Tuesday, June 5, 2012



Jom layan video panas ni dulu dan kemudian baca kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz...betul tak apa yang Prof ni kata...


Majlis Syura Ulama PAS menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilihat bersikap negatif terhadap perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Badan tertinggi parti Islam itu berpendapat, perhimpunan pimpinan Datuk S Ambiga itu bukan sahaja tidak bercanggah dengan syariat, malah paling sesuai untuk menentang "kezaliman dan kemungkaran" pemerintah.

"Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar," menurut kenyataan majlis yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik itu.

"Bahkan ia menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN, yang membahayakan keselamatan negara dan terus menerus dengan cara kezaliman dan penipuan yang licik, bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada orang Umno itu sendiri."

Majlis Syura Ulama PAS juga berkata, amalan demonstrasi mempunyai asas kuat menurut sunah dan sejarah Islam dan perkara "teknikal" seperti isu bergabung dengan bukan Islam bukan isu selagi tidak menghakis dasar Islam.



AKHIR-AKHIR ini, seolah-olah terdapat satu fenomena luahan perasaan melampau di kalangan masyarakat Malaysia untuk tidak bersetuju terhadap sesuatu isu ataupun terhadap individu tertentu.
Episod tidak beretika ini telah bertukar dari pertikaian lisan menjadi seperti sebuah pesta dan mempunyai pengikut-pengikut setianya yang tersendiri.
Manusia diciptakan berbeza-beza bukan sahaja dari segi paras rupa serta sikap tetapi manusia juga berbeza dari sudut penerimaan dan pemikiran.
Semuanya bergantung kepada satu, iaitu cara mana atau dari sudut mana kita melihat sesuatu perkara itu.
Bermula dengan Himpunan Bersih diikuti dengan bantahan dan sokongan terhadapnya yang tanpa henti-henti, bagaikan menggambarkan seperti rakyat Malaysia tiada perkara lain yang lebih penting yang boleh mereka lakukan selain daripada bantah dan membantah antara satu sama lain.
Jangan tersalah persepsi terhadap penulisan ini. Hakikatnya, saya menggalakkan perbezaan pendapat, malah dalam Islam sendiri menegaskan khilaf pandangan itu sebagai suatu rahmat, namun, apa yang ingin saya sentuh disini ialah mengenai adab dan tatasusila dalam menyuarakan pandangan.
Ironinya, manusia akan sentiasa berbalah dalam apa jua perkara. Kerana itulah kita dituntut untuk mengadakan mesyuarat mahupun perbincangan dengan tujuan supaya manusia dapat meluahkan pandangan masing-masing.
Berbalah dan berbincang untuk mencari pandangan yang terbaik bagi menghasilkan satu keputusan. Setelah kesepakatan dicapai, maka tidak boleh lagi untuk kita berbalah, bahkan dituntut supaya melaksanakan keputusan tersebut.
Hal ini dapat dilihat menerusi sirah Nabi SAW ketika Baginda bermesyuarat bersama sahabat-sahabat dalam merangka strategi terbaik untuk menghadapi peperangan Uhud.
Walaupun keputusan yang diambil tidak selari dengan fikrah Baginda, tetapi Rasulullah menghormati keputusan majoriti yang telah dicapai dalam mesyuarat dan melaksanakannya tanpa mempertikai ketetapan tersebut.
Ini menunjukkan bahawa berbalah adalah dibolehkan dalam mesyuarat dengan tujuan mencari pendapat yang paling baik. Akan tetapi, setelah keputusan dicapai, maka kesemua ahli mesyuarat wajib melaksanakan keputusan mesyuarat tersebut.
Jika ada pertikaian atau tidak puas hati, maka ia perlu ditimbulkan dan diselesaikan dalam mesyuarat juga, tidak melalui cara lain seperti bersembang di kedai kopi, blog, sidang media, twitter dan sebagainya.
Perdebatan biasanya akan mencerminkan ‘true colour’ seseorang. Dari kaca mata pihak ketiga, orang lain akan melihat bagaimana “hodoh”nya atau hebatnya akhlak mereka yang berbalah.
Ada yang berbalah mengikut hawa nafsu. Ada juga yang bersabar.
Saya mengasihani mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk perbalahan sia-sia ini. Orang akan menilai akhlak kita dan meletakkan satu label negatif pada diri kita. Seterusnya akan memberi kesan kepada pergaulan dengan orang di sekeliling.
Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”
Seseorang yang tidak mengambil kisah tentang keimanan diri sudah tentu tidak akan memperdulikan sabda nabi ini. Berbeza dengan mereka yang begitu mengambil berat dengan sabda-sabda nabi, sepatah dua sabda sudah memadai dan dipandang serius.
Apabila berada dalam suasana perdebatan, ia perlu dilakukan dengan cara yang paling baik. Dalam suasana perdebatan, kita dituntut untuk melakukannya dalam suasana yang lebih beretika.
Ini adalah kerana pada kebiasaannya dialog akan membawa kepada perdebatan keras dan suasana yang tegang.
Antara cara dialog yang paling beradab adalah pemilihan perkataan yang elok. Al-Quran sendiri menggunakan ungkapan ahli kitab kepada orang Yahudi dan Nasrani, sebagai contoh. Bukannya mencela atau memanggilnya dengan perkataan yang hina.
Ketika ini, ramai ilmuan yang berdebat seolah-olah mereka bukan menggunakan mata pena, tetapi menggunakan mata pedang.
Perbincangan sepatutnya diadakan dalam suasana yang tenang dan harmoni. Hakikatnya, Perkataan yang keras dan kesat tidak memberikan sebarang faedah. Walaupun mereka mengatakan perbezaan pendapat tidak membawa permusuhan, tetapi itu hanya kepada mereka yang berdialog dengan beradab.
Dialog yang keras dan kesat tetap mengguris hati walaupun dilontarkan dengan senyuman.Golongan pemimpin dan ahli fikir perlu mengambil berat perkara ini semasa memberi komen terhadap kumpulan atau pendapat lain, yang berbeza dengan pendapat mereka.
Sebenarnya, dalam menyampaikan pendapat atau ingin mempertikaikan pendapat orang lain tidak perlu menggunakan kata-kata yang kesar dan menyakitkan hati, tidak memerlukan perkataan yang tidak membawa kepada rasa gembira dan perkataan yang tidak menyatukan.
Perkataan tersebut tidak patut digunakan kerana Rasulullah berkata: “Permudahkanlah, jangan susahkan.”
Surah Hud 11 : 118 dan 119 yang maksudnya, “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.”
Perselisihan pendapat dan perbezaan pandangan adalah lumrah kejadian Allah. Namun ini tidak bermakna Allah menyuruh hambanya sentiasa berbalah, sebaliknya Allah memerintahkan hambanya untuk bersatu atas kebenaran.
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri merupakan bekas Honorary Fellow di Asian Institute University of Melbourne dan Adjunct di School of Philosophy, History and International Studies Monash University. Beliau merupakan penyelaras/pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia.

