu.
Selain Maya, filem genre suspens dan ngeri itu turut dibintangi antaranya Bront Palarae, Cristina Suzanne dan Marsha Milan Londoh.
Ia bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu selama 30 hari dengan kos sebanyak RM1.5 juta. Mstar

Perlekatakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Pegawai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini membuktikan jelas pergolakan dan krisis dalaman yang semakin teruk dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.
Realitinya PKR juga tidak pernah terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan fitnah dan konspirasi.
Isu seks, salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini. Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang turut didakwa bersama isterinya,Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994.
Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu dalam parti pembangkang itu. Namun,di peringkat kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, Pas dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi hakikatnya, pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan rakyat.
Ini adalah bukti pergolakan dan krisis balas dendam yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR, mereka terlalu berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Selangor.
Terdahulu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang kononnya mahu menumpukan pada kerja-kerja untuk menghadapi pilihanraya.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat. Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.  - UMNO Online


Wow...Neelofa sekarang perasan penting dalam dunia hiburan sampai kena pasang bodyguard??Betul ke? Kalau betul la apa yang diperkatakan oleh rotikaya...memang sah minah ni perasan tak bertempat...bakat tak tera mana..harapkan rupa je...Jom kita tengok apa rotikaya kata mengenai gosip terbaru ini...
Risau pula kami tengok perkembangan kerjaya bintang baru bernama Neelofa ini — lebih popular dengan kontroversi dari hasil seni.
Apa yang hendak kami sampaikan di’sini bukan berniat untuk menambah perisa dalam kontroversi Neelofa tetapi ini sebenarnya yang kami rasa & dengar sejak beberapa hari ini.
Ada teman media yang sering minum bersama kami memberitahu, akhir akhir ini Neelofa agak sukar untuk di’hubungi — tidak kira melalui teks atau panggilan telefon.
Kalau benar benar sibuk dengan kerja tidak mengapa tetapi dalam masa yang sama mempunyai masa untuk melayan peminat di’Twitter, tetapi tidak panggilan telefon wartawan.
Adakah Neelofa sekarang sudah pandai memilih kawan atau bodyguard baru beliau yang memberikan garis panduan untuk berkawan? Bercakap tentang bodyguard.
Ada burung burung berkicauan memberitahu yang keputusan Neelofa untuk mengupah bodyguard bukan kerana alasan keselamatan semata mata tetapi juga ada terselit nilai perasaan yang beliau penting dalam industri hiburan. Hmm. – rotikaya

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.