Tuesday, April 17, 2012


MEKAH – Seorang pemuda Arab Saudi berumur 29 tahun yang dikenali sebagai Turki dirantai di tingkat bawah tanah apartmen selama lebih enam tahun kerana bapanya percaya dia dirasuk oleh jin perempuan yang jahat.

“Apabila dia cergas, dia menggigil dan seluruh tubuhnya bergerak-gerak manakala matanya menjadi putih,” kata bapanya.

“Malah, suara seorang wanita boleh didengari datang daripada dirinya,” tambahnya. Turki tinggal di sebuah bilik kecil, aparmen di ruang bawah tanah dengan ibunya.


Pada mulanya, bapanya berkata, dia telah membawa anaknya menemui beberapa orang alim tempatan untuk membantu memulihkan anaknya itu.

“Namun, kebanyakan alim ulama itu dilanda ketakutan selepas satu suara wanita yang keluar daripada tubuh anaknya itu memberitahu dia ialah jin wanita dan tidak ada seorang pun yang boleh mengeluarkannya kecuali Turki meninggal dunia,” kata bapanya.

Seorang guru agama menasihatkan bapa pemuda itu supaya merantai anaknya di tangan dan kaki manakala ayat suci al-Quran dibacakan untuknya.

Seorang aktivis hak asasi manusia, Profesor Muhammad Al-Suhaili berkata, Tukri tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.

“Dia (Turki) tidak boleh makan, minum atau menggunakan tandas tanpa bantuan orang lain,” kata profesor syariah itu.

Menurutnya, apabila ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan, Turki akan berasa terkejut sehingga dia hampir terjatuh dari katilnya.

Profesor itu meminta kerajaan Arab Saudi memberi bantuan kepada keluarga pemuda tersebut yang miskin.

Tindakan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah dinafikan oleh mereka dengan menuding jari kepada UMNO mengatakan bahawa dakwaan tersebut adalah serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Zainal Abidin Borhan berkata alasan sedemikian bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ia sudah berulangkali berlaku iaitu menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atas apa saja perbutan buruk yang mereka lakukan.

“Senang cakap siapa makan cili dia akan terasa pedasnya tapi inilah pembangkang yang akan menggunakan kaedah paling baik bagi melepaskan kesalahan yang telah dilakukan iaitu menyalahkan musuhnya, maka dalam kes ini UMNOlah yang dipersalahkan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sikap negatif pemimpin pembangkang ini telah didedahkan oleh pegawai perubatan Dr. Rahman Kadir yang kebetulannya berada di barisan dif-dif kehormat dan duduk di Balairong Seri dengan mendakwa melihat sendiri perilaku mereka ini.

“Pemimpin pembangkang ini hadir dengan jemputan rasmi sebagai ahli Parlimen, jadi sewarnya sebagai tetamu mereka ini faham tataetika dan tatatertib memasuki ‘rumah orang’.

“Adalah tidak manis jika seseorang tetamu ke rumah orang lain tetapi kemudiannya mempersenda baju atau tubuh badan dan lain-lainnya yang ada berkenaan tuan rumah berkaitan. Itu adalah perbuatan yang tidak molek atau dalam bahasa kasarnya itu adalah biadap.”

Tegas beliau lagi, dalam majlis rasmi ketua negara dan dihadiri oleh para pemimpin tertinggi negara, sepatutnya para pemimpin pembangkang ini menunjukkan perilaku yang baik.

“Mereka ini adalah wakil rakyat yang mewakili kawasan Parlimennya sendiri tetapi dengan sikap sedemikian telah menyerlahkan aib mereka sendiri yang secara tidak langsung inilah nilai kepimpinannya.” - MediaUMNO

Tindakan Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang terus membisu mengenai dakwaaan terhadap sisu keperibadian serta moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan beliau hanya boneka kepada dalam parti berkenaan di samping takut rahsia sebenar terbongkar.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata, tidak guna beliau menjadi presiden jika tidak mampu untuk mempertahankan kredibiliti dan maruah parti berikutan dakwaan yang membabitkan Ketua Umum parti berkenaan.

“Sebagai presiden, beliau seharusnya bertanggungjawab terhadap apa jua membabitkan parti yang diketuainya, dalam apa perkara beliau seharusnya tampil bukannya mendiamkan diri dan membiarkan orang ramai membuat pelbagai persepsi.

