Akhirnya orang-orang yang menjadi dalang dalam rusuhan Bersih 3.0 akan di dakwa..Anwar, Azmin dan Chegu Bard dikatakan telah menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.
Meraka diminta hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi esok, Selasa...Ketiga-ketiga mereka akan di dakwa di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574)...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, May 21, 2012
HOT : ANWAR PERSENDA KANGKUNG DAN TIMUN??
Posted by
Empayar Pemuda
at
11:28 AM
Mereka yang memiliki nama-nama 'unik' membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut.
Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah.
Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi.
Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah.
Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud.
"Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami.
"Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960)
Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing.
"Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya.
Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini.
Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN.
Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap.
"Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka.
"Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya.
Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama.
"Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya.
Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut.
"Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun.
Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian.
HOT : SMM NAK BERTANDING DALAM PRU13 PULA...
Posted by
Empayar Pemuda
at
8:41 AM
**Elok la tu...belajar pun tak habis lagi..dah sibuk nak jadi wakil rakyat pula...Tahniah SMM...
Dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam arena politik tempatan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pergerakan tidak formal pelajar institut pengajian tinggi, memutuskan untuk meletakkan wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pendirian itu diputuskan dalam sesi pemukiman dua hari pergerakan mahasiswa itu yang berakhir semalam.
Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menurunkan wakil mereka sama ada sebagai calon Bebas ataupun bertanding atas tiket mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR).
"Buat masa ini kami sudah pun memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya umum. Yang pastinya, berdasarkan perkembangan semasa, kami akan bertanding sebagai calon Bebas.
"Bagaimanapun kami akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sama ada akan memberi laluan untuk bertanding," kata Haziq sambil menambah, perkara itu dimasukkan dalam senarai tuntutan pihaknya menghadapi PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
"Kami akan menampilkan calon untuk bertanding, mahu membawa suara mahasiswa, golngan pelajar," katanya.
Mengenai bilangan calon dan kerusi hendak ditandingi, Haziq berkata, aspek itu belum diputuskan dan akan ditentukan dalam satu mesyuarat hari ini.
"Setakat hari ini (semalam), hanya pendirian untuk bertanding dalam pilihan raya diputuskan. Yang lain belum lagi, kami akan adakan mesyuarat esok (hari ini)," kata beliau lagi.
Katanya, pihaknya akan mengadakan perundingan parti-parti politik, tetapi bukan dengan Barisan Nasional (BN).
"Kami akan menentang BN," katanya lagi.
SMM baru-baru ini mengetuai demonstrasi meminta agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Perkembangan untuk bertanding ini juga dilihat sebahagian daripada kesan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diluluskan baru-baru ini. SH
Saturday, May 19, 2012
PANAS : SUARA-SUARA UNTUK MENGHALANG UMNO BERMUZAKARAH DENGAN PAS SUDAH KEDENGARAN...
Posted by
Empayar Pemuda
at
5:47 PM
Hahahaha...pelik kan...tidak ada sesiapa pun nak halang bangsa cina boleh duduk semeja untuk membincangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh bangsa mereka dan menetapkan hala tuju bangsa mereka supaya kepentingan bangsa mereka terjaga dan dilindungi..tetapi bila orang Melayu/Islam nak duduk semeja bagi membicangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Melayu/Islam...ada saja tentangan...Kenapa ye??Takut orang Melayu/Islam bersatu ke??
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) memberi sokongan sekiranya muzakarah diadakan bagi kepentingan semua kaum, tidak terhad untuk Melayu sahaja.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw bagaimanapun, turut mempertikaikan jika Umno bersetuju untuk bermuzakarah, adakah ia dibuat betul-betul untuk bermuzakarah atau hanya gimik politik menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
“Umno ada kuasa besar bagi menentukan keadilan untuk rakyat kerana ia adalah Kerajaan Pusat, tetapi saya tidak nampak apa sebab, kalau kata Melayu sudah berpecah-belah, tidak tahu sebab apa.
“Kalau nak bincang kepentingan Melayu sahaja, tidak perlulah muzakarah, tetapi jika untuk kepentingan perpaduan semua bangsa, muzakarah elok dijalankan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Kata beliau, orang Melayu mempunyai ideologi politik yang berlainan, tetapi itu perkara biasa kerana watak manusia yang berbeza termasuk cara berpakaian dan bertutur.
“Jadi, fahaman politik yang berbeza itu tidak memecah-belahkan mereka kerana mereka tetap Islam.
“Kenapa Umno tidak muzakarah dahulu dengan DAP, PKR, kenapa tuju kepada Pas, Umno kena jelaskan sebabnya kepada rakyat,” katanya.
Pang Chaw menasihatkan Umno, jangan muzakarah dengan Pas sahaja, sebaliknya perlu terlebih dahulu muzakarah dengan DAP dan PKR.
Beliau bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mengadakan muzakarah bagi menyelesaikan beberapa isu dan sudah lama menunggu ia dilaksanakan.
Malah, kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mahu muzakarah diadakan bukan hanya dengan Umno, malahan boleh dijalankan dengan MCA turut disokong.
“Islam memang suruh muzakarah, tidak larang sesiapa termasuk muzakarah dengan musuh kita bagi menyelesaikan masalah, bukan hanya dengan Umno, MCA, malahan dengan MIC dan Parti Gerakan,” katanya.
Ahad lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti itu membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut jauh terpesong dari perjuangan asal.
