Sunday, May 27, 2012

Penjelasan sebenar gambar mabuk Nora Danish tersebar hanyalah fitnah semata-mata. Berikut adalah penjelasan kepada segala persoalan mengenai isu pelakon popular Nora Danish yang didakwa mabuk bersama rakan baru baru ini.


Gambar yang tersebar mengenai seorang pelakon yang mabuk dan separuh bogel itu sememangnya Nora Danish. Mengenai gambar Nora Danish mabuk ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa pelakon ini kelihatan masih bersosial walaupun sudah mengerjakan Umrah.

Sebenarya gambar tersebut adalah gambar Nora Danish bersama bekas keluarga iparnya. Gambar ini diambil sebelum beliau mengerjakan umrah dan dakwaan gambar Nora Danish diambil di kelab malam dalam keadaan mabuk ternyata salah. Jadi tiada dakwaan yang benar mengatakan Nora Danish mengamalkan kehidupan bersosial selepas mengerjakan umrah.

Berkenaan gambar seksi separuh bogel beliau sehingga menampakkan seluar dalam pun tidak benar belaka. Nora Danish sebenarnya memakai seluar pendek semasa gambar itu diambil.




Macam-macam cerita fitnah yang disebarkan mengenai insiden ini...Ada yang kata ambulan datang 30 minit selepas kejadian dan macam-macam lagi...Ternyata semua tomahan yang dibuat itu merupakan fitnah semata-mata...Jika kita tonton video tersebut kita dapat lihat hanya SEMINIT sahaja ambulan sudah sampai.

Berita tergempar ini berlaku malam semalam semasa dalam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena perhimpunan hari Belia Negara 2012 di Putrajaya. Kereta tersebut dikatakan telah hilang kawalan dan melanggar penonton.Khabar angin mengatakan ada penonton telah meninggal dunia tetapi perkara itu tidak benar.

Penganjur rasmi perlumbaan dragrace telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. 

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal. 

EP doakan kepada mereka yang tercedera akibat kejadian yang berlaku diluar kawalan itu cepat-cepat sembuh...





Panas gambar penyokong kelantan bercium mulut tersebar di internet. Menurut sumber, gelagat ini adalah gambar beberapa penyokong Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby, Sabtu lalu. Dalam gambar tersebut, kelihatan pasangan sedang bercium sambil diraba ketika Kelantan menang pinal piala FA.
Mahu luluh hati Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jika melihat gelagat penyokong Kelantan ini...Sebelum perlawanan, sudah dipesan oleh Tok Guru agar menjaga imej negeri Serambi Mekah itu namun mungkin nasihat berkenaan difahami sekerat jalan, yakni jangan merusuh sahaja.
Aspek jaga imej lain terlupa untuk difahami.



Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan pihak pembangkang akan mengadakan demonstrasi ganas secara berterusan sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukanlah cakap kosong.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zahid Mat Arip berkata, apa yang disebut Dr Mahathir sebenarnya berasas kerana itulah perancangan pihak pembangkang pada pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, pembangkang menggunakan taktik ganas tersebut kerana sedar mereka tidak akan berjaya menawan Putrajaya ekoran majoriti rakyat negara ini sudah menolak mereka.

“Bagi pihak pembangkang, demonstrasi ganas ini perlu untuk menunjuk kepada dunia kononnya majoriti rakyat negara ini menolak kerajaan dan menggambarkan pilihan raya kita dimanipulasi, sedangkan sebenarnya tidak.

“Pemimpin pembangkang sanggup meracuni pemikiran penyokong mereka, menghasut dan mengarahkan huru-hara kerana mereka sudah kemaruk kuasa, perkara ini amat berbahaya kepada keharmonian kita semua,” katanya.

Katanya, pemimpin utama pembangkang sudah pun menimbulkan kekecohan apabila mengarahkan perusuh merempuh pengadang polis pada himpunan Bersih 3.0 pada hujung bulan lalu dan tidak mustahil perkara itu akan berulang kembali.

“Pemimpin ini memburukkan negara di luar, menghina institusi kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke tahap melampau. Setakat mahu menimbulkan kekacauan dalam negara, pemimpin ini pasti tidak kisah,” katanya.

