Tuesday, April 3, 2012

ADAM ADLI DITUMBUK...HAHAHAHAHA...


Rundingan 34 penduduk flat lama PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Rakan dibawa ke balai polis

Ketika ditemui selepas membuat laporan, Adam berkata, sebelum ditumbuk, beliau dan beberapa aktivis pelajar naik ke tingkat tiga flat apabila mendapati ada keluarga yang menangis dan merayu agat PBT tidak menghalau mereka.

"Saya hanya naik dan tenangkan mereka. Lagipun pihak DBKL kata mereka cuma pecahkan pintu rumah yang tidak ada orang. Jadi selepas itu kami turun.

"Sebelum itu lagi, ada beberapa orang yang jerit-jerit tetapi saya tak endahkan. Masa saya turun tangga dan nak pusing ke kanan sikit, terus ada orang menumbuk saya.

"Saya cam dia sebab sebelum itu, orang itu ada berbual dengan saya... Yang saya pasti ada dua serangan dibuat dekat saya," dakwa Adam.

Adam bagaimanapun kesal kerana tiada tangkapan dibuat berhubung individu yang menyerangnya.

Sementara itu, rakannya Ekhsan berkata, semasa kekecohan berlaku, beliau telah di bawa oleh anggota polis ke Balai Polis Jalan Pantai Baharu dan dan dibebaskan sejam kemudian.

Beliau bagaimanapun tidak ditahan pihak polis.

Adam kini ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi melengkapkan laporan polis.

**Alaaa cedera sikit je...barula nampak macam perjuangan...macam Anwar...gimmik mau lebih...

Sunday, April 1, 2012


PANAS dan menggegar. Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tiba-tiba menjadi tumpuan sepanjang minggu ini.

Dakwaan S. Nallakaruppan bahawa Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim pernah menjalin hubungan sulit dengan Shamsidar suatu ketika dahulu, kini menjadi bahan perbualan ramai.

Malah beliau bertekad untuk mendedahkan lebih mendalam tentang hubungan terlarang itu di mahkamah nanti.

Dakwaan Nallakaruppan amat serius. Walaupun ramai pernah mendengar cakap-cakap mengenai kisah tersebut tetapi kali ini ia didedahkan secara terbuka.

Lebih 30 tahun lamanya Nallakaruppan menjadi sahabat Anwar. Mereka berkongsi banyak rahsia termasuk aktiviti gelap ketika Anwar masih berada dalam Kabinet.

Jika di negara Barat, pendedahan tersebut pasti disusuli dengan tekanan masyarakat untuk mengetahui kebenarannya. Tidak kira sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang, mereka dituntut untuk mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat. Dalam negara demokrasi, pembangkang juga adalah institusi penting yang perlu dipelihara imejnya.

Hairannya setakat ini, Anwar belum tampil secara terbuka untuk menjawab secara menyeluruh dakwaan tersebut. (Writ saman ke atas Nallakaruppan berhubung dakwaan Anwar seorang biseksual juga masih belum diserahkan, seolah-olah ada sesuatu cuba dielakkan).

Shamsidar juga berdiam. Beliau berhak untuk diberi peluang mempertahankan diri dan bagi membersihkan nama atas sifatnya sebagai wanita dan isteri orang. Mengelak daripada menjawab, boleh ditafsir oleh rakyat bahawa dakwaan itu ada asas kebenarannya.

Ramai juga tertanya-tanya apa sebenarnya pendirian Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail selaku isteri Anwar. Begitu juga Azmin atas kapasitinya sebagai suami Shamsidar. Kedua-duanya turut membisu bagaikan serba-serbi tidak kena. Bukan sahaja hal PKR yang kian hancur harus ditangani, bahkan soal paling rumit melibatkan suami dan isteri masing-masing, menghantui mereka. Azmin sudah tentu tidak mahu dituduh dayus. Bayangkan presiden dan timbalan presiden PKR terperangkap dalam persoalan sebegini!

Dalam mencari jalan keluar, Awang mencadangkan agar kedua-dua pasangan tersebut tampil bersama dalam satu sidang akhbar. Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Shamsidar boleh membuka laluan kepada wartawan bertanya apa sahaja soalan. Awang percaya Wan Azizah tidak menghadapi masalah untuk bersama Shamsidar buat seketika. Sekali lagi - semuanya demi Anwar - orang yang beliau anggap sebagai anugerah Tuhan.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

"Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. – Bernama

**Laaa..ramainya Awang hitam yang duduk disitu..memang patutla penduduk tempatan bimbang tentang keselamatan mereka...EP harap Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Dalam Negeri akan ambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah ini kerana keselamatan rakyat Malaysia perlu diutamakan...