Bagaimanapun, Selasa lalu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Pas jika ada jemputan rasmi bagi membincangkan sebarang isu, namun sehingga kini tidak menerima jemputan secara bertulis daripada Pas untuk bermuzakarah.
HOT : NIZAR TAK SEDAR SEBENARNYA PERKARA INI MEMALUKAN DIA....?
Posted by
Empayar Pemuda
at
11:14 AM
Seronoknya media alternatif pro-pembangkang apabila mendapat tahu Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin telah mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti.
Yang tidak mereka tahu ialah mereka sebenarnya telah mempromosikan seseorang yang keluar parti kerana kecewa tentang projek pasir. Dek kerana itu, entiti UMNO itu pula yang disalahkan dan diburuk-burukkan.
Padahal, isunya tentang projek yang melibatkan individu-individu. So, beliau patut kecewa kepada individu-individu tersebut, bukannya UMNO dan perjuangannya. Tidak adil langsung!
Tetapi yang sangat memalukan ialah kenyataan twitter Nizar Jamaluddin yang menokok tambah dan membesar-besarkan perjumpaan dengan bekas ahli UMNO yang kecewa itu.
Sila baca twitter Nizar Jamaluddin itu :

Nizar Jamaluddin mengatakan beliau berada di program keluar parti beramai-ramai! Anda lihat sendiri foto di atas.
'Terlampau ramai' sangat yang keluar seperti yang didakwa oleh Nizar Jamaluddin!
Apa yang difahamkan bahawa ada di antara mereka dalam foto itu bukan ahli UMNO tetapi sebenarnya mereka pengikut Nizar Jamaluddin! hahahaha...kan dah kantoi...Dr MiM
HOT : NIK AZIZ KESAL ADA PEMIMPIN PAS YANG CUBA MENGAGALKAN MUZAKARAH INI...??
Posted by
Empayar Pemuda
at
9:20 AM
Isu kerajaan perpaduan sekali lagi bergema. Kali ini bukan dari UMNO, tetapi pucuk pimpinan Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah mengeluarkan kenyataan bunga-bunga kesediaan muzakarah dengan UMNO, biarpun selama ini beliau dilihat begitu keras pendiriannya yang menolak sebarang kerjasama atau muzakarah bersama UMNO.
Pendiriannya ini ternyata amat berbeza dengan sikap yang agak lunak yang diperlihatkan oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa.
Begitu juga dengan kenyataan daripada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga telah memberikan ‘green light’ bahawa UMNO pada bila-bila masa saja bersedia untuk duduk semeja dengan Pas bagi membincangkan isu dalam memartabatkan Islam, bangsa Melayu dan tanahair, di mana ini merupakan matlamat yang dikongsi bersama oleh dua buah parti Melayu ini.
Apa yang lebih menarik, apabila isu bersatu antara UMNO dan Pas ini menarik perhatian sebahagian besar umat Islam yang menjadi pemerhati kepada situasi politik di negara ini. Rata-ratanya meluahkan pendapat di dalam laman sosial samada facebook atau blog, yang memperlihatkan harapan agar perpaduan ini dapat dijayakan.
Usaha untuk menyatukan dua parti politik umat Islam yang terbesar di negara ini yang mendapat perhatian serta keterlibatan orang-orang alim secara langsung dan serius, merupakan satu perkembangan yang amat positif hari ini.
Dalam hal ini, umat Islam perlu sedar bahawa perpaduan ummah pada hari ini merupakan salah satu perintah Allah yang paling penting untuk dilaksanakan, berdasarkan situasi keadaan umat Islam yang berpecah belah, khususnya di negara ini.
Biarpun di antara kedua-dua parti ini mempunyai kenangan pahit secara peribadi sebelum ini, namun perkara ini tidak boleh menjadi penghalang dalam usaha perpaduan ini.
Mengapakah perbezaan ideologi politik, pentadbiran dan perlaksanaan bagi mengurus tadbir negara boleh membuatkan ada sebahagian umat Melayu bermusuh dengan yang lainnya. Sehinggakan kita hari ini mencaci maki dan menghamun sesama sendiri.
Hari ini, masing-masing memberitahu rakyat bahawa merekalah pembela Islam dan bangsa Melayu, namun apakah kita mahu membela Islam dengan cara berpecah belah, taksub, asobiyah, memaki hamun sesama sendiri, khianat, dengki, takbur, riak, sombong dan sikap-sikap yang seangkatan dengannya?
Apakah pendekatan seperti yang disebut di atas itu adalah perintah Tuhan atau pun sunnah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam usaha memartabatkan Islam? Bolehkah kita memperjuangkan Islam dengan akhlak yang buruk dan memaki hamun sesama sendiri?
Selain itu, apakah sikap bermusuhan, dengki mendengki, khianat mengkhianati, taksub dan asobiyah yang ditonjolkan dalam budaya berparti dan berpolitik di kalangan masyarakat Melayu hari ini adalah sesuatu yang baik untuk diwariskan kepada generasi pelapis umat Islam di negara ini?
Kita perlu sedar, bahawa Allah swt telah menyatukan umat Melayu dengan dua faktor yang paling kuat iaitu bangsa dan agama. Namun mengapakah hari ini kita masih lagi berpecah belah?
Bagi menjadikan usaha perpaduan ini menjadi kenyataan, maka wajib bagi setiap ahli terutamanya pemimpin bagi kedua-dua parti itu membuangkan rasa syak wasangka, khianat, dengki, ujub, riak dan mula bersikap tulus, ikhlas dan bersatu dengan niat hanya kerana Allah semata-mata.
