FESTIVAL BELIA 2013

Monday, May 14, 2012



TAHNIAH!!! EP ucapkan kepada Seluruh ahli UMNO sempena Sambutan Hari UMNO ke 66 yang lalu. Meriah… memang meriah…



Tetapi di dalam kemeriahan hari perasmian pada Jumaat lalu, ada beberapa perkara yang tak berapa sedap mata memandang. Bukan tujuan EP nak menghentam sesiapa tapi “there’s always room for improvement” bak kata omputeh.

EP memulakan perjalanan seawal 2 pagi menuju Kuala Lumpur untuk sama-sama meraikan hari bersejarah UMNO. Di sepanjang lebuhraya kami beriringan dengan berpuluh-puluh bas yang membawa ahli UMNO. Di hentian R&R pula sesak dengan ahli-ahli UMNO yang datang dari Utara. Terasa seronok pula melihat senario ini.

Setelah berhenti mandi dan berehat di rumah member…akhirnya kami tiba juga di Stadium Putra Bukit Jalil setelah berjam-jam terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Almaklumlah berpuluh ribu kenderaan ingin menuju ke tempat yang sama. Kemeriahan semakin terasa.. Kehangatan semakin membara. Lautan manusia merah putih mewarnai Stadium Putra Bukit Jalil. Masing-masing berasa bersemangat menunggu detik perasmian oleh YAB Dato Sei Najib. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, tak kira tua muda duduk bersama-sama bagi meraikan hari UMNO.

EP rasa terharu melihat kesungguhan mereka untuk sama-sama berada di Bukit Jalil. TAPI yang peliknya pucuk pimpinan UMNO seolah-olah tidak terharu dengan sokongan ahli UMNO. Yang jeliknya semua exco tertinggi duduk di atas pentas bersama-sama PM. Bukankah molek sekiranya mereka sama-sama duduk di bawah bersama ahli-ahli yang lain. Biarlah PM dan beberapa tokoh saja yang berada di atas. Kenapa perlu duduk di atas? Ini bukan mesyuarat Agong … ini sambutan hari UMNO!!!



Bertambah jeliknya.. apabila usai PM memberi ucapan, menteri-menteri serta exco-exco kelam-kabut bangun untuk bersalam dan mengucapkan tahniah kepada beliau. Tidak ada waktu lainkah? Ini pertama kali mereka bertemu PM kah? Sakit juga mata EP memandang gelagat exco-exco ini yang seolah-olah ingin ‘mengipas’ tak kena tempat.

Bertingkat-tingkat jeliknya bila waktu jamuan bermula. Semua exco tertinggi makan bersama PM. Di dalam bilik berhawa dingin di jamu dengan makanan yang enak-enak. Alangkah moleknya jika mereka makan bersama ahli yang lain. Beramah-mesra, bergurau senda. Mendekatkan diri dengan rakyat. Tidak terdetik kah di hati mereka, “ahli-ahli yang lain.. sudah makan kah mereka?”

Berblok-blok jeliknya melihat Exco-exco yang sanggup berbaris di depan kereta PM untuk mengiringi PM pulang walhal pada ketika itu mereka boleh beramah mesra dengan ahli-ahli UMNO yang hadir dari seluruh Malaysia… sejurus selepas PM meninggalkan majlis, pimpinan tertinggi UMNO termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri macam tak cukup tanah turut sama angkat kaki meninggalkan Stadium Bukit Jalil. Cuma ada beberapa Menteri dan Timbalan Menteri je yang beramah mesra dengan ahli UMNO pada ketika itu…Tahniah EP ucapkan pada mereka..antaranya ialah YB Razali Ibrahim..Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia…

EP yang dari tadi sakit mata, sekarang sudah membawa ke sakit hati. Janganlah pentingkan diri sendiri. Orang lain bersengkang mata, menahan letih mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer, menyarungkan baju keramat UMNO dari awal pagi hingga kini… ANDA? Datang disambut. Kenderaan di ascord.. tak perlu meredah kesesakan dan tak perlu berjalan kaki sejauh lebih 3km… Kelam kabut nak balik kenapa????

Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi yang duduk bersama.. kini mula meninggalkan tapak perasmian. Masing-masing mencari kenderaan yang harus mereka naiki. Ada yang sesat, ada yang salah bas, ada yang tak tahu ke mana nak dituju. Pada waktu ini di mana ketua mereka? Bukankah sepatutnya mereka bersama-sama ahli yang lain, menghantar mereka ke bas… Melambai tangan dan mengucapkan terima kasih. Di mana mereka?