Baru-baru ini, industri perfileman tempatan telah timbul kontroversi apabila filem terbaru arahan Osman Ali “Jiwa Taiko” yang bakal ditayangkan memaparkan beberapa adegan ‘berahi’ yang membabitkan Bront Palarae dan Nadiya Nisaa didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat Melayu.

Menurut laporan daripada KL Pos, Bront Palarae telah tampil untuk memberi penjelasan dan memohon maaf kepada masyarakat berhubung isu tersebut yang dilihat kian menjadi bualan hangat dikalangan ramai. Bront memberitahu bahawa adegan itu tidak diperlakukan secara realiti, tetapi dengan menggunakan teknik ‘camera trick’.

Jelasnya lagi, dia sebenarnya dia tidak bersentuhan secara berlebihan pun dengan Nadiya Nisaa seperti yang dapat dilihat dalam adegan tersebut. Dengan menggunakan teknik kamera yang berkesan, aktor berusia 33 tahun ini berkata babak tersebut nampak lebih realistik.

Sementara itu, pelakon yang berasal dari utara tanah air, Kedah ini turut berkongsi pengalaman paling mencabar sepanjang penggambaran filem “Jiwa Taiko” iaitu dimana dia dan Remy Ishak bertarung dengan menggunakan parang sebenar.

“Abang Osman agak teruja bila nampak parang berlaga dan menghasilkan percikkan api, jadi dia meminta kami untuk memberikan lebih lagi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bront yang akan tampil dengan filem terbarunya “Jiwa Taiko” pada 14 Jun ini, akan turut bakal muncul dalam filem arahan Namron iaitu “Psiko”.
KELANTAN : Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di Bachok terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Esah Ya, 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah danrumah berkenaan.


Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang dirumah salah seorang anak di Kampung Nipah.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumahmemang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.
“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui kelmarin.
Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.
Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumahberkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.
Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran.
Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan.
Tinjauan Mynewshub.my menemukan sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.
Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.
Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima ‘bekalan ayam’.
Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.


Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.
“Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.
Baru-baru ini, Mynewshub.my menerima kiriman emel dari seorang pembaca yang memberitahu kewujudan sebuah agensi yang menawarkan khidmat wanita pelayan di ibu negara secara terbuka di laman Facebook.
Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.
Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.
Selain akaun Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’.
Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai ‘lelaki hidung belang’ yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.
“Yes, Good service. Can do whatever u want” katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu.
Meskipun laman web itu menyiarkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi urusan ‘perniagaan’ tersebut, nombor yang tertera gagal dihubungi oleh beberapa individu yang merungut di dindingnya.
“Where r u in KL? U r mobile not working (Di mana lokasi anda di KL? Mobil (telefon) anda tidak berfungsi.
“I call so many times but number is not in service u have any other number? (Saya hubungi banyak kali tapi nombor tiada dalam perkhidmatan anda ada nombor lain?,” komen Koteswararo Vaddavalli di laman Facebook tersebut.
“I call xdapat la..” kata kucing hodoh pula di dinding yang sama.
Aktiviti ini dan yang seumpamanya dengannya perlu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana Facebook digunakan anggota masyarakat pelbagai usia termasuk yang masih bersekolah.–Mynewshub.my


Monday, June 4, 2012





Apa hal dengan blog Dr MiM...tak boleh nak buka...KLIK SINI merajuk ke penulis blog ini sampai tutup blog...atau blognya di HACK oleh balaci-balaci Pakatan Haram yang takut dengan pendedahan yang dibuat oleh blog Dr MiM...

**dengar-dengar cerita Dr MiM kecewa sebab terpinggir...sebab apa EP tak pasti...nanti EP updatekan...

Sejak pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin mengenai kekayaan luar biasa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isteri, Azmin terus mengambil sikap membisu dan mengelak daripada mengulas dakwaan tersebut.
Pelbagai dokumen yang disebarkan termasuk tiga keping dokumen saham kepunyaan Shamsidar di tiga buah syarikat pelaburan Multi Purpose, FEHS dan Kemayan Oil Palm adalah antara beberapa bukti yang menunjukkan Azmin dan Shamsidar mempunyai kemewahan luar biasa walaupun ketika itu Azmin yang merupakan Setiausaha Sulit Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan Malaysia ketika itu) dengan pendapatan hanya sekitar RM3, 000 sebulan.
Menurut bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman yang juga bekas teman rapat Azmin, ini adalah masa paling tepat dan sesuai untuk Timbalan Presiden PKR itu brsuara membuktikan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali.
“Sebelum ini dia begitu lantang menuduh orang itu, orang ini, parti itu, parti ini rasuah dan tidak bersih. Jadi, apabila terkena batang hidung sendiri, Azmin tidak boleh terus berdiam diri dan perlu membuktikan bahawa dia bersih dan tidak mengamalkan rasuah.
“Sekiranya dia berus membisu, ini ibarat satu ‘petanda’ seperti ada yang tidak kena,” ujarnya kepada UMNO-Online hari ini.
Menurut Rahimi, rakyat amat jelas dengan sikap pembangkang termasuk Azmin, sekiranya mereka mempunyai bukti terhadap sebarang tuduhan yang dilemparkan, mereka adalah orang pertama yang akan bersuara lantang dan menyaman siapa sahaja.
Namun jelas beliau lagi apabila bukti dan tuduhan terhadap kekayaan luar biasa dirinya didedahkan, Azmin terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan saman.
“Tindak tanduk Azmin ini jelas sama seperti tindak tanduk Anwar berkaitan isu jam omega.  Saya tak cakap dia memang salah tapi tindak tanduk Azmin seakan dia bersalah. Seperti tuduhan yang dilemparkan mungkin benar. Sebab itu dia hanya berdiam diri dan membiarkan perkara ini sunyi sendiri. Nasihat saya kepada Azmin selaku orang yang pernah rapat dengannya, keluarlah dari terus menyorok. Kemukakan sebarang bukti bahawa dia difitnah.
“Pesan saya kepada ahli dan penyokong pakatan pembangkang pula, jangan terus menyokong dan menjadi pengikut buta tuli. Siasat dan nilailah orang yang anda sokong,” katanya.
Tambah Rahimi, beliau sendiri tidak sedikitpun berasa hairan apabila pendedahan seperti ini dibuat kerana sepanjang mengenali Azmin, kehidupan Azmin sejak dahulu boleh dikatakan memang mewah.
“Azmin tidak pernah mempunyai masalah kewangan malah tidak peduli sekiranya perniagaan yang dijalankannya tidak berjaya.
“Saya tidak pernah nampak Azmin hidup susah. Tidak seperti Ezam…  Ezam dahulu memang susah. Kita boleh lihat dia tidak mewah. Tapi berbeza dengan Azmin. Jadi, dakwaan yang didedahkan oleh Raja Petra ini tidak membuatkan saya terperanjat. Saya tahu macamana Azmin berbelanja,” tambahnya lagi.
Raja Petra Kamaruddin sebelum ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen yang diperolehinya menerusi seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai jutaan ringgit dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek. – MediaUMNO