Sekiranya masih wujud perasaan syak wasangka dan seangkatan dengannya dalam diri ahli mahupun pemimpin di dalam kedua-dua parti ini, maka usaha perpaduan ini akan gagal.
Apakah umat Islam di negara ini, ahli-ahli parti politik serta pemimpin terlupa pesanan Rasulullah saw yang dikitabkan di dalam Sahih Muslim yang bermaksud :
Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya
Malah, lebih penting lagi, perintah perpaduan itu merupakan salah satu perintah utama yang difirmankan Allah melalui Al Quran. Jika berdasarkan situasi di negara ini, maka tidak syak lagi, bahawa perintah untuk bersatu padu menjadi satu perintah yang perlu diutamakan dan sama pentingnya dengan perintah solat, haji, puasa dan lain-lain.
Sekiranya perkara ini menjadi satu kenyataan, maka keterbukaan serta keimanan umat Islam di negara ini dalam usaha bersatu padu memelihara Islam mudah-mudahan akan menjadi contoh bagi seluruh negara Islam di dunia ini.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.
Tangan-Tangan Ghaib Golongan Munafik
Di samping itu, umat Islam khususnya bangsa Melayu, perlu sedar bahawa mungkin ada tangan-tangan ghaib yang tidak mahu melihat wujudnya perpaduan di antara umat Islam di negara ini.
Dajal-Dajal kecil ini mungkin wujud di mana-mana sahaja, baik sebagai rakyat, ahli parti politik, termasuklah di kalangan pemimpin-pemimpin politik di dalam negara ini, baik di dalam UMNO, Pas , Keadilan DAP dan lain-lain.
Mereka inilah golongan munafik yang tidak mahu melihat perpaduan di kalangan umat Islam, khususnya bangsa Melayu lantaran mempunyai kepentingan agenda peribadi masing-masing.
Dalam hal ini, Allah swt telah mengingatkan hamba-hamba-Nya umat Islam melalui Firman-Nya dalam surah An Nisa ayat 88 yang bermaksud :
Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
Dan jelas, mereka yang termasuk di dalam golongan munafik itu ialah mereka yang mempunyai penyakit spiritual iaitu hasad dengki dengan perkara kebaikan seperti mana yang dijelaskan Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 10 yang bermaksud :
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Dan golongan munafik ini pula, berselindung di sebalik kelakuan yang baik dan sikap yang lunak, bagi menyembunyikan kemunafikan mereka serta perasaan hasad dengki mereka itu seperti yang dijelaskan Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 11 yang bermaksud :
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
Maka dalam hal ini, peranan para alim amat diperlukan untuk menjayakan usaha perpaduan ini. Orang alim perlu menjadi orang tengah di dalam usaha untuk menyatu padukan dua parti politik terbesar umat Islam di negara ini. Ini sesuai dengan perintah Allah swt dalam surah Al Hujaraat ayat 10 yang bermaksud :
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Kepada para ustaz, ulama dan pemimpin yang terlibat dalam politik, sekiranya ada di antara mereka yang bersikap auch tidak acuh, atau tidak suka kepada usaha untuk menyatupadukan dua parti terbesar ini dengan bersungguh-sungguh lantaran sentimen peribadi atau kenangan lalu, maka Allah swt dalam Firman-nya melontarkan satu persoalan kepada golongan ini yang bermaksud :
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Jadi jelas di dalam isu perpaduan ini, tidak ada alasan dari kedua-dua belah pihak untuk mengatakan tidak pada usaha ini. Bersatu merupakan satu perintah Allah dan Rasul, maka sekiranya usaha ini ditolak oleh salah satu pihak, maka secara jelas golongan ini telah ingkar dan melanggar perintah Allah.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sekiranya wujud golongan yang menentang perpaduan dua parti terbesar umat Islam yang cuba diusahakan hari ini, tidak syak lagi inilah golongan dajal dan munafik yang wujud berkeliaran di kalangan umat Islam untuk menyebar fitnah melaga-lagakan umat Islam di negara ini sesama sendiri.
Ini adalah kali ketiga kenyataan yang membayangkan akan wujud usaha menyatupadukan dua parti dalam satu matlamat. Ingatlah nasihat Allah swt dalam Surah An Nur ayat 55 yang bermaksud :
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akanmenguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanansetelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka
Bersatulah demi kemuliaan Islam, kesejahteraan bangsa dan keamanan negara.
Abu Muhammad Zubair
GEMPAR : LIM GUAN ENG RASA TERCABAR DENGAN KENYATAAN INI...
Posted by
Empayar Pemuda
at
8:00 AM
Pendedahan Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung cubaan merasuahnya oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jelas membuktikan bahawa kepimpinan kerajaan Pulau Pinang hanya pandai membuat slogan tetapi tidak mampu merealisasikannya.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Ir Shaikh Hussain Mydin, berkata slogan C.A.T (Cekap, Akauntabiliti, Telus) sebenarnya tidak wujud tetapi C.A.T yang diperkenalkan oleh Guan Eng itu adalah Chit (tipu), Arrogance (ego), Twist (putar).
“Slogan C.A.T Guan Eng, adalah untuk mengaburi rakyat yang kononnya mereka lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, tetapi realitinya C.A.T itu adalah untuk beliau menipu rakyat Pulau Pinang demi kepentingan politik peribadinya.
