Sunday, June 17, 2012


Ketua Menteri, Lim Guan Eng harus menerima hakikat bahawa pembangunan pesat yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan sokongan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemajuan yang diperoleh itu bukan dicapai dalam masa singkat, sebaliknya memakan masa lebih 50 tahun sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir.

Menurutnya, semua itu dilakukan kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat meskipun negeri ini dikuasai pembangkang.

"Ini bukan cakap politik tetapi ini fakta. Mungkin pahit untuk Guan Eng dengar tetapi saya perlu nyatakan kebenaran bahawa Pulau Pinang maju sebab sokongan BN.

"Guan Eng baru tiga tahun mentadbir sudah kata pelaburan masuk. Mana boleh, banyak perbincangan perlu dibuat dengan pelabur asing, kena beri insentif. Siapa yang sokong kalau bukan kerajaan BN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 pekerja industri di sini hari ini.

Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Pusat telah melabur dalam jumlah besar dengan menyediakan pelbagai infrastruktur bertaraf dunia bagi menarik kemasukan pelabur asing.

Antaranya, jelas beliau, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Pada perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, kemasukan pelabur asing juga membolehkan banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan Advanced Micro Devices Export Sdn. Bhd. (AMD) dan Fabtronic Sdn. Bhd. untuk menyediakan latihan kepada para siswazah.


Fuyoo..Awi Rafael mempunyai tatoo di badan...betul ke?? Cuba lihat gambar yang didedahkan oleh media malaya ini...macam betul je...patut le Awi sentiasa memakai baju lengan panjang untuk menutup tatoo di badannya.

Apabila kecoh berita ini Awi Rafael menafikan gosip tersebut dan mencabar mereka yang menyebar gosip untuk menunjukkan gambarnye bertatoo. Nah..ambik kau...bukan ke Awi Rafael mempunyai tatoo di lengan dan bahu...yang dalam cawan tu air apa pula?? Zapple ke.??

EP tidak berani mengesahkan kebenaran gosip ini. Biar tuan punye badan, Awi Rafael memberi jawapan mengenai isu ini.

Saturday, June 16, 2012



Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengamalkan dasar memilih kaum dalam usahanya untuk membasmi kemiskinan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan kerajaan pimpinan BN adalah kepada semua kaum yang layak dan mereka yang memerlukan.

Katanya dakwaan dan tohmahan pembangkang kononnya BN hanya mementingkan kebajikan orang Melayu adalah satu pembohongan dan fitnah semata-mata kerana semua kaum di negara ini telah menikmati pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan pusat.

"Kalau BN hanya untuk orang Melayu, hanya bantu orang Melayu sudah lama orang Melayu jadi jutawan. Di Pulau Pinang, masih lagi terdapat orang Melayu yang memerlukan bantuan, begitu juga kaum Cina dan India. "Kita (BN) bela semua kaum yang ada. Dasar kerajaan untuk membantu bumiputera bukan kerana dia Melayu, tetapi kerana miskin. Begitu juga kaum lain," katanya semasa berucap di majlis semarak kasih rakyat di Taman Tanjung Aman, di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata semua kaum mempunyai hak yang sama dalam menikmati setiap bantuan termasuk bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.

"Kita juga membantu sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah Cina...semua orang berhak mendapat pendidikan, sebagai Menteri Pelajaran, saya pastikan semua rakyat di negara ini mendapat pelajaran sewajarnya," kata beliau.

Katanya kerajaan tidak akan berhenti untuk menyalurkan bantuan kepada setiap rakyatnya walaupun sesebuah negeri itu terletak di bawah pimpinan pakatan pembangkang.

"Pembangkang hanya minat mempolitikkan isu sahaja dan tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, mereka hanya auta sahaja," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kawasan Bagan untuk pembangunan di kawasan itu.

Lebih 40,000 orang membanjiri majlis anjuran BN negeri di kawasan yang diwakili oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu.-BERNAMA


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pusat merancang untuk membina 250 unit rumah kos sederhana di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak, dalam usaha membantu mengatasi masalah perumahan di Pulau Pinang.

