Sunday, April 29, 2012


Belia Tionghua melalui persatuan-persatuan belia masing-masing begitu teruja untuk menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2012 Mei nanti apabila kira-kira 200,000 telah memberikan komitmen untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan tahun ini.

Mereka akan ditempatkan di Zon Perkampungan Cina dengan mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan disamping gerai-gerai pameran yang berkonsepkan budaya masyarakat Tionghua di sepanjang program lima hari itu.

“Zon khas belia Cina ini bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan belia-belia cina pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN)  2012 kali ini yang merupakan julung kali diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia”, ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan,  Senator Gan Ping Sieu dalam sidang medianya di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, “Jangan salah sangka dengan menyangka bahawa Putrajaya ini hanyalah untuk satu komuniti sahaja tetapi ialah sebuah bandar yang dibina untuk golongan belia Malaysia tanpa mengira kaum. Ia  sekaligus  memberi cabaran  kepada semua belia Cina untuk merebut peluang menempatkan diri dalam 38 segmen yang telah disediakan  di sepanjang sambutan lima hari itu."

HBN 2012 akan diadakan selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Mei ini dengan 1000 persembahan dari dalam dan luar negara disamping 22 persembahan pentas yang menyajikan pelbagai bentuk persembahan mengikut segmen masing-masing.

Pertama kali diperkenalkan, perkampungan ini turut menyediakan program-program tersendiri seperti pameran-pameran pendidikan dan perlancongan, bakat-bakat daripada belia cCna, persembahan daripada artis-artis Cina tempatan dan luar negara serta banyak lagi.

Senator Gan optimis serta  yakin bahawa belia-belia ini mempunyai kreativiti tersendiri bagi menghasilkan sesuatu dan terpulang kepada mereka untuk merealisasikannya. Turut terlibat menjayakan program ini adalah seperti Soka Gakkai (SSGM), Fo Guang, Xiang Nan, EMCO, Persatuan Belia-Belia Cina, YMM, GBBM yang mengambil peluang dalam perhimpunan besar-besaran dengan mewujudkan kerjasama dua hala dalam memajukan ilmu pengetahuan, ilmu penganjuran majlis dan sebagainya supaya sesi pembelajaran itu lebih mampu dipelajari.

3.0 Bersih la sangat..tak pasal pasal DBKL terpaksa membelanjakan duit rakyat untuk membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh beruk beruk bershit 3.0...EP rasa gambar-gambar ini sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya...anda lihat dan anda nilai kerana kuasa di tangan anda..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tengok gambar ini dan anda nilaikan sendiri...Apa pula reaksi pemimpin peminpin pakatan haram..siapa yang jahat sebenarnya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 28, 2012



PETALING JAYA: Penyanyi 90-an yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.

Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). - mStar

Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharim dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari ditahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur. Kumpulan peguam Bersih juga sudah berada di sana. Mereka bertiga dinaikkan dalam satu trak ke Pulapol.

Bagaimanapun, Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggian CheguBard difahamkan naik angin sambil bertengkar dengan polis kerana beliau ditangkap.

Manakala Ketua Kordinator NGO Jingga 13. Faris Musa memberitahu, beliau sempat bersembunyi disebuah hotel semasa polis membuat tangkapan di Jalan Tun Perak lewat petang tadi.

Tetapi, kata beliau empat ahli Jingga berjaya ditahan dan dibawa ke Pulapol. Difahamkan lebih 200 orang ditahan dalam perhimpunan Bersih 3 ini.-utaranews



EP mendapat berita daripada FB PDRM mengesahkanKematian melibatkan pegawai polis sepertimana yang digembar-gemburkan adalah tidak benar.




...sedih tengok video ini..EP pun tak tahu nak kata apa..inilah haiwan-haiwan jalanan ciptaan Anwar...Takziah kepada keluarga seorang polis yang meninggal dlm rusuhan akibat dipukul dgn buku lima !Beliau seorang wira yang mempertahankan keamanan!


Hebat..perusuh-perusuh Bersih 3.0 tidak berjaya menjejak kaki mereka di Dataran Merdeka..Mission failed..Tahniah PDRM dan DBKL kerana berjaya mempertahan kubu dengan baik...

JUMLAH TANGKAPAN TERKINI BERSIH 3.0
Sehinga jam 7.00 malam seramai 222

Agak-agaknya berapa ramai orang cina yang kena tangkap daripada 222 orang...

