Sunday, March 11, 2012


DAP tidak pernah tahu malu atau cuba melihat cermin tapi tidak habis-habis mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum yang paling unggul. Kononnya merekalah yang paling adil, demokratik dan bersih.
 
Hanya mereka yang menggunakan sebelah mata saja yang akan anggguk kepada setuju dengan laungan DAP itu.  Kita lihat pemimpin tertinggi mereka dari Lim Kit Siang hingga anaknya Guan Eng dan menantunya… di mana mereka bertanding bila musim pilihanraya.

Kalau betul DAP parti berbilang kaum dan diterima rakyat kepala parti itu mesti buktikan terlebih dahulu sama ada kepala parti itu bercakap benar atau bohong semata-mata.  Di mana Kit Siang bertanding di mana pula anaknya Guan Eng bertanding?  Bukankah kedua-dua beranak ini bertanding di kawasan majoriti besar kaum sebangsa mereka.

Beranikah kedua beranak ini untuk pilihanraya umum akan datang bertanding di kawasan campuran pengundi misalnya di Hulu Selangor, Temerloh atau Labis ataupun masih menyorok di kawasan yang sememangnya lubuk mereka.

DAP juga gagal untuk memberi tempat yang sepatutnya dalam parti mereka kepada kaum lain melainkan menjadikan mereka kaum lain ini tidak lebih sekadar perhiasan semata-mata.  Lebih buruk lagi dalam parti DAP jelas di kuasa keluarga tertentu di kalangan kepala parti.  Ini seperti bangkai gajah yang sukar untuk ditutup oleh DAP.

Dakwaan DAP bahawa partinya telah disertai ramai orang Melayu seperti mahu tarik perhatian rakyat bahawa DAP perjuang hak bersama dalam rakyat. Mungkin kerana ketandusan idea, DAP terpaksa menggunakan hak rakyat sebagai modal politik mereka.

Sebenarnya pengaruh DAP terhad , tidak hairanlah mereka hanya bertanding di kawasan tertentu untuk pastikan sokongan terus diberikan kepada mereka. DAP mahu tarik orang Melayu terutamanya sebagai alat solekan dan untuk jangka panjang secara perlahan-lahan mahu menendang keluar parti pakatan mereka Pas dan PKR.

Bukankah Pas parti orang Melayu dan PKR yang majoritinya orang Melayu perlu dihormati.  Apa agendanya yang DAP ghairah mahu tarik sokongan dan mendabik dada kononnya mereka parti berbilang kaum sedangkang sejak penubuhan lagi bau politik mereka adalah bau perkauman yang amat dahsyat sekali.  Mari kita fikir-fikirkan sedalam-dalamnya sebelum masuk perangkap. -UMNO Online

Setelah pelbagai dakwaan yang melingkari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdedah termasuk terjerut leher sendiri berhubung isu Israel baru-baru ini, Ketua Umum PKR itu umpama tubuh yang terbogel.

Menariknya pula Pas seperti kain sapu tangan yang mahu menutup apa saja yang melibatkan Ketua Pembangkang berkenaan, namun ianya tidak mampu menutup apa yang telah dibogelkan itu sebaliknya bakal memakan diri Pas sendiri, kata bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

Menurut beliau semua pihak nampaknya sudah tarik “handbrake” dalam membela Anwar dan hanya Pas yang menjadi tempat pelindung kepada Anwar dalam usaha mengekalkan dirinya sebagai pemimpin yang bebas daripada sebarang kontroversi.

“Satu contoh yang mudah…Anwar seperti telah dibogelkan dan Pas itu umpama kain, namun hanyalah sekadar kain sapu tangan. Banyak mana tempat yang boleh ditutup. Tutup depan nampak belakang…tutup belakang nampak depan pula. Tutup kiri nampak kanan dan tutup kanan terdedahlah pulak sebelah kiri. Mana lagi tempat yang mahu ditutup.

“Sebab itu saya yakin, Pas akan terjerat dengan apa yang dibawa oleh mereka itu dan hanya Pas tempat Anwar bergantung dalam usaha membebaskan dirinya daripada pelbagai kemelut yang didakwa oleh pelbagai pihak,” katanya.

Anwar sebelum ini dalam Wall Street Journal (WSJ) dipetik berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Dan Hamas pula menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Anuar Shaari turut menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap mereka yang mendakwanya menulis surat kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tegasnya surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com itu telah memberikan imej yang buruk kepada beliau dan sewajarnya satu tindakan diambil dalam masa terdekat.

“Saya dengar beliau ada menafikan perkara berkenaan. Jangan sekadar nafi. Sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka yang membuat dakwaaan tersebut. Sesiapa pun boleh nafikan. Saya pun ingin tahu kebenarannya kerana dakwaan berkenaan amat berat,“ ujarnya.

Beberapa hari yang lalu pula, dua pucuk surat yang didakwa ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com hari ini mendedahkan permohonan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman bagi tujuan tersebut.

Menurut AIDC, surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 itu menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar dan ditujukan kepada Gershman di Washington D.C.

“AIA adalah singkatan kepada Anwar Ibrahim & Associates, sebuah syarikat milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berpangkalan di Virginia, AS.

‘‘Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia,” demikian menurut blog tersebut. -MediaUMNO

Hahahaha...pakatan oh pakatan...ada je alasan yang nak diberikan...tak habis-habis kerja nak tuduh dan fitnah orang...sedar la sikit...mana ada orang yang nak sokong Anwar dah sekarang...yang masih lagi sokong dia tu sama ada bodoh atau gila..yang lain semuanya lari tinggalkan Anwar.. Jadi tidak hairanlah mengapa program Anwar sekarang ni kurang orang hadir..banyak menipu dan fitnah dari fakta...
Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang akhir-akhir ini secara relatifnya gagal menarik kehadiran ramai peserta seperti selalu.

Dalam acara terkini di Little India pada 8 Mac lalu, kurang daripada 300 hadir sehingga pemimpin Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat, yang kebanyakan peniaga supaya "memulaukannya".

Anggota majlis negeri L Anand bersetuju terdapat kekurangan peniaga yang ketara kali ini, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dikatakan selalu 'tunjuk muka' dalam majlis parti politik tak kira daripada BN atau Pakatan.

"Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral," katanya yang juga anggota DAP kepada Malaysiakini.

Dalam lawatan dua