Saturday, March 31, 2012


Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.

Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.

Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.

Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).

Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.

Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.

Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.

DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!

Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!

So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.

Adios amigos, grasias amigos!

Wallaha'alam & wassalam!

Zulkifli Bin Noordin


Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.

Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.

Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.

Perkara ini didedahkan beberapa lelaki tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik walaupun perlu mengeluarkan modal besar.

Seorang eksekutif bank yang mahu dikenali sebagai Danny, 30, mendakwa menerima kiriman MMS dipercayai dihantar ke telefon bimbitnya oleh sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur Timur Tengah. -HM

Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru?”

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas.

Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan.

Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.

Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius.

Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.

Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan.

Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka".

Lebih 50 orang ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi secara aman di sini pada Jumaat mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid di Bayan Mutiara di sini.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Komtar membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis pelbagai kata-kata desakan.

Antara tulisan yang dilihat ialah 'Kembalikan Tanah Masjid di Bayan Mutiara' ,'Rakyat Mendesak Tanah Masjid Bayan Mutiara Diwakafkan' dan 'Pulangkan Tapak Masjid".

Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang dan Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang.

Beberapa wakil pertubuhan itu kemudian naik ke Tingkat Tiga bangunan Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Marziah Mohd Mukhtar.

Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata mereka tidak puas hati dengan jawapan 'tiada komen' yang sering diberikan Lim jika isu mengenai tanah itu dibangkitkan.

"Kami minta Ketua Menteri Pulau Pinang dapat memberikan jawapan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari. Buktikan slogan 'Competency, Accountability dan Transparency (CAT)' yang selalu dilaungkan oleh kerajaan negeri tidak sekadar retorik politik semata-mata.

"Rakyat berhak tahu perkara sebenarnya," kata Mohd Rizuad ketika ditemui pemberita di lokasi perhimpunan itu.

Kontroversi tanah Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri dilaporkan menjual tanah seluas 41.5 hektar itu kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap berharga dan lokasinya strategik kerana letak berdekatan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. - BERNAMA

Agak agaknya Anwar tension tak bila dapat tahu Malaysia merupakan satu satunya negara di Asia yang masih mengekalkan harga minyak petrol..Siapa yang tak mahu kalau harga minyak boleh diturunkan lagi tetapi bagi EP janji Anwar kepada rakyat Malaysia untuk menurunkan harga minyak agak tidak logik dan semata mata janji politik.

Lihat saja di Indonesia..kerana kenaikan harga dunia bahan bakar tersebut negaranya menjadi huru hara dan rosak akibat rusuhan yang berlau..Kerajaannya perlu membuat keputusan sama ada hendak menjaga hati rakyat dengan menambahkan subsidi atau membiarkan negara mereka bangkrap kerana tidak menaikkan harga minyak...

Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada kadar RM1.90 seliter sekalipun berlaku kenaikan harga minyak di pasaran antarbangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah berhasrat memberhentikan bantuan subsidi bahan api itu kepada rakyat.

"Jika tidak diberikan subsidi, harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan ini akan membebankan rakyat.

"Pemberian subsidi adalah bagi mengelakkan rakyat daripada menanggung beban berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bantuan pembangunan kerajaan pusat berjumlah RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di kawasan Parlimen Bera, di sini Jumaat.

Ismail Sabri, yang juga Anggota Parlimen Bera, berkata pada tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan RM17 bilion bagi subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM15 bilion.

"Pemberian subsidi ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin dan membela rakyat," katanya. - BERNAMA

Polis menahan tujuh lelaki dalam serbuan serentak di empat premis yang menjalankan kegiatan judi berkomputer tanpa lesen di Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi dekat sini semalam.

”Ops Dadu” yang diketuai Cif Insp. Mohd Rozi Aziz itu bermula pukul 5.30 petang dan berakhir sejam setengah kemudian melibatkan empat pegawai dan 20 anggota Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Jurucakap polis berkata kesemua premis terbabit telah lima kali diserbu dalam tempoh tiga bulan tahun ini namun tidak serik.

"Masing-masing yang ditahan ialah empat penjaga premis berusia 30 hingga 50 tahun dan tiga pemain judi berusia 20 hingga 40 tahun,” katanya kepada pemberita di sini.

Polis turut menyita 48 unit komputer yang telah diubah suai bernilai hampir RM150,000.

