Monday, May 7, 2012


Sejumlah besar penunjuk perasaan menyertai Perarakan Ganja Global yang diadakan di ratusan buah bandar di dunia termasuk di sini kelmarin.
Perarakan itu diadakan bagi meminta supaya penggunaan ganja dibenarkan oleh pihak berkuasa di negara masing-masing.
Sebahagian penunjuk perasaan itu turut menghisap rokok ganja semasa mereka berarak di bandar Valparaiso, Chile termasuk di bandar raya Mexico, Mexico.
Perarakan yang sama turut diadakan di bandar raya Medellin, Colombia selain di Buenos Aires, Argentina. - Agensi
**Tak lama lagi di Malaysia pun akan jadi macam ni la..tidak mustahil jika tuntutan tidak dituruti...mereka akan buat demo..tunjuk perasaan...buat kecoh dan rosakkan harta benda awam...kononnya kerajaan kejam dan zalim..sampai benda yang merepek dan tak masuk akal pun nak dibuat demo..siapa tahu..suara rakyat la katakan...




Tidak salah rasanya untuk kita semua mengimbas semula beberapa peristiwa lama mungkin ada antaranya sesuai untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Bak kata orang tua dulu-dulu, sejarah itu guru yang baik sebagai panduan, tidaklah nanti orang kata kita buta sejarah sebagaimana Mat Sabu yang gagal pemahaman sejarah hingga komunis yang anti ketuhanan pun diagung-agungkan.
Rencana sembilan nyawa kucing yang dipetik dari blog xpressminda ini ringkasnya berkisar pada kebolehan semulajadi seorang pemimpin politik pembangkang bernama Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai karekter yang berubah-ubah mengikut masa dan kepentingan – bermatlamat menarik perhatian dan simpati khalayak.
Mungkinkah dalam demonstrasi Bersih 3.0 kelak, Anwar selaku pembawa watak politikus hipokrasi dan haprak terulung abad ini akan memanfaatkan stok nyawanya kucingnya yang terakhir demi mencari klimaks dan kepuasan politik kendiri atau nyawa kucing itu hanya benar-benar tamat dalam PRU 13 kelak, sama-sama kita lihat nanti.
Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…
Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden? Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin juga terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.
Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing kurap.
1. Propaganda Tumbukan Ketua polis
- Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.
- Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh dianggap ianya kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar Ibrahim.
- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui  Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.
2. Drama Keracunan Arsenik
- Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang-orang Dr. Mahathir.
- Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.
- Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.
- Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.
- Anwar yg masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah Anwar yang memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.
3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
- Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.
- Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya. huk..huk..
- Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.
- Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.
4. Lelucon Patah Tengkuk
- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mewar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.
- Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.
- Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.
- Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.
5. Filem Box Office Lumpuh  Sakit Belakang
- Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
- Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai  tangan pada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.
- Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.
- Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu digendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.
- Nyawa anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.
- Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.
- Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.
- Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yangcomplicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.
6. Hikayat Ancaman Bunuh
- Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar Ibrahim yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.
- Tika itu Anwar  sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.
- Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.
- Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.
7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah
- Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.
- Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah untuk cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.
- Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yang menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
- Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.
- Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
- Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.
- Walaupun logiknya patut wan Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi unutk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.
8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011
- Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.
- Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.
- Berita terbaru yang di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.
- Demo haram Bershit 2.0 yang sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan untuk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.
- Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.
- Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.
- Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagaistandby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dengan ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun adapending dan floating macam forex.
9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim
- Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.
Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.
Namun fahamkah anda apa yang ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim yang memilik 9 nyawa?
Yup, tentu ramai yang faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengsn gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.
Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara unutk menarik perhatian khalayak.
Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yang mampu meyakinkan khalayak umum bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yang menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dengan selambernya menjamah tahik kambing itu dan disuap masuk ke dalam mulut untuk menguatkan tenaga dan semangat.
Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yang dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya?
Betul akan ada yang terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila? Allah s.w.t melihat apa yang kita buat dan apa yang kita ucapkan walaupun dengan niat yang pelbagai.
Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yang pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an dulu itu, boleh sejenak seketika menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran untuk mengenal seorang manusia yang bernama Anwar ibrahim.
Beruang Biru

Sebelum ini Azmin ada mengeluarkan kenyataan menyalahkan UMNO kerana menggangu ibunya dan mengheret keluarganya ke dalam kancah politik...
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya dan pada masa yang sama meminta Umno supaya tidak mengheret keluarganya, khususnya ibu beliau ke dalam kancah politik.
"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.
Sehubungan itu, Azmin meminta media supaya tidak mengganggu ibu beliau dan Umno "janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik."