“Beliau perlu menyedari, Anwar adalah Ketua Umum Keadilan dan sebagai presiden beliau menjawab segala dakwaaan itu bagai membuktikan bahawa apa yang didakwa itu tidak benar dan hanya berniat politik.

“Tetapi sehingga kini, tiada sebarang penjelasan yang dibuat, ini jelas menunjukkan Dr Wan Azizah hanyalah boneka dan beliau sebenarnya tidak mempunyai kuasa sebagai ketua walaupun menjawat jawatan sebagai presiden parti,”katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, dalam perkara berkenaan Dr Wan Azizah perlu menyedari bahawa individu terbabit adalah suaminya, beliau seharusnya keluar untuk mempertahankan maruahnya sebagai isteri kepada Anwar.

“Di manakah maruah Dr Wan Azizah sebagai seorang isteri, apakah beliau sanggup membiarkan orang ramai terus menceritakan keperibadian suaminya terhadap beberapa isu moral yang membabitkan Anwar,” katanya.

Mazlan berkata, sebagai seorang yang paling rapat dengan Anwar, beliau seharusnya berani berhadapan dengan masyarakat dan menafikan perkara itu jika segala dakwaan itu hanyalah fitnah semata-mata. -MediaUMNO

Mula-mula kata nak buat perhimpunan aman je..lepas tu nak berkhemah sehingga bersih 3.0. Selepas berkhemah bawa pula pemimpin politik berceramah...apa ni...undang-undang apa ni...baik lepas ni bawa kontraktor untuk buat rumah di situ..senang sikit...boleh bawa anak bini mak bapa duduk sekali disitu...

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata pihaknya akan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di seluruh negara jika mendapat sokongan orang ramai.

Mereka mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu dan sejak itu berkhemah di Dataran Merdeka.

"Kami akan berkumpul di beberapa lokasi untuk mendapatkan respons daripada masyarakat tentang isu yang kami perjuangkan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menambah "kami memerlukan banyak lagi sokongan daripada orang awam. Di samping itu, meletakkan kain rentang tandatangan sokongan."

Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan mereka menurunkan kain rentang dan mencabut khemah-khemah yang didirikan, tetapi mereka mendirikan semula petang semalam dan hari ini.

Dua khemah lagi didirikan hari ini.

Turut hadir memberi sokongan dan menurunkan tandatangan hari ini ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Bermula dari malam tadi, mereka menganjurkan ceramah di Dataran Merdeka.




Ratu kontroversi kembali lagi & kali ini dengan gossip yang mengatakan beliau kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang jejaka kacak dari negara seberang, Indonesia.

Sebelum itu, kali terakhir kita semua dengar tentang kisah cinta pelakon sensasi ini adalah ketika beliau bertunang secara mengejut selain hubungan misteri bersama Aliff Aziz — yang sebenarnya masih misteri sehingga ke hari ini.

Tidak semena mena, terbit satu gossip melalui forum hiburanterkemuka Malaysia, Cari myang Zarina Anjoulie kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang jejaka bernama David Tamara.

Menariknya, peminat berjaya menghidu hubungan Zarina Anjoulie & David Tamara ini melalui Twitter mereka yang saling berkasih sayang & mewujudkan syak. 

Wartawan Rotikaya telah menghubungi Zarina Anjoulie untuk mendapatkan kepastian namun jawapan SMS yang kami terima sekadar ‘no comment’ tanpa sebarang penafian mahu pun pengesahan akan gossip yang mula menjadi perhatian ini.

Adakah benar Zarina Anjoulie sudah bernikah secara senyap di’Indonesia atau ini satu lagi gimik manja dari Ratu Kontroversi ini? Hmm.
Mungkin bagi Khalid gagap dan juga puak-puak pembangkang yang lain terutamanya DAP merasakan keperluan menghormati institusi Raja-Raja Melayu ini merupakan satu perkara yang remeh dan boleh dipermainkan kerana mereka bercita-cita menjadikan negara Malaysia sebuah negara republik seperti Singapura..

Mungkin bagi mereka, Raja-Raja Melayu hanyalah merupakan sebuah simbol negara yang sudah lapok dan  tidak mendatangkan sebarang kepentingan politik bagi mereka..Oleh sebab itu mereka berani mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda Rabu lepas.

Khalid gagap perlu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukan hanya simbol negara tetapi telah terbukti  Raja-Raja Melayu memainkan peranan penting bagi memastikan kestabilan politik di samping istiqamah mempertahankan agama. 