Katanya kesemua premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya membenarkan pelanggan yang dikenali sahaja berjudi di situ.

Jurucakap itu berkata setiap premis yang beroperasi tanpa lesen tersebut mampu mengaut keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan.

"Secara purata seorang pelanggan membelanjakan antara RM300 hingga RM500 setiap hari untuk bermain judi secara dalam talian di situ,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan pemilik premis boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Pemain judi pula akan didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.

— BERNAMA

Kira-kira 100 peserta daripada 20 NGO hari ini berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS bagi menyatakan bantahan terhadap PAS yang selama ini berdiam diri terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel.

NGO terbabit, antaranya Persatuan Kerabat DiRaja Kedah, Ikatan Program Melayu Gombak, (IPMG), Kelab Merdeka Muda Kuala Lumpur dan Selangor (KeMUDA), Persatuan Veteran Malaysia mula berkumpul di depan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini kira-kira 11 pagi tadi.

Mereka yang berbaju merah, membawa bendera Malaysia dan beberapa keping kadbod dan kain rentang ‘Anwar boneka Zionis, pembohong, penipu’, ‘singkirkan pengkhianat antarabangsa’ dan turut menyanyikan lagu patriotik ‘Inilah Barisan Kita’.

Difahamkan, ini merupakan demonstrasi sama kali kedua kumpulan berkenaan selepas menyerahkan memorandum kepada Pejabat Agung PAS menuntut isu yang sama pada bulan lalu.

`Lupakan ideologi politik’

Presiden IPMG, Mohammad Nazlee Aziz ketika ditemui berkata, pihaknya akan terus mendesak PAS membuat pendirian rasmi terhadap kenyataan Anwar dalam Wall Street Journal (WSJ) Februari lalu.

“Selagi PAS tak buat kenyataan kita akan terus buat beberapa demonstrasi susulan kerana ia membabitkan isu agama.

“Kita seru PAS lupakan ideologi politik (dengan Pakatan Rakyat) tapi bila faktor yang menentukan hidup mati Islam kita perlu bersatu,” katanya.

Kumpulan terbabit bagaimanapun bersurai dengan aman dan keadaan dikawal polis dengan baik selepas berdemo kira-kira setengah jam kemudian – FMT

Friday, March 30, 2012


Seperti Dokumen Negara Islam terbitan Pas sedekad lalu dan dikecam kerana terlalu ringkas dan kabur untuk menerangkan konsep dan pelaksanaan sebuah sistem pemerintahan negara, buku Pas mengenai negara berkebajikan juga bagaikan melepas batuk di tangga.

Buku ini tidak komprehensif, tiada kajian mendalam dan tidak praktikal. Banyak kenyataan bersifat umum dan abstrak. Ada bab hanya tiga atau empat perenggan sahaja. Tiada contoh spesifik atau data sokong hujah berhubung dasar ekonomi dalam negara berkebajikannya. Malah, banyak bahagian dalam buku ini adalah pernyataan dasar dan langkah yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN, seolah-olah Pas tidak nampak apa yang berlaku di negara ini sejak 56 tahun lalu.

Sebahagian besar buku adalah himpunan ayat-ayat Quran dan penjelasan cetek mengenai istilah asas. Diketengahkan usul al-Fiqh seperti maqasid al-syariah dan siyasah al-shar’iyyah tetapi tidak digariskan apakah cabaran strategik yang akan dihadapi negara, atau kaedah penjanaan sumber pendapatan negara untuk berbuat kebajikan kepada rakyat.

Pas membezakan konsep negara berkebajikan mereka daripada welfare state seperti yang wujud di Barat dan kebajikan dilaksanakan kerajaan BN. Bezanya ialah pada penambahan imbuhan ‘ber’ merujuk pemimpin yang baik dan amalan kebajikan. Antara ciri pemimpin baik disebut dalam buku ini ialah alim, bertaqwa dan berintegriti, menegakkan amal makruf dan nahi mungkar.

Tapi malangnya, seperti juga kes-kes lain ‘ikut saya cakap, jangan ikut saya buat’, ramai pemimpin Pas sendiri tidak memiliki ciri-ciri yang mereka gariskan.

Dalam bukunya, Pas menyatakan untuk menjadikan orang Melayu teras dalam pembangunan negara. Kenyataan ini mengelirukan kerana pendirian Pas sebelum ini ialah tidak bangga menjadi Melayu, mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya membangunkan kelas menengah Melayu dan membantu membasmi kemiskinan tegar.

