Tuesday, April 10, 2012


KUALA LUMPUR – Nampaknya perang yang tercetus secara tiba-tiba antara Zed Zaidi dengan Aaron Aziz belum nampak penghujungnya.
Bermula dengan Twitter Zed Zaidi yang meluahkan beliau lebih berbangga jika artis Malaysia yang terpilih untuk memenangi Anugerah Bintang Popular ABPBH 2011.
Walaupun beliau dalam tweetnya tidak menyebut nama anugerah atau acara mana, namun ia jelas ditujukan kepada kemenangan artis kelahiran Singapura (dan masih warganegara itu) Aaron Aziz.
Aaron bertindak menjawab kenyataan itu dengan menyifatkan Zed Zaidi sebagai tidak matang kerana menjadikan isu kewarganegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya.
Terkini, Zed Zaidi melalu blognya menjelaskan secara panjang lebar mengapa beliau kurang senang dengan kehadiran artis-artis luar memonopoli anugerah dan industri hiburan negara.
Zed Zaidi menyifatkan fenomena kehadiran artis luar ke dalam industri Malaysia sebagai bentuk penjajahan yang lama-kelamaan akan hanya merugikan artis tempatan.
“WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI,” katanya di sini hari ini.
Bagi memudahkan pemahaman semua, berikut adalah entri terkini Zed Zaidi di blog miliknya:
Assalamualaikum kepada semua… wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. “AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT” dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip ” WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN ” dan ” KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! “.
Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm…
Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni… aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm… kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!
WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM… DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!
Setahu aku la… kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm… susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat…. pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.
Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii… macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!
Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah… cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je… lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.
ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!-Sumber

**Pertama sekali EP ingin mengucapkan tahniah pada Zek Zaidi kerana berani untuk bangkit mempertahankan maruah artis Malaysia..bagi EP benarnya kata-kata Zed Zaidi...Jangan harap artis Malaysia akan dapat anugerah di Indonesia ataupun Singapura walau sehebat mana dia berlakon atau menyanyi kecuali dalam ketegori artis Malaysia..

Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.

Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.

“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan.

"Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau - SH

Imbasan dari pengulas antv :

'Gooooooooooool!!!!!!!! Hanya satu kalimat yang pantas untuk pemain nasional Malaysia ini luar biasa. Sebuah gol satu merubah kedudukan menjadi 1-0'.

'Spetikular gol oleh Safee Sali,kita melihat bagaimana pemain yang bisa menjadi salah satu terbaik musim ini hadir kembali sebagai seorang pemenang bagi Pelita Jaya. Kita melihat bagaimana memasuki minit ke 10 , Safee Sali mencetak sebuah gol spetikular tendangan gunting. Sebuah gol yang tidak mudah dicatat oleh seorang pemain, dibuktikan oleh Safee Sali hanya melalui sentuhan pertama dipertandingan ini. Kita lihat bagaimana umpan oleh Joko Sasongko dan gol sebuah tendangan gunting @ Scissor Kick oleh Safee Sali merobek gawang Pesijap Jepara dan tentunya memberi keunggulan sementara Pelita Jaya 'game all' tentunya'.

'Luar biasa bong ini merupakan gol keempat Safee Sali dalam lima pertandingan yang telah dilapori. Ini dia ayahanda tercinta yang jauh-jauh datang dari Malaysia untuk menyaksikan permainan anak kesayangannya. Tidak sia-sia sebuah gol spetikular salah satu gol yang terindah Djarum Indonesia Super League hadir malam ini Safee Sali'.

Sedutan perlawanan di antara Pelita Jaya dan Pesijap Jepara : 3 APRIL 2011



Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,”katanya.
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.
Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.
“Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.
“Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.
“Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.
Ummi kata apabila ibunya sakit teruk baru-baru ini, dia memberitahu dia dan dua kakaknya untuk tidak memaklumkan Azmin jika dia akan mati.
Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata ibunya telah memberitahu dia dan dua adiknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.
“Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia,” kata Ummi.
Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama kembali berkata dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.
Ummi berkata dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13. - mStar Online



















Siapa pilihan hati anda...??