Dengan kuasa yang ada pada  Raja-Raja Melayu, kedudukan agama dan perpaduan rakyat dapat diperkukuhkan dan terpelihara...Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia terutamanya orang Islam mempertahan dan memelihara institusi Raja yang kita ada bukannya dengan mengatakan isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik. 


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda Rabu lepas. 
Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik. 
Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu. "Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar," katanya.-BERNAMA

HOT : LAGI KISAH GRO CHINA DISINI...


GEORGE TOWN — Tiga belas wanita rakyat asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di pusat karoake dekat Pulau Tikus di sini awal hari ini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (I) negeri, Abdul Rahman Hassan berkata, mereka yang ditahan dalam sebuan pada pukul 2 pagi itu terdiri daripada 12 rakyat China dan seorang wanita Vietnam.
Kesemua wanita berusia antara 20 dan 40 tahun itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, polis terpaksa memecah pintu premis yang terletak dalam sebuah pusat beli belah itu apabila penjaga bangunan enggan memberi kerjasama.
"Ketika serbuan, wanita-wanita terbabit cuba melarikan diri melalui laluan rahsia tetapi gagal kerana seluruh tempat itu telah dikepung,” katanya.— BERNAMA
**Patutla penduduk cina makan bertambah di Pulau Pinang...rupa-rupanya di import dari China..Cekap betul Guan Eng..kiri dia makan..kanan pun dia makan...


EP tak tahu nak komen apa pada Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah ni...Bagaimana seorang pemimpin Islam boleh menyokong dan menggalakkan anak-anak muda yang masih mentah ini melakukan perbuatan yang terkutuk, hina dan ternyata salah disisi agama...

Ini mengesahkan Kata-kata MB Terangganu bahawa PAS sememangnya Parti Ajaran Sesat..Apa saja yang memberi kepentingan politik pada PAS dikira Halal dan dijamin masuk syorga..walaupun ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam...tak gitu?? 

Abu Bakar Abdullah perlu ingat memanglah kita tak tahu niatnya melakukan mereka lakukan begitu tetapi ianya mengundang fitnah atas perbuatan mereka itu,jadi bagi pandangan EP apapun niatnya perkara ini tidak harus mereka lakukan karana ia bukan amalan dan ajaran Islam. Nasihat EP pada  Abu Bakar Abdullah..lain kali kalau nak buat kenyataan atau berilah ulasan...buatlah dengan  lebih telus karana Allah tidak ada kepentingan politik...

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah meminta masyarakat mengelak menggunakan simbol kematian bukan Islam terhadap orang Islam.
“Jika simbol menepati kematian bukan Islam, hendaklah dielakkan supaya tidak timbul reaksi yang tidak sihat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, bagi mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beberapa hari lalu.
Abu Bakar bagaimanapun menggalakkan orang ramai melakukan sebarang luahan atau ketidakpuasan hati menepati kehendak syarak.
Abu Bakar ketika ditanya mengenai hukum sekiranya menggunakan simbol tersebut terhadap orang Islam bagaimanapun enggan mengulas, namun mengulangi supaya tindakan sama perlu dielakkan pada masa depan.
Mengulas lanjut, kata beliau, sekiranya ia tidak mencerminkan kepercayaan orang bukan Islam, tindakan tersebut tidak mendatangkan masalah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, perkara itu tidak boleh dibuat justifikasi secara tepat kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri terutama di pihak penganjur yang menganggap ia sekadar simbolik dan bukan niat mengkafirkan mereka.
“Kita tidak dapat pastikan sama ada ia mempunyai unsur agama atau tidak, dan perlu kepada ketepatan dari segi kalungan itu.
“Justifikasi tidak boleh dilakukan secara jelas tetapi kalau simbol itu tidak mencerminkan ketidakpercayaan, tidak mengapa kerana ia sekadar melahirkan sesuatu yang tidak memuaskan hati daripada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Abu Bakar berkata, isu pendidikan perlu diberi keutamaan dan tidak sepatutnya membebankan rakyat, memandangkan ia menjadi aset utama negara untuk melahirkan pemimpin pada masa depan.SH


Bila orang cakap mahasiswa yang bersama SMM ni bahlol, berani tak bertempat dan bodoh bertingkat-tingkat..marah...kata kerajaan cuba untuk menyekat kebebasan mahasiswa bersuara..tapi bila dah bagi kebebasan untuk bersuara..inilah jadinya..menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas untuk mencapai sesuatu matlamat..