Beliau berkata Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteti (JPM) mengenal pasti kawasan berkenaan dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar, dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah. Kita akan atasi masalah ini kerana ia perlukan penyelesaian segera.

"Selain itu, saya juga arahkan ICU untuk mencari tapak-tapak yang sesuai dan binalah rumah, buat perancangan yang teliti," katanya pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Sabtu.

Kira-kira 6,000 orang daripada 60 NGO hadir pada perjumpaan itu.

Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas berhubung masalah perumahan di Pulau Pinang serta rungutan golongan bumiputera yang tidak berkemampuan memiliki rumah kerana harga yang terlalu mahal.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan pemimpin B Nnegeri.

Timbalan Perdana Menteri juga menyeru agar NGO Melayu di Pulau Pinang bersatu bagi memperkasa golongan bumiputera di negeri ini untuk terus kukuh dan tidak berpecah belah.

"Yang penting ialah perpaduan kita, Melayu Pulau Pinang tidak boleh berpecah, pimpinan NGO inilah yang akan menjadi pengikat, kita tidak boleh bercerai berai...bersatu teguh bercerai roboh...," katanya.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan pusat akan menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO atau persatuan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersesuaian dengan lebih berkesan.

"Saya beri RM10,000 untuk setiap NGO yang hadir pada hari ini, saya harap ia dapat laksanakan dalam tempoh segera," katanya.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa kerajaan persekutuan terus komited membantu rakyat agar dapat sama-sama menikmati faedah yang diperoleh hasil daripada tranformasi yang dilaksanakan kerajaan.

"Kerajaan mengambil serius kemahuan rakyat, apa lagi yang rakyat mahukan, kerajaan persekutuan memang membantu dan apa yang diutamakan ialah soal pendidikan, akan-anak kita tidak boleh diabaikan.. jangan sampai terbiar dan tercicir tidak pergi ke sekolah.

"Saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selalu turun padang dan setiap minggu kami berdua berbincang kemudian dibawa ke kabinet untuk diputuskan bentuk bantuan yang akan diberi kepada rakyat sebagai memenuhi kehendak dan keperluan mereka," katanya. - BERNAMA

Friday, June 15, 2012

Semalam Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS menggesa Perdana Menteri bagi memberi jaminan bahawa pilihanraya umum ke  13 tidak diadakan pada musim Haji.
Beliau mempersoalkan wajarkah pilihanraya diadakan pada musim Haji sekalipun hak Perdana Menteri menentukan tarikhnya bila-bila masa.
Alasan beliau agar mereka yang hendak tunai Haji dapat pergi dengan tenang dan tidak dinafikan hak mengundi.
Juga jelas beliau kenyataannya tentang tangguh haji itu spesifik ditujukan pada calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya sahaja.
Rasanya kita tidak perlu berceramah kepada Tuan Ibrahim bahawa prinsip asasnya di sini ialah menjadi hak perogratif ekslusif seorang Perdana Menteri tak kira siapa pegang jawatan itu membuat perkiraan beliau sendiri bila hendak mengadakan pilihanraya.
Apakah Ketua Penerangan PAS itu tahu pasti Najib akan mengadakan pilihanraya pada musim Haji kali ini ?
Jawabnya tentu tidak.
Bagi yang celik melihat nawaitu tersirat Tuan Ibrahim dan pemimpin PAS yang kini sibuk cuba jadi ini satu isu dirasai  tidak lebih untuk mengambarkan bagaimana jijiknya taktik politik Najib dan BN yang tidak mempedulikan soal rukun Islam kelima ini kerana hendak menang pilihanraya.
Seperti biasa taktik pembangkang ialah 'tembak' dulu.Yang penting persepsi jahatnya BN harus disebarluas.
Sekurang-kurangnya kalau betul nanti pilihanraya tidak diadakan pada musim Haji mereka dengan bangga akan mendabik dada ini semua semata-mata kerana desakan PAS.
Sebagai orang politik ,sekali lagi kita kena tepuk bahu Tuan Ibrahim atas kebijaksanaanya cuba membelit Perdana Menteri.
Ia ibrat sambil menyelam minum air.
Sekurang-kurangnya kalau nasib baik mereka dapat menjerat Najib.Maksudnya kalau Perdana Menteri kata pasti tidak ada pilihanrya musim Haji antara Oktober hingga November mereka sudah dapat gambaran lebih jelas bila pilihanraya hendak diadakan.
Maka waktunya antara Disember hingga ke April yakni waktu penamat.
Itu sudah masuk bab strategi politik.