Jika kedudukan sosioekonomi orang Melayu-Islam di Kelantan hendak dijadikan ukuran, konsep berkebajikan seperti yang disebut boleh dikatakan tidak wujud. Masalah asas seperti bekalan air bersih, kemiskinan, kurang kemasukan pelaburan asing serta protes rakyat mengenai hal tanah masih berlarutan walaupun Pas memerintah 22 tahun. Inilah juga negeri yang mencatat kes cerai yang tinggi dan pengidap HIV paling ramai di Malaysia. Sepatutnya, konsep berkebajikan ini dipraktikkan di Kelantan dahulu. Namun, bilangan orang Kelantan yang meninggalkan negeri itu untuk mencari rezeki di negeri-negeri lain melebihi 700,000. Ini hakikat.

Pas juga lahirkan hasrat ganti Umno. Ini mustahil berlaku selagi Pas tidak mampu letak bilangan calon yang lebih ramai daripada PKR atau DAP dalam pilihan raya umum. Manakala Umno memimpin BN, Pas menjadi pengikut dalam Pakatan Rakyat. Manakala Umno adalah parti terbesar dalam BN, Pas adalah parti terkecil dalam pakatan pembangkang.

Pas hanya kuat di Kelantan, tidak di negeri lain. Kerana itulah, kebajikan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tidak dapat dibela oleh Pas. Kerajaan negeri pimpinan DAP telah hentikan sambutan Maulidur Rasul, menghalau peniaga Melayu, mengeluarkan kenyataan hina umat Islam, malah mahu menjual tapak masjid namun pemimpin Pas bersikap diam. Di Selangor, pemimpin Pas yang mahu menegakkan kedaulatan agama, menentang Exco DAP dalam urusan penjualan arak dan mempertikai pengeluaran lesen rumah urut dipecat oleh parti itu. Jika begini, bolehkah Pas diharap memerintah negara yang menjaga kebajikan orang Melayu-Islam?

Rakan politik Pas ialah DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia berorientasi sosialis-demokrat, bukan negara berkebajikan. Konsep DAP menolak hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika konsep DAP dilaksanakan, jurang sosial dan kekayaan antara kaum akan melebar dan menjejaskan perpaduan nasional. Adakah negara berkebajikan Pas menerima pakai konsep Malaysian Malaysia anjuran DAP ini? Jika tidak, beranikah Pas mengisytiharkan pendirian ini.

Satu lagi rakan kongsi politik Pas ialah PKR, yang memperjuangkan faham liberal dan pluralis. PKR mahu jadi parti pelbagai kaum, dan tidak bertunjang kepada Melayu-Islam sebagai teras. PKR dan DAP anggap perjuangan Pas adalah rigid, sempit dan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam realiti politik Malaysia lalu mengembangkan fahaman liberalisme dan pluralisme ke dalam Pas sehingga meminggirkan pengaruh ulama. Dalam konteks negara berkebajikan Pas, adakah fahaman liberalisme dan pluralisme juga diterima pakai?

Nampaknya, konsep negara berkebajikan Pas satu lagi janji pembangkang. Umum tafsir ia strategi Pas sesuaikan diri dengan pakatan menjelang PRU13. - Dr Mashitah Ibrahim


Jabatan Penjara hari ini menafikan bahawa imam Hoslan Husin - yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah panel hakim - berjaya mengislamkan dua banduan lain seperti didakwa isterinya semalam.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim berkata, salah seorang yang dilapor diislamkan sudah memeluk agama itu pada 2009.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh jabatan agama Islam dalam masa terdekat," katanya.

Jabatan itu juga menegaskan hanya pegawai atau pembantu pegawai agama yang dibenarkan menjadi imam di surau dan menganjurkan program keagamaan dan bukannya banduan.

"Kemungkinan penama di atas (Hoslan) hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari," kata Supri.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka."

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

"Kemungkinan perkara itu ada benarnya dan tidak," katanya.Terdahulu, beliau menyampaikan ucap utama bertajuk 'Bahasa - Penghalang atau Kelebihan Pelajar Melayu' pada Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa di sini.Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata menguasai bahasa Inggeris bukan bermaksud seseorang itu perlu melupakan bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa.