“Jika benar seperti apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz, Guan Eng tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk hanya untuk memastikan terus berkuasa.
“Apa yang sudah dilakukannya sejak jadi Ketua Menteri, tiada apa perubahan yang dibuat, mana ketelusan dan akauntabilitinya, apa yang dibuat adalah berdasarkan keputusannya sendiri, panel yang dilantiknya itu hanyalah sekadar `rubber stamp’,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Menurutnya, rungutan rakyat Pulau Pinang yang sering berlaku itu jelas menunjukkan ketidak cekapan pentadbirannya terutama kepada peniaga kecil apabila tiadanya ketelusan dalam membuat sebarang keputusan yang dilihat banyak melakukan pilih kasih untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja.
“Slogan Guan Eng itu ibarat seperti ‘meludah ke langit, akhirnya jatuh menimpa ke muka sendiri dan cakap tak serupa bikin, slogan itu hanya sekadar slogan sahaja,” ujarnya.
Shaikh Hussain berkata, jika dahulu Guan Eng menyatakan Tunku Abdul Aziz adalah seorang pemimpin yang berintergriti dan apa yang berlaku jelas menunjukkan Guan Eng sebagai seorang yang tidak berintergriti sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu untuk terus berkuasa.
“Guan Eng cuba mempergunakan Tunku Abdul Aziz untuk mendapat sokongan orang Melayu, namun perkara itu semuanya sudah terbongkar apabila Tunku Abdul Aziz menyedari bahawa Guan Eng cuba mempergunakannya,” katanya.
Beliau berharap rakyat Pulau Pinang sedar dengan apa yang cuba dilakukan oleh DAP yang memperalatkan orang lain untuk kepentingan politik, kininya tembelang DAP sudah terbongkar, politik mereka adalah politik peribadi untuk kepentingan dinasti kepimpinan tertinggi DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta anggota keluarganya. -MediaUMNO
HOT : RAMAI YANG TERKEJUT DENGAN RAHSIA IZARA AISHAH INI...
Posted by
Empayar Pemuda
at
1:51 AM
Izara Aishah. Memang orangnya secantik nama. Sejak menjadi naib johan Dewi Remaja 2010, populariti Izara meningkat naik seperti roket terbang ke bulan. Dan semalam Abang Nara berjaya mendapatkan interview sempoi dengan Izara untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sebenarnya, ada 7 perkara yang berkemungkinan besar anda tidak tahu tentang insan yang bernama Izara Aishah ini:-
1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.
2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.
3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.
5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.
7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi. Tak percaya? Sila tengok gambar di bawah.
Friday, May 18, 2012
NIKAH PADA USIA 16 TAHUN...
Posted by
Empayar Pemuda
at
5:34 PM
BACHOK: "Demi cinta kami sanggup berkahwin pada usia muda walaupun suami baru berusia 18 tahun," kata Ekin, 16, (bukan nama sebenar) yang selamat diijabkabulkan malam tadi.
Ekin yang hanya belajar sehingga Tingkatan Empat berkata, walaupun pernikahannya akan menjadi ‘buah mulut’ penduduk kampung, beliau sanggup menghadapi demi kasihnya kepada suami.
“Saya adalah anak sulung daripada lima beradik dan adik bongsu saya sekarang baru berusia dua tahun.
“Demi mereka, saya sanggup berkahwin muda supaya bebanan yang terpaksa ditanggung bapa lebih ringan tambahan lagi dia sendiri sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya, di sini semalam.
Mengimbas perkenalannya dengan suami dikenali sebagai Izad (bukan nama sebenar), Ekin berkata, ia bermula dua tahun lalu ketika mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok.
“Ketika itu saya berada di Tingkatan Tiga dan akan menempuh Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala Izad berada di Tingkatan Lima dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. Ekin berkata, suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Perak selepas mendapat keputusan agak membanggakan dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini.
Katanya, dia akan tinggal bersama adik-adiknya selepas suaminya menyambung pelajaran.
Ekin berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri walaupun tanggungjawab itu adalah tugas yang sukar untuk dia laksanakan terutama pada usia yang muda.
“Apa yang saya harapkan dari perkahwinan ini adalah supaya rumah tangga saya kekal hingga ke akhir hayat bersama suami dan kami akan buktikan kepada masyarakat yang berkahwin pada usia yang muda bukan menjadi satu masalah dalam alam perkahwinan,” katanya.
GEMPAR : KARPAL PASTI AKAN MELOMPAT BILA MEMBACA KENYATAAN INI...
Posted by
Empayar Pemuda
at
2:35 PM
Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.
Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut.
“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.
“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.
“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.
“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.
**Apa kata Hadi Awang dan Nik Aziz pula mengenai kenyataan Harun Taib ini...adakah ini merupakan pandangan parti PAS atau pandangan peribadi Harun Taib...
GEMPAR : ANWAR RASA TERCABAR DENGAN KATA-KATA EZAM INI...??
Posted by
Empayar Pemuda
at
12:25 PM
Sikap berdiam diri Parti Keadilan Rakyat dalam isu skandal seks Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sudah cukup untuk membuktikan pendirian parti tersebut tidak meletakkan nilai moral sebagai asas kepada prinsip perjuangan parti tersebut.
Menurut Senator Ezam Mohd Nor, mana-mana parti yang meletakkan nila-nilai moral sebagai asas perjuangan, pastinya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti tersebut yang telah terbukti melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
“Kita lihat contoh terbaru yang berlaku pada parti PDIP pimpinan Megawati Sukarno yang kini sedang melakukan siasatan terhadap seorang ahli Parlimen ekoran video lucahnya yang telah tersebar di You Tube.