Lagi pun satu hakikat yang tunai Haji pada musim Haji bukan orang PAS sahaja tetapi juga libatkan orang UMNO,PKR dan macam-macam parti lain.

Juga sebagai orang politik,ada juga yang berpendapat apa perlunya Najib melayan jerit pekik PAS yang jelas bercampur aduk nawaitu politik itu.
Dosa apa yang beliau sudah buat semata-mata kerana tidak bagi jaminan pilihararaya tidak diadakan pada musim Haji.
Siapa tahu mungkin dalam pemilikirannya sendiri Perdana Menteri sudah diambil kira tentang faktor musim Haji.
Soal beliau hendak cakap atau tidak mengenai bab itu ia adalah hak ekslusif beliau.
Tuan Ibrahim  tahu kalau Haji Hadi sekalipun Perdana Menteri tiada siapa yang boleh ambil tindakan undang-undang di mahkamah kalau beliau gam mulut tidak mahu cakap.

Hak tetap hak.

PAS pasti kata kalau Haji Hadi Perdana Menteri tentu beliau akan cakap pilihanraya tidak akan diadakan pada musim Haji.

Itu kerana beliau bukan Perdana Menteri jadi mereka boleh tibai cakap ikut suka hati macam pembangkang dok janji nak bagi bulan bintang jika tawan Putrajaya.

Pokok pangkalnya pilihanraya ke tidak pilihanraya...menunaikan Haji ialah rukun Islam.
Jadi isunya di sini dimana PAS letakkan keutamaan?
Oppss nak buat macam mana...memang susah nak salahkan PAS.Hidup mereka kini terlalu mengidam hendak ke Putrajaya hingga diselubungi oleh nafsu serakah tidor tidak lena mandi tidak basah mengenangkan pilihanraya.
Ini baru cakap bab desakan PAS pada Perdana Menteri.
Hipokasi PAS dan pakatan pembangkang sudah melimpah ketahap hidung.Ini  jelas dapat dilihat kalau bercakap bab desakan NGO atau penyokong kerajaan pula terhadap isu yang mereka tidak pedulikan dan tidak mahu layan langsung selama ini.
Cuba tanya PAS mengenai isu kabinet bayangan pakatan pembangkang....jawabnya bisu.

Bukankah semua orang hendak tahu bab itu agar dapat membuat penilaian awal keatas barisan pimpinan mereka sebelum buang undi.

Mereka nampaknya cukup gabra tentang hal ini kerana ia sesuatu yang 'tak settle'.
Cuba tanya PAS tentang isu penyokong mereka yang mengadakan mini-himpunan Bersih di Madinah dan Mekah hingga mencetuskan kemarahan kerajaan Arab Saudi dan mengugat kuota Haji Malaysia.
Jawabnya...juga bisu.
Nasib baik kerana hubungan baik kerajaan Malaysia-Arab Saudi hal ini dapat diredakan.
Siapa nak jawab jika ditakdirkan Arab Saudi berkeras dan kurangkan kuota Haji Malaysia musim ini kerana isu itu.
PAS tentu gali lubang untuk sembunyikan diri kerana cukup sedar isu itu lebih menyakitkan hati orangramai.
Cuba tanya tentang isu rakaman perbualan telefon miang dan bernafsu antara Timbalan Presiden Mat Sabu dengan isteri orang, Normah satu ketika dulu yang tersebar di internet.