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan pihak keselamatan akan melakukan segala yang terdaya mengikut undang undang, demi memelihara keselamatan awam di negara ini sebelum dan selepas Pilihan Raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, andai ada pihak yang bertindak mencetuskan huru-hara ketika negara menghadapi pilihan raya umum, polis akan memastikan ketenteraman awam terjaga, sekalipun ketika itu negara hanya ditadbir kerajaan sementara.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.  

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berkata pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka kalah pada pilihan raya umum akan datang.

 Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata terdapat kumpulan tertentu yang sanggup menggadaikan kesemuanya termasuk bangsa dan agama serta kedudukan tanah air dalam mengejar cita-cita mereka. - Bernama

Wardina Safiyyah ditimpa malang lagi apabila tragedi kali ini dia diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.
Menurut Wardina, lelaki misteri itu membuat panggilan sebanyak dua kali dan telah menyamar sebagai seorang kakitangan sebuah stesen penyiaran dan bertujuan mahu menemubual-nye sebelum mengeluarkan kata-kata lucah kepada Wardina. Lelaki itu telah membuat panggilan sekitar jam 5 pagi dan diikut pada pukul 9.15 pagi.
Media Malaya kata :- Sorry to say, kami rasa Wardina ni drama je lebih nak tutup cerita dia bakal bertanding dalam pilihanraya tu kan. Peminat jangan marah ye.
EP kata : WTF...Wardina??..hmm...Teringat EP pasal phone sex mamat ni...
layan....

Saturday, June 2, 2012


Nombor plat WWW 1 yang kini menjadi milik Sultan Johor akan digunakan ke atas kereta nasional. Sumber-sumber memberitahu Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar telah memutuskan untuk meletakkannya pada sebuah kereta Proton yang baru baginda beli.

Sebelum ini Sultan Ibrahim berjaya membida nombor WWW 1 itu pada harga RM520,000 daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan menggunakan wang peribadi baginda sendiri. Adalah difahamkan juga, kereta Proton tersebut adalah sebuah kereta yang ditempa khas oleh Sultan Ibrahim untuk kegunaan salah seorang putera baginda.

Kereta Proton tersebut telah dibeli oleh Sultan Ibrahim beberapa bulan yang lalu tetapi masih belum membawanya pulang ke Johor Baharu. Jelas sumber itu lagi, kereta Proton berkenaan akan tiba di Istana Pelangi, Johor Baharu dalam tempoh seminggu lagi.

Ia kini sedang di dalam proses pengubahsuaian hiasan dalaman sebelum diserahkan kepada Sultan Ibrahim. Baru-baru ini, JPJ melalui laman webnya telah menyenaraikan nama-nama pembida kepada nombor plat WWW dan “D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Johor” telah dinyatakan sebagai pembida yang berjaya membuat bidaan tertinggi mengatasi 9,998 pembida yang lain.

Jumlah RM520,000 yang dibayar oleh baginda adalah yang tertinggi yang pernah dibuat ke atas nombor tunggal. Bidaan tertinggi untuk nombor plat satu digit sebelum ini adalah untuk nombor MCA 1, yang berjaya dijual oleh JPJ pada harga RM300,100 dua tahun yang lalu.

Sultan Ibrahim sememangnya dikenali sebagai seorang pengemar dan pengumpul kereta sports dan juga motosikal berkuasa tinggi. Baginda juga gemar mengumpul nombor-nombor plat yang memiliki satu digit antaranya yang dimiliki oleh baginda ialah JJJ 1, JJ 1 dan JJ 2.

HOT : SEMUANYA SEBAB SEKSI...


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.


“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.


Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.


Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.


Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.


Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.


Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.


“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.


“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.


Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.


Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton.
  