Hahaha...padan muka Adam Adil..Ingatkan kebal..rupa-rupanya tidak..Buktinya, Adam Adli dan kengkawan beliau terpaksa berlari untuk mendapatkan rawatan selepas terkena tembakan gas pemedih mata..
Tahniah PDRM kerana berjaya menghalang perusuh-perusuh ini daripada menjejaki kaki di mereka di Dataran Mereka..


Inilah wajah sebenar perusuh-perusuh Bersih 3.0 yang dicipta Anwar untuk menggulingkan Kerajaan yang memerintah sekarang..Matlamat mereka hanya satu..ingin menawan Putrajaya walau apa cara sekalipun..biar nyawa rakyat tergadai..asalkan matlamat mereka tercapai...

Kereta diterbalikkan, motosikal dirosakkan, harta benda awam dipecah..Mana perhimpunan aman yang dijanjikan.. Apa sudah jadi dengan jaminan Ketua Pemuda PAS bahawa demo ini akan berjalan secara aman?Adakah parti seperti ini kita mahukan untuk memerintah Malaysia...tepuk dada tanyalah selera...




Inilah realiti sebenar Bersih...merosakkan harta benda orang lain tanpa ada rasa kasihan..EP bersimpati pada tuan punya motosikal yang rosak itu..tidak pasal-pasal dia mereka jadi mangsa kepada kerakusan politik pembangkang yang ingin menawan Putrajaya..Bagi mereka matlamat menghalalkan cara...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mission Failed...hahaha..apa yang dapat..tak lain dan tak bukan PENAT dan PEDIH MATA...padan muka...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

Keadaan terkini di Dataran Merdeka sehingga jam 12.15pm...


puak-puak unit amal ni mana reti bahasa...menyusahkan orang je..

Kumpulan-kumpulan kecil yang berkumpul di sekitar Masjid India mula berarak ke Dataran Merdeka setelah mendapat tahu objek yang disyaki bahan letupan di Daya Bumi sebenarnya bukan bahan letupan....TQ PDRM kerana cepat bertindak bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin...

Unit Pengesan Bom PDRM tiba bagi memeriksa objek disyaki bahan letupan dan mendapati ia bukan bahan letupan 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Ternyata apa yang dijangka oleh kerajaan dan pihak polis menjadi telah kenyataan..penganjur Bersih 3.0 menjanjikan perhimpunan yang aman..tetapi malangnya, janji tinggal janji...belum mula lagi perhimpunan yang sebenar...iaitu dijadualkan pada pukul 2.00 petang ini...penyokong-penyokong puak pakatan haram yang datang  ke Dataran Merdeka untuk menyertai demo  Bersih 3.0 awal pagi tadi telah memulakan kekecohan dan kekacauan...

Bukan saja kenderaan pihak polis yang menjadi mangsa ketukan dan tendangan perusuh jalanan ini seperti video dibawah malah kenderaan orang awam yang lalu dikawasan tersebut juga turut menjadi mangsa mereka..

Cuba lihat gambar diatas..kereta Proton Wira tersebut ditendang oleh salah seorang perusuh kerana pemilik kereta tersebut tidak mahu bunyikan hon mengikut kehendak mereka manakala kereta dihadapan pula ditahan mengikut sukahati mereka..Adakah ini contoh demokrasi yang cuba dibawa oleh mereka?? Tolak Bersih 3.0...tolak Pakatan Haram...









Sebuah restoran di Jalan Pudu di sini yang menghidangkan tarian­ ghairah di atas pentas untuk menarik pelanggan setiap malam diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, polis menahan 27 wanita, 15 daripadanya sedang menari di atas pentas.
 
“Selebihnya didapati sedang melayan pelanggan di meja makan. Penari warga asing yang berusia dalam lingkungan 30 dan 46 tahun itu tidak mempunyai pasport dan menggunakan pas pelajar,” katanya.
 
Menurutnya, pelanggan yang berminat mendekati penari terbabit, boleh membeli kalungan bunga berharga RM10 dan RM100 yang disediakan dan naik ke atas pentas bagi mengalungkan bunga kepada penari pilihan mereka.
 
“Polis masih menyiasat sama ada mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan,” katanya.
 
Azman berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati restoran terbabit sudah beroperasi setahun lalu dan tidak mempunyai lesen pusat hiburan serta premis perniagaan.
 
“Kami merampas beberapa peralatan audio yang digunakan bagi tujuan persembahan itu. Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan lanjut terhadap pemilik premis berkenaan,” katanya.
 