Menurutnya, demonstrasi ganas itu juga sebagai satu cara untuk menunjukkan kepada negara luar bahawa rakyat negara ini menolak keputusan pilihan raya yang kononnya telah dimanipulasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula menegaskan tidak hairan sekiranya pihak pembangkang menggunakan politik jalan raya bagi memenuhi kehendak pemimpin utama mereka. SH

Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau tidak akan berhenti dari memperjuangkan bukan Melayu untuk memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini,  memperlihatkan bahawa usaha untuk menguasai tampuk kepimpinan tertinggi di negara ini tidak pernah padam di kalangan pemimpin dan ahli DAP.
Malah, Karpal ‘tersasul’ pula menyebut Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri membuktikan bahawa Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Haji Hadi, ahli-ahli PKR dan Pas hanyalah menjadi kuda tunggangan atau balaci mereka untuk mencapai matlamat tersebut.
Namun, perlu diingat, bahawa kenyataan atau impian Karpal itu bakal menjadi kenyataan, sekiranya umat Melayu di negara ini terus berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat dan pendekatan di dalam politik seperti yang berlaku hari ini.
Lihat sahajalah hari ini, biarpun perpecahan umat Melayu di negara ini belum sampai ke tahap yang amat kritikal, namun golongan pejuang politik  yang rasis dan liberal seperti DAP sudah mula memperlihatkan belang mereka.
Hari ini, mereka tidak lagi segan silu atau takut untuk bersuara mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi, Raja-Raja Melayu apatah lagi untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu yang menjadi sasaran dan kecaman mereka pada setiap masa.
Justeru itu, umat Melayu perlulah sedar dan sentiasa beringat, bahawa segala nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada umat Melayu di negara ini adalah sesuatu yang boleh ditarik balik, sekiranya umat Melayu terus berpecah belah dan tidak mahu bersatu padu dalam membela agama dan kuasa politik Melayu sebagai syarat utama untuk mensyiarkan daulah Islam di negara ini.
Umat Melayu perlu sedar bahawa perpecahan yang berlaku di kalangan umat Melayu ini bukanlah sesuatu yang tidak sengaja atau timbul secara semulajadi, tetapi ia merupakan satu gerakan terancang oleh golongan tertentu yang mahu menguasai pentadbiran di negara ini dan hanya satu caranya, iaitu dengan memecah belahkan umat Melayu sehingga hilang kekuatan mereka, biarpun pada angkanya umat Melayu menjadi bangsa majoriti di negara ini.
Malahan, apa yang lebih bahaya hari ini ialah apabila sikap sebahagian dari umat Melayu yang lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengambil tahu tentang politik, serta bersikap jahil dalam ilmu dan lebih tertumpu kepada perkara-perkara negatif yang berbentuk hiburan semata-mata.
Sedangkan medan politiklah yang menjadi saluran golongan politikus rasis dan liberal yang anti Islam dan Melayu untuk menguasai pentadbiran negara dalam usaha untuk menjadikan Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu tinggal sebagai satu lipatan sejarah di negara ini.
Apakah umat Melayu merasakan bahawa sekiranya Perdana Menteri negara ini bukan di kalangan orang Melayu, maka dia akan memelihara Islam, Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu seperti mana yang wujud pada hari ini? Sudah tentu tidak!
Ada juga suara-suara yang sesetengah umat Melayu yang jahil mengatakan, apa yang nak dirisaukan kerana orang Melayu tetap akan menjadi pemimpin tertinggi baik di peringkat pusat ataupun negeri, sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai  pentadbiran negara, kerana itu sudah termaktub di dalam perlembagaan.
Golongan ini tidak tahu kerana kejahilan mereka, bahawa perlembagaan boleh dipinda, atau ditukar sekiranya majoriti 2/3 yang dimiliki oleh Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO berpindah milik kepada Pakatan Pembangkang satu hari nanti.
Ini sudah terbukti apabila kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang bercadang untuk meminda perlembagaan baru-baru ini kerana mereka adalah majoriti yang menguasai kerajaan di negeri tersebut.
Tidakah umat Melayu sedar, bahawa usaha Pakatan Pembangkang, terutama DAP adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik di mana Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, Raja-Raja akan dipaksa untuk turun takhta dan hak-hak istimewa Melayu akan dihapuskan!
Lihatlah nasib agama Islam, Raja Melayu dan bangsa Melayu yang hidup di pulau di selatan tanahair, yang satu ketika dulu dipanggil Temasik, di mana har ini kemuliaan dan keagungan Melayunya sudah tinggal dalam lipatan sejarah yang usang dan tidak dipedulikan lagi.
Justeru itu, umat Melayu  di negara ini perlu cepat-cepat sedar dan bangkit sebelum nasi menjadi bubur. Bersatulah umat Melayu dalam dua perkara yang diikat oleh Allah s.w.t. kepada kita sebagai tali kekuatan iaitu atas nama Islam dan bangsa.
Janganlah kita berpecah hanya kerana perbezaan pendapat politik dan pendekatan cara pentadbiran negara, kerana ia akan menyebabkan datangnya bencana dan  kehancuran yang besar terhadap umat Melayu secara keseluruhannya.
Ambillah iktibar daripada sejarah sebagai satu pengajaran. Dan ingatlah pepatah orang-orang tua kita dulu yang berpesan, jangan  sudah terantuk baru nak terngadah dan janganlah kita hanya menang bersorak, sedangkan kelak Islam, Bangsa, Tanahair dan maruah umat Melayu tergadai tanpa dapat ditebus kembali…
Adi Jagat, JB