Friday, June 1, 2012


Kelmarin Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim buat hal lagi. DAP terus pening kepala. Kali ini beliau menekankan lagi soal dia cuba disogok.

‘‘Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang ‘budak’ untuk menyampaikan mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP,’’ kata Tunku Aziz dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya.

Sogok? Sogok itu macam rasuahkan? DAP mahu rasuah? Benarkah? Jika tidak benar DAP kena buat report polis. Dakwaan itu cukup serius.

Jika itu fitnah, DAP kena saman Tunku Aziz. Jika saya menulis dakwaan ini, mungkin saya pun akan kena saman, kerana saya turut memfitnah.

Saya masih tidak percayalah DAP buat kerja macam itu. Nak sogok seorang Melayu untuk kekal dalam partinya? Apa hebatnya sangat Melayu dalam DAP? Atau orang Melayu sudah cukup penting bagi DAP di masa-masa dekat pilihan raya ini.

Benarkah Lim Guan Eng mengarahkan ‘budak’ hingusan itu menyogok Tunku Aziz? Marah betul kerabat diraja Kedah itu.

Tunku Aziz dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi pun mahu disogok? Beliau ialah pengasas Transparency International-Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Transparency International, sebuah pertubuhan antikorupsi sedunia. Budak yang dihantar untuk ‘menyogoknya’ pula ialah setiausaha politik Guan Eng, iaitu budak separuh Melayu. Namanya ialah Zairil anak bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Khir Johari.

Sekali lagi saya tak percayalah Guan Eng yang kononnya mengaku bersih buat kerja macam itu. Entah-entah banyak lagi yang dia buat, tapi kita tak nampak?

Nak dekat-dekat pilihan raya ini banyak pula perkara yang tidak disangka-sangka terkeluar. Kan Allah itu Maha Kaya.

Oleh itu, Saudara Guan Eng atau bapanya Kit Siang, janganlah takbur sangat. Kita tahu kamu semua bukannya bersih sangat, tapi mengaku seperti Saidina Umar Abdul Aziz.

Kita juga tahu kepala-kepala dalam Pakatan tu bukan bersih sangat. Ada antaranya ialah pencetus politik wang dalam UMNO dulu. Yang menjadi pelopornya pun ada.

Tapi apabila berada dalam Pakatan dia pandai berlakon. Sebelum orang tuduh dia, lebih baik dia tuduh UMNO dulu. Itu namanya reverse psychology atau psikologi songsang. Semuanya mahu disongsangkan. Saya tidak salahkan dia juga, kerana UMNO gagal bermain dengan psikologi macam itu. Siapa yang pandai, dialah yang menang.

Tapi semua kita tahu, Pakatan bukan bersih pun. DAP pun bukan bersih pun. PKR toksah cakaplah. Kebanyakan mereka dulu dalam UMNO. Di Selangor pun kita dengar bukan bersih pun. Macam-macam hal, hanya UMNO yang tak tau bongkarkan.

Saya tak cakap UMNO itu bersih, tapi Pakatan pun sama. Namun saya masih tak percaya DAP mahu sogok Tunku Aziz dengan RM50,000.

Saya berharap DAP buat satu laporan polis ke atas Tunku Aziz dan SPRM pula jangan buat tak nampak saja. SPRM pun kena buat kerjalah. Tunku Aziz dah buat sidang akhbar secara terbuka semua orang dengar.

Dulu SPRM pernah berkata, khabar angin pun mereka akan siasat. Saya memohon SPRM siasatlah dakwaan Tunku Aziz itu benarkah Guan Eng melalui budak Zairil itu cuba menyogok Tunku Aziz sebanyak RM50,000.

Saya tidak pasti apakah sogokan RM50,000 itu untuk setiap sebulan, setahun atau sekali gus sahaja. Detail itu SPRM kena tanya dengan Tunku Azizlah.

Baru-baru ini, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden PKR juga pernah berkata, wang RM50,000 yang cuba disogok kepada Tunku Aziz itu ialah politik wang.

Katanya: ‘‘Saya fikir perkara itu harus dibawa ke pengetahuan SPRM. Ia adalah satu cubaan untuk membeli seseorang supaya kekal dalam parti.’’ (Baca Rocky’s Bru, Khamis 17 Mei)

Namun, sehingga kini dan sehingga kenyataan terkini Tunku Aziz kelmarin, SPRM masih belum angkat punggung.