Dan ini pula kenyataan balas Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengenai tuduhan yang dibuat oleh Azmin Ali..
“Saya selalu sebut kalau ada sebuah basikal pancit dalam Gua Niah dalam hutan belantara di negeri Sarawak yang tidak ada UMNO pun UMNO juga yang dituduh pancitkan basikal itu… manalah logiknya jika segalanya UMNO…
“Kalau ada hubungan kita dengan seorang wanita, UMNO ada kuasa, kalau hubungan kita dengan seorang lelaki, UMNO juga ada kuasa, kalau hubungan kita dengan ibu sendiri UMNO juga ada kuasa untuk mempengaruhi.. saya kira UMNO ini parti yang terlalu amat keramat.
“..saya harap dia (Azmin Ali) sedar diri… kalau dia silap mengaku sajalah dan mohon maaf … janganlah nak tegakkan benang basah dan tuding jari kepada semua orang kecuali diri sendiri”, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online di sini sebagai mengulas tuduhan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mendakwa kononnya luahan ibunya Cik Tom Yahaya yang hatinya hancur luluh akibat perbuatan Azmin adalah angkara politik UMNO.
Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya menegaskan   bahawa UMNO tidak berada di belakang ibunya dalam isu tersebut.
“Dia tidak bersama ibunya, tak balik lihat ibunya dan apa yang diluahkan ibu Azmin itu bukan skrip UMNO… UMNO tak tulis skrip untuk ibunya.. itu adalah luahan hati seorang ibu terhadap anaknya yang luluh hancur atas perbuatan anaknya…. anaknya pula adalah orangg nombor dua  PKR, bukan orang sebarangan, orang kanan ketua pembangkang, orang yang bercakap macam-macam dalam semua tempat di pelbagai tempat dan arena pentas…
“Azmin kena sedar diri.. tidak semua perkara yang berlaku UMNO ada kuasa untuk mempengaruhi… dalam hal ini apa yang nak disebut ibunya, dia sebutlah.. itu bukan luahan hati sesiapa.. itu luahan  hatiibu kandungnya sendiri”, ujarnya.
Sambil menyatakan perasaan sedih dan tersentuh melihat perkara tersebut, Ahmad Maslan seterusnya  menasihatkan Azmin bahawa untuk menjadi seorang pemimpin, rakyat akan melihat pelbagai sudut.
“Hubungan kita bukan hanya setakat orang ramai tapi hubungan kita kepada ibu dan ayah kita… barulah kita boleh jadi contoh kepada orang lain, barulah kita boleh berada di pentas-pentas tanpa ada perkara yang menyakitkan hati orang yang rapat kepada kita”, katanya.
Tegas beliau lagi UMNO tidak sehebat seperti dakwaan untuk mempengaruhi segala-galanya walaupun UMNO sudah berumur 66 tahun tapi bukan kerja UMNO untuk membuat segala perkara fitnah tersebut.
“.. itu kerja mereka sendirilah..yang akhirnya terdedah.  Saya harap dia sedar diri… kalau dia silap mengaku sajalah dan mohon maaf.  Tidak lengkap jadi pemimpin kalau kita sendiri tidak hormati, sayang ibu kita”, ujarnya. -MediaUMNO


KULIM - Masalah pelajar perempuan yang masih menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam kegiatan maksiat dan pelacuran bukanlah satu perkara baru.


Akhbar Sinar Harian membongkar kegiatan tidak bermoral dilakukan seorang pelajar berusia 20 tahun berasal dari Melaka.


Dia yang mahu dikenali dengan nama Ayu berkata, pinjaman pembelajaran yang dibuat tidak mencukupi bagi menampung keperluannya.