Ramai yang geli geleman mendengarnya.

Kecut...siapa berani jawab.

Jangan kata itu isu sudah lama kerana ia mengambarkan watak dan perilaku orang nombor dua parti itu.

Cuba tanya PAS tentang ada dia kisah tentang desakan agar diadakan siasatan terbuka keatas isu video seks 99.9 peratus tulin Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam bab ini Haji Haji jawab mudah saja...video besi tak boleh jadi bukti.

Jawapan berkenaan pasti akan membuat mana-mana Hamba Allah yang ada akal fikiran waras tertanya pada diri sendiri  kenapa ada orang boleh perbodohkan aku sampai begitu sekali.

Banyak lagi yang boleh disenaraikan.
Soalnya apa perlu layan desakan PAS kalau parti itu sendiri mengambil sikap 'bo-layan' desakan orang lain dalam mencari kebenaran.
Senang cakap...Tuan Ibrahim dan rakan-rakannya kena pergi ke cermin di dinding dan bertanya balik ' apa istimewanya aku ni ' - 14/6/2012

GAMBAR TERBARU KEKASIH KHAIRUL FAHMI??


Benarkah ini merupakan gambar terbaru kekasih hati penjaga gawang pasukan bolasepak Harimau Malaya.. Khairul Fahmi??

Lain pula cerita yang didedahkan oleh Laman RotiKaya..
]

Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila Apex dikatakan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.
Namun kedua duanya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua & menegaskan antara mereka hanya hubungan professional. Apakah status hubungan mereka kini?
Gambar di bawah merupakan paparan terakhir avatar Apex di akaun Blackberry Messenger & kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini single seakan tidak sah lagi.
Beberapa orang peminat Apex ada memberitahu yang kedua dua selebriti ini semakin berani menunjukkan kemesraan melalui sosial media termasuk menunjukkan cincin tanda cinta...


Wednesday, June 13, 2012


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin diingatkan supaya bertindak bijak bagi memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak  terjejas.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Khairy telah melakukan kesilapan di tangga awal pendakiannya, namun diberi peluang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengamalkan politik balas dendam.

"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk,  Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis Zam.

Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda.

"Yang paling  menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis, berita-berita sensitif yang  menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan.

"Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'. Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam.

Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya.

"Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.

"Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang. Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya.

Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau.

Tuesday, June 12, 2012


Enakmen Undang-undang Pilihan raya Kerajaan Tempatan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan lepas bagi membolehkan anggota majlis perbandaran di negeri itu dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya adalah tidak sah, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
   
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, enakmen tersebut bercanggah dengan undang-undang persekutuan iaitu Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan hendaklah dihentikan.
   
"Setelah merujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara, didapati bahawa enakmen tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang kerana Seksyen 15 Akta 171 mengatasi Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 (Akta 473) di mana ia secara jelas memperuntukkan bahawa undang-undang berhubung pilihan raya kerajaan tempatan (iaitu Akta 473 dan enakmen tersebut) adalah terbatal," katanya.
   
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) yang mencadangkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula supaya anggota Majlis terdiri daripada mereka yang dipilih oleh penduduk setempat. Chee Heung berkata, tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan Enakmen tersebut tanpa berunding dengan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT), jelas bertentangan dengan Perkara 95A(6) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kewajipan kerajaan negeri untuk berunding dengan MNKT berkenaan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai kerajaan tempatan untuk pertimbangan dan persetujuan sebelum ia dapat dilaksanakan, agar wujud keseragaman.
   
   
Jelasnya, walaupun kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, namun sebarang perkara yang melibatkan dasar perundangan mengenainya adalah tertakluk kepada kelulusan MNKT.
   