Saturday, May 26, 2012

Jadual aktiviti yang akan diadakan pada 26 Mei 2012 (Sabtu) di Perkampungan Bee Ant Blues @ Himpunan Jutaan Belia..Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bertemu dengan Neelofa, Marsha, Melia dan Ning Baizura...Jumpa anda disana..

7.00 pagi – 11.00 pagi:
Hot Air Balloons

9.00 pagi - 11.00 malam
Perkhemahan
Paintball
Pameran dan Jualan
Klinik Bergerak & SHEB

10.00 pagi
Sukaneka bersama pemimpin dan mahasiwa
Promosi Filem Man Sewel Datang KL
Sesi Meet n Greet Artis - Marsha Milan, Ning Baizura, Melia, Neelofa

2.15 petang :perasmian Bee Ant Blues Port
Oleh YB Khairy Jamaluddin
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional

3.00 hingga 4.00 petang: Persembahan artis - Altimet, Skudap Skudip
- PM Walkabout For Youth

8.00 hingga 12 Malam : Konsert BN Youth Music
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 25, 2012

 Menteri Belia dan Sukan kata Himpunan Jutaan Belia @ Putrajaya memang best..rugi kalau tak datang...


Bersama sukarelawan RELA @ Himpunan Jutaan Belia 2012

Pasukan Pancaragam Kedet Remaja sedang mengadakan pertunjukan

Kemeriahan  Bazaar@ Himpunan Jutaan Belia 2012






Chef Selebriti sedang mengajar resepi baru @ Himpunan Jutaan Belia 2012

Peserta Motorcross sedang mempersiapkan jenteranya sebelum mengadakan pertunjukan...


PERTANDINGAN ICE CREAM
TEMPAT : KAWASAN PARKIR BERSEBELAHAN BANGUNAN PINJAMAN PERUMAHAN
MASA : 12.00PM - 1.00PM



Jom kita tengok apa aktiviti-aktiviti yang menarik untuk hari ini @ Himpunan Jutaan Belia 2012

HBN 2012 : Jadual Aktiviti 25 Mei 2012
Friday 25 May 2012


Sepanjang Hari
EIGO SATO LATIHAN & SESI PEMANASAN
PERSEMBAHAN PENUNGGANG ANTARABANGSA

12:00AM
10:00AM - 10:00PM PAMERAN KERJAYA BADAN BERUNIFORM

8:00AM
8:00AM - 12:00PM FORUM KECEMERLANGAN DIRI
8:00AM - 10:00PM GUEST BAND – SOFAZ
8:00AM - 12:00PM PERTANDINGAN AMAL ISLAMI- KATEGORI HAFAZAN AL-QURAN
8:00AM - 12:00PM PROGRAM TADARRUS AL-QURAN

9:00AM
9:00 - 10:00 BENGKEL PENGARAHAN FILEM PENDEK
9:00 - 10:00 EXPO & JUALAN PRODUK
9:00 - 10:00 IKS PRODUCTS BAZAR
9:00 - 7:00   MUAYTHAI FIT WARRIOR, ECO CHALLENGE, KEJOHANAN MENDAKI ASIA      TENGGARA, KARNIVAL SUKAN AIR, KEJOHANAN PAINTBALL, PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG, RENTAP FUTSAL, KEJOHANAN TAEKWANDO.
9:00 - 7:00   PAMERAN DAN JUALANGOLF FAIR, SPORTS WEAR, SPORTS EQUIPMENT, FITNESS PROMOTION, SPORTS NUTRITION, NIKE FUN TRUCK, ELECTRONIC DART, ARCHERY, ELECTRONIC SPORTS MACHINE
9:00 - 10:00 PAMERAN JELAJAH 7 KEAJAIBAN DUNIA
9:00 - 1:00   PAMERAN KARNIVAL PELANCONGAN BELIA
9:00 - 5:00   PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN KBS PUTRAJAYA REDAH 4X4 INTERNATIONAL CHALLENGE 2012
9:00 - 12:00 PERSEMBAHAN PANCARAGAM SEKOLAH
9:00 - 10:00 PAMERAN HIDROPONIK
9:00 - 10:00 PAMERAN LANDSKAP
9:00 - 10:00 SKETSA MY KAMPONG ARTS
9:00 - 5:00   SKILL STATION 1,2,3,4,5
9:00 - 10:00 STREET BASKETBALL
9:00 - 1:00   TREASURE HUNT