Kerana tidak sanggup hidup susah dan terpaksa mengikat perut, dia memilih bekerja di sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam untuk mendapatkan pendapatan lebih.

Menurutnya, dia mampu memperoleh di antara RM150 hingga RM200 setiap malam dengan melayani kehendak pelanggan.

Katanya, ada dalam kalangan pelanggan yang akan membayar lebih sekiranya menemani mereka hingga ke bilik tidur.

“Tidak semua orang tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti kami. Pinjaman diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan. Selain tugasan yang harus dilakukan, kami juga perlu makan dan membeli barangan keperluan harian.


“Ada rakan sebilik saya yang tidak bekerja sebagai pelayan, tetapi mempunyai teman lelaki yang sedia memberikan wang kepada mereka. Sebagai pelajar, mereka tidak akan mampu membayar semula bantuan diberikan, melainkan menyerahkan tubuh kepada teman lelaki,” katanya.


Ayu berkata, sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk bekerja di sebuah pusat hiburan di Kulim, bagaimanapun terpaksa menolak tawaran itu kerana pihak berkuasa tempatan dan polis sering mengadakan operasi.


“Saya sudah enam bulan bekerja sebagai pelayan dan pendapatannya lumayan. Siapa sangka saya yang bertudung ke kuliah setiap hari akan berpakaian seksi di waktu malam dan menghidangkan arak kepada pelanggan.


Saya tahu ia salah, tetapi semua ini dilakukan untuk memastikan saya tamat pengajian,” katanya.


Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pengusaha pusat hiburan yang mengambil pelajar IPT sebagai pekerja sambilan tidak salah kerana semua pelajar terlibat sudah melebihi usia 18 tahun.


Pihak yang dipertanggungjawab untuk memastikan masalah sosial ditangani dalam kalangan pelajar IPT seharusnya mengambil berat tentang masalah mereka. Semua ini berlaku kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai wang yang cukup.

“Bagi pelajar yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada wang pinjaman dibuat.

"Ini mengakibatkan perbelanjaan mereka terhad dan mendorong melakukan pekerjaan yang tidak bermoral.

“Kita cuba tangani masalah mereka ini dengan memberikan pinjaman tambahan. Sekiranya mereka masih melakukan perbuatan tidak bermoral itu, tidak salah sekiranya pihak IPT membuang mereka,” katanya.




Pendedahan Eksklusif di DUN Penang: Pengurus Penang Port yg arah kuil Hindu diroboh adalah ahli PAS...No ahli: 6588852.
Inilah rupa sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling celaka...suka sangat menghasut rakyat dan memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan...24 jam bakar isu perkauman supaya rakyat marah...lepas tu salahkan BN dan UMNO...


Cuba lihat kenyataan yang dibuat oleh celaka ni di dalam Sidang DUN Pulau Pinang tadi..

GEORGETOWN: Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) hari ini keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kerana membantah kenyataan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menuduh UMNO akan merobohkan semua kuil sekiranya negeri ini dirampas dari DAP.
Semua keluar secara serentak diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (DUN Penaga) selepas berang dengan sikap Guan Eng yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan bagi memupuk perasaan benci di kalangan rakyat terhadap UMNO. - BeritaHarian
Nampak sangat Lim Guan Eng semakin terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan kaum India di Pulau Pinang...sebelum ini Ketua Menteri celaka ini pernah menghina kaum india dengan menyatakan Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memerlukan undi kaum India untuk menang di Pulau Pinang..

Akibat daripada keceluparan itu ramai rakyat India Pulau Pinang marah dan menolak DAP di Pulau Pinang..Banyak isu yang membabitkan kaum India gagal ditangani oleh DAP selama mereka memerintah Pulau Pinang dan yang paling teruk adalah Kampung Buah Pala.

Adakah DAP menganggap rakyat India di Pulau Pinang boleh diperbodohkan begitu saja dengan hanya menabur fitnah dan pembohongan dengan harapan rakyat India akan takut jika BN memerintah di Pulau Pinang..??

Ini kenyataan PPSB mengenai Kuil yang dirobohkan...