Apa sekali pun saya masih kurang percayalah. DAPkan sebuah parti Demokratik yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan perasaan, kebebasan media dan kebebasan segala-galanya. Tapi saya hairan jika bebas mengapa mahu diboikot media tertentu, termasuk Utusan yang lantang bersuara mengkritiknya?

Jika bebas, mengapa pula, apabila Tunku Aziz mengkritik penganjuran demonstrasi Bersih, dia pula dihukum?

Yang saya tahu PAP dan Lee Kuan Yew sahaja yang berperangai begitu. Di bawah sana pembangkang kena kunci mulut. Kalau tidak, kena saman sehingga bankrap. SETERUSNYA

Ummi Hafilda sekali lagi tampil ke hadapan mendedahkan dokumen kekayaan melampau Azmin Ali dan isteri beliau, Shamsidar Taharin dan  kali ini pendedahan Ummi Hafilda disertakan dengan beberapa bukti cek dan saham yang dimiliki oleh mereka berdua.

Lihat video di bawah :

Video : Pendedahan Ummi Hafilda.

Dakwaan dan bukti-bukti yang didedahkan oleh Ummi Hafilda ini sangat berat dan perlukan siasatan lanjut.

Dan pemimpin sebegini bercakap tentang rasuah dan salahguna kuasa padahal diri beliau sendiri bergelumang dengan dosa sama seperti Anwar Ibrahim. Cuba kita bayangkan jika mereka itu diberi kuasa sekali lagi, negara ini boleh hancur disebabkan oleh mereka.

Benar atau tidak, kita sarankan kepada Azmin Ali supaya tampil ke hadapan dan menjawab segala skandal yang mengecewakan rakyat negara ini. Itu pun kalau berani la...

Dan Azmin Ali janganlah cepat melatah dan menggunakan tektik lapok iaitu 'salahkan UMNO dan BN'. Rakyat sudah mual dengan taktik murahan yang sering diguna pakai oleh beliau, Anwar dan Lim Guan Eng DAP.

Apabila mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat komen mengenai Sultan Johor ke atas kejayaan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW1, tidak mustahil, ada sebahagian besar pemimpin DAP mendapati tindakan pemimpin Pas itu sebagai sesuatu yang cukup comical.

Walaupun pengetahuan itu bukanlah di luar kebiasaan bagi DAP berdasarkan pengalaman berkerajaan di Perak, tetapi aksi lucu terbaru Nizar memberi kesan negatif kepada mimpi Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, khusus mengembangkan pengaruh di Johor pula.

Ibarat berlumba 100 meter, Pas Johor kini tersadung ketika di peringkat warm-up lagi.

Walaupun kehadiran penyokong yang segelintir tetapi dilihat oleh Pas sebagai begitu overwhelming, dan kenyataan Nizar itu tentu tidak membantu mereka.

Bertolak dari hakikat Johor negeri majoriti penduduk dan pengundi Melayu, langkah selanjutnya ialah menjadikan negeri itu sebuah lagi kubu Pas sebagaimana Kelantan, Terengganu dan Kedah. Namun dalam keghairahan sedemikian, parti itu terlupa Johor bukan sahaja kubu kuat Umno, tetapi rakyat Johor terkenal kepada kesetiaan terhadap Sultan mereka.

Justeru, kenyataan Nizar ibarat pisau dwi-mata yang menghiris dan melukakan peluang Pakatan Rakyat dalam PRU13 kelak. Dalam kata lain, Johor bukan sahaja tidak akan menambahkan bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, malah mimpi untuk menubuhkan kerajaan negeri juga kian bertukar kepada igauan di siang hari.

Riuh-rendah Pas umumkan Salehuddin Ayub, naib presiden parti itu akan bertanding di Johor. Sukar untuk dipastikan, sama ada Pas memang sengaja mahu membunuh karier politik Salehuddin atau benar-benar yakin peluangnya menguasai Johor.

Namun berikutan kenyataan Nizar itu, kedudukan Salahuddin yang sudah ibarat ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’ dinaikkan taraf nasibnya kepada ‘telur di hujung tanduk.’

Nombor tersebut bukan sahaja cantik dan membawa ‘ong’ atau tuah besar sebagaimana dipercayai oleh masyarakat Cina, tetapi ia unik kerana mempunyai tiga huruf serupa. Beberapa buah negeri di mana nombor pendaftaran kenderaannya telah mencapai tiga huruf serupa ini, seperti JJJ dan CCC telah dibida dengan harga tinggi bagi siri nombor tunggal.