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.SH

**KESIAN PIHAK POLIS DAN DBKL..KERJA NAK BANTRAS MAKSIAT DAN JUDI PUN TAK HABIS-HABIS LAGI..NAK KENA PULA JAGA PUAK-PUAK BODOH YANG SIBUK NAK BUAT DEMO KAT DATARAN MERDEKA...MENYUSAHKAN BETUL...



Inilah kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh pakatan haram...Video ini membuktikan pesta demokrasi di Dataran memang benar benar aman dan tenteram . Hanya laungan zikir dan tahmid oleh mereka mereka ini.






Aksi memalukan perusuh beershit 3.0 memaki hamun polis-polis yang berada didalam bas..EP tak pasti sama ada mereka ni bodoh atau tak sedar yang mereka ni sedang dipergunakan oleh puak-puak pembangkang...

Segala macam kata-kata kesat dilemparkan kepada polis yang berada didalam bas..Yang paling hebat..mereka gelar polis ni anjing...tapi bagi EP..puak-puak perusuh ni sebenarnya anjing..maaf

Cuba fikir tengok..apa akan jadi bila anjing nampak kucing..confirm anjing tu akan menyalak tak tentu hala..sama lah juga dengan puak-puak perusuh bershit 3.0 ni..cuba lihat aksi mereka bila nampak polis..bukan ke mereka juga menyalak macam orang gila memaki polis..pantang nampak polis kerja nak menjerit dan maki...jadi siapa yang sebenarnya anjing...






Peserta perhimpunan bertindak menghalang kenderaan polis dan membuat provokasi di Dataran Merdeka.

Sebahagian peserta perhimpunan cuba bertindak agresif dan laungan yang menghina pihak polis.



Anak kecil dan warga emas turut dibawa menyertai perhimpunan.

Suasana dan penugasan pihak polis ketika di Dataran Merdeka, KL setakat jam 1.30 pagi.

Gelagat peserta perhimpunan.
Maaf sekiranya terkasar tetapi EP sedih  bila tengok anak-anak Melayu berperangai macam ni..mengalahkan beruk di hutan untuk menjayakan agenda Ambiga..mungkin agak kasar bunyinya tetapi inilah hakikatnya. 


Remaja ini cuba menghalang BAS PDRM keluar dari simpang supaya rakan-rakannya yang berada ditepi bas boleh memaki hamun petugas-petugas polis yang berada didalam bas..



Aksi bergayut macam monyet di bas ekspress yang sedang bergerak..sanggup membahayakan keselamatan diri hanya untuk menekan hon bas tersebut...


Aksi berebut poster Lynas..macam orang yang tak pernah tengok poster....


Aksi menganggu dan menghalang pengguna jalan raya..memaksa penunggang motosikal dan pemandu kereka untuk membunyikan hon kenderaan mereka..jika tidak dibunyikan, mereka akan mengetuk atau menendang kenderaan tersebut...




EP merasakan hujah-hujah dalam penulisan sangat menarik dan wajar dikongsi bersama..EP harap-harap rakyat yang hendak menyertai demo Beershit esok dapat baca artikel ini sebelum pergi menyertai Beershit 3.0 esok...

BERSIH 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen

Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhaen. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini.

Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.

Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.


1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"

A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL. 

Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.

Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.

Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.

B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman

C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.

Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan? 

"alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."

2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"


A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.

Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.

B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?

Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.


3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"


A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?


B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.

4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.

Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.

Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...

Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)

Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini.

"tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"

Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak?

Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi.

Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni?

Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam.

Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.

contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?

Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan! 

Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.

5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"

i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..)

ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.

Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.

Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa

Sampai bila nak habis?

Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila. 

Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat.

Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan ...

" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka"

Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.

Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.

Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.

6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"

i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.

ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak?

Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?

iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook!

"Kenapa pulak Zulfikar?"

Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah.

Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya?

Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.

iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.


Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU. 

**********************************

Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik.

Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya.

Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia.

Aku hanya memahami politk dari sudut pandang seorang rakyat. KLIK SINI untuk membaca komen-komen yang menarik..

Friday, April 27, 2012


Ni yang Nik Aziz suka sangat..sebab tu dia kata wajib hadir Beershit 3.0..supaya ahli-ahli PAS boleh cuci mata...


**Opppsss...jangan sampai Mat Sabu accident sudah bila tengok tetek ni...nanti tak pasal-pasal polis dipersalahkan lagi..

Untuk mengadakan apa2 demo mesti menggunakan 3 sifir. Jika kurang mana2 satu nescaya demo haram akan menjadi hambar dan kehadiran nya tak lebih dari bilangan lembu dalam kandang lepas kena penyakit lembu gila.