GEORGETOWN - Pengerusi Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata PPSB akan menanggung semua kos pembinaan semula sebuah kuil yang dirobohkan kerana berada berhampiran saluran paip kimia berbahaya di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT).
Beliau berkata pihaknya telah membuat keputusan segera selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan masyarakat Hindu di kawasan berkenaan mengenai perkara itu.
"Sebuah tapak baru telah dikenal pasti, agak jauh sedikit dari tapak asal, kini sedang menunggu keputusan daripada jawatankuasa keselamatan yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Apabila disahkan bahawa kawasan yang baru itu selamat maka pembinaan kuil yang baharu akan dibuat dengan kadar segera dan kosnya ditanggung oleh PPSB," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Teng Hock Nan itu turut dihadiri oleh Pengerusi BN Negeri yang baharu iaitu Teng Chang Yeow. - Bernama
** EP dapat tahu Guan Eng dapat rumah pampasan di Kampung Buah Pala dan kemudian disewakan...betul ke?? Atas nama siapa rumah itu diletakkan dan kepada siapa rumah iu disewakan??

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya dan pada masa yang sama meminta Umno supaya tidak mengheret keluarganya, khususnya ibu beliau ke dalam kancah politik.
Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Azmin juga berkata, institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan menerusi media.
"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.
"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmat-Nya serta beroleh kesihatan yang baik," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Sehubungan itu, Azmin meminta media supaya tidak mengganggu ibu beliau dan Umno "janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik."
"Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.
"Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka," katanya lagi.
Dalam kenyataan hari ini, Azmin juga berkata, beliau tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.
Sebaliknya katanya, beliau akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan bulan depan.
Dalam tempoh seminggu ini, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berhadapan dengan laporan beberapa media berkenaan isu klip video seks, si lelakinya didakwa mirip beliau dan wawancara ibunya Che Tom Yahaya dengan beberapa akhbar utama dan stesen televisyen serta blog, yang antara lain berkata, beliau sudah sembilan bulan tidak melawatnya dan pintu rumah belum tertutup buat Timbalan Presiden PKR.
**Anak mana yang sayang ibunya..kecuali haiwan je...itu pun ada sesetengah haiwan reti nak sayang ibunya..Tapi Azmin pula macam mana??...dalam kenyataanya...dia menegaskan dia tidak pernah menderhaka kepada ibunya....amboi Azmin..agak-agak la nak nak tipu orang pun...apa TIDAK PERNAH?? Hebat betul Azmin ni...TAK PERNAH menderhaka tu...patutla dia boleh jadi pemimpin suci PKR...hahahahaha..Kenapa Azmin tak jawab dah sembilan bulan dia tak jumpa ibunya ye...Apasal...Azmin duduk di LONDON ke??
Lihat video dibawah ini dan anda nilaikan sendiri sama ada Azmin derhaka atau tidak kepada ibunya...