Boleh ke pengganas-penganas ni mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011..Sudah pasti mereka akan mengeluarkan ayat-ayat provokasi atau lakukan sesuatu supaya Polis bertindak keatas mereka..Itu yang sebenarnya mereka hendak..cetuskan kontroversi supaya dapat liputan dari media luar..nak tunjuk kata Kerajaan Malaysia ni kejam...tidak demokrasi..

Kenapa mereka perlu memilih Dataran Merdeka sebagai tempat untuk mereka berkumpul..Bukankah perhimpunan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar?? Adalah lebik elok jika perhimpunan ini diadakan di stadium atau dimana-mana kawasan lapang pinggir KL..tak menyusahkan rakyat...

EP harap pihak KDN dan Polis pertimbangkan balik lokasi perhimpunan ini diadakan...kerana bukan semua rakyat Malaysia menyokong perhimpunan ini..pelbagai perkara yang menyusahkan akan wujud jika perhimpunan ini diadakan di sana..perniagaan terganggu, kesesakan lalu lintas, kotor dan macam-macam lagi..

Jangan terlalu ghairah nak hati penyokong bersih saja..hati penyokong Kerajaan siapa nak jaga..Jangan ambil mudah perkara ini...
Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini.
EP tak pasti sama ada surat ini asli atau sengaja diadakan tetapi apa yang pasti isi kandungan surat ini sangatlah kurang ajar..Surat ini telah dihantar kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor oleh seorang penduduk yang tinggal di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor bertujuan untuk menghapuskan Masjid dan Surau kerana "setiap pagi buta, tengahari, petang dan malam ada hantu jerit dekat Surau atau Masjid..Banyak bising ganggu masa tidur..Melayu semua saya mesti bunuh sebab kasi saya susah"...Adakah nama yang tertera diatas surat ini benar-benar menulis surat ini....


Sebelum ini terdapat juga kes yang sama berlaku di Pulau Pinang apabila kononnya pemilik kedai kereta terpakai menghantar surat aduan pada MPPP meminta supaya Surau dihadapan kedainya dipindahkan atau ditutup kerana menggangu perniagaannya terutamanya bila tiba waktu solat...Apabila diperiksa sebenarnya yang menghantar surat aduan itu kepada MPPP ialah pemilik rumah disebelah surau tersebut..bukannya pemilik kedai kereta terpakai seperti yang tertera diatas surat...Pemilik rumah disebelah surau itu sengaja menggunakan Nama dan Alamat kedai kereta terpakai itu tanpa kebenaran supaya jika berlaku perkara yang tidak di ingini..dia akan terselamat..

Bukankah ini satu tindakan yang kurang ajar..



Jom ramai-ramai kita menghabiskan masa kita dengan aktiviti yang berfaedah semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei yang akan datang... Pelbagai acara-acara menarik yang akan disediakan...jumpa di sana....


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei akan datang sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek beliau yakin KBS akan untuk mencapai tahap itu sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang menganjurkan lebih 500 acara dan mampu memikat pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.

Tambah beliau lagi, karnival ini adalah yang terbesar di Asia dan 10 terbesar di dunia. Cuma kita mahu lihat dari segi penilaian antarabangsa supaya pada suatu masa nanti pelancong asing akan datang ke Putrajaya setiap tahun untuk melihat kepelbagaian dari segi kesenian, kebudayaan, aktiviti dan kehidupan masyarakat Malaysia. Beliau berkata sedemikian di Majlis Perjumpaan YB Menteri Belia dan Sukan dengan wakil-wakil Persatuan Hotel di Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 (HBN2012).

Justeru itu, beliau meminta pihak Kementerian Pelancongan dan wakil persatuan hotel memainkan peranan untuk mempromosi dan mewujudkan pakej-pakej istimewa bagi menarik pelancong tempatan dan pelancong asing datang ke Putrajaya sempena HBN 2012. www.hbn.gov

GEORGETOWN : Segelintir golongan minah kilang terutama wanita warga asing dikesan turut mencari rezeki dengan menjadi ‘Marka Ekspres’ kepada lelaki yang dahagakan belaian kasih sayang.