Disebabkan WWW lebih unik dan merupakan akronim kepada ‘World Wide Web’ yang digunakan sebagai huruf wajib bagi semua URL (Uniform Resource Locator) atau dalam bahasa mudah rujukan kepada sesuatu laman web, maka nilainya pada masa depan sudah tentu setara ibarat melabur dalam saham blue chips.

Nampaknya dalam melepaskan tembakan politik point blanknya, Nizar tidak menyedari betapa Sultan Johor ialah satu-satunya sultan yang mempunyai harta serta perniagaan yang sudah mencapai taraf global.

Barangkali Nizar terlupa Sultan Ibrahim secara relatifnya masih muda serta mempunyai hobi yang berlainan dari raja-raja yang lain.

Sebaliknya Program Kembara Mahkota Johor bermula 2001 waktu baginda menjadi Tengku Mahkota Johor lagi. Baginda melawat rakyat di negeri Johor merentasi daerah dan ceruk rantau sama ada menggunakan superbike, keretapi, motorboat dan juga 4wheel drive (4WD).

Tahun lalu temanya Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama. Keprihatinan baginda dilihat melalui sumbangan 20,000 benih pokok kepada setiap- daerah dengan setiap daerah terlibat menanam pokok- pokok berkenaan di hari kedua lawatan baginda. Tahun ini program berkenaan dilepaskan oleh Dato Seri Najib Razak di Kulaijaya menyaksikan baginda menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama lain-lain orang kenamaan.

Rasanya dari bersusah-susah membuat komen terhadap Sultan Johor, lebih baik sahaja Nizar memikirkan tentang nasib politiknya sendiri. Kita tahu peluang Nizar untuk kembali menjadi Menteri Besar Perak adalah sifar tetapi mengapa harus mencantas peluang rakan seperjuangan untuk mencuba nasib di Johor. Kasihan Salehuddin.

Ingatlah sebagai orang Melayu kita perlu menumpahkan taat setia dan kasih sayang kepada Sultan. Dulu ketika kehilangan kerusi menteri besar, Nizar dan geng Pakatan Rakyat mencetuskan insiden yang bertentangan dengan budaya rakyat terhadap institusi diraja.

Janganlah Nizar bawa lagu yang sama di negeri yang tidak ada kena mengena dengan beliau. Ingatlah bahawa Sultanah Johor berasal daripada kerabat diraja Perak. Baginda ialah puteri Almarhum Sultan Idris. Hormat dan jagalah mulut sedikit.

Thursday, May 31, 2012


Media China hari ini kecoh dengan pendedahan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini di’dakwa membayar sejumlah wang untuk hubungan seks bersama aktress & selebriti terkanl Zhang Ziyi.

Bo Xilai di’katakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktress tersebut untuk hubungan seks buat pertama kali sekitar tahun 2007 setelah mereka di’kenalkan oleh rakan.


Rakan Bo Xilai yang sama, Xu Ming di’katakan menawarkan RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu.

Laporan juga menyebut yang pelakon wanita berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang kurang’nya 10 kali di’antara tahun 2007 dan 2011 di Beijing, China.

Media China turut melaporkan yang kegiatan pelacuran Zhang Ziyi bukan sahaja melibatkan Bo Xilai malah beberapa lagi orang kaya & ternama China yang sehingga ke hari ini mencecah angka RM347 juta nilai keseluruhan aktiviti beliau selama ini. (via Asia One News)

Berita skandal ini di’katakan menjadi sebab utama kenapa Zhang Ziyi tidak hadir ke Festival Filem Cannes 2012 sedangkan filem terbaru beliau Dangerous Liaisons di’tayangkan buat pertama kali di’sana. Rotikaya


** Kes Anwar dengan Chinadoll bila pula nak selesai....??

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

“Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.

“Dia (Anwar) suruh polis ‘gempaq’ (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah,” katanya.

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995, mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Kata Dr. Mahathir, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang membuat dakwaan rasuah perlu tampil kepada pihak berkuasa dengan bukti kukuh -Utusan

Hahahaha..boleh percaya ke Nizar kata pandangan yang dikeluarkannya ini merupakan pandangan sebagai rakyat biasa...bunyinya macam nak menghasut rakyat untuk membenci Sultan dan Raja-Raja Melayu je...hmmmm...

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada Rabu memohon maaf berhubung apa yang ditulis di Twitter mengenai nombor pendaftaran WWW 1 yang dibida Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Mesej permohonan maafnya di Twitter berbunyi:"Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".
Katanya, kenyataan dalam Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan baginda Sultan Johor.
Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Sunday, May 27, 2012

Penjelasan sebenar gambar mabuk Nora Danish tersebar hanyalah fitnah semata-mata. Berikut adalah penjelasan kepada segala persoalan mengenai isu pelakon popular Nora Danish yang didakwa mabuk bersama rakan baru baru ini.