Pada Jumaat lepas, saya bersolat Jumaat di masjid Taman Ehsan. Sebaik saja melangkah masuk ke masjid, saya agak terkejut apabila melihatkan Ustaz ,yang terkenal sebagai  orang kuat PKR yang didakwa berkhalwat baru-baru ini sedang rancak berkhutbah.
Saya jadi pelik, bagaimana ustaz sanggup berdiri di atas mimbar, sedangkan kes khalwatnya itu masih lagi berjalan dan belum selesai. Bagi saya, ini bukan isu undang-undang, tetapi ini adalah isu kredibiliti dan maruah seorang Muslim.
Saya tertanya-tanya, bagaimana cara ustaz berfikir. Bagaimana agama Islam ini, memandu ustaz untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan falsafah politik. Saya terfikir sendirian, apakah ustaz  tidak malu kepada umat Islam, ketika ustaz berkhutbah di atas mimbar, maka berkemungkinan yang terbayang di kepala ahli jemaah, adalah kes khalwatnya yang ternyata nampak belum menyebelahinya.
Saya masih terngiang-ngiang pengakuan ustaz dipukul dan teraniaya di dalam kes tersebut. Namun apa yang jelas, ketika muncul di kaca tv, wajahnya tidak berubah. Tidak ada bengkak atau kecederaan yang terzahir di wajah Ustaz. Malah, tidak ada tersiar di dada akhbar atau media alam maya, mendedahkan tubuhnya yang bengkak-bengkak akibat dipukul oleh 20 orang lelaki, seperti yang didakwanya itu.
Timbul persoalan, apakah Ustaz kini sudah pandai menipu? Apakah sejak masuk politik, maka berbohong tidak lagi menjadi dosa? Apakah setelah ustaz menyertai politik, maka segala-galanya boleh menjadi halal sekiranya keadaan darurat politik untuk menyelamatkan karier dan undi memerlukannya?
Sekiranya Ustaz menipu, maka apakah peribadinya, dan hatinya serta jiwanya seorang ustaz, yang sanggup menebalkan muka, malah berkhutbah Jumaat dan bercerita tentang agama, sedangkan dia sendiri sedang begelut dengan kes maksiat? Ini mengingatkan saya bagaimana mentor pujaan beliau, Anwar Ibrahim juga pernah melakukan perkara yang sama.
Apakah layak seorang ustaz yang menipu naik di atas mimbar lalu memberi khutbah Jumaat?
Jika dulu, ustaz cukup lantang membantai, mengutuk malah juga menghina orang-orang yang tidak selari pendapat dengan ustaz, apatah lagi dengan orang-orang yang mempunyai masalah moral, maka ustaz akan mencerca dan membuka aib mereka tanpa ada segan silunya. Bahkan, ustaz sendiri pernah mahu memancung kepala seorang ulama, hanya kerana perbezaan pendapat dalam politik.
Tetapi hari ini, ustaz sendiri terpalit dengan isu-isu maksiat dan ternyata isu ini lebih memalukan. Buykan sahaja terhadap diri ustaz, tetapi kepada keseluruhan umat Islam di negara ini. Bagaimana seorang ustaz boleh ditangkap bersama-sama dengan seorang isteri orang, pada jam dua pagi di bilik hotel mewah?
Apakah ustaz mahu menyalahkan UMNO sedangkan ustaz sendiri tahu bahawa kita dilarang untuk berada di dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah? Tidakkah seorang ustaz tahu akan perkara itu? Sudah pasti ustaz tahu, namun ustaz sendiri yang buat-buat tidak tahu kerana mengikut nafsu sepertimana ustaz selalu mengikut nafsu politik ustaz bila berceramah dan berkata-kata.
Kata ustaz,  ini adalah propaganda politik untuk menjatuhkan imej ustaz. Apakah ustaz fikir bahawa  rakyat ini terlalu bodoh, untuk membezakan kebatilan dan kebenaran di dalam negara ini. Semua orang tahu tentang kes ustaz yang mempunyai isteri dua. Semua orang tahu bahawa kelemahan ustaz untuk menjadi seorang suami yang berpaksikan contoh Rasulullah saw apabila tersebarnya cerita keganasan rumahtangga di dalam kendalian ustaz.
Sebagai salah seorang umat Islam yang kerdil dan hina, saya minta agar ustaz bergeraklah di dalam masyarakat seperti seorang pendakwah biasa. Pendakwah yang hanya mengharapkan ganjaran dari Ilahi semata-mata dan bukannya ganjaran dunia.
Keluarlah dari dunia politik kerana ia terlalu kuat dugaannya terhadap ustaz. Sekali ustaz silap, Islam akan tercemar di mata masyarakat. Fitnah akan menular di kalangan akar umbi umat Islam yang lebih banyak yang buta dari yang celik.
Ustaz…kembalilah ke pangkal jalan. Ingatlah ikrar ini bahawa Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah semata-mata…Ingatlah…
Faqir Illalah…