EP rasa masuk hari dah beberapa orang ustaz menegur tindakan mereka yang memalukan itu tetapi..nak buat macam mana..bukannya mereka nak terima teguran itu dengan hati yang terbuka dan akui kesalahan mereka...sebaliknya mereka tegur pula nasihat ustaz-ustaz tu..biasalah..Safuan Anang ni seorang mahasiswa, ada otak pulak tu...diangkat pula menjadi pemimpin mahasiswa..jatuh la standard dia kalau mengaku kesalahannya...

Bagi EP biar apapun alasan Safuan Anang mempertahankan tindakan mereka sebagai tidak bersalah...tetapi  dari segi hukum Islam terbukti perbuatan keji mereka ini sudah menjadikan diri mereka menyerupai orang kafir. Kalungan bunga pada gambar PM dan Menteri KPT seperti mendiang sudah jelas berniat jahat dan membawa fitnah yang besar. Perbuatan keji ini amatlah hina dan tentulah orang yang sanggup melakukan sedemikian tergolong dalam ajaran sesat dan kufur daripada ajaran syaitan musuh umat Islam.


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempertahankan tindakan mereka mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu dan menafikan tindakan tersebut seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.
Presidennya, Mohamad Safwan Anang berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai simbolik protes semata-mata bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurutnya, ia tidak membawa maksud atau kesan ke atas kepercayaan mana-mana agama.
“Tindakan itu bukan melambangkan ‘kematian’ kedua-dua pemimpin berkenaan, sebaliknya apa yang disampaikan adalah mengenai hak mahasiswa yang ‘mati’ kerana pemimpin tidak memberikan komitmen terhadap tuntutan mahasiswa.
“Jangan timbulkan sentimen agama dalam hal ini. Saya pelik kenapa batu nisan yang kami gunakan tidak pula dijadikan isu kerana ia juga melambangkan kematian bagi orang Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai respons berhubung tindakan kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada lebih 300 orang yang menyertai demonstrasi terbabit.
Beberapa tokoh agama menyifatkan tindakan kumpulan mahasiswa itu bertentangan dengan tuntutan Islam.


EP agak tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS dalam Harakah..."PAS pakar demonstrasi, jamin Bersih 3.0 aman"..Aman?? EP nak tanya bagaimana Nasrudin boleh jamin aman sedangkan Bersih 3.0 belum berlaku...

PAS ada sijil ISO ke yang boleh jamin aman? Sijil yang mengesahkan PAS telah mematuhi segala piawaian yang telah ditetapkan bagi memastikan setiap demonstrasi yang dihadiri PAS akan berjalan dengan aman...Kalau ada sijil ni barulah boleh kata dijamin AMAN....

Cuba lihat apa yang Presiden PAS seru pada ahli-ahlinya ada apakah jaminan Hadi Awang dalam Bersih 2.0..


Petikan dari kenyataan Hadi Awang menerusi blog rasminya..

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Jom kita lihat apa yang terjadi dalam video dibawah ini pula..



Apa sudah jadi dengan jaminan aman Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam Bersih 2.0..Jika kita lihat apa yang berlaku dalam video diatas ternyata Hadi Awang berbohong pada rakyat..Yang memulakan lag provikasi dalam video tersebut dimulakan oleh ahli PAS...Ada tak Hadi Awang minta maaf pada rakyat Malaysia kerana berbohong? sebaliknya PAS menyalahkan pihak PDRM dan menuduh mereka memulakan provokasi...

Dan kali ini Ketua Pemuda PAS pula yang cuba untuk memberi jaminan bahawa Bersih 3.0 akan berjalan secara aman...Sudah-sudah la nak menipu rakyat...EP rasa rakyat pun dah meluat dengan pembohongan demi pembohongan yang dibuat oleh PAS...