Mereka yang didakwa bijak bermain kata-kata didakwa menipu mangsa untuk mencari wang mudah bagi menampung kos kehidupan di negara ini.
Golongan itu yang bekerja sebagai operator kilang di sekitar negeri ini dikatakan sengaja ‘memasang’ ramai teman lelaki semata-mata kerana mahukan wang lebih.

Bermodalkan rupa paras yang agak menarik, mereka dikatakan bijak menipu mangsa dengan hanya menabur janji dan cinta palsu sebelum membuat pelbagai alasan semata-mata mahukan wang.

Difahamkan, golongan itu mencari mangsa mereka melalui laman sembang sosial atau di kelab hiburan sebelum memasang jerat selepas mengenali lelaki yang mahu dijadikan mangsa. - HMetro

Jawatankuasa Disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menolak ra‐yuan Adam Adli Abdul Halim yang menerima penggantungan tiga semester pengajian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Datuk Dr Junaidi Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan penggantungan sudah bermula.

“Kes ini telah selesai. Rayuan tidak diterima kerana ia mensabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya berkuat kuasa bermula Semester II

Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13.

“Pada 8 Mac lalu, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar bersidang dan mengekalkan hukuman tersebut” katanya.

Jawatankuasa universiti membuat ketetapan bahawa tindakan Adam Adli telah merosakkan kepenti‐ngan, nama baik universiti, penuntut dan kakitangan serta ketenteraman keselamatan awam dan tatatertib. Seterusnya

3-4 hari ni saya ikuti dengan minat komen2 pemimpin pembangkang yang begitu vokal mahu menghapuskan PTPTN. Saya perhatikan dalam isu cadangan PR mahu menghapuskan PTPTN, mereka sebenarnya TIDAK IKHLAS langsung. Pembangkang hanya mempolitikkan isu PTPTN untuk meraih undi tanpa sedikit niat pun mahu mengotakan janji mereka kerana mereka sendiri tidak serius memperjuangkan isu itu. Kenapa saya kata begitu ?

1 – Isu PTPTN ini adalah satu isu besar yang melibatkan dana yang amat besar dan sekiranya dihapuskan, bakal mengubah lanskap ekonomi negara. Untuk perkara sebesar ini, seharusnya kajian mendalam dibuat terlebih dahulu apakah wajar ia dihapuskan ? Apakah kesannya kepada negara ? Apakah ia memberi manafaat kepada majoriti rakyat atau hanya segelintir rakyat yang terlibat ?

Kita semua sedar yang pembangkang hanya memainkan isu PTPTN sejak akhir2 ini saja, sebelum ini langsung tidak kedengaran perkataan Hapuskan PTPTN itu disebut. Ia juga tidak terkandung dalam sebarang manifesto PR apatah lagi disebut dalam buku jingga.

Dalam Buku Jingga ada disebut -

- “Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.”

- “Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.”

- “Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.”

LANGSUNG TIDAK DISEBUT TENTANG MENGHAPUSKAN PTPTN ATAU PENDIDIKAN PERCUMA ! ?

Bukankah Buku Jingga itu disediakan oleh pakar-pakar ekonomi yang diiktiraf oleh seluruh warga Pakatan Rakyat ? Kenapa mereka hanya mencadangkan konsep ‘pembayaran mudah, kadar minima dan tidak berlandaskan mencari keuntungan’ saja ? Kenapa tidak dicadang supaya dihapuskan terus sepertimana yang disalak oleh pemimpin2 Melayu Pkr dan Pas ketika ini ?

Sebab ……. idea untuk menghapuskan PTPTN ini baru saja timbul dalam kepala pemimpin2 PR ! Ia cuma satu idea untuk mempermainkan naluri rakyat supaya mereka bangkit membantah dan bersama2 PR turun duduk atas jalanraya pada 28 April nanti.

Isu PTPTN ini membabitkan golongan bijak pandai dikalangan rakyat tapi sayangnya golongan ini amat mudah diperbodohkan dengan janji kosong pembangkang ! Sepatutnya golongan bijak pandai yang berhutang dengan PTPTN ini mampu berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka bertanya kembali kepada pemimpin pembangkang – BAGAIMANA CARANYA ? Bukan membabi buta menyokong tanpa sedikitpun terfikir apakah pembangkang mampu mengotakannya .