"Bahasa Melayu mesti terus dipupuk kerana mungkin satu hari nanti ia akan menjadi bahasa ilmu tetapi hakikatnya ketika ini bahasa ilmu ialah bahasa Inggeris, jadi kita perlu menguasainya," kata beliau.Dr Mahathir berkata peranan bahasa di zaman moden ini juga bukan sekadar menjadi penentu identiti sesuatu bangsa tetapi juga untuk menjadikan bangsa itu sebagai bangsa terpelajar. - BERNAMA

Thursday, March 29, 2012


Buat je la perhimpunan haram 3.0 tu...Buat apa nak ugut-ugut..Kalau kerajaan halang pun bukannya puak-puak ni reti bahasa pun..Mereka tetap akan lakukan juga..Jadi tak payahlah bising-bising atau buat buang masa buat kenyataan akhbar..

Cuma EP harap kali ni pihak Polis perlu bertindak lebih tegas..jangan bagi muka sangat pada puak-puak yang ingin menggugat keamanan Malaysia...

Pembangkang terus 'mengugut' untuk menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 sekiranya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini tidak ditunaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan kerajaan agar tidak membubarkan Parlimen selagi kesemua tuntutan Bersih tidak dilaksanakan.
"Kami tidak menolak kemungkinan akan berlaku Bersih 3.0 atau bantahan yang lebih hebat serta drastik daripada rakyat. Kami tidak mahu pilihan raya diadakan dalam keadaan sistem pilihan raya menghadapi 1,001 kepincangan berbanding sebelum ini.
"Sehingga kini, kerajaan masih belum memberikan komitmen kepada rakyat terhadap lapan tuntutan yang disenaraikan dalam Bersih. Jadi, kami berharap kerajaan tidak membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini selagi tuntutan-tuntutan itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang media pemuda pembamgkang di Parlimen di sini, Khamis.
Selain itu, Nasrudin berkata, kerajaan juga perlu melaksanakan terlebih dahulu cadangan yang dikemukakan menerusi laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum diadakan.
"Kami gesa kerajaan mengambil kira perkara ini. Biarlah pilihan raya umum diadakan setelah segala cadangan dalam laporan jawatankuasa dan juga tuntutan Bersih ditunaikan terlebih dahulu," jelasnya.
PSC dijangka membentangkan laporan yang mengandungi 22 cadangan bagi menambahbaik sistem pilihan raya di Dewan Rakyat minggu depan.
Kesemua cadangan berkenaan mengambil kira tiga elemen utama iaitu perlu disegerakan, penting dan boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.- MStar

Tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan DAP kerana dalam diam-diam kerajaan negeri telah berjaya mewujudkan satu lagi industri baru di Pulau Pinang yang berjaya mengumpulkan pelabur-pelabur berpotensi dibawah satu bumbung....

Siapa sangka di tengah-tengah hutan di Kampung Batak, Sungai Ara di George Town, wujud sebuah kasino mini yang sering menjadi
tumpuan kaki judi setiap malam.
    
Selain jauh dari penempatan penduduk, ia dikelilingi kebun sayur dan pengunjung perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ, menjadikannya lokasi cukup strategik untuk menjalankan kegiatan judi haram.
    
Namun kewujudan kasino mini itu dapat dihidu pihak polis hasil maklumat orang ramai dan intipan telah dilakukan sejak tiga hari lepas.
    
Sehubungan itu kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis seramai 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu tempat berkenaan dan menahan 63 orang termasuk 17 wanita.
    
Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 tersebut, DSP Tan Tin Heng berkata premis tersebut turut terselindung di belakang sebuah bengkel kereta.
Beliau berkata, ketika dalam serbuan yang berakhir awal pagi tadi, kesemua yang ditahan itu yang berumur lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
    
Katanya pihaknya juga terpaksa berdepan dengan ancaman tonto malah kawasan itu dipenuhi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap persimpangan masuk.
"Kita berjaya merampas wang tunai sebanyak RM45,000 dan pelbagai cip yang bernilai RM65,000 dalam serbuan berkenaan.
    
"Setiap pertaruhan boleh mencecahi RM250,000 malah ada antara mereka yang sanggup mengadaikan barang yang berharga bagi meneruskan permainan setelah kalah," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut.
    
Tan berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
    
"Kami yakin ini merupakan serbuan judi yang terbesar di negeri ini setakat ini malah pihak kami akan menjalankan lebih banyak operasi bagi membanteras kegiatan ini," katanya.
- Bernama

Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.


Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.




Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur.

Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.

Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.

Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.

“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.

“Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

**Guan Eng saman  tu nak tutup mulut Shaik Hussein je...Last-last tak jawab juga persoalan yang ditimbulkan..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen.