PAS meletakkan objektif 'aman' dalam setiap himpunan yang dianjurkan dan disertai.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, PAS sangat berpengalaman dalam menganjurkan dan mengawal perhimpunan tanpa menyebabkan kacau bilau.
"PAS bersama Pakatan Rakyat bukan sekali menganjurkan dan menyertai perhimpunan tapi kita sangat berpengalaman dan berkepakaran dalam perkara ini.
"Objektif utama kita dalam setiap perhimpunan ialah keamanan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa peserta 'Duduk Bantah' mesti memastikan perhimpunan tidak menyusahkan orang ramai.
Nasrudin juga berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berniat membuat huru-hara, mereka tidak akan menuntut penambahbaikan pilihan raya.
"Bersih 3.0 merupakan kemuncak kepada tuntutan reformasi pilihan raya.
"Kalau kita mahu mencetuskan huru-hara, kita tak akan tuntut reformasi pilihan raya. Tapi kita menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Itu termasuk dalam demokrasi," katanya.
Beliau memberi jaminan 'Duduk Bantah' kan berlangsung aman sekiranya tiada sebarang provokasi daripada pihak polis dan pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Seperti himpunan Mansuhkan PTPTN anjuran mahasiswa, ia berjalan aman sebab tiada siap mengganggu," katanya.
Justeru katanya, pemuda PAS akan bertemu dengan pihak polis beberapa hari sebelum 'Duduk Bantah' bagi meminta kerjasama mereka.
"Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan," katanya. - Harakah






















To launch the high quality TV channel TNT in Belgium Duval Guillaume Modem placed a big red push button on an average Flemish square of an average Flemish town. A sign with the text "Push to add drama" invited people to use the button. And then they waited...

The video of the stunt has gone viral - big time - with over 10 million YouTube hits in just one day.

SAYA sebagai pendidik dan bapa kepada anak-anak yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memang akan berasa cukup gembira jika pihak kerajaan sanggup menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tertinggi untuk rakyatnya.

Namun, sebagai sebuah negara yang masih membangun dan menuju kepada negara maju, adakah Malaysia sudah mampu untuk memberi pendidikan percuma di peringkat tertinggi kepada semua rakyatnya?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu usaha murni yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi tanpa memberi beban kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira agama dan bangsa.

Pinjaman PTPTN amat mudah dan terdapat pelbagai cara untuk mengutipnya semula. Kutipan semula hanya dibuat selepas enam bulan sehingga peminjam mempunyai pekerjaan. Difahamkan pihak kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM48 bilion. Sehingga kini 83 peratus peminjam membuat bayaran pinjaman secara berkala. Cuma 17 peratus sahaja masih ingkar untuk membuat bayaran.

Bayangkanlah jika PTPTN tidak dilaksanakan oleh kerajaan, bagaimana ibu bapa hendak mengeluarkan bayaran yang tinggi untuk anak-anak mereka melanjutkan pengajian tinggi? Ini terutama bagi ibu bapa yang kurang berada atau anak-anak yang mempunyai pencapaian pendidikan di tahap sederhana.

Mungkin untuk pelajar cemerlang, mereka mudah mendapat biasiswa atau tajaan. Begitu juga dengan ibu bapa yang berada, pasti mampu menyediakan insurans pendidikan anak-anak mereka.

Pinjaman yang diberi kepada lebih 100,000 pelajar IPTA atau swasta (IPTS) ini perlulah dibayar semula sebagai modal pusingan untuk pinjaman pelajar lain pula. Hutang ini dikutip balik sebenarnya adalah untuk mengisi semula tabung sedia ada bagi kegunaan pelajar pada masa akan datang.

Bukankah membayar hutang sesuatu yang wajib dijelaskan seperti tuntutan agama? Urusan pengutipan semula sebenarnya tidak membebankan kerana pelajar diberi peluang sehingga mempunyai pekerjaan untuk membayar semula pinjaman.

PTPTN akan menganugerahkan secara percuma pinjaman tersebut sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang. Oleh itu, pelajar perlu membuktikan kemampuan mereka mendapatkan anugerah CGPA cemerlang supaya pinjaman PTPTN dijadikan sebagai biasiswa. Ini memberi motivasi kepada mereka untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengajian mereka.

Mengapa PTPTN menjadi mangsa cemuhan dan kritikan? Sebagai penjaga yang berpendapatan sederhana, saya setuju PTPTN diteruskan demi kebajikan dan kesinambungan nasib bangsa Malaysia.

Janganlah pendidikan dan masa depan anak bangsa digadai atas kepentingan politik. Janganlah politikkan pendidikan negara.


BAHARUDIN HUSIN
Rembau, Negeri Sembilan

Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu.