“PIDP memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap pemimpin tersebut sekiranya hasil siasatan membuktikan bahawa dia benar-benar bersalah. Inilah caranya bagi sesebuah parti politik yang meletakkan nilai-nilai moral yang tinggi dan mulia sebagai asas kepada perjuangan parti.
“Tetapi perkara ini tidak berlaku di dalam PKR yang konon-kononnya mempunyai pemimpin-pemimpin berakhlak mulia yang melebihi dari orang lain. Dan Azmin sebagai pemimpin yang konon-kononnya bersih dan telus, perlu meletakkan jawatan dalam parti bagi membuktikan sikap ‘gentleman’ beliau sehingga siasatan selesai di jalan terhadap kes ini,” tegaskepada UMNO Online di sini hari ini.
Sehingga ke hari ini, parti yang kononnya memperjuangkan nilai-nilai murni seperti penghapusan amalan rasuah dan sebagainya itu, langsung tidak bertindak mahupun untuk menyiasat kebenaran video yang dikatakan membabitkan Timbalan Presiden parti tersebut, biarpun video skandal seks pemimpin itu sudah tersebar pada umum.
“Menyiasat pun tidak, apatah lagi untuk mengambil tindakan. Ini jugalah yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim, di mana sudah terang-terang video perlakuan seksnya itu memperlihatkan 99 peratus mirip beliau, namun tidak ada sebarang tindakan atau pun siasatan yang diambil oleh PKR.
“Ini cukup jelas membuktikan, bahawa PKR bukanlah satu parti yang mementingkan intergriti dan moral kerana setakat ini, tidak ada langsung siasatan apatah lagi tindakan terhadap kedua-dua pemimpin tertinggi mereka yang terlibat dalam isu moral seperti yang kita boleh lihat hari ini dan terus mengekalkan pemimpin yang sudah terpalit dengan isu skandal seks untuk menjadi pemimpin mereka,” tegasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat terutamanya ahli PKR agar meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti yang lebih mementingkan isu moral dan akhlak berbanding PKR hari ini.
“Saya rasa ahli-ahli PKR tidak perlu tunggu lama. Sudah jelas terbukti bahawa PKR tidak kisah tentang moral seseorang pemimpin, bahkan melindungi dan membela pula pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dalam isu salah laku moral seperti Anwar dan Azmin.
“Bagi ahli-ahli PKR yang mempunyai maruah dan meletakkan moral serta akhlak yang baik sebagai asas perjuangan mereka, terimalah hakikat bahawa PKR bukan lagi satu parti politik yang sesuai untuk dijadikan wadah perjuangan.
“Melihatkan isu-isu skandal seks yang menyelubungi dua kepimpinan tertinggi parti itu, ia sudah terbukti bahawa PKR sebenarnya adalah sebuah parti yang mendukung kepimpinan pemimpin-pemimpin yang tidak berakhlak dan memiliki asas moral yang teruk berbanding parti-parti lain yang ada di negara ini,” ujar beliau mengakhiri perbualan. -MediaUMNO
HOT : ANTARA 2 ABDUL AZIZ PAS DAN DAP...
Posted by
Empayar Pemuda
at
10:51 AM
KELMARIN, dua pemimpin pembangkang membuat dua kenyataan yang berbeza. Kedua-duanya melibatkan individu bernama 'Abdul Aziz'.
Kenyataan pertama dibuat oleh Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat keputusan meninggalkan parti itu selepas dikecam hebat oleh kepimpinan DAP yang salah seorang pemimpinnya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Segalanya bermula apabila Tunku Abdul Aziz enggan menyokong perhimpunan haram Bersih yang dianggap melanggar undang-undang negara serta hanya mencetuskan huru-hara. Akibat ketegasannya Tunku Abdul Aziz tidak disambung tempoh perkhidmatan sebagai Senator oleh DAP.
Ketika Tunku Abdul Aziz tegas dengan pendiriannya dan sanggup kehilangan kedudukan demi menegakkan kebenaran, kita juga dihidangkan dengan kenyataan keras oleh seorang lagi bernama Abdul Aziz iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu ternyata tidak berpuas hati dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam. Justeru Nik Abdul Aziz menyifatkan ia satu pandangan lapuk seorang mufti.
Sebelum ini, dalam isu Bersih, Nik Abdul Aziz ternyata meletakkan kepentingan politik bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengatasi segala-galanya apabila Mursyidul Am Pas itu menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hanya menggunakan sebelah mata apabila mengaitkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan huru-hara dan umat Islam haram menyertainya.
Malahan dalam kenyataan melalui Facebook, Nik Abdul Aziz secara sinis berkata, mata yang digunakan oleh jawatankuasa fatwa itu pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah rosak.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau bersetuju perhimpunan yang bertujuan mencetuskan huru-hara dan merosakkan harta benda adalah haram, tetapi bukan Bersih 3.0. Beliau turut menyifatkan jawatankuasa itu membuat keputusan hanya berdasarkan laporan akhbar prokerajaan, tanpa mendapat penjelasan daripada penganjur Bersih 3.0.
Namun cuba kita kaji apa kata Tunku Abdul Aziz mengenai Bersih pada 26 April lalu sehingga memungkinkan beliau tidak disenangi oleh kepimpinan DAP. Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau membantah perhimpunan itu kerana berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.
''Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya," kata beliau ketika itu.
Mungkin Tunku Abdul Aziz membuat bantahan tersebut kerana melihat apa yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu yang kesudahannya berakhir dengan kekecohan. Dan pada tahun ini penganjur sengaja mencari fasal apabila tetap ingin mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka biar pun ia sudah ada perintah mahkamah melarang mereka berbuat demikian.
Ternyata telahan Tunku Abdul Aziz menjadi kenyataan apabila perhimpunan Bersih 3.0 turut berakhir dengan kekecohan dan lebih teruk lagi ada keberanian luar biasa di kalangan penunjuk perasaan untuk merempuh sekatan polis.
Tetapi Pas termasuk Nik Abdul Aziz sengaja tidak mahu mengakui fakta ini, sebaliknya parti berkenaan bersekongkol dengan Majlis Peguam menyalahkan pihak berkuasa. Lidah rasmi Pas menunjukkan gambar kononnya polis bertindak ganas tetapi mereka tidak pula memaparkan bagaimana Unit Amal parti itu merempuh sekatan polis yang dikatakan menjadi salah satu penyebab utama perhimpunan tempoh hari menjadi ganas.
Tindakan Tunku Abdul Aziz meletakkan jawatan, sekali lagi memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya sentiasa berpegang kepada prinsip dan konsisten dalam apa juga yang dilakukan.
Tunku Abdul Aziz boleh sahaja menyokong Bersih kalau beliau mahu tempoh senatornya disambung tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana ini menyentuh soal prinsip. Tunku Abdul Aziz tidak mahu menjadi seperti pemimpin-pemimpin Pas yang sanggup menolak kebenaran semata-mata kerana perjuangan politik.
Mungkin hujah ini tidak disenangi oleh Pas dan Nik Abdul Aziz tetapi inilah kenyataannya. Walaupun banyak pihak sudah melihat bahawa perhimpunan Bersih tidak akan mendatangkan sebarang faedah apatah lagi dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bersedia berunding bagi menyelesaikan masalah namun ia tidak dipedulikan oleh Pas dan sekutunya.
Oleh itu, mereka mahu mana-mana juga pihak termasuklah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menyokong perhimpunan berkenaan, kalau membuat kenyataan berbeza dengan apa yang mereka perjuangkan maka pihak-pihak berkenaan akan dituduh pak turut kerajaan.
Sebab itulah, apabila Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membuat keputusan mengatakan perhimpunan Bersih haram, maka melompatlah kepimpinan Pas. Pelbagai dalil dan hujah dikeluarkan oleh mereka bagi mempertahankan Bersih dan ada antaranya memperlekehkan keputusan majlis tersebut.
Sebagai contoh, seorang pelajar Malaysia di Jordan dalam satu tulisan yang disiarkan oleh blog-blog memperlekehkan keputusan Jawatankuasa Fatwa dan meminta anggota majlis tersebut bersikap terbuka biar pun menerima gaji daripada kerajaan BN.
Inilah sikap pemimpin dan penyokong Pas, kalau sesuatu keputusan itu tidak menyebelahi politik mereka, maka ia ditolak bulat-bulat biar pun ia dibuat berlandaskan al-Quran dan hadis.
Jika situasi ini diambil kira, jelaslah Tunku Abdul Aziz jauh lebih matang berpolitik berbanding kepimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz. Ia memandangkan Tunku Abdul Aziz bersedia menerima risiko bagi menyatakan kebenaran tetapi Pas sentiasa sahaja berdolak-dalik dan membuat sesuatu keputusan berdasarkan perhitungan politik semata-mata.
Justeru tidak hairanlah apabila kepimpinan Pas bercakap soal hudud, tidak ada sebarang perasaan takut di kalangan pemimpin-pemimpin DAP atau PKR untuk membantah perkara tersebut. Ini kerana mereka memahami kepimpinan Pas terlalu taksub berpolitik dan tetap akan bersama dengan pakatan pembangkang biar pun apa juga berlaku.
Begitulah juga dalam isu Bersih, ketegasan Tunku Abdul Aziz dan keputusan Jawatankuasa Fatwa sudah pasti tidak akan mengugat Pas untuk terus menyokong perhimpunan haram berkenaan biar pun ia telah membawa kesan yang amat buruk kepada negara.
Pemikiran kepimpinan Pas sudah terkepung dengan politik untuk menjatuhkan kepimpinan BN melalui sasaran memenangi pilihan raya umum akan datang bersama-sama dengan PKR dan DAP.
Apa pun Tunku Abdul Aziz boleh dianggap memberi pengajaran kepada kepimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz supaya konsisten dalam memperjuangkan sesuatu dan perlu menjadikan apa yang berlaku kepada beliau sebagai isyarat mengenai wajah sebenar politik DAP. UM
3 PENYAMUN SEKSA WANITA HAMIL...KENCING DAN PAKSA JILAT...
Posted by
Empayar Pemuda
at
9:13 AM
SUNGAI SIPUT - Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.
Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.
Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.
“Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.
Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.
“Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.
“Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.
Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek masih belum dikenal pasti.
PANAS : ANWAR SOUND LIM GUAN ENG JANGAN TERLALU BONGKAK..??