Anwar yang berang apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem mengugut akan mengambil tindakan jika terus 'difitnah'.

Bagaimanapun, ketika dicabar Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, Anwar membisu.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila berkata, kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik...

Sebelum ini kecoh dengan berita seorang YB yang ditahan semasa serbuan di sebuah pusat hiburan di Melaka.

Dek kerana itu pelbagai andaian kedengaran tentang identiti YB tersebut. Laporan terbaru tentang kes tersebut :

KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.

"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.

"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.
Bukan saja blogger Dr MiM atau MPP je yang lembik lutut tengok Neelofa..EP rasa silap-silap bang nuar kita pun boleh tinggalkan kak jijah...Kalau badrulamin tu tak yah nak cerita la..bini orang pun dia sapu ini kan pula Neelofa yang cun melecun ni..

Jom kita layan aksi Neelofa berlakon dalam iklan barangan elektrik diatas katil..tak silap EP jenama Panasonic..




Kepada sesiapa yang berminat dengan Neelofa terutamanya Dr MiM, pastikan anda menghafal formula cinta ini sebelum menguratnya...hehehehehe


**Blogger MPP tu kata je tak minat Neelofa...tapi balik-balik posting citer Neelofa..kecik hati Maya Karin...hahahaha..jangan marah ye..

Wednesday, March 28, 2012


Ada khabar-khabar yang mengatakan Mat Sabu dan Saleh Man ditaja oleh Ivory. Tajaan ini termasuk juga adun-adun Melayu yang lain...Tajaan yang diterima oleh mereka daripada Ivory berbentuk wang bulanan yang mencecah hampir belasan ribu dan juga percutian ke destinasi tertentu...Betul ke??

Menurut sumber lagi  apa yang diperolehi oleh mereka itu merupakan hasil usaha Ketua Menteri Pulau Pinang bagi menjaga kepentingan PAS dan PKR dalam pentadbiran DAP, tetapi sudah pasti tajaan  yang dilaburkan oleh Ivory itu mempunyai syarat-syarat tertentu..apa syaratnya EP rasa rakyat pun boleh faham..

Jika betul apa yang dikhabarkan itu..tidak hairanlah mengapa sehingga kini kesemua Adun-Adun Melayu/Islam yang berada dibawah telunjuk DAP berdiam diri dan membisu seribu bahasa mengenai isu tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara ini.

Mungkin kerana terhutang body dengan tajaan tersebut..Adun-adun yang menjadi pengkhianat pada orang Islam di Pulau Pinang ini terpaksa merelakan segala perbuatan Lim Guan Eng walaupun terpaksa mengadaikan masa depan agama dan bangsa sendiri. EP harap perkara yang disebutkan ini tidak berlaku...

**SEKARANG BOLEH LIHAT SIAPA YANG BELA DAN MEMPERJUANGKAN MASA DEPAN ISLAM DAN SIAPA YANG JUAL MARUAH DAN MASA DEPAN ORANG ISLAM...

EP ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin UMNO yang bersuara dan juga kepada pejuang Islam di Pulau Pinang kerana berani berjuang menentang salah laku Kerajaan negeri dalam menjual tapak masjid dan sekolah...

EP agak myuskil kenapa sehingga ke hari ini UMNO Bahagian Bayan Baru masih sepi dalam mempertahankan isu..Adakah disebabkan kawasan ini masih belum ditambak dan tidak berpenghuni lagi atau ada sebab-sebab yang lain. Maaf jika EP salah tetapi bukan ke sepatutnya UMNO Bayan Baru yang perlu lebih lantang mempertahankan isu ini kerana kawasan Bayan Mutiara ini terletak didalam kawasan Bayan Baru...





Saya tidak pasti sama ada maklumat ini tepat atau tidak, namun sumber dari Wikipedia mengatakan nama model terbaru Proton P3-21A ialah Proton PREVE. Kalau betul, kenapa Proton memilih nama ini agaknya? Nampak agak kuat pengaruh Inggerisnya berbanding Bahasa Melayu, mungkin disebabkan ini adalah model global yang akan dipasarkan di banyak negara termasuk Australia dan Eropah. - Arena Kereta..


Jika merujuk pada kamus, PREVE bermaksud proof/to prove..atau dalam bahasa Melayunya bukti/membuktikan..

Jom saksikan kompilasi iklan menarik P3-21A @ PREVE ini...


Perbandingan spesifikasi di antara P3-21A, Toyota Vios dan Honda City. Berkenaan harga, Proton P3-21A telah ditetapkan jualannya di bawah RM75,000.00 (harga anggaran maksimum).