10:00AM
10:00 - 1:00   BASKING SINGER
10:00 - 1:00   BENGKEL PENGARAHAN TEATER
10:00 - 11:00 BRASS BAND
10:00 - 11:00 DEMONSTRASI PEMBUATAN PASU TANAH LIAT
10:00 - 11:00 IKON SUKARELAWAN
10:00AM - 1:00PM PAMERAN & JUALAN KITCHEN CABINET
10:00AM - 10:00PM PAMERAN DAN JUALAN
10:00AM - 10:00PM PAMERAN KERJAYA BADAN BERUNIFORM
10:00AM - 11:00AM PIPE MUSIC
10:00AM - 1:00PM RAKAMAN PROGRAM TVI
10:00AM - 11:00AM YOUTH TALK MYKA IN PERSON

11:00AM
11:00AM - 12:00PM BENGKEL PENGURUSAN ARTISTIK KUE
11:00AM - 12:00PM COOKING COMPETITION & DEMO
11:00AM - 12:00PM DEMO WAR DANCE
11:00AM - 12:00PM NASYID
11:00 - 1:00 PRESS AND CHARITY DAY – “WE HAVE YOU IN OUR HEARTS”

12:00PM
12:00 - 3:00 MAJLIS TAHLIL DOA SELAMAT HBN/TAHLIL & DOA SELAMAT/KHUTBAH & SOLAT JUMAAT/SOLAT HAJAT HBN
12:00 - 1:00 ICE CREAM COMPETITION
12:00 - 1:00 PAMERAN
12:00 - 1:00 REWANG IVOLUNTEER
12:00PM - 1:00PM UPIN & IPIN

2:00PM
2:00PM - 4:00PM BENGKEL MULTIPLE CAMERA PRODUCTION
2:00PM - 3:00PM EATING HOT DOG COMPETITION
2:00PM - 3:00PM FLASHMOB
2:00PM - 5:00PM MAJLIS MARHABAN, CUKUR JAMBUL & NAIK BUAI
2:00PM - 4:00PM PENUGASAN KHIDMAT SUKARELAWAN
2:00PM - 4:00PM PERKHIDMATAN KHEMAH & LOGISTIC SUPPORT
2:00PM - 7:00PM PERTANDINGAN ‘SPELLING BEE’ DALAM BAHASA MELAYU
2:00PM - 5:00PM PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
2:00PM - 7:00PM SOUNDCHECK/QUALIFYING III

3:00PM
3:00PM - 4:00PM ARMY RED WARRIOR & WAR DANCE ATM
3:00PM - 4:00PM FACEBOOK GATHERING BERSAMA TPM
3:00PM - 4:00PM MEWARNA BATIK TERPANJANG
3:00PM - 6:00PM PERTANDINGAN FESYEN BUSANA MUSLIM
3:00PM - 6:00PM SESI JOM BERCHENTA
3:00PM - 4:00PM TEA TARIK COMPETITION
3:30PM - 11:00PM LET’S JAZZ IT UP
3:30PM - 4:30PM THREE SONGS(INDONESIA)

4:00PM
4:00PM - 6:00PM “INFO ON WHEEL” CRIME AWARENESS TEAM
4:00PM - 7:00PM BENGKEL SINGLE CAMERA PRODUCTION
4:00PM - 5:00PM FASHION SHOW ONLINE BOUTIQUE
4:00PM - 5:00PM LUCKY DRAW
4:00PM - 5:00PM PERSEMBAHAN K9 PENJARA
4:00PM - 6:00PM XTREME EXTRAVAGANZA FASHION FANTASTIC LONGEST OUTDOOR RUNAWAY
4:45PM - 5:45PM PUGUH KRIBO & THE TRITORIUM(INDONESIA)