Sifir 1 - mesti dijalankan di sekitar Jalan TAR. Sifir 2 - mesti di buat pada hari sabtu DAN Sifir 3 - mesti pada sebelah tengah hari hingga ke petang kerana waktu tu masa paling pack.

Sebab itu Ambiga akan memberi alasan2 bodoh untuk terus berdemo haram di Dataran Merdeka atau pun di depan Sogo...kerana kalau buat ditempat lain nescaya cuma lembu2 sahaja yang akan hadir.......!!!

Pihak DBKL bersedia untuk menyediakan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur untuk Ambiga pilih..manakala pihak KDN pula memberi jaminan bagi memastikan perjalanan peserta demo ke tempat tujuan selamat.

Seperti diduga Ambiga dan konco2nya tetap mahukan Dataran Merdeka. Mereka tidak peduli walau pun keputusan m itu akan timbulkan berbagai2 masalah kepada banyak pihak.

Kalau Ambiga dan konco2 nya ada otak sudah tentu mereka menerima tawaran DBKL..sudah tentu mereka memikirkan kerugian peniaga dan pemandu teksi. Mereka juga akan memikirkan kesulitan yang bakal di alami oleh orang ramai...!!! tetapi kerana Ambiga cuma punya otak tetapi tak de fikiran maka dia memberi alasan bodoh untuk menolak tawaran DBKL . Ambiga mendakwa tidak sempat memberi notis penukaran tempat kepada penyokong2 nya. Apa punya bodoh Ambiga ni. patut pun dia tidak pernah fikirkan kesusahan orang lain. Apakah Ambiga masih berada di zaman batu?? atau dia sememang nya dungu..!!

Ambo harap, pihak DBKL dan Polis bertindak lebih tegas. Cukup2 lah bagi muka kepada Ambiga dan konco2nya itu.. kerana kebodohan mereka sudah lebih dari lembu... dan elok juga pihak berkuasa tangani mereka seperti tangani lembu....!!!!!

Ambo dan rakan peniaga kecil melayu dan fedup dan bosan dengan manusia bodoh macam Ambiga dan rakan2 nya...!!!


Dan kepada orang2 islam yang mahu ikut bontot Ambiga..kenali lah dulu siapa ambiga dan motif tindakan nya...dan satu kena ingat..perhimpunan haram Bersih 3.0 akan bergabung dengan golongan penyokong LBGT.... apakah melayu/ islam akan menyokong semua itu??? SETERUSNYA DI PASAR MALAM TAR




Sebentar tadi pihak DBKL sedang menjalankan tugas mereka dengan memagar sekeliling Dataran Merdeka. Semasa EP mengambil foto sebentar tadi, terdapat beberapa orang yang memakai baju kuning sedang sedang memaki petugas-petugas yang menjalankan tugas mereka...Hahaha...Tension la tu..sebab tak dapat masuk Dataran Merdeka..Tahniah pihak DBKL kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik....


Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang penganjur dan orang awam berkumpul atau mengadakan aktiviti di Dataran Merdeka mulai esok sehingga 1 Mei.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kawasan ‘larangan’ yang dimaksudkan itu adalah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, ia bermula pada jam 12 tengah malam tadi.
"Penama yang dinamakan dalam perintah itu, penganjur dan orang awam adalah dilarang hadir, berada atau mengambil bahagian dalam perhimpunan di kawasan tersebut mulai hari yang ditetapkan,” katanya.
Mohamad berkata, polis mengambil kira isu keselamatan dan kententeraman awam di pusat bandar, khususnya di Dataran Merdeka.
Menurutnya, jika pihak berkenaan masih berdegil dan tidak mengikut perintah, ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda RM 2,000 atau kedua-duanya.
“Jika pihak berkenaan didapati mengadakan perhimpunan di tempat lain seperti KLCC yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan, ia merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang yang termaktub. Berkumpul di sesuatu lokasi untuk tujuan perarakan adalah salah mengikut Akta Perhimpunan Aman,” katanya.
Beliau berkata, polis mempunyai pasukan yang memadai untuk memantau perhimpunan Bersih 3.0.
“Pasukan trafik mengawal lalu lintas akan membuat lencongan jalan atau jalan itu ditutup jika perlu mengikut keadaan. Kami juga mempunyai anggota yang mencukupi bersedia untuk menangani apa yang berlaku,” katanya. 




 

Tunggu laporan dan gambar-gambar terkini dari EP mengenai aktiviti haram beershit 3.0 yang sedang berlaku di Dataran Merdeka malam ini dan esok...TUNGGU....

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.