Gambar yang tersebar mengenai seorang pelakon yang mabuk dan separuh bogel itu sememangnya Nora Danish. Mengenai gambar Nora Danish mabuk ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon ini kelihatan masih bersosial walaupun sudah mengerjakan Umrah.

Sebenarya gambar tersebut adalah gambar Nora Danish bersama bekas keluarga iparnya. Gambar ini diambil sebelum beliau mengerjakan umrah dan dakwaan gambar Nora Danish diambil di kelab malam dalam keadaan mabuk ternyata salah. Jadi tiada dakwaan yang benar mengatakan Nora Danish mengamalkan kehidupan bersosial selepas mengerjakan umrah.

Berkenaan gambar seksi separuh bogel beliau sehingga menampakkan seluar dalam pun tidak benar belaka. Nora Danish sebenarnya memakai seluar pendek semasa gambar itu diambil.




Macam-macam cerita fitnah yang disebarkan mengenai insiden ini...Ada yang kata ambulan datang 30 minit selepas kejadian dan macam-macam lagi...Ternyata semua tomahan yang dibuat itu merupakan fitnah semata-mata...Jika kita tonton video tersebut kita dapat lihat hanya SEMINIT sahaja ambulan sudah sampai.

Berita tergempar ini berlaku malam semalam semasa dalam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena perhimpunan hari Belia Negara 2012 di Putrajaya. Kereta tersebut dikatakan telah hilang kawalan dan melanggar penonton.Khabar angin mengatakan ada penonton telah meninggal dunia tetapi perkara itu tidak benar.

Penganjur rasmi perlumbaan dragrace telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. 

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal. 

EP doakan kepada mereka yang tercedera akibat kejadian yang berlaku diluar kawalan itu cepat-cepat sembuh...





Panas gambar penyokong kelantan bercium mulut tersebar di internet. Menurut sumber, gelagat ini adalah gambar beberapa penyokong Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby, Sabtu lalu. Dalam gambar tersebut, kelihatan pasangan sedang bercium sambil diraba ketika Kelantan menang pinal piala FA.
Mahu luluh hati Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika melihat gelagat penyokong Kelantan ini...Sebelum perlawanan, sudah dipesan oleh Tok Guru agar menjaga imej negeri Serambi Mekah itu namun mungkin nasihat berkenaan difahami sekerat jalan, yakni jangan merusuh sahaja.
Aspek jaga imej lain terlupa untuk difahami.



Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan pihak pembangkang akan mengadakan demonstrasi ganas secara berterusan sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukanlah cakap kosong.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zahid Mat Arip berkata, apa yang disebut Dr Mahathir sebenarnya berasas kerana itulah perancangan pihak pembangkang pada pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, pembangkang menggunakan taktik ganas tersebut kerana sedar mereka tidak akan berjaya menawan Putrajaya ekoran majoriti rakyat negara ini sudah menolak mereka.

“Bagi pihak pembangkang, demonstrasi ganas ini perlu untuk menunjuk kepada dunia kononnya majoriti rakyat negara ini menolak kerajaan dan menggambarkan pilihan raya kita dimanipulasi, sedangkan sebenarnya tidak.

“Pemimpin pembangkang sanggup meracuni pemikiran penyokong mereka, menghasut dan mengarahkan huru-hara kerana mereka sudah kemaruk kuasa, perkara ini amat berbahaya kepada keharmonian kita semua,” katanya.

Katanya, pemimpin utama pembangkang sudah pun menimbulkan kekecohan apabila mengarahkan perusuh merempuh pengadang polis pada himpunan Bersih 3.0 pada hujung bulan lalu dan tidak mustahil perkara itu akan berulang kembali.

“Pemimpin ini memburukkan negara di luar, menghina institusi kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke tahap melampau. Setakat mahu menimbulkan kekacauan dalam negara, pemimpin ini pasti tidak kisah,” katanya.

Menurutnya, demonstrasi ganas itu juga sebagai satu cara untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat negara ini menolak keputusan pilihan raya yang kononnya telah dimanipulasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula menegaskan tidak hairan sekiranya pihak pembangkang menggunakan politik jalan raya bagi memenuhi kehendak pemimpin utama mereka. SH

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.