5:00PM
5:00PM - 7:00PM DEMONSTRASI PDRM
5:00PM - 6:00PM HOME DECO FAIR
5:00PM - 7:00PM PENDAFTARAN KONVOI JUTAAN BELIA DI STADIUM SHAH ALAM
5:00PM - 7:00PM PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
5:00PM - 7:00PM PERSIAPAN UNTUK ACARA ANEKA RAGAM
5:00PM - 7:00PM SANTAI 3P’S BAND
5:00PM - 6:00PM SIARAN LANGSUNG AL-KULIYAH
5:00PM - 7:00PM STREET BASKING ‘PERSEMBAHAN JALANAN’
5:00PM - 6:00PM TEBAR ROTI CANAI COMPETITION
5:00PM - 6:00PM UPIN & IPIN
5:30PM MAJLIS PERASMIAN RENTAP FUTSAL 3 PUTRAJAYA HBN 2012
5:30PM - 7:00PM MOTORCROSS 1MALAYSIA & LATIHAN BEBAS PESERTA PERLUMBAAN MOTORCROSS
6:00PM 
6:00PM - 7:00PM BAND
6:00PM - 7:00PM CLOWN BADUT SERVICES
6:00PM - 7:00PM LEKTRON(GERMANY)
6:00PM - 7:00PM LUCKY DRAW WINNER ANNOUNCEMENT
6:00PM - 7:00PM MEMBERSHIP DRIVE
6:00PM - 7:00PM MODERN FREESTYLE & STREET DANCE
6:00PM - 7:00PM TECHNO MUSIC PERFORMANCE
7:00PM 
7:30PM - 8:30PM FIELDPLAYERS & TILU BAND(MALAYSIA)
8:00PM 
8:00PM - 10:00PM BASKERS
8:00PM - 9:00PM DJ
8:00PM - 10:00PM IRAMA MALAYSIA
8:00PM - 10:00PM KONSERT SUARA KITA
8:00PM - 9:30PM KONSERT K-POP UKISS
8:00PM - 10:00PM LASER SHOW, LUCKY DRAW, MAGIC & LIGHT SHOW, TECHNO MUSIC PERFORMANCE
8:00PM - 10:00PM MALAM ANEKA RAGAM
8:00PM - 9:00PM METAFORA SENI HALUS SESI 5
8:00PM - 10:00PM PAMERAN DAN JUALAN
8:00PM - 9:00PM PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN & CABUTAN BERTUAH
8:00PM - 10:00PM PERSEMBAHAN WAYANG PACAK
8:00PM - 10:00PM SESI PERKONGSIAN – USAHAWAN ASPIRASI DUNIA
8:00PM - 9:00PM TAKLIMAT KONVOI/KETIBAAN VVIP
8:00PM - 10:00PM UPS2 TOUR (8TV), PENNY TAI PERFORMANCE (ASAP), MISS KEBAYA FASHION SHOW (MMK), GINA DANCE PERFORMANCE (MMK), IQWAL PERFORMANCE (MALAY SING CHINESE SONG) (ASAP), VICTOR WONG PERFORMANCE (ASAP), LOCAL ARTISTES MEET & GREET (LENNY)
8:45PM - 9:30PM DINO FIUMARA(USA)
9:00PM-11.00PM

Hahaha...mula-mula EP ingatkan nak curi-curi ambil gambar awek ni...sekali dia sudah perasan daa..sekali pandang boleh tahan..tapi kalau 2 kali pandang tak boleh tahan woo...yang menariknya awek ni boleh lemparkan senyuman yang manis bila dia tahu EP nak ambil gambar dia...manyak manis wooooo....

Rugi kalau tak datang Himpunan Jutaan Belia 2012@Putrajaya ni...sebabnya yang paling utama ada banyak awek-awek cun...hehehehe..banyak pameran, pertunjukkan dan konsert yang menarik disediakan untuk pengunjung-pengunjungnya...bukan setakat itu saja...pengunjung yang datang ke ke Himpunan Jutaan Belia @ Putrajaya ini juga boleh turut serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan....

Bukan calang-calang aktiviti yang disediakan..Aktiviti dalam gambar dibawah ni memang gempak...Kalau sesiapa yang dapat habiskan permainan ini memang champion...bukan senang wooo..halangan yang kedua pun belum tentu lepas...Kalau ada siapa-siapa yang rasa dirinya teror dan hebat..bolehlah meluangkan masa anda untuk mencuba permainan ini...jangan lupa bawa pakaian basah sekali ye...