Dari sakit mata, ke sakit hati, sekarang dah ke sakit jiwa EP dibuatnya dek perangai exco-exco ni. Kesian EP tengok makcik-makcik yang lost ni. Kami bantu apa yang patut. Nak pinjamkan handphone.. makcik-makcik ni tak tau siapa yang mereka harus hubungi. Maklumlah bila dah ramai-ramai. Tempat pun tak familiar.. sepatutnya perlu ada AJK yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal seperti ini.

EP meninggalkan Stadium Bukit Jalil pada jam 1.00 pagi. Di waktu ini masih ada saki baki ahli UMNO yang menunggu kenderaan mereka. Di harap mereka semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Banyak yang boleh dipelajari dari peristiwa ini. Bagi yang di atas, janganlah lupa pada ahli yang di bawah. Semangat juang  adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik tadi harus disanjungi. Tanpa mereka siapalah ANDA. UMNO juga takkan utuh hanya dengan pucuk pimpinan sahaja. Hargai mereka. Bertukar senyuman, bersalaman, bertanya khabar.. walaupun remeh dan kecil bagi ANDA tapi BESAR ertinya bagi mereka d bawah. ANDA ingin disanjungi dan dihormati. Tapi pernahkah ANDA menyanjungi dan menghormati ahli-ahli anda? Di mana ANDA apabila anak-anak buah anda memerlukan anda?...


**Gambar kat atas sekali tu sekadar hiasan...

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.
Daripada buang masa melayan angan-angan mat jenin pembangkang yang kononnya nak mengumpulkan 1 juta rakyat (kononnya kebanyakan yang akan hadir terdiri daripada mahasiswa) untuk Bersih 4.0...lebih baik golongan belia di seluruh negara menghabiskan masa mereka dengan menghadiri Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Banyak aktiviti yang menarik dan berfaedah disediakan untuk golongan Belia...Jumpa disana...


Genap dua minggu Che Tom Yahaya meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya dengan perlakuan anak kesayangannya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, namun ia masih tidak mampu mengubah apa-apa.
Menurut sumber, Azmin masih lagi ‘buat bodoh’ dan tidak menghubungi mahu pun bertanya khabar ibunya yang uzur itu walaupun pada satu peringkat beliau pernah diminta berbuat demikian oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah sendiri, iaitu isteri kepada bos kesayangannya itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Azmin hanya menggunakan laman media dan blognya untuk menjelaskan pada masyarakat – SAYA TIDAK PERNAH DERHAKA.
Bukan itu saja, Azmin juga menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik rakaman video klip itu.
” Walaupun Che Tom menangis dan merintih meminta Azmin kembali ke pangkal jalan, namun sehingga kini beliau masih membisu seribu bahasa sebaliknya hanya menggunakan laman blog peribadinya untuk menafikan perkara tersebut.
” Bahkan sejak kali terakhir datang beraya di rumah ibunya pada tahun lepas, itu jugalah kali terakhir beliau bertemu ibunya dan tidak pulang-pulang hingga ke hari ini.
” Nak tahu pejabat Azmin? Dari rumah Che Tom tak sampai 10 minit, bayangkan,” kata sumber dalaman keluarga tersebut.
Baru-baru ini Che Tom meluahkan perasaan sedihnya mengenai Azmin dalam satu pertemuan dengan pihak media di rumahnya di Hulu Klang, Selangor.
Berikut sedutan pertemuan itu.
- Insiden di pagi Syawal tahun lalu
“Saya teramat sedih atas apa yang berlaku terhadap anak-anak saya. Selama hari ini saya mendiamkan diri sebab dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 30 Ogos tahun lalu. Sejak itu dia tiada menelefon, tanya khabar dan tak datang tengok saya serta tak bagi duit belanja.
Masa dia datang pagi Syawal, Ummi (adiknya, Ummi Hafilda) ada. Dia terus masuk (ke rumah) dan marahkan saya serta cakap yang bukan-bukan terhadap Ummi. Jadi saya pun menjawab. Apabila saya menjawab, dia tanya mengapa saya nak sokong Ummi. Dia perempuan sial, perempuan sundal. Saya kata Min (Azmin), hari ini hari baik bulan baik, kita bermaaf-maafan. Itukan darah daging Min. Kemudian dia jawab, itu (Ummi) bukan darah dagingnya. Saya tanya siapa darah daging dia. Dia jawab Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Selepas itu Azmin menyuruh saya halau Ummi dari rumah. Bila dia kata begitu, hancur hati saya. Anak-anak dan isterinya pun ada sama. Anak-anak dia nak makan pun dia halang dan kata jangan makan apa-apa dalam rumah ini, semuanya haram.
Kemudian, anaknya nak duduk pun dia halang. Kata Min, jangan duduk di kerusi itu kerana ia tak disamak. Itu yang buat hati saya hancur sehingga hari ini. Saya tak dapat nak berkata apa. Saya malu kepada masyarakat, malu dengan kerajaan dan tuhan.”
- Tidak pandai jaga anak?
“Orang kata saya tak pandai menjaga anak. Tapi saya rasa saya dengan abahnya (Allahyarham Ustaz Ali Omar yang meninggal dunia pada 1999) ajar macam-macam. Abah dia ajar mereka enam beradik dengan ilmu akhirat, sopan santun dan budi pekerti. Saya cukup jaga anak-anak tetapi apabila sudah besar, bekerja dan ada pangkat, boleh jadi begini.
- Azmin dahulu
“Azmin dahulu baik. Dia ingat ibu bapa dan menyayangi adik-beradiknya. Kalau pergi ke luar negara, ada sahaja buah tangan yang dibawa balik tetapi sekarang tidak.
Sekarang saya sakit, beritahu dia pun tiada jawapan. Beberapa kali saya masuk IJN (Institut Jantung Negara), dia tiada kata nak bayar atau nak tolong hantarkan.
(Jadi) Parti Keadilan (PKR) ini di mana letaknya keadilan itu. Dengan orang lain dia boleh ambil berat, tetapi ibu sendiri yang mengandungkan dia, dia boleh buat begini. Itulah yang hancur hati saya sekarang ini. Baru-baru ini saya terjatuh dan kepala bengkak. Cucu saya yang hantar ke klinik jumpa doktor.
Saya mengandungkan dia sembilan bulan 10 hari. Nak bersalinkan dia punyalah susah. Tiga hari tiga malam saya sakit. Tiba masanya sekarang, dia tak ambil berat tentang saya.
- Kenapa Azmin berubah
“Saya rasa tentulah mungkin (berpunca daripada) Anwar. Dulu dia tidak begitu. Sekarang kakak dia pun dia tak mengaku kakak. Adik pun tidak mengaku itu adiknya. Dengan dua orang kakaknya pun dia tidak bertegur sapa. Baru-baru ini anak kepada kakaknya berkahwin, ada jemput Min tapi dia tak datang. Tetapi saya sabar. Saya diamkan sahaja.
Sehingga dia buat rumah terbuka (Aidilfitri) tahun lalu pun dia tak jemput saya. Sudah saat-saat akhir baru Shamsidar (isteri Azmin) hubungi dan mengajak saya ke rumah terbuka itu. Saya kata tak payahlah.”
- Tentang hubungan Shamsidar dan Anwar
“Itu saya tidak boleh kata betul sebab saya tak pandang, saya tak nampak. Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat. Kenapa tak mahu saman? Berani kerana benar, takut kerana salah.”
- Mengenai gambar Azmin bersama seorang wanita yang banyak disiarkan dalam blog.
“Orang banyak tanya kebenaran tentang dakwaan itu. Saya kata saya tak nampak, jadi saya tak mahu kata ia betul. Tapi itulah, adat orang Islam, kalau betul kita tak buat, kita bersumpah di masjid atau saman orang yang menjatuhkan maruah kita.
- Pernah cuba hubungi Azmin?
“Sejak raya (Syawal) tahun lepas, saya sudah tidak menghubunginya. Dia pun tak hubungi saya. Tapi sebelum itu, bila dia datang sini, dia ada pesan kalau ada apa-apa, cepat-cepat hubungi Min. Tapi malangnya apabila saya telefon, tak berjawab. Sampai ke hari ini, tidak ada telefon tanya khabar dan datang jenguk saya.
Dia pernah datang kampung ini bagi ceramah tetapi saya tak tahu. Orang kampung yang beritahu dan tanya Min tak singgah rumah? Saya kata tidak ada, dia sibuk. Sedangkan kalau nak dikira pun pejabat (wakil rakyat) dia dengan rumah saya jarak 10 minit sahaja.
- Harapan Che Tom
“Tiada harapan, hati saya bukan luka, bukan sakit. Kalau sakit boleh diubati, kalau luka boleh dijahit, tapi ini hancur. Hancur sama sekali. Pagi Syawal dia maki adik dia (Ummi), dia kata perkataan yang dahsyat yang tuhan tak suka perkataan itu. Itu yang hancur hati saya.
Kalau boleh, Min sedarlah diri. Baliklah ke pangkal jalan. Janganlah teruskan perangai diri begitu. Saya tak ajar perangai seperti itu. Saya malu. Dalam Parlimen pun nak bergaduh. Buat demonstrasi pun bergaduh sehingga kerana mereka, ramai yang luka parah. Ini bukanlah keadilan. Itu namanya menjahanamkan orang.”
- Jika Azmin minta maaf
“Saya tak buang anak. Anak mana pun tetap anak saya kerana saya yang mengandungkan dan melahirkan. Saya tak buang dia (Azmin). Tapi kalau dia nak balik, ikut dua syarat ini. Baliklah ke pangkal jalan, sedarlah diri dan bertaubat kepada Allah. Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar. Kalau boleh dia pun begitu.
(Kemudian) Barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok. Tiada maknanya. Saya hidup lagi pun dia tidak mahu tengok, jadi dah mati baru nak tengok, tak payahlah.
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bersusah payah kerana saya. Jika ada terkasar bahasa, saya minta maaf. Mungkin satu dua hari ini saya mati, saya minta maaf dunia akhirat. Apa sahaja kesalahan saya, saya minta maaf.- My News Hub
PE TERTANYA-TANYA KE MANA ILANGNYA NIK AZIZ, AZHAR IDRUS, HADI AWANG, BADRUL AMIN...APSAL MEREKA TAK BAGI NASIHAT PADA AZMIN ALI SUPAYA DIA PULANG BERJUMPA DENGAN IBUNYA..


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendedahkan rancangan pihaknya akan melancarkan Bersih 4.0 jika sistem pilihan raya masih memperlihatkan kepincangan dan dijangka bakal dihadiri hampir sejuta peserta.
Hahahahahaha....sejuta peserta....hahahahahaha....gila ke apa??Kali ni nak tawan mana pula?? dan siapa pula nak yang jadi pengerusi Bersih 4.0...Ambiga?? 


Hahahaha... 



Puak pembangkang yang terlalu mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengetuai impian mereka untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke 13 tentu tersentak mendengar pendedahan baru yang dibuat oleh Senator Mohamad Ezam Mohd Noor ini.
Jika benar ia mengambarkan seolah Ketua Pembangkang itu tidak yakin langsung pada pakatan PKR-PAS-DAP dan bagaimana beliau begitu gian sekali nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup membelakangkan mereka ‘cara diam-diam’.
Kisah ini belum pernah kita dengar sebelum ini.
Semasa membuat pendedahan ini Ezam kata beliau berani bersumpah bahawa Anwar pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.
Bekas Setiausaha Politik Anwar itu membuat pendedahan itu semasa siri ceramahnya bersama Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim TIBAI  di Ampang Ahad malam.
Dakwa Ezam beliau ada bukti tentang apa yang didedahnya itu.
Katanya hal itu  berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib.’ Katanya.
Ezam memberitahu Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah menyifatkan Najib sebagai individu paling berpotensi menerajui negara kerana kepandaian dan kecerdikan yang ada padanya.
 
"Justeru, tidak hairanlah kenapa Anwar begitu drastik melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana beliau terlalu takut dengan individu yang bernama Najib," katanya.

Ini memang kes berat kerana ia jelas satu tindak tanduknya ‘main belakang’ pakatan pembangkang lain.
Beranikah Anwar menafikan dakwaan Ezam ini?
Lojik akal mengatakan tidak mungkin Ezam berani cakap begitu jika beliau tidak ada bukti mengenainya.
Pak Lah masih hidup.Beliau tentu dapat mengesahkan hal ini jika benar.
Kalau benar apa alasan Anwar nak bagi kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang?
Tidak kurang menarik ialah pendedahan Ezam seterusnya bahawa Anwar pernah membawa seorang rakan ulama Abdullah dari Surabaya, Indonesia bagi tujuan memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.
"Saya juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu untuk memujuk kiai atau ulama berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri Perdana yang ketika itu kediaman Pak Lah.
 
"Anwar memujuk kiai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah, tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiai terbabit," katanya.- AgendaDaily

Sunday, May 13, 2012

Hari memperingati Tragedi 13 Mei..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bekas exco Pemuda Keadilan, Abdul Ghani Haron membongkar satu lagi skandal Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membabitkan seorang anak muda yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam.
“Anwar Ibrahim mengorat anak muda ini..”, dedahnya dalam ceramah Sulong TIBAI di Taman Pinggiran, Gombak, 10 Mei.
Dalam ceramah itu Abdul Ghani turut mendedahkan komunikasi Anwar dengan anak muda tersebut yang disifatkan sebagai mengorat sepertimana pasangan kekasih.
Bekas exco pemuda Keadilan yang pernah dikenakan tahanan ISA itu juga mencabar Anwar melakukan penafian dan bersumpah tidak pernah melakukan perbuatan itu ke atas anak muda tersebut. aidc

Saturday, May 12, 2012

Luahan ibu Timbalan Presiden PKR, Che Tom Yahaya, 78 tahun baru-baru ini menimbulkan sentimen yang memilukan dalam konteks hubungan kekeluargaan masyarakat Melayu.
“Selama hari ini, saya mendiamkan diri..dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 20 Ogos 2011..hari raya, 1 Syawal..semenjak itu, hingga ke hari ini, dia tak ada telefon, tak ada tanya khabar dan tak datang tengok saya”
Katanya, walaupun dirinya terlantar sakit di hospital, namun anaknya, Azmin tidak datang menziarahinya, apatah lagi menghulurkan wang kepadanya.
“Macam mana dia buat parti Keadilan..di mana terletaknya keadilan itu..dengan orang lain, dia boleh ambil berat…dengan ibu dia sendiri yang kandungkan dia..dia buat macam ni..Itulah yang hancur hati saya sekarang ni,” katanya sambil menangis kerana tidak tahan menanggung sebak.
Azmin tidak terus menjawab rintihan ibunya itu. Dia mengambil masa dua hari untuk memberi jawapan, walaupun berita itu sudah menjadi tajuk utama media massa sejak 5 Mei.
Leave my mum alone, Azmin tells Umno“, begitulah tajuk Malaysiakini dalam melaporkan jawapan Azmin yang menyalahkan media-media UMNO untuk menutup isu sebenar, bahawa beliau tidak menziarahi ibunya.
“Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Laman suarapakatanrakyat melihat kenyataan Wan Azizah itu sengaja memperli Azmin rentetan dari sejarah lama sejak dari tahun 1998.
Mstar melaporkan sejak kes 1998, Azmin sekeluarga tidak pernah menjejakkan kakinya ke rumah ibunya selama 9 tahun.
Pada Syawal 2009, barulah Azmin terbuka hati untuk menjenguk semula ibunya.
Namun itu hanya berlaku dua kali Syawal sahaja kerana pada 1 Syawal 2011, kehadiran Azmin bertembung dengan adiknya, Ummi Hafilda yang menyebabkan Azmin mula dilihat mahu kembali kepada perangai asal.
“Masalah YB Azmi Ali ni mula dah lama dah sejak tahun 1997..bahkan sesetengah (berpendapat) bermula 1992..kalau tak salah saya.
“Apa sebab masalah itu, terus timbul..terus timbul..dan timbul masalah baru..kerana kita tidak penjelasan yang memuaskan hati semua orang”, kata Presiden JATI, Dato’ Dr. Hasan Mohamad Ali.
AIDCNews menghubungi Ummi Hafilda untuk mendapatkan cerita sebenar berkaitan dengan sidang media ibunya itu.
Sambil menafikan dipengaruhi oleh dirinya, Ummi Hafilda berkata penglibatan Azmin dalam BERSIH 3.0 dan penyebaran foto skandal lelaki mirip Azmin merupakan faktor pendorong ibunya mahu muncul di media massa.
“Selepas mak tahu Azmin terlibat dalam BERSIH 3.0, mak sudah beristifar dan berkata mak tidak ajar anaknya berbuat seperti ini.
“Apabila foto-foto itu mula tersebar, kami adik beradik, saya, kak long, kak lang berusaha menyembunyikan dari pengetahuan mak, kerana kami tahu mak sakit-sakit.
“Namun, ketika mak beli ikan, penjual ikan memberitahu mak berkenaan skandal Azmin sudah keluar muka depan Utusan. Mak saya sudah lama tidak baca akhbar, jadi dia tidak tahu berita itu, jadi dia suruh penjual ikan itu membeli akhbar Utusan kepadanya”, kata Ummi Hafilda.
Kemudian, setelah Mak Tom melihat foto-foto dan membaca akhbar Utusan itu, ibu Azmin pun meraung sambil berkata, “Kenapa tak ambil sahaja nyawaku ini..”
Selepas itu, Mak Tom meminta pertolongan Ummi Hafilda agar memanggil media kerana beliau mahu memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan malu dengan sikap anaknya itu.
Mak Tom dalam sidang medianya baru-baru ini mengakui kelakuan anaknya sudah berubah sejak ‘berkeluargakan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dulu Azmin baik, dia ingat ibu bapa…dia sayang adik beradik..kalau dia pergi luar negeri..ada saja buah tangan, bawa balik bagi dengan saya, tapi sekarang ini tidak..saya sakit bagitahu pun tak ada jawapan..
“Mungkin Anwar lah agaknya..dulu dia tidak jadi macam ni..sekarang kakak dia pun. dia tak mengaku kakak..adik dia pun..dia tak mengaku adik..dua-dua kakak dia, dia tidak bertegur sapa..
“Azmin..sedarlah diri tu..SETERUSNYA

Tarikh 11 Mei telah terlakar sejarah dalam perjuangan bangsa Melayu yang menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya bagi mengusir penjajah British dan mendaulatkan tanah air daripada terus dibelenggu di bawah telunjuk kuasa asing.
Ledakan semangat berlandaskan kepada perjuangan menentang Gagasan Malayan Union adalah detik awal perjuangan UMNO yang enggan membiarkan bangsa Melayu terus terjajah lantas parti siasah ini dilestarikan dengan manifestasi ke arah kemajuan rakyat keseluruhan.
Sebagaimana asas dan tujuan penubuhannya yang berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

Apa yang pasti, usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain terus menghormati prinsip kebangsaan beragama tetap menjadi pegangan biarpun telah lebih enam dasawarsa usia UMNO.
Memetik kata-kata Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu iaitu;
“…hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa.
“Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.”
Telah terbukti perjuangan UMNO bukan untuk kemerdekaan semata-mata malah lebih daripada itu pelbagai lapisan generasi telah merasai jasa dan baktinya kepada setiap individu di negara ini.
Jika pada hari ini ada pihak yang mahu memperjuangkan keadilan dan hak bersuara maka sebenarnya, perjuangan UMNO telah meliputi pertalian tersebut sebagaimana yang terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya iaitu untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Dengan kata lain, hak keadilan yang diberikan adalah berlandaskan undang-undang dan bukanlah perjuangan membuta tuli tanpa matlamat apatah lagi untuk menghancurkan negara sebagaimana adanya demonstrasi jalanan.
Lebih dari itu, antara kandungan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menjamin kedudukan bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dengan mengekalkan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu itu sendiri.
Namun demikian, kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tetap terpelihara.
Sebenarnya, bukan hanya ahli-ahli UMNO tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya perlu untuk menerap dan memahami cogan kata parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dalam perjuangan dan menyemarakkannya dalam kehidupan seharian.
Ini kerana, kepentingan bersatu, apatah lagi dalam kehidupan bermasyarakat akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah malah menjadikan bangsa dan negara bertambah kuat kerana dengan mengaplikasikan kebersatuan itu adalah kekuatan yang sebenar.
Dalam memahami erti bersetia, ia adalah keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada parti atau kepercayaan yang tulen untuk pastikan bahawa parti ini akan mencapai kemenangan dalam apa jua cabaran lantas ia digabungkan dengan kesediaan untuk berkhidmat, iaitu sebagai ahli parti yang mempertahankan bangsa Melayu akan pastikan untuk berkhidmat untuk masa depan anak bangsa terus terbela kerana orang Melayu dan bangsa Malaysia sendiri mengharapkan kepada perjuangan UMNO.
Biarpun usia parti ini telah menjejaki 66 tahun, tetapi ia tidak pernah tumpul dengan idea-idea baru bagi meremajakan dan memastikan ‘kecergasan’ sebagaimana membaranya semangat waja di kalangan belia muda.
Lantaran itu, perubahan bukanlah sesuatu yang baru malah ia sentiasa dimanfaatkan bagi memastikan kelangsungan perjuangan terus relevan dari satu generasi ke satu generasi seterusnya. Teras UMNO tetap teguh dan kekal sepanjang zaman sebagaimana perjuangannya dari awal dan kepimpinan yang silih berganti.
Dalam UMNO sendiri, proses pindaan perlembagaan UMNO telah dilakukan dan ini disifatkan sebagai pindaan yang bersejarah selaras dengan inisiatif untuk pendemokrasian parti yang lebih inklusif.
Antara perubahan paling ketara adalah jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang diluaskan dari 2010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang termasuklah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sendiri boleh ditandingi. Ini dibuat dengan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding
Namun sesungguhnya, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, rakyat tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan selama ini atau menyerahkan bulat-bulat kepada pucuk pimpinan sahaja sebaliknya sokongan atas perancangan yang dibuat bagi memastikan pelaksanaan berlangsung dengan jayanya perlu seragam.
Dengan cabaran-cabaran baru, muncul keperluan bagi strategi-strategi baru, Wawasan 2020 menjadi satu garis penentu kemajuan dengan Misi Nasional yang menjadi landasan jalan ke hadapan. Teruskanlah langkah dengan tekad dan semangat dalam menyemerakkan perjuangan UMNO terus membara, demi agama Islam tercinta, kerana tanah air Malaysia dan bangsa Melayu selamanya.
Selamat Ulang Tahun UMNO ke-66. Allahu Akhbar! - Media UMNO

KUALA LUMPUR – Wartawan hiburan Berita Minggu yang sering dilanda kontroversi, Zubir, kali ini memanaskan awal tahun baru 2012 dengan mendakwa bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6, Ika Nabila, menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan seorang pengkid.

Lebih hangat lagi, Zubir yang pernah dikutuk penyanyi terkenal, Hattan, turut menyatakan bahawa Ika Nabila memiliki alat seks atau lebih dikenali sebagai “dildo”.

Sebuah blog hiburan terkenal, MediaMalaya.com yang menyebarkan gosip berkenaan mendakwa Ika Nabila pernah mempelawa seorang pelakon wanita yang comel untuk mengadakan hubungan seks bersamanya.

“Malah, gosip kian panas apabila kru produksi menyampaikan bahawa Ika tanpa segan silu mengajak seorang aktres comel untuk mengadakan hubungan seks terlarang bersamanya yang katanya lebih menyeronokkan,” kata blog berkenaan.

Bagaimanapun, menurut blog itu lagi, semua dakwaan gosip berkenaan adalah berdasarkan cerita yang disampaikan oleh Zubir kepadanya dan tidak dapat dipastikan kebenarannya.

“Kalau Zubir tipu mengenai gosip ini, maka tipulah kami kepada uols,” kata pemilik blog itu lagi.

Zubir pernah cuba menyebarkan gosip mengenai gaya hidup ‘lesbian’ Ika Nabila ini sejak awal tahun 2009 lagi.

Wartawan hiburan yang terkenal dengan gosip-gosip panas itu mendakwa menerima beberapa keping gambar panas Ika Nabila yang kelihatan sangat mesra di dalam pelukan dan dikucup oleh pengkid yang dianggarkan berusia 30’an itu.

Bagaimanapun, Ika Nabila yang dihubungi Zubir ketika itu menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa pengkid berkenaan hanyalah rakan biasanya yang pernah menjadi penolong pengarah salah sebuah drama yang dibintanginya sebelum ini.

Selain itu, Ika Nabila menegaskan bahawa dia adalah “straight” dan mempunyai teman lelaki sambil merayu berkali-kali kepada Zubir agar tidak tersalah sangka dengan gambar-gambar dan gosip berkenaan.

“Abang Zubir, Ika ‘straight’! Hati dan perasaan Ika tetap pada seorang lelaki.

“Lagipun, Ika dah ada boyfriend, Mohd Irsan, 20, dia masih belajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dia sebenarnya sepupu tiri Ika dan kami mula berkawan rapat selepas Ika keluar AF6, tahun lalu. Tolonglah Abang Zubir, jangan salah sangka,” rayu Ika Nabila kepada Zubir pada tahun 2009 dahulu.

Namun, penafian dan rayuan Ika Nabila itu bagaikan tidak diendahkan Zubir apabila wartawan hiburan itu terus menyebarkan gosip mengenai artis itu di media.

Inilah wajah terkini Anwar Ibrahim yang semakin teruk..Hilang seri wajahnya...Adakah benar dakwaan oleh beberapa blog bahawa Anwar dijangkati Virus HIV..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NEELOFA SETUJU 7 PRINSIP INI...


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.



Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 100,000 ahli danpenyokong Umno.

Friday, May 11, 2012

Panas..memang panas..Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kemeriahan di Bukit Jalil..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keadaan di Stadium Bukit Jalil amat-amat meriah dengan puluhan ribu ahli dan penyokong setia UMNO membanjiri Stadium untuk menyambut Hari UMNO yang ke 66..Hidup UMNO!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Sejumlah 49 peratus rakyat di negara ini dijangka memilih untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang berbanding 21 peratus yang memilih Pakatan Rakyat.

Sementara 30 peratus lagi masih belum menetapkan sokongan dan merupakan pengundi atas pagar yang selalunya akan membuat keputusan pada saat akhir.

Begitulah hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Kajian itu melibatkan 2,282 responden dan dilakukan secara bersemuka dengan etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Ia dijalankan di antara tarikh 31 Mac hingga 15 April lalu, dengan satu margin ralat kira-kira 2.1% .

Sebanyak 55 peratus yang ditemuramah merupakan responden lelaki manakala selebihnya adalah wanita.

Hasil kajian ini menunjukkan Pakatan Rakyat masih perlu menempuh perjalanan yang ‘sangat jauh’ sebelum mereka dapat menawan Putrajaya seperti mana yang diidamkan.

Ia juga menunjukkan pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu, pelbagai dasar yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya telah berjaya menarik sokongan yang cukup luas dengan dua pertiga daripada responden menyatakan sokongan terhadap pemerintah.

Dalam kajian itu, responden juga ditanya sama ada pelbagai program yang diperkenalkan oleh Najib akan menambahkan sokongan mereka terhadap BN atau sebaliknya.

Untuk itu, 68 peratus daripada responden menyatakan sokongan mereka dengan program Kedai Rakyat 1Malaysia manakala 74 peratus lagi bersetuju dengan program Klinik 1Malaysia.

Keputusan kajian tersebut sekali gus menunjukan betapa sukarnya Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang memandangkan penerimaan baik pengundi terhadap pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri itu.

Dalam perkembangan yang sama, kajian itu mendapati majoriti masyarakat Cina dan India dijangka mengundi untuk Pakatan Rakyat di Selangor manakala sokongan orang Melayu di negeri itu terbahagi sama rata di antara Pakatan dan BN.

Seramai 60 peratus responden di kalangan orang India dan 49 peratus responden Cina berkata mereka akan menyokong Pakatan Rakyat di negeri berkenaan, berbanding hanya 20 peratus (India) dan 16 peratus (Cina) yang memihak BN.

Bagaimanapun, kedua-dua parti mempunyai sokongan yang sama banyak di kalangan orang Melayu, dengan BN mempunyai kelebihan sebanyak 34 peratus berbanding dengan Pakatan iaitu 33 peratus.

Manakala di Perak, Pakatan Rakyat bakal berhadapan dengan ‘pertempuran besar’ untuk menawan semula negeri yang dimenangi mereka pada tahun 2008, sebelum BN merampas kembali pada tahun 2009 itu.

BN mendapat sokongan majoriti setiap kaum, terutamanya dengan sokongan paling tinggi daripada orang India iaitu 67 peratus.

Berbeza pula dengan Pakatan yang hanya mampu meraih 5 peratus daripada sokongan orang India.

BN juga mempunyai kelebihan dengan 36 peratus pengundi Melayu dan 35 peratus pengundi Cina menyokong mereka berbanding Pakatan yang hanya mempunyai 30 peratus sokongan bagi kedua-dua kaum.

Begitupun, 34 peratus pengundi Melayu dan 35 peratus pengundi Cina masih tidak dapat membuat keputusan.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa Pakatan masih mempunyai peluang untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Kaji selidik itu juga mendapati yang Pakatan akan mengekalkan sokongan di Kelantan, dengan 44 peratus daripada responden memihak kepada mereka berbanding dengan 27 peratus yang memilih BN.

Di Kedah, Pakatan memperolehi sokongan majoriti daripada responden Cina dan Melayu, manakala BN jauh lebih popular di kalangan orang India.

Kaji selidik itu telah dijalankan ke atas 2,282 responden yang dipilih secara rawak menurut kadar perpecahan kaum di negara ini.

Hasil kajian itu boleh dilihat sendiri di sini.

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.