Selain itu, beliau berkata kerajaan tetap berpendirian bahawa pilihan raya kerajaan tempatan tidak perlu dilaksanakan kerana dianggap boleh menyebabkan pembaziran sumber kewangan, manusia dan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terhad.
   
Pindaan Seksyen 15 Akta 171 bagi menghentikan pilihan raya kerajaan tempatan bertujuan membolehkan pihak-pihak berkuasa tempatan menumpukan segala usaha mereka terhadap penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat dan kawasan tadbiran mereka, katanya.
   
Chor juga berkata pilihan raya kerajaan tempatan bukanlah penentu ukur kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan PBT.
   
"Meskipun sistem pilihan raya tidak lagi diadakan di PBT, namun di bawah Seksyen 10 Akta 171, Ahli Majlis diwujudkan sebagai badan penggubal, perancang dan pelaksana dasar PBT," katanya.
   
Seksyen itu juga menyatakan syarat utama bagi pelantikan anggota majlis termasuk berpengetahuan luas dalam hal-ehwal kerajaan tempatan, telah mencapai kejayaan membanggakan dalam sesuatu profesion serta mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan sesebuah kelompok dalam kawasan PBT.
   
"Dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan ini, maka ahli Majlis dapat memainkan peranannya dengan berkesan bagi membantu PBT," katanya. - Bernama

Monday, June 11, 2012


Pembatalan kes saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini tidak ada kena mengena langsung dengan ketidakbenaran bukti-bukti yang berada di tangan Dato' Zainal Abidin seperti yang didakwa oleh beberapa media puak-puak pembangkang kerana bukti-bukti yang telah diperolehi dan dikumpul itu belum lagi dibawa dan dibentangkan di dalam mahkamah. 
EP harap rakyat tidak akan termakan kata-kata media puak-puak pembangkang yang semestinya akan memutarbelitkan keputusan mahkamah dan mendakwa Lim Guan Eng didapati tidak bersalah. Apa yang sebenarnya berlaki ialah pembatalan kes saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  adalah disebabkan technical ground iaitu tidak mempunyailocus standi bukannya disebabkan bukti yang tidak benar...
Ikuti temubual Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bersama media UMNO...


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman melahirkan rasa dukacita namun menerima dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi hari ini apabila saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan tiga yang lain ditolak kerana tidak mempunyai lokus standi untuk memulakan saman tersebut.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memutuskan bahawa Zainal Abidin yang dinamakan dalam writ saman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang tidak diberi kuasa untuk memulakan saman selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 kerana beliau bukan seorang pegawai awam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Kita amat berdukacita namun tetap menghormati keputusan mahkamah yang telus ini. Dalam erti kata lain, sebenarnya hanya Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Ab Rauf Yusoh sahaja yang boleh mengemukakan saman.
“Oleh itu, kita akan bawa perkara ini semula untuk semakan kehakiman ke mahkamah rayuan. Selepas itu kita akan melihat dan menilai samada untuk teruskan atau kemukakan semula saman di bawah pegawai awam. Apa yang pasti, kita telah dimalukan, dihina dan diaibkan oleh Guan Eng. Oleh itu, kita mengemukakan saman ini untuk menuntut keadilan.
“Tetapi kerana kesilapan teknikal, saman kita ditolak. Kita tetap akan teruskan saman ini selepas melakukan semakan kehakiman,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Selain itu tambah Zainal, penolakan kes saman ini secara tidak langsung jelas membuktikan bahawa tuduhan pembangkang bahawa sistem kehakiman negara ini dipengaruhi kerajaan dan UMNO adalah tidak benar sama sekali.
“Kita lihat, saman Guan Eng terhadap Utusan, Utusan kalah sedangkan mereka menuduh Utusan adalah surat khabar yang dikuasai oleh kerajaan dan UMNO.
“Kali ini, saman kita pula ditolak. Perkara ini jelas memperlihatkan sistem kehakiman kita adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik seperti tuduhan mereka. UMNO tetap hormat dan tidak mempertikaikan keputusan mahkamah ini walaupun kita terkilan. Tetapi, sekiranya perkara ini terjadi sebaliknya, sudah pasti mereka tidak akan dapat menerimanya dan menuduh UMNO menggunakan pengaruh untuk menguasai keputusan mahkamah.
“Apabila mereka menang kes ini, tidakpun mereka nyatakan bahawa sistem kehakiman berat sebelah malah mereka tidak berterima kasih atau meminta maaf kerana telah memburukkan sistem kehakiman sebelum ini. Inilah sikap pembangkang yang tidak telus dan hanya mementingkan kepentingan mereka semata,” ujarnya lagi.
Zainal Abidin, 52, sebelum ini telah memfailkan saman sebanyak RM 30 juta pada 24 Okt 2011 dengan menamakan Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai 2011, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai.
Zainal Abidin berkata kenyataan Lim yang antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau didakwa Lim melakukan perkara tersebut melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011.
Beliau berkata pada 18 Ogos tahun lalu, Lim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggungnya di hadapan sekumpulan wartawan, yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.
Zainal Abidin berkata antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.
Beliau menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. – MediaUMNO