Posted by
Empayar Pemuda
at
8:05 AM
Nyatanya, Anwar tidak berapa gemar dengan apa yang berlaku berkenaan isu Tunku Aziz dalam DAP. Sebagai orang lama dalam politik, Anwar tahu bahawa DAP sudahpun gagal untuk menguruskan isu Tunku Aziz dengan baik. Lim Guan Eng, sudah menjadi ‘monster’ – yang tidak tahu menghormati orang lain – dan ini akan menyusahkan politik Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang.
Setakat ini, tak ramai yang boleh dan mampu menasihatkan Guan Eng. Dia sudah terlalu bongkak dan sombong sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Padanya, jawatan yang tidak pernah mampu diperoleh mana-mana pemimpin DAP yang ada sekarang adalah bukti bahawa dia adalah ‘knight’ istimewa dalam DAP. Oleh yang demikian, dia mesti diberikan kedudukan yang istimewa dan apa sahaja yang dikatakannya mesti dituruti.
Anwar memang sudah mula rasa tidak selesa dengan Guan Eng. Bukan baru. Masa zaman Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri lagi, Anwar sudah nampak bahawa Guan Eng adalah different breed of political animal.
Tunku Aziz pada hakikatnya sudah dikenalpasti oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) sebagai individu yang boleh diangkat sebagai Chariman parti DAP bagi menggantikan Karpal. Dinasti Lim sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Karpal sudah tidak lagi relevan dalam politik DAP. Anwar tidak memberikan sebarang komen dan enggan mencampuri urusan dalaman DAP. Ya, memang benar, Karpal adalah peguam Anwar – namun itu semua dilakukan di atas keadaan profesional. Non issue.
Anwar juga tahu bahawa Tunku Aziz adalah seorang Melayu yang sangat berintegriti tinggi. Anwar dimaklumkan oleh sumber dalaman Petronas; bagaimana Tunku Aziz menulis surat sendiri kepada Tan Sri Hassan, meminta dia diberhentikan sekiranya penerimaan jawatan sebagai Naib Presiden DAP akan memberikan masalah kepada Petronas – ketika itu Tunku Aziz adalah Board of Trustee kepada Anugerah Merdeka yang ditaja oleh Petronas.
Dalam isu ini, Guan Eng sebenarnya sudah membuka pekung dirinya – untuk menawarkan RASUAH sebanyak RM50k kepada Tunku Aziz. Guan Eng adalah seorang pemimpin yang kotor dan mahu menyelesaikan semua masalah dengan wang. Inikah kononnya pemimpin DAP yang bersih?
Lebih merisaukan Anwar adalah apabila akhbar Cina seperti Sinchew juga sudah menyerang integriti Guan Eng.
Anwar risau semua ini akan memberi kesan kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri. - Gelagat Anwar
PANAS : GAMBAR DIANA DANIELLE BERSAMA LELAKI ATAS KATIL?
Posted by
Empayar Pemuda
at
2:14 AM
Gambar panas Diana Danielle bersama adi seorang lelaki diatas sebuah katil di set pengambaran hanyalah fitnah semata-mata. Diana berkata menerusi twitternya menyebut, individu didalam gambar itu yang sedang terbaring bersamanya diatas katil bukanlah seorang lelaki tetapi seorang wanita.
Katanya Adi adalah bekas manager Farah Asyikin dan pada ketika gambar ini diambil, mereka sedang berehat di set pengambaran setelah penat berlakon. Adi yang mempunyai imej menyamai lelaki telah berjaya membuatkan semua peminat diana danielle cemburu dan salah anggap.
KENYATAAN YANG BODOH DAN MEMALUKAN DARI DEWAN ULAMA PAS PERAK???
Posted by
Empayar Pemuda
at
1:01 AM
Hahaha...apa punya bodoh Dewan Ulama PAS Perak...Dah tak de benda lain ke nak bagi contoh...Ada ke patut samakan parti songsang PAS dengan JAKIM...Dewan Ulama PAS Perak tahu tak maksud JAKIM..Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...Kalau JAKIM tak boleh nama Islam...habis tu nak guna nama apa..?? Cina..India??
JAKIM tu sebuah jabatan yang menjaga kepentingan orang Islam di Malaysia..memang patut la di guna nama Islam..yang PAS pula sebuah parti politik yang songsang...hanya tahu memutarbelit agama untuk kepentingan politik sendiri..jadi mana layak guna nama Islam..
Cuba baca kenyataan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS Perak...
Saranan agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah saranan yang hanya akan membuktikan Majlis tersebut hanya mengikut telunjuk Umno.
Ini kerana bukan hanya PAS sahaja yang menggunakan nama Islam di negara ini. Apakah badan-badan lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam neger-negeri wajar menggunakan perkataan Islam?
Kelakar dan bodoh bukan...hahahahaha.....
Thursday, May 17, 2012
HOT : KERETA MEWAH BMW MILIK TASHA. HASIL DARIPADA MELAYAN VVIP??
Posted by
Empayar Pemuda
at
11:11 PM
TIDAK sampai empat tahun bergelar pelakon drama televisyen (TV) dan filem, Tasha Shilla boleh dikategorikan sebagai pelakon generasi baru yang cepat melonjak namanya dalam bidang seni di negara ini.
Pelakon berusia 25 tahun ini bukan sahaja semakin popular di mata para penonton tetapi dia turut menjadi pilihan ramai penerbit serta pengarah filem yang mahu menawarkannya pelbagai watak dalam produksi masing-masing.
Malah, pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abd. Razak ini turut menyerlah daripada segi imej dan personalitinya yang kini bergaya dengan kereta mewah jenis BMW.