Semacam ada satu gerakan akhir-akhir ini, puak pembangkang terutamanya penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menyogok pandangan untuk menghalalkan suatu kemungkaran agama dan moral kononnya atas dasar berjuang demi keadilan.
 
Pandangan ini makin kerap didengar dan sudah berani diluahkan secara terbuka  dalam media-media pro pembangkang.

Terbaru tidak lain tidak bukan... apabila blog peribadi Anwar pada hari Ahad http://anwaribrahimblog.com berani menyiar ulang komen pembaca di portal Malaysiakini yang persoal mengenai cabaran Senator Datuk S Nallakarupan supaya Anwar saman beliau.
Lojik akal mengatakan seorang pemilik blog boleh delete atau tidak memasukan sesuatu yang dikira sentisif dan menyinggung dari sudut agama.
Soalnya kenapa Anwar selaku pemilik blog berkenaan membenarkan komen itu disiarkan?
Kes dakwaan video seksnya yang 99.9 peratus masih belum beres.Tiada siapa yang boleh 'main cuci' begitu sahaja sekali tidak ada satu penyiasatan terbuka secara rasmi.
Kemungkaran tetap kemungkaran.Ia dilarang agama.
Namun kerana matlamat politik puak-puak ini main hentam ikut suka mak bapak mereka tanpa mempedulikan sensitiviti agama.
Maksud yang jelas dari komen itu kalau Anwar buat kemungkaran sekalipun...peduli apa terima saja dia.
 
Apa maksud penulis bila dia kata dia tak kisah soal kecenderungan seksual Anwar asalkan dia memjuangkan keadilan, keterbukaan dan demokrasi kepada rakyat Malaysia?
 
Bagi bekas peguam Anwar, yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin tindakan menyiar ulang komen sebegitu di dalam blog peribadi adalah sama dengan merestui idea tersebut.

blog-anwar-komen
 
Zulkifli yang ditemui di kafe parlimen petang Isnin melahirkan rasa terkejut bila dimaklumkan mengenai komen copy paste yang diletakkan dalam blog Anwar tersebut.
 
“Jika ia merestui apakah bermakna dia mengiktiraf bahawa orentasi seksual seseorang pemimpin itu tidak penting, status pemimpin samada dia gay ke, bapuk ke, penzina ke tidak pentingkah sebagai ciri pemimpin?” Soalnya yang sudah lama meninggalkan Anwar dan PKR.
 
“Bagi orang Islam/Melayu adalah jelas tidak boleh menerima pemimpin yang orentasi seksualnya bercanggah dengan norma-norma tabii kebiasaan,” ujarnya lagi.
 
Sebagai orang waras, kita boleh faham kenapa bekas peguam Anwar itu terkejut, ini kerana jika idea tersebut tidak dibenteras persoalannya jika di kemudian hari terbukti bahawa ada pemimpin yang mengaku gay, layakkah dia diterima sebagai pemimpin Malaysia hanya kerana kononnya dia memperjuangkan keadilan dan demokrasi?
 
Di mana maruah Malaysia sebagai negara Islam jika dipimpin oleh pemimpin yang tidak kisah orentasi seksualnya yang barangkali gay?
 
Sedangkan bagi orang Islam, pemimpin yang hendak dipilih antara cirinya adalah yang menjauhi dosa besar dan meninggalkan dosa kecil.

Gay atau homoseksual itu dosa besar ada hadis mengatakan Nabi SAW tidak mengaku umat terhadap individu yang mengamal perbuatan terkutuk itu.
 
Kita hendak tahu juga apakah pendirian PAS sebagai sekutu utama PKR dalam pakatan pembangkang, apakah tidak kisah dengan idea yang jelas bercanggah dengan agama ini? - Agenda Daily
 
Biadap sungguh Menteri Besar Selangar.Apa..dia ingat dia MB dia boleh masuk rumah orang pakai kasut..Aloo Khalid..tak kan baru jadi MB Selangor satu penggal dah lupa habis adab orang Melayu..Tahu la selalu duduk hotel tapi jangan la sampai kurang ajar macam ni..nak buka kasut pun malas...

Tak fikir ke penghuni rumah tu gunakan ruang tersebut untuk bersolat...Apa la punya MB..tak de otak....