Ketika dulu mengikut sejarah, Langkawi telah disumpah oleh Mahsuri sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. Dahulu sehingga kini ramai yang mengatakan Mahsuri adalah seorang wanita yang begitu cantik pada ketika itu sampai ada yang sanggup menfitnahnya kerana cemburu..



Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel. Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.


Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.


Setelah lama menyepi mejalani kehidupannya, kini Wan Aishah muncul kembali dengan gambar perkahwinannya bersama jejaka pilihannya...Ternyata Wan Aishah makin cantik dan anggun walaupun hanya mengenakan solekan yang nipis...




Wan Aishah berkahwin dengan jejaka pilihannya iaiyu Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan di Thailand. Pasangan ini khabarnya mula rapat sejak Wan Aishah melanjutkan pengajiannya di Universiti dan selepas itu mereka telah mengikat tali pertunangan sebelum melansungkan perkahwinan mereka...




**Rugi orang Malaysia tak mengurat Wan Aishah semasa dia melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)...

Pelik kan....Kenapa bila Karpal bersuara mengenai isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri...semua pemimpin Melayu dalam pakatan haram diam...penakut...tak berani nak menentang kenyataan Karpal....Tapi bila Hassan Ali pula bersuara mengenai isu yang sama...mulalah pemimpin-peminpin Melayu dalam pakatan haram ini menyalak nak tunjuk kehebatan mereka...

Kononnya nak takutkan Melayu lah...segala keputusan dibuat bersama lah...Kenapa baru sekarang nak menyalak setelah Hasan Ali mengeluarkan kenyataan...Kenapa tidak semasa Karpal keluarkan kenyataan dulu....

Adakah pemimpin Melayu seperti ini rakyat perlukan untuk membela mereka...hanya berani bersuara dengan pemimpin Melayu...tapi dengan pemimpin DAP bersuara...macam malaikat lalu diamnya....takut...pengecut..

Sememangnya Anwar sempurna untuk menjadi Perdana Menteri..tetapi kesempurnaannya bukan dari segi kebaikan..Sebenernya sempurnanya Anwar bagi DAP dan orang cina ialah dari segi kelemahannya KERANA segala rahsia Anwar sudah diketahui oleh DAP...FIKIR-FIKIRKANLAH....