2 – Perkara asas dalam isu seumpama menghapuskan PTPTN adalah mengenal pasti dulu BERAPA NILAINYA RM YANG MAHU DIHAPUSKAN ITU ? Rata-rata mereka yang menyalak itu sendiri TIDAK TAHU berapa nilainya ! Yang mereka tahu cuma dari segi IDEAnya saja, itu saja yang mereka tahu cakap. Dan golongan terpelajar yang menyokong usul ini pula merelakan diri mereka diperbodohkan dengan taktik murah pembangkang.

Ada yang cakap RM1 billion, ada yang cakap RM3 billion … nah contoh Ketua Pemuda Pas 3 hari lepas menconggak angka cuma sekadar RM1.2 billion ( Harakah ), ni satu lagi Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan yang mendakwa kos PLKN lebih besar dari kos PTPTN dan menggunakan angka jumlah kos PLKN selama ini sebanyak RM4.36 billion ( Harakah ) sebagai perbandingan.

Ingat baru ni video dimana Husam Musa mendedahkan mekanisma Pas mahu menghapuskan PTPTN ? KLiK . Kenapa mekanisma itu tidak ada pemimpin pembangkang lain yang ikut sebut ?

TIDAK ADA SATU NILAI ANGKA PUN YANG PEMBANGKANG SEPAKAT UNTUK HAPUSKAN ! Mereka hanya tahu menyalak Hapuskan PTPTN, tapi jika berapa banyak yang mahu dihapuskan itu pun mereka tidak tahu, bagaimana hendak diambil serius cadangan mereka ?

Bila Najib tampil dengan angka RM43 billion, maka pemimpin Pembangkang pun ikut sama bermain dengan angka RM43 billion. Tidakkah jauh tuh 1.2bil atau 4.36bil dibandingkan dengan 43bil ! Langsung tidak dipertikaikan angka RM43billion yang disebut oleh Najib itu…….

Contoh Mat Sabu kata , Jika kerajaan jimat RM45b, tiada masalah mansuh PTPTN. Makna kata, Najib sebutlah berapa ratus billion RM sekalipun, ia tidak akan dipertikaikan oleh pembangkang, cuma mereka akan kata – kita mampu hapuskan !

KATAKANLAH kita layan sekejap hujah MatSabu diatas, bukankah segala penjimatan yang beliau dakwa mampu diselamatkan itu juga SEBELUM INI mahu digunakan untuk menghapuskan subsidi ? Duit itu juga yang mahu digunakan untuk mengurangkan harga minyak, harga barangan pengguna, air percuma, dan segala macam pemberian sepertimana terkandung dalam manifesto ?

Kalau semuanya sudah diperuntukkan untuk menghapuskan PTPTN yang hanya menguntungkan sejuta rakyat yang menjadi peminjam PTPTN, bagaimana dengan lebih 26 juta rakyat Malaysia yang lain ?

3 – Kenapa pemimpin Dap tidak ikut serta menuntut penghapusan PTPTN ini ? Sebab bila bermain dengan angka, pemimpin Dap sedar mereka akan hanya membodohkan diri sendiri didepan kaum cina jika mereka turut sama memainkan isu ini ! Ia sama sekali tidak masuk akal. Pendirian mereka adalah sepertimana disebut dalam Buku Jingga diatas.

Hanya golongan terpelajar Melayu saja mudah terpengaruh dengan janji kosong bodoh dari pembangkang.

JELAS isu Penghapusan PTPTN ini cuma mainan politik Pakatan Rakyat saja. MEREKA TIDAK IKHLAS langsung malah mereka sendiri tidak tahu apakebendanya yang mereka mahu hapuskan. Mereka hanya main serkap jarang ….. ternyata isu Hapuskan PTPTN ini berjaya mencuri minat segelintir rakyat, maka mereka pun mainkan terus.

Dan orang Melayu juga yang mudah tertipu dengan janji sebodoh itu.