Difahamkan mangsa dirogol lebih daripada lima orang secara bergilir-gilir mengakibatkannya terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Terdapat dua suspek yang masih bebas dan salah seorangnya daripadanya dipercayai tinggal di Sungai Petani.

Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu dibawa oleh salah seorang rakan mereka dari Sungai Petani sebelum dia dirogol beramai-ramai.

Seorang daripada suspek telah dibuang sekolah dan terlibat dalam pengawasan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah. SH

Pelakon Lisa Surihani mengakui bahawa kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini hari ini.

Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

"Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
    
Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam mengajar di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.

Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.

Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013.- Bernama

Monday, April 16, 2012


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin meminta agar para pelajar yang terlibat dengan demonstrasi menghapuskan PTPTN baru-baru ini supaya menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah untuk menilai baik atau buruknya tindakan mereka itu.
“Jangan kita termakan dengan hasutan dan dakyah pihak tertentu sehingga kita sanggup menghina orang lain termasuk menghina Perdana Menteri dengan meletakkan kalungan bunga di gambar beliau, lalu dipanggil mendiang seolah-olah Perdana Menteri sudah mati. Ini adalah satu perbuatan yang jauh tersasar dari norma cara berfikiran orang yang mendapat pendidikan tinggi,” tegas beliau.
Tambahnya lagi,  para pelajar tersebut perlu berfikir semula yang pertamanya, adakah mereka yang terlibat dalam demostrasi itu benar-benar layak untuk menerima biasiswa dan yang keduanya, jika mereka tidak layak untuk menerima biasiswa, adakah mereka itu mampu untuk masuk ke universiti dengan kos tanggungan mereka sendiri.
“Mungkin mereka ini tahu, dan saja-saja buat tak tahu bahawa PTPTN ini diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu prasarana untuk memudahkan mana-mana pelajar  di negara ini yang tidak layak mendapat biasiswa dan tidak berkemampuan untuk masuk ke universiti.
“Dengan kemudahan ini, maka pelajar-pelajar tidak lagi pening-pening untuk memikirkan di mana mahu mencari sumber kewangan bagi menampung pelajaran mereka di IPTA-IPTA seluruh negara. Cuba perhatikan negara-negara lain, mana ada kemudahan bantuan kewangan seperti ini. Malah negara moden yang dianggap hebat seperti Amerika sendiri pun tidak ada skim seperti ini,” tegas beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Jelasnya lagi, pelajar-pelajar di negara ini sepatutnya bersyukur dan menggunakan peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh agar lulus dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik.
“Selepas itu, kita boleh menggunakan gaji yang kita terima itu untuk membayar balik pinjaman tersebut untuk memberi peluang kepada adik-adik kita menggunakan kemudahan ini untuk melanjutkan pelajaran sepertimana peluang dan kemudahan yang kita gunakan,” ujarnya.
Beliau juga menasihati para pelajar agar menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai baik dan buruk sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan cara pembangkang yang cuba membangkitkan  sentimen emosi rakyat di negara ini.
Katanya lagi, masyarakat terutamanya para pelajar perlu memahami tujuan PTPTN ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau daripada kalangan keluarga yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
“Memang ia berbentuk pinjaman namun pinjaman tersebut tidaklah membebankan dan  syarat-syarat pembayaran semula yang dikenakan adalah amat mudah. PTPTN ini adalah skim pinjaman secara sukarela dan tidak ada paksaan ke atasnya. Jadi mana-mana pelajar yang mampu untuk meneruskan pembelajaran tanpa bantuan PTPTN, maka mereka tidak dipaksa untuk meminjam dari PTPTN.
“Malah mereka boleh mendapatkan tajaan dari sesiapa sahaja termasuk pihak pembangkang samada PKR, Pas , DAP atau pun tajaan dari Anwar Ibrahim sendiri kalau mereka mahu bantu. Dalam hal ini, tidak ada sesiapa yang memaksa mereka untuk mengambil pinjaman dari PTPTN,” ujarnya.
Sekiranya para pelajar itu tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN katanya lagi, maka mereka perlu belajar dengan bersungguh-sungguh serta  mendapat kelulusan yang cemerlang supaya pinjaman tersebut akan ditukar menjadi biasiswa yang tidak perlu dibayar balik.
Selain itu, beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang yang cuba menjadikan para pelajar sebagai alat untuk mencapai tujuan dan matlamat politik mereka.
“Semasa PTPTN diluluskan, kita perlu ingat di waktu itu Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.  Tapi sekarang ini Anwar mahu bercakap tentang penghapusan PTPTN padahal dia jugalah yang meluluskan cadangan untuk mewujudkan skim pinjaman tersebut. Tidakkah itu membuktikan bahawa politik pembangkang merupakan politik yang cakap tak serupa bikin?
“Kalau pihak pembangkang ini serius mahu menghapuskan segala hutang PTPTN, mereka boleh mulakan dengan negeri-negeri yang mereka perintah terlebih dulu. Contohnya menghapuskan hutang  pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN di Unisel, Kuis dan lain-lain.
“Apa yang mereka boleh buat ialah mendapatkan nama-nama pelajar yang meminjam dan mereka gunakan duit kerajaan negeri untuk membayar hutang-hutang pelajar tersebut. Tapi masalahnya, mereka tidak buat pun perkara itu,” tegasnya.
Soalnya lagi, bagaimana para pelajar boleh terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang kononnya akan menggunakan duit Petronas untuk membayar balik pinjaman PTPTN sedangkan mereka boleh menggunakan hasil pendapat GLC di Selangor untuk membayar balik pinjaman para pelajar, namun tidak pula mereka lakukan?
“Jika segala kewangan yang ada pada negeri-negeri yang mereka perintah hari ini pun mereka tidak gunakan untuk membayar hutang PTPTN tersebut, jadi apakah kita yakin sekiranya mereka memerintah negara, mereka akan menggunakan duit mana-mana agensi kerajaan untuk membayar balik hutang PTPTN para pelajar di negara ini? Sudah tentu tidak!
“Jadi jelas sekarang ini, segala isu yang timbul tentang PTPTN ini adalah semata-mata dakyah dan hasutan serta gimik politik mereka dengan mempergunakan para pelajar dan mahasiswa di negara ini,” tegas beliau. -MediaUMNO