Jumpa ada di Himpunan Jutaan Belia 2012 @ Putrajaya...rugi tak datang wooo...








Thursday, May 24, 2012



Lim Guan Eng DAP mengamuk apabila wartawan bertanya tentang dakwaan skandal beliau dengan seorang wanita yang pernah bekerja di pejabat beliau di KOMTAR, Pulau Pinang!


Skandal tersebut telah didedahkan dalam blog Stop The Lies. BACA SINI

Yang kelakarnya ialah Setiausaha Agung DAP merangkap anak kepada  Lim Kit Siang itu begitu cepat melenting dan menuduh UMNO!

Lihat video di bawah yang disiarkan dalam blog Stop The Lies :




Jika Setiausaha Agung DAP itu mendakwa skandal itu fitnah, tunggu apa lagi...saman je la penulis blog Stop The Lies. Itu yang perlu dibuat oleh Guan Eng...bukannya dengan menyalahkan UMNO...ooopsss...lupa pula EP...Guan Eng kan dah biasa sangat menyalahkan UMNO untuk menutup penipuannya...Kes kat mahkamah pasal tuduh UMNO pun tengah berjalan...apa nak dihairankan...

Tindakan candid Guan Eng yang mengamuk itu mengingatkan kita dengan insiden Raja Porno yang mengamuk dengan wartawan! Jom layan...

**Dengar-dengar cerita Lim Guan Eng sekarang ni tengah ada skandal dengan seorang perempuan Melayu dari Bayan Lepas...Betul ke??? Ada sesiapa yang boleh sahkan berita ini...


Sebanyak 500 program meliputi kebudayaan, pendidikan, alam sekitar dan sukan disediakan untuk golongan muda sepanjang lima hari mulai hari ini sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara Mod Nadzri Yaacob berkata antara program yang diadakan termasuk mendirikan 24 pentas untuk golongan muda yang berbakat mempersembahkan pelbagai genre muzik selain mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi, sukan air serta sukan ekstrem.
Ketika ditemui Bernama di sini, Rabu, beliau berharap menerusi pelbagai program yang diadakan itu, perhimpunan berkenaan dapat menarik dua juta golongan muda berbanding satu juta pada tahun lepas.
Sambutan Hari Belia Negara 2012 bertemakan 'Himpunan Jutaan Belia' yang bermula hari ini, dijangka disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini.
Mod Nadzri berkata sambutan Hari Belia tahun ini juga mempunyai kelainan tersendiri apabila pelbagai aktiviti turut diadakan untuk golongan muda sepanjang jalan antara Jambatan Putra dan Jambatan Gemilang di sini iaitu sepanjang enam kilometer.
Beliau berkata perhimpunan kali ini akan turut dihadiri oleh golongan muda dari 17 buah negara, yang terdiri daripada negara Asean dan Komanwel.
"Malah Brunei Darussalam akan menghantar belia mereka sebagai peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia negara, manakala negara lain akan bertindak sebagai pemerhati untuk melihat secara dekat bagaimana kita menganjurkan sambutan mega ini bagi diguna pakai di negara mereka," katanya. - BERNAMA


Agak-agaknya siapalah artis yang dimaksudkan oleh Rotikaya..dah la baru balik dari umrah tapi masih mengekalkan perangai lama....jom ikuti pendedahan Rotikaya..
Bukan’lah kami mengharapkan mereka yang pulang daripada kota suci Mekah bakal menjadi alim & meninggalkan amalam dunia. Antara kami di’sini pun pernah ada yang sudah sampai ke sana tetapi perangai masih suka gossipkan orang.
Tetapi sebagai seorang public figure, kami mengharapkan yang selebriti ini akan berubah sikap dari sebelum ini yang gemar bersosial kepada lebih bersifat seorang wanita Melayu & Islam.
Kami menerima e-mail daripada seseorang mendakwa yang gambar ini di’rakamkan hujung minggu lalu ketika selebriti ini sedang asyik melayan khayal di sebuah kelab hiburan.
Kami sebenarnya agak kurang percaya dengan gambar yang di’hantar ini tetapi apabila di’teliti figura dalam gambar ini 99% mirip kepada selebriti kesayangan kami ini.
Siapa sangka imej baik yang cuba beliau tonjolkan sekarang ini sekadar bayangan gurauan untuk menjayakan drama.
Dan, rasanya bukan kami sahaja yang rasa pelik dengan strategi pemasaran beberapa produksi Malaysia yang berfikir imej baik dapat di’tonjolkan dengan hanya menghantar mereka untuk menjalani penggambaran sambil menjalankan ibadah Umrah. Hmm. - Rotikaya

Tuesday, May 22, 2012


Siapakah wanita ini? Apakah hubungan beliau dengan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng?