 



Siapa yang tak tersentuh bila lihat Maya Karin mengalirkan air matanya..sedih woo.. EP harap kesedihan yang terpaksa dilalui oleh Maya Karin ini dapat memberi pengajaran supaya beringat apabila hendak membuang sesuatu...

Kerajaan akan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca secara mandatori seawal tahun 2015, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pemberishan awam di Semenanjung pada 1 Sept tahun lepas.
Seperti termaktub dalam akta tersebut, beliau berkata setiap isu rumah atau pemilik premis yang gagal mengasingkan sisa pepejal akan dikenakan penalti.
"Memandangkan akta ini baru bermula, kita akan memberi tiga tahun sekurang-kurangnya supaya masyarakat sedar pentingnya mengasingkan sisa-sisa pepejal di rumah dan sekaligus mengurangkan penjanaan sisa pepejal melalui amalan kitar semula," katanya di sini, Isnin.
Sebelum itu Chor menghadiri majlis pratonton Kempen Kitar Semula Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.


Hadir sama ialah pelakon popular Maya Karin yang terlibat dalam iklan promosi kempen kitar semula yang akan disiarkan di stesen televisyen dan radio mulai hari ini hingga 30 Mei ini. Iklan ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar mengurangkan penjanaan sisa pepejal melalui amalan kitar semula di samping memberi penjelasan mengenai negeri yang terlibat dengan pengedaran tong sampah 120 liter, sistem kutipan 2+1.
Chor berkata kempen kitar semula merupakan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur dan Klang Valley, Program Transformasi Ekonomi.
Selaras dengan pelaksanaan kempen kitar semula itu, beliau berkata kementerian itu melalui tiga buah syarikat konsesi yang dilantik mula mengedarkan tong sisa pepejal mudah alih 120 liter kepada premis kediaman mengikut kawasan yang dijadualkan sehingga 2014.
Beliau berkata ketiga-tiga syarikat konsesi itu ialah Alam Flora Sdn Bhd (bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang), SWM Environment Sdn Bhd (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) dan Environment Idaman Sdn Bhd (Kedah dan Perlis) yang dijangka mengedarkan lima juta tong sampah beroda tersebut.
"Kerajaan juga akan melaksanakan sistem kutipan sisa pepejal 2+1 iaitu pengutipan sampah tiga kali seminggu yang dijangka akan bermula September tahun ini," katanya. - BERNAMA

Nak tengok video Maya Karin menangis KLIK SINI

** EP harap pihak KPKT dapat memuat naik Iklan-iklan ini ke Youtube supaya Kempen Kitar Semula ini dapat dikongsi oleh pengguna di blog-blog dan facebook..baru berkesan..



Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah! Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan islam...Sebesar2 pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...





Monday, April 9, 2012



Dah tahu kenapa Anwar gelisah...hehehehe
*Tolong sebar-sebarkan ye. Amoi ni memang cantik dan hot!

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman hari ini menempelak pembangkang yang mempertikaikan pelantikan pengacara popular Datuk AC Mizal sebagai Duta Tahun Melawat Perak 2012.

Beliau berkata, perbuatan pembangkang yang tidak mengiktiraf AC Mizal sebagai anak jati negeri Perak kerana dilahirkan di Muar, Johor walaupun bapa pengacara itu adalah anak jati Perak, hanya memalukan diri sendiri mereka sahaja.

Sekiranya AC Mizal tidak diiktiraf sebagai anak jati negeri ini, maka kedudukan tujuh pemimpin pembangkang di negeri ini juga wajar dipertikaikan, katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12, pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

"Saya ingin bertanya kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis (Nga Kor Ming), adakah gugur takrif anak Perak kerana bapanya merupakan seorang guru di Kelantan ketika beliau dilahirkan di sana. Lebih menarik isu ini dibawa oleh Adun Titi Serong (Khalil Idham Lim Abdullah) yang saya difahamkan juga merupakan anak Kelantan.

"Malah, saya turut difahamkan ada tujuh rakan-rakan pembangkang yang mempunyai kad pengenalan selain 08 (Perak) iaitu Adun Jalong 06 (Pahang), Adun Pokok Assam 03 (Kelantan), Adun Changkat Jong dan Sungkai 05 (Selangor) dan Adun Tebing Tinggi 04 (Melaka).