Sungguhpun begitu, ada juga mulut-mulut nakal yang mempersoalkan kemampuan Tasha yang baru setahun jagung bergelar pelakon tetapi sudah mampu memiliki kereta mewah itu yang kononnya ditaja oleh pihak-pihak tertentu.
Pelakon berasal dari Ampang, Selangor ini bingkas bangun lantas menafikan tohmahan seperti itu. sebaliknya dia menjelaskan segala apa yang dimilikinya itu adalah hasil kerja kerasnya sebagai pelakon sejak tahun 2009.
“Kalau saya ditaja oleh VIP ke atau sesiapa juga, lebih baik saya tidak payah berlakon. Sedangkan setiap hari saya bekerja keras menjalani penggambaran drama dan filem tanpa mengira waktu kerana mahu mencapai impian saya.
“Sebenarnya sebelum menjadi pelakon lagi saya sudah ada kereta sendiri iaitu Proton Satria di mana selepas itu saya bertukar kepada kereta Perodua Kembara. Saya seorang yang amat meminati kereta dan selalu bertukar-tukar kereta.
“Apabila ada kemampuan saya memang akan bertukar-tukar kereta. Malah, sewaktu saya bersekolah menengah lagi saya sudah menggunakan kereta jenis Mitsubishi Pajero milik bapa untuk pergi ke sekolah," katanya kepada Hits.
Justeru katanya, isu itu hanya tohmahan semata-mata kerana sejak terbabit dalam bidang lakonan tiga tahun lalu menerusi filem pertama lakonannya berjudul Ratu The Movie, dia terus aktif dalam bidang tersebut.
Bukan setakat berlakon filem, malah Tasha juga menerima banyak tawaran berlakon drama TV yang tidak putus-putus sehinggalah ke hari ini menyebabkan dia menggunakan peluang itu bagi memenuhi hobinya yang suka bertukar-tukar kereta.
Sekarang ini pun saya sedang merancang untuk bertukar kereta baru tetapi biarlah dirahsiakan jenisnya dulu kerana takut tidak jadi pula nanti. Saya rasa berhak bertukar kereta baru yang lebih bagus kerana saya menggunakannya untuk pergi menjalani penggambaran drama dan filem di merata-rata tempat.
“Lagipun tidak salah untuk saya menikmati hasil titik peluh saya dalam bidang lakonan. Cuma yang tidak sedap didengar lain pula tanggapan segelintir pihak apabila melihat kereta yang saya gunakan. Saya bukanlah orang kaya tetapi saya sentiasa berusaha untuk menikmati apa juga yang orang lain boleh miliki," ujarnya penuh makna.
Artis baru wanita paling popular
Ekoran populariti Tasha itu, maka tidak hairanlah pada 8 April lalu ia seperti memberi gambaran atas kerja keras dan populariti yang dikecapinya sebagai pelakon apabila namanya diumumkan sebagai pemenang sebagai artis baru yang paling diminati dalam majlis anugerah yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.
Sebagai artis baru yang berjaya menempatkan namanya di hati para peminat pada anugerah yang 100 peratus melalui undian orang ramai itu, Tasha memang boleh berbangga dan meraikan kejayaan tersebut.
Malah, bagi pelakon berwajah ayu ini dia juga tidak menganggap kejayaan itu miliknya seorang, tetapi mahu ia dikongsi bersama ahli keluarga dan kawan-kawan baiknya.
Justeru, sehari selepas Tasha menjulang trofi yang dimenanginya itu, dia antaranya mahu berkongsi kejayaan itu bersama seorang teman baiknya. Sayangnya, tindakan pelakon telemovie, Adi Dan Meon itu telah disalahtafsir oleh segelintir pihak yang melihatnya mengusung trofi kemenangannya ke pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Tasha, dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi sampai ke tahap timbul riak apabila dikatakan sengaja membawa trofi yang dimenanginya itu ke Pavillion. Sebaliknya, kejadian yang dilihat oleh beberapa orang itu telah tersebar luas dan diperkatakan sehinggalah ke laman sembang sosial Twitter sehingga ia mencetuskan cakap-cakap yang kurang enak didengar.
“Sebenarnya, saya membawa trofi itu ke Pavillion kerana mahu menunjukkannya kepada kawan baik saya iaitu Reza yang kebetulan bekerja di butik Prada di situ.
“Dia teringin sangat mahu melihat dari dekat dan memegang sendiri trofi tersebut. Saya memenangi anugerah itu pada hari Ahad dan keesokannya iaitu pada hari Isnin saya terus pergi ke Pavillion.
“Ini kerana, saya tidak mahu menghampakan permintaan kawan baik saya itu yang telah banyak menyokong kerjaya saya sebagai pelakon selama ini. Sayangnya, ramai yang mungkin ternampak insiden itu.
“Sebab itu tidak hairanlah ada yang kata saya sengaja mahu menunjuk-nunjuk dengan kemenangan yang itu, apatah lagi baru kali pertama menang anugerah.
“Sedangkan hakikatnya trofi itu saya simpan dalam beg tangan saya dan hanya ditunjukkan kepada kawan-kawan saya yang ada di situ sahaja. Saya bukannya menunjuk-nunjuk sampai semua orang di Pavillion itu nampak trofi itu. Saya kesal kerana ada pihak yang menyalahtafsirkan tindakan saya itu dengan pelbagai tuduhan yang belum tahu hujung pangkalnya," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RSS Feed
Twitter













.jpg)