Dan apakah segalanya ini berkaitan dengan foto Guan Eng berplaster di dahi?


Apakah segalanya ini hanya dakwaan untuk menambah burukkan lagi imej Guan Eng DAP yang sebelum ini dimalukan dengan pendedahan Tunku Aziz yang mengatakan ketidakpercayaan beliau kepada anak Kit Siang itu?

Soalan-soalan yang perlukan jawapannya! - Dr MiM

Maka berkokoklah beberapa pemimpin pembangkang bahawa matlamat menganjurkan Bersih 3.0 telah berhasil. Walaupun hasil sebenarnya akan terus dipertikai, yang jelas, peristiwa Sabtu lalu ialah huru-hara daripada tindakan liar puak anarkis, kerosakan harta benda awam, kesusahan ke atas penjaja, pemandu teksi dan pengguna jalan raya, serta kecederaan terhadap anggota polis, pekerja media dan orang awam.

Di manakah bersihnya kalau undang-undang dan perintah mahkamah tidak dilanggar? Bersihkah kerja memukul anggota polis, wartawan dan jurugambar? Melompat atas kereta polis, menterbalikkannya serta menyepak motosikal anggota polis wanita bukan kerja bersih.

Tidak ada apa yang bersih mengenai kekotoran yang ditinggalkan di merata tempat dan kerugian jutaan ringgit yang ditanggung pekedai dan peniaga. Mencemar imej negara di mata dunia juga kerja orang berhati busuk, bukannya bersih. Walaupun dilaporkan ada yang bersolat Zohor, mungkin lebih ramai yang tidak bersolat pada hari itu kerana lebih mementingkan berhuru-hara. Ini tentu sekali perbuatan berdosa.

Seorang wartawan yang hampir dipijak perusuh memberitahu saya perasaan ngerinya sewaktu menjalankan tugas. Perusuh bagaikan orang-orang ganas yang tidak waras lagi. Mereka cuma tunggu waktu diberi isyarat untuk merempuh polis dan ‘menawan’ Dataran Merdeka. Seorang pemimpin pelajar yang pernah mengikuti kursus berdemonstrasi anjuran PKR memberitahu bahawa senario yang perlu diwujudkan ialah worst is the best. Maknanya, lagi kecoh dan ganas lagi baik dari segi impak.

Jelas bahawa tujuan sebenar Bersih 3.0 bukanlah pilihan raya yang bersih, tetapi mewujudkan persepsi negara kucar-kacir dan kerajaan tidak mampu membendungnya. Tun Dr Mahathir Mohamad percaya matlamat demonstrasi ialah menjatuhkan kerajaan sedia ada dan digantikan dengan kerajaan yang disokong Barat. Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar pula berkata ada unsur pro-komunis dalam kalangan pencetus kekacauan.

Sekarang, pemimpin pembangkang sewenang-wenang mengaku bukan mereka yang bertanggungjawab. Habis tu siapa? Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kata mereka tidak suruh rempuh. Lim Guan Eng kata perusuh tak salah, polis yang salah. Rakyat bukan bodoh dan buta. Mereka boleh melihat perangai buruk dan sandiwara pembangkang: baling batu tapi sorok tangan. Saya percaya mereka akan dihukum rakyat majoriti atas segala tindakan itu dalam pilihan raya akan datang.

Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.

Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.

Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar. Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.

Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.

Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.

Mashitah Ibrahim
Nampaknya Rita Rudaini memang keliru dengan sikap suaminya, Aidil Zafuan yang tiada pendirian di dalam isu permohonan cerai mereka. Semalam di BiPop, Rita berkata yang suaminya itu menganggap nikah kahwin macam bermain bola sepak. Memang jelas benar bunyi kecewa, frust dan fedup itu.
rita
Agak panjang cerita yang disampaikan oleh Rita Rudaini kepada Raja Nurfatimah Mawar. Yang bawah ni cuma yang prtikan penting-penting saja..
Rita memberitahu Raja, dia keliru dengan pendirian Aidil. Sekejap mahu melepaskan, sekjap pula boleh menarik hasrat mahu bercerai. Bagaimanapun, ia bukan tindakan baru yang dilakukan, sebaliknya Aidil pernah melakukan perkara yang sama ketika tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun 2010.“Saya tidak tahu apa yang diinginkan. Dulu, ketika memfailkan tuntuan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Aidil begini juga, banyak bermain tarik tali. Saya jadi keliru dengan tindakannya”....