"Kalau itulah yang menjadi permasalahan besar, saya harap atas semangat anak Perak yang dibangkitkan oleh Adun Titi Serong, semua calon-calon bukan anak kelahiran Perak termasuk Adun-Adun yang disebutkan tadi diharapkan tidak lagi diberi peluang untuk bertanding mewakili DAP, Pas serta PKR (di Perak) pada pilihan raya akan datang," katanya.

Hamidah turut menjelaskan bahawa pemilihan AC Mizal sebagai Duta Tahun Melawat Perak 2012 adalah atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan beliau yang telah menawarkan diri untuk mempromosi Perak tanpa sebarang bayaran.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa apa yang dituduh oleh Adun Pasir Panjang (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin) mengenai bayaran sebanyak RM150,000 kepada Datuk AC Mizal selaku Duta TMP 2012 merupakan satu pembohongan," katanya. – Bernama

**Puak-puak pakatan ni memang macam beruk...apa yang BN buat semuanya salah..itu tak betul, ini tak betul...tapi bila mereka buat semuanya betul..kononnya untuk rakyat...

Apa salahnya jika AC Mizal menawarkan khidmatnya secara sukarela...percuma..itu pun nak pertikaikan ke...siap boleh tabur fitnah lagi kata dibayar dengan bayaran yang lumayan...

EP harap peminat-peminat AC Mizal lepas akan tolak pakatan haram..

Kenapa dengan Rozita Che Wan?  Dikhabarkan bahawa pelakon yang popular dengan bulu mata palsu bertingkat itu telah pulang awal sebaik saja tamat acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).

Maksudnya, Rozita Che Wan langsung tidak masuk ke dalam Arena All Star atau mungkin belumpun panas punggungnya duduk di dalam dewan berkenaan dia telah bergegas turun dari kota keriangan berkenaan.

Daripada apa yang didengar, Rozita Che Wan yang sememangnya cukup menawan dengan persalinan kombinasi rona biru dan perak pada malam berkenaan hanya menunjuk muka untuk slot glamor berkenaan bagi memenuhi impian pereka fesyen Rizman Ruzaini yang telah menyiapkan pakaiannya.

Namun daripada kiriman SMS yang dikirimkan Rozita Che Wan kepada salah seorang editor portal murai.com.my sebentar tadi, pelakon Kiah Perkasam itu terpaksa bergegas ke KLIA untuk terbang ke Milan, Itali pada malam ini juga.

Daripada kiriman SMS itu juga, dia akan berada di sana selama dua minggu untuk bercuti sambil merehatkan fikirannya sebelum kembali sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama kembalinya ke tanah air.

Kiranya, Rozita Che Wan pulang awal bersebablah dan pendirian pelakon cantik itu kerana walaupun terpaksa bergegas untuk mengejar penerbangan dia tetap hadir ke ABPBH 2011 untuk memberikan penghormatan pada majlis berkenaan.



Bapa kepada Altantuya, Setev Shaariibuu, menafikan dakwaan bahawa beliau telah dibayar wang supaya mendiamkan diri berhubung kes pembunuhan kejam anak sulung itu.

Professor di universiti Mongolia itu menegaskan, beliau tidak menerima sesen pun daripada kerajaan Malaysia.

Beliau berkata demikian melalui seorang jurubahasa dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Setev mengulas khabar angin yang timbul sejurus selepas seorang tertuduh dalam kes tersebut, Abdul Razak Bagida di bebaskan daripada semua tuduhan berhubung pembunuhan tersebut.

Perbicaraan itu mengemukakan fakta Altantuya telah ditembak mati dan diletupkan menggunakan bahan letupan tentera oleh dua orang pegawai Unit Tindakan Khas pada 2006.

**Nampak sangat Anwar Ibrahim dan semakin terdesak...Cuba gunakan bapa Altantuya untuk burukkan Kerajaan Malaysia..



NURSE KANTOI CURI SELUAR DALAM LELAKI..


Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.

Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang.



Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.- Sinar 

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.