Tidak timbul isu mengenai perebutam jawatan perdana menteri jika pembangkang berjaya mengambil-alih Putrajaya kerana keputusan mengenai siapa yang akan menduduki kerusi itu sudah pun diputuskan.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan konon Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan jadi perdana menteri sementara adalah tidak benar kerana pakatan tidak pernah bercadang untuk menjadikan kerusi itu jawatan bertempoh dan ditukar antara pemimpin PR.
"Tidak timbul isu berebut atau merampas kuasa kerana segala keputusan dibuat bersama," katanya.
Anwar dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin menyatakan beliau bukan pemimpin lembab untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin DAP. Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang berkata Anwar mungkin akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas menang pilihan raya dan menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mungkin akan dilantik ke jawatan itu menggantikan Anwar.
Ini susulan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum itu berkata, tiada halangan dari segi undangundang untuk bukan Melayu dilantik jadi perdana menteri dan beliau (Karpal) akan terus berjuang memastikan perkara itu jadi kenyataan.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, dakwaan Hasan sama sekali tidak berasas.
"Ia hanya momokan Hasan yang sudah jadi alat Umno untuk menakutkan orang Melayu," katanya.
Fuziah berkata, Umno merancang taktik sedemikian kerana terdesak akibat tidak mendapat sokongan kaum Cina dan hanya 50-50 daripada kaum India.

Kalau minggu lepas, Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH (Abang Nara akan update esok cerita ini), hari ini menerusi BiPop, Anzalna membuka kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.
anzalna neelofa
Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Menurut Anzalna, pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.
anzalna
Kata Anzalna:-
Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.
Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.
Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.
Nampaknya pendedahan ekslusif daripada Anzalna ini pasti akan menggegarkan dunia hiburan terutamanya kepada peminat Neelofa. Sama-sama kita nantikan apakah reaksi Neelofa berkaitan isu ini.BN

Punaisihat Ekonomi yang paling berjaya dalam sejarah pentadbiran Negeri Selangor....kalau tak percaya...baca ini....

Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.

Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.

Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.

Bukan sesekali niat kerajaan  untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.

Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.

Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.

Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.

Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'

Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.

Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.

Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.

Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.

Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.

Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.

Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.

Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.

Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung!

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.

Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.

Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?

Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?

Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.

Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.

Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja 
yang dijanjikan kepada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.

Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.

Meskipun ketika ini pembangkang bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Sementara itu, Hasan berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Sunday, June 10, 2012

Akibat daripada kelewatan membunyikan loceng alex telah memarahi dan menengking nenek tua tersebut sebelum menolak perempuan tersebut keluar dari bas.
Tindakan alex itu telah menimbulkan kemarahan pengguna bas yang lain. Seorang wanita muda telah memarahi alex. video yang telah diupload dari salah seorang saksi ditempat kejadian telah mendapat riaksi banyak pihak yang rata-rata mengutuk tindakan lelaki cina di singapura tersebut.
Berikut adalah video alex menolak nenek tua berkenaan.

Rasanya rakyat Malaysia sudah ketahui bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan tertinggi plat WWW1 dengan nilai RM 520, 000 tanpa menggunakan duit rakyat tidak seperti yang didakwa oleh Nizar.. Hari ini Sultan Johor telah memilih untuk meletakkan no. plat berkenaan pada kereta  miliknya  iaitu Satria Neo yang berwarna oren.
Nasihat EP pada Nizar...Tak perlu hasut rakyat untuk mempunyai hati busuk sama macam dirinya...Kalau hati tu dah busuk...apa yang orang lain buat semuanya nampak negatif dan buruk..yang bestnya andaian tersebutdibuat tanpa usul periksa terlebih dahulu..

Thursday, June 7, 2012


Kalau anda tidak kenal Carmen Soo, sekurang kurangnya anda pernah nampak wajah pelakon ini di papan iklan Uniqlo di’mana beliau bertindak sebagai jurucakap rasmi.
Hari ini, majalah lelaki Complex menyenaraikan 25 pelakon antarabangsa paling seksi yang mungkin peminat hiburan tidak pernah dengar dan ini termasuklah Carmen Soo.
Menurut profile yang ditulis oleh majalah Complex, Carmen Soo mula mendapat perhatian selepas membintangi drama TV hits Filipina Kahit Isang Saglit pada tahun 2008.
Menjadi salah seorang pelakon berprofil tinggi di Asia Tenggara, Carmen Soon kini sedang menjalani tiga projek besar di Asia termasuk filem 3D Malaysia, The Hunter. -  Rotikaya

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.