 ....“Sebelum ini, cakap tidak serasi di mahkamah, hari ini (Rabu) cakap masih sayang. Saya tidak sangka berkahwin dengan lelaki yang kurang didikan agama, tidak takut dosa pahal apabila soal nikah kahwin dipermainkan, dia fikir macam bermain bola sepak agaknya”.....

.... “Aidil mendakwa saya meminta cerai sedangkan dia yang memfailkan permohonan perceraian. Saya tidak takut, saya ada SMS sebelum dia keluar rumah meninggalkan saya dan anak-anak. Saya masih simpan bukti SMS itu, dia cakap dia tidak boleh hidup bersama saya lagi”.....

 ....“Awalnya, saya membiarkan saja, saya beri masa untuk dia berfikir, tetapi selepas lebih tiga bulan dia menghilang diri, saya SMS mengingatkannya hukum meninggalkan isteri selama 3 bulan 10 hari. Saya rasa mungkin dia tidak faham taklik yang dibaca sebelum angkat nikah dulu. Jika suami meninggalkan isteri tanpa nafkah zahir dan batin selama 3 bulan 10 hari, talak boleh jatuh jika saya mengadu di pejabat agama”.....

 ....Saya juga hantar pesanan, sekiranya dia tidak mahukan saya lagi, jangan biarkan saya lama-lama. Saya tidak mahu dia menanggung dosa. Dia balas pada saya, dia sudah selesaikan semuanya dan masuk bulan keempat meninggalkan saya, dia menghantar SMS mengatakan sudah memfailkan penceraian. Jadi kenapa cakap putar belit dan tuduh saya pulak? Jika saya mahukan perpisahan, saya meninggalkan rumah kelamin, ini sebaliknya keadaan sekarang, dia meninggalkan saya dan anak-anak tanpa nafkah.”....

 ....“Tuntutan panjang lebar yang dihantar tidak masuk akal. Saya anggap ia penipuan besar. Dalam tuntutan yang diserahkan ketika berlangsungnya perbicaraan di mahkamah, Aidil menuduh saya lari meninggalkannya. Diakui saya ada pulang ke kampung tetapi bukannya melarikan diri. Saya minta izinnya untuk pulang ke kampung bersama anak-anak. Kami bersalaman, Aidil mengangkat beg dan menghantar saya sampai ke kereta. Dia juga berjanji akan datang mengambil saya dan anak-anak selepas perlawanan bola sepak.”....

.... “Saya terkejut apabila pulang ke rumah, saya tengok Aidil sudah mengangkat barang-barangnya dan menghilangkan diri. Adakah saya melarikan diri dari rumah? Saya tidak tahu apa tujuan Aidil menarik balik hasrat bercerai, tetapi dalam masa yang sama menghantar tuntutan.”....

 ....“Saya tidak menyangka Aidil melemparkan tuduhan palsu pada saya. Dia sanggup menipu diri sendiri dan menidakkan perkara yang benar. Kalau Aidil berniat baik dan nak berdamai, kenapa perlu memfailkan tuntutan berunsur fitnah dan tidak masuk akal? Aidil mahukan apa sebenarnya? Dan apa pula rancangan jahatnya kali ini?”....

.... “Saya tidak akan berdiam diri macam dulu, saya akan memperjuangkan tuntutan berunsur fitnah itu. Saya bukannya bola, jika tidak mahu ditendang sesuka hati, bila rasa perlu dia kejar hingga dapat.”....

 ....“Aidil cakap dia menarik balik hasrat bercerai kerana anak-anak. Berilah alasan logik sikit. Selepas hampir lima bulan baru teringat anak-anak? Kenapa Aidil tidak fikir tindak tanduknya sebelum meninggalkan rumah dulu”....
Nampak gayanya daripada percakapan Rita Rudaini, rumah tangganya macam tak dapat nak diselamatkan. Mungkin ini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mereka berdua. Jika di baca luahan hati Rita Rudaini pun ada kelogikannya. Apa pun keputusan yang diambil, semoga anak-anak tidak terabai.Beautifulnara

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.