Sedangkan orang cina masuk rumah orang Melayu pakai kasut kita marah...inikan pula orang Melayu sendiri yang pakai...Perkara yang memalukan ini mengingatkan kita kepada aksi bodoh ahli politik rejim DAP, Nga Kor Ming yang sama memakai kasut di dalam sebuah rumah orang Melayu di Ayer Tawar, Perak pada tahun lepas.



Ini baru 4 tahun duduk dengan DAP..dah terlupa adap sebagai orang Melayu dan Islam...

Tapak perkampungan Ayah Pin, pengasas ‘Kerajaan Langit’ di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dilihat berkembang semula, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ajaran diisytiharkan sesat pada 1986 itu sudah kembali aktif. 

Tinjauan mendapati kawasan perkampungan itu ada kira-kira 150 rumah berbanding tidak sampai 50 rumah pada zaman kemuncaknya 10 tahun lalu.
Di kawasan itu juga terdapat tiga kubur iaitu kubur isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Remeli, 68, seorang bekas pengikutnya serta kubur menantu Ayah Pin, iaitu Hasan Anak Rimau.
Beberapa penduduk di Kampung Batu 13, yang enggan mendedahkan nama mereka mengakui Ayah Pin pulang menziarahi jenazah isterinya, tetapi terus menghilangkan diri menaiki kereta mewah selepas Che Minah dikebumikan. 

Kawasan perkampungan Ayah Pin yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama ke Kampung Keruak di sini, dikawal rapi sekumpulan belia dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan. 

“Beberapa pengikut Ayah Pin ada meminta kebenaran untuk mengebumikan jenazah Che Minah di tanah perkuburan Islam berhampiran perkampungan itu, tetapi tidak dibenarkan penduduk kerana arwah dan tiga lagi madunya termasuk Ayah Pin pernah mengisytiharkan keluar daripada Islam pada 1998. 

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini. 
“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” katanya. 

Bagaimanapun, usaha Berita Harian untuk merakamkan gambar kawasan terbabit dihalang oleh beberapa belia yang ditugaskan untuk mengawal dan mengawasi perkampungan berkenaan. 

“Jika nak rakam gambar, perlu minta kebenaran daripada Kak Yah, (isteri keempat Ayah Pin, Nik Kamariah Nik Par), tetapi dia tidak ada di rumah ketika ini. 

“Tanpa kebenaran Kak Yah, kami tidak benarkan sesiapapun merakamkan gambar di sekitar perkampungan ini, jika tetap berdegil kami terpaksa merampas kamera,” katanya.

**Ramai yang mempersoalkan kenapa Ayah Pin masih bebas berkeliaran dan tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan secara terang-terang Ayah Pin menyebarkan ajaran sesat melalui kerajaan langitnya satu ketika dulu..EP harap pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin sebelum ianya merebak...


‘Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul’.
Itu antara ugutan diterima oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan semasa didatangi dua lelaki tidak dikenali petang semalam.
Insiden ugutan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.
Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK) itu semasa berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini pada pukul 3 petang semalam.
Beliau yang bimbang perkara buruk menimpanya dan keluarga membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini pada pukul 12 tengah malam tadi.
“Dua orang mendekati saya. Dia orang kata ‘awak tak usah cakap Anwar punya hal, Suresh Kumar (pemimpin PKR) punya hal, jangan bagi kenyataan akhbar.
“Dia orang menakutkan saya. Jadi saya sudah buat laporan polis. Saya buat laporan untuk keselamatan keluarga saya,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul pada awal pagi ini iaitu selepas dua jam membuat laporan dan diambil keterangan.
Menurut Nallakaruppan, selain didatangi dua lelaki berkenaan, beliau turut menerima ugutan berkaitan perkara sama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari sama.
Pada 20 Mac lalu, Nallakaruppan membuat kenyataan mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan Anwar yang juga bekas rakan karibnya itu sebagai biseksual dan disiarkan oleh Utusan Malaysia.
Berikutan kenyataan tersebut, Anwar melalui peguamnya memberi notis kepada Nallakaruppan mengarahkannya berhenti bercakap mengenai perkara itu dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.
Desakan Anwar bagaimanapun tidak diendahkan oleh Nallakaruppan, malah mencabar Ketua Pembangkang itu agar segera menyamannya.
Sebagai reaksi balas, Anwar diwakili peguam, R. Sivarasa pada pukul 10.30 pagi semalam, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. kerana mendakwa memfitnahnya melalui kenyataan tersebut.
Saman itu berhubung petikan ringkas disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk ‘Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla’ dan berita penuh di muka surat enam bertajuk ‘Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual’. – mynewshub.my

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.