Empat orang siswa mendakwa mengalami cedera ringan dalam pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika pegawai tersebut cuba merampas khemah mereka pagi ini.

Insiden berkenaan didakwa berlaku pada kira-kira jam 10.15 pagi, apabila pegawai dianggarkan seramai 30 orang itu bersemuka dengan pelajar terbabit dalam cubaan mereka untuk meruntuhkan satu khemah pelajar terbabit.

Empat pelajar berkenaan mendakwa cedera dalam pergelutan yang berlaku selepas itu.

Pengerusi kumpulan pelajar Malaysia Bangkit Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, salah seorang pelajar berkenaan mengalami calar manakala tiga yang lain didakwa telah ditumbuk.

Mohd Syahid mendakwa beliau sendiri ditumbuk di bahagian dadanya manakala seorang lagi, Alif Asyraf antara lain didakwa mengalami calar-calar setelah pelajar itu didakwa diheret dan ditendang.

Kumpulan pelajar itu merupakan saki-baki daripada ratusan pelajar yang berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu untuk menuntut supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dimansuhkan.

Mereka seterusnya mendirikan khemah di satu sudut Dataran Merdeka dan bertegas untuk terus berkhemah di situ sehingga perhimpunan 'duduk bantah' BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.

** Cedera ringan je..apasal tak bagi mam... Je..kan lagi senang..tak menyusahkan pihak DBKL dan rakyat..EP sarankan pihak Polis tangkap je mahasiswa yang tak guna ni...sumbat dia orang ni dalam lokap..itu yang mereka nak sebenarnya..lepas tu baru mereka bersurai kot..sebabnya dah ada modal kata polis kejam dan zalim pada rakyat...

Perkhabaran kurang gembira kami terima dari mereka yang rapat dengan selebriti ini. Hendak percaya pun agak sukar untuk kami buat masa ini.
Sekitar jam 5.00 petang tadi, seorang selebriti yang bergelar pelakon juga bekas pengacara sebuah rancangan gossip populartelah di’gegaskan ke sebuah hospital.
Khabarnya, sebelum selebriti ini di’kejarkan ke hospital, beliau berasa terlalu tertekan sehingga mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.
Ahli keluarga yang kebetulan berada di’rumah bersama selebriti ini sedar akan perbuatan beliau & tidak mengambil masa lama untuk membawa selebriti ini ke hospital & terus di’gegaskan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Selebriti wanita itu kini di’khabarkan sudah di’pindahkan ke wad rawatan biasa dan akan di’benarkan keluar selewat lewatnya esok hari dengan keizinan doktor.
Kami sangat berharap kisah yang kami terima ini tidak benar & selebriti ini boleh berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan yang di’luar waras fikiran.
Banyak lagi cara untuk selesaikan sebarang masalah yang melanda. -ROTIKAYA