Cuba bayangkan betul-betul..cuba fikir masak-masak… cuba kaji ikut akal dan gunalah pengetahuan agama yang tuan puan ada.
Kalau seseorang itu didapati melakukan kesalahan berzina atau meliwat atau mencuri atau lain-lain lagi. Apa respon yang sepatutnya?
Sebagai hakim sepatutnya memutuskan setelah diberi peluang kepada pihak pembela dan pendakwa.
Sebagai pemerhati pula, sepatutnya tunggu dan lihat apa keputusan dari perbicaraan.
Atau pun… tunggu pandangan dari para ulamak. Ulamak tu pulak mestilah tidak berpihak mengikut kepentingan yang diwakilinya, kecuali berpihak semata-mata kepada Allah.
Ulamak berpihak harus ditolak mentah-mentah pandangannya. Ulamak begini tidak layak untuk beri komen.
Ulamak begini samalah tarafnya dengan peguambela yang pasti mempertahankan pelanggannya atau samalah dengan pihak pendakwa yang pasti cuba membuktikan orang yang didakwanya bersalah.
Tapi Nik Aziz ni macam mana? Adakah dia terkecuali…?

Apa maksud Nik Aziz apabila siang-siang sudah buat keputusan mempertahankan Azmin Ali atas alasan perkara yang didedahkan oleh media itu tidak sihat, kotor dan jijik untuk dibaca oleh anak muda dan masyarakat!
Mendedahkan perkara maksiat itu jijik, tapi perlakuan maksiat itu suci? Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nik Aziz?
Kenapa Nik Aziz lebih cenderung mempertahankan sesiapa saja yang dituduh atau didapati kantoi berkhalwat daripada mencegah perkara khalwat itu terjadi?
Kenapa Nik Aziz lebih bimbang tentang pendedahan perbuatan zina dari perbuatan zina itu sendiri?
Dua-dua salah dan kesalahan tersebut sudah pasti berbeza hukumannya. Kenapa Nik Aziz begitu pantas menempelak pihak yang melakukan pendedahan dan terus mempertahankan secara membabi buta perlakuan si pelaku? Hukum apa yang Nik Aziz pakai?
Kenapa Nik Aziz tak kata zina itu boleh memudaratkan masyarakat?
Boleh pulak kata mendedahkan perbuatan sumbang yang lagi memudaratkan masyarakat. Ilmu tafsir dan takzir mana yang Nik Aziz pakai? Ayat cegahlah kemungkaran dengan kuasa, tangan atau kata-kata tu nak tafsir macam mana?
Pencapai terhebat Pas dan Nik Aziz ialah kesepakatan yang dicapai oleh sekelian pembangkang, samada pihak pembangkang yang kafir, yang islam, yang jahil dan yang alim untuk mengatakan mendedahkan kesalahan zina dan maksiat orang lain “tidak boleh” tapi tidak sentuh langsung perbuatan zina dan maksiat yang terjadi.
Penipuan dan dusta paling besar yang dibuat oleh Pas dan Nk Aziz ialah mereka kata “tidak boleh mengaibkan orang lain”, tapi pada masa yang sama 24 jam ke hulu ke hilir mendedahkan segala kesalahan dan penyelewengan pihak lain, walhal ke dua-dua pendedahan yang dibuat oleh ke dua-dua pihak itu tidak pun diketahui kepastiannya?
Kenapa pendedahan oleh pembangkang mengenai salah laku pemimpin kerajaan dikatakan “pasti benar”, tapi pendedahan oleh blogger (bukan pemimpin UMNO pun) terus dianggap satu lagi siri kerja kotor UMNO UMNO UMNO untuk mengaibkan pemimpin pembangkang.
Ini semua kerja hina dan hodoh pemimpin UMNO UMNO UMNO.
Inikah jalan atau kaedah Islam yang diunjurkan oleh al quran dan hadis pada fahaman Nik Aziz? Inilah jadinya nasib kesucian agama jika agama dijadikan alat untuk menjayakan agenda politik yang kotor. Ayat Allah telah ditonggang oleh ulamak berpihak di atas asas nafsu untuk berkuasa.
Sebagai orang alim sepatutnya tindakan paling AFDAL yang patut dilakukan oleh Nik Aziz ialah  berdiam diri dari masuk campur mempertahankan secara buta tuli sebarang pembongkaran kelakuan tidak senonoh pemimpin pembangkang sebelum diketahu hujung pangkal cerita sebenar.
Juga Lebih AFDAL berdiam diri dari berkata-kata bagi Nik aziz mengenai sebarang keburukan yang dipalitkan kepada para pemimpin UMNO dan kesalahan sesiapa juga yang masih berada dalam status “kabur”.
Ulamak tidak boleh berpihak dalam apa keadaan sekali pun. Jika pandangan sudah berpihak, pandangan tersebut sudah pasti wujud campurtangan dari syaitan dan iblis yang telah berjaya mengelirukan ahli agama seperti Nik Aziz.
Sedangkan Nabi Adam pun boleh tertipu dengan mainan Iblis, siapalah ulamak hari ini berbanding Adam as. Apatah lagi sudah jelas ulamak tersebut adalah juga merangkap seorang umarak berkepentingan yang bertaraf Menteri Besar.
Bukankah nabi mengunjurkan lebih baik diam dari berkata-kata?
Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)


Anjing-anjing Pakatan menyalak dan terpaksa mencipta pelbagai video dengan masukkan suara seperti yang dilakukan oleh Malaysiakini untuk menunjukkan polis telah melakukan kekejaman. Bahkan video dan insiden sebenar telah diedit termasuklah ketika salah seorang anggota polis trafik terpaksa mengacukan pistol setelah dia sendiri cuba dibunuh oleh perusuh-perusuh BERSIH 3.0.

Kini, ada pula video yang menunjukkan kronologi dari pukul 1.00 pagi, sehinggalah senja 28 April 2012. Bahagian yang paling penting ialah apabila anggota-anggota polis diserang oleh para perusuh sehingga memaksa anggota-anggota polis tersebut bergegas untuk menyelamatkan diri.

Sekarang para penjilat Pakatan cuba berusaha sedaya mungkin untuk memutarbelitkan kenyataan dengan modal video dan foto mereka... nah! Sekarang ada satu lagi video yang perlu mereka tepis, nafi dan sangkal!!! TFK

Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.
"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.
"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.
Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.
"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.
"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.
Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.
"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.
"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.


Georgetown – Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.

Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.

Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.

“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.

“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.

Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

**Apa nak jadi dengan budak-budak sekolah zaman sekarang...kecik-kecik lagi sudah berani melakukan aksi-aksi berani mati....Lain kali kalau nak buat kerja-kerja tak senonoh ni..fikir sama hati dan perasaan orang lain.. Tengok contoh diatas...apa dah jadi...tak pasal-pasal ibubapa terpaksa tanggung malu diatas perbuatan anak-anak mereka...



Di Managua, Nicaragua hujung minggu lalu telah diadakan Pertandingan Ratu Cantik Gay Nicaragua. Seramai 13 orang peserta bertanding untuk memenangi takhta ratu gay kebangsaan negara America Selatan ini. Pertandingan yang diadakan di Ruben Dario National Theatre ini dimenangai oleh Bismarck Martinez (22) atau nama glamer beliau "Bedien Lavyeska". Pertandingan ratu cantik gay telah diadakan semenjak tahun 1980 lagi. Bedien Lavyeska berjanji akan menggunakan takhta beliau sebagai platform untuk keadilan dan kesamaraatan bagi komuniti LBGT Nicaragua.

Yang Anwar pula nak guna platform apa untuk mendapatkan keadilan dan kesamaraatan bagi komuniti LBGT di Malaysia...Raja Porno???










bLOG SeRIUs

Sunday, May 6, 2012




Lihat bagaimana Saifuddin Nasution sanggup memperbodoh-bodoh dan menjatuhkan maruah beliau dengan bercakap bohong.  Inilah sikap dan perangai pemimpin pakatan haram yang sangat dikeji..sanggup menipu rakyat untuk meraih undi...Saifuddin ingat rakyat ini bodoh ke...boleh kena tipu macam tu je...

Untuk mengesahkan lagi pembohongan menjijikkan yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution terhadap SPR, individu yang sebenarnya telah tampil untuk memberi keterangan!



Baca di bawah :

Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan isu keahlian Umno oleh Setiausaha Agung PKR baru-baru ini, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)!





Dan oleh itu, dia melahirkan simpati dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.


Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

"Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan yang ditemui Sinar Harian, semalam. Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

"Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya. -DrMiM
Apa pula helah Saifuddin selepas ini...nak minta maaf atau nak tipu lagi rakyat untuk menutup kemaluannya...

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.