Polis menyerbu sebuah premis yang menjalankan kegiatan judi Internet dan merampas pelbagai peralatan bernilai RM50,000 dalam satu operasi di Jalan Slim, Jelutong di sini malam tadi.
Jurucakap polis berkata, hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap Dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyerbu premis itu pada pukul 8 malam.
"Semasa serbuan kedai itu baru memulakan perniagaan manakala pintu hadapannya dilengkapi sistem kod digit yang hanya diketahui pelanggan tetap.
"Selain itu, premis di tingkat satu itu turut dilengkapi kamera litar tertutup di luar bahagian atas pintu hadapan berkenaan agar dapat memerhati kehadiran pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika serbuan, hanya terdapat seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis berusia dalam lingkungan 20-an.
Jurucakap itu berkata, dalam operasi tersebut polis merampas sebuah mesin simulator, 12 set komputer perjudian serta beberapa barangan lain yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM50,000.— BERNAMA

Perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di depan Kompleks Sogo di ibu negara kelmarin seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.

“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang? Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat,” tegasnya.

Fathul Bari berkata, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama.

“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” katanya.

Menurutnya, dalam memperjuangkan isu seperti PTPTN, apa yang paling wajar dilakukan ialah mengingatkan orang yang berhutang supaya membayar hutang mereka.

“Wang yang dipinjam itu hutang kerana ia duit kerajaan, yang juga duit rakyat,” katanya.

Sebagai mahasiswa yang telah menjalani proses pembelajaran­ di menara gading, kata Fathul Bari, mereka perlu mengelak sebarang tindakan yang berunsur provokasi untuk mencapai sesuatu matlamat kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, sekali gus menunjukkan imej diri mereka yang tidak matang.

“Mereka sepatutnya menggunakan kaedah berjumpa dan berbincang jika ada sesuatu perkara yang mereka mahu luahkan. Sebagai pelajar universiti, mereka harus buat keputusan dan bertindak dengan bijak,” katanya. SH


Menarik...seorang blogger wanita Yang Ya-ching, berusia 27 tahun dan berasal dari Taiwan telah memulakan misi yang sangat pelik iaitu mencium 100 lelaki tak dikenali di kota Paris. 


Yang Ya-ching yang sedang melanjutkan pengajiannya di kota Paris berkata misi ini dibuat supaya ianya boleh dijadikan kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa dia berada di sana.


Tindakannya ini telah menimbulkan kontroversi di dalam blognya sendiri. Menurut Taipei Times, kebanyakan lelaki yang tinggal di Taiwan agak cemburu dan marah kenapa misi ini dilakukan di Paris bukannya di Taiwan sendiri. Aada juga yang berkata misi ini hanyalah salah satu alasan untuk dapat mencium lelaki tampan di Paris.

Tetapi bagi Yang, setelah misi ini tercapai, dia berhajat untuk menulis pengalamannya di dalam buku dan merehatkan bibirnya....














Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut. Pertamanya, saya ucapkan tahniah  kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.

Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.

Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah 'orang-orang tertentu' yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.

Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan hala tuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, sama ada pembangkang ataupun kerajaan.

Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk ALLAH tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.

Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat ALLAH itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.

Isu samada memansuhkan langsung PTPTN ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif.

**SUNGGUH MEMALUKAN..cuba lihat perlakuan mahasiswa-mahasiswa ini..Adakah mereka layak digelar mahasiswa?? Perlakuan mereka ini mengalahkan beruk di hutan...tidak bertamadun dan menunjukkan mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir walaupun mereka bergelar mahasiswa...

Mungkin ini yang Dr Asri nampak..sebab itulah dia sebagai seorang pensyarah dan juga sebagai seorang yang arif dalam hal agama terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menegur kelakuan mahasiswa yang tidak beradap ini dan dipengaruhi dengan politik keencian pembangkang..

Bagi EP inilah akibatnya apabila mentaliti seseorang mahasiswa itu dipengaruhi oleh puak-puak pembangkang...rosak bukan??Mahasiswa ini tidak sedar mereka ini digunakan untuk mencapai kepentingan politik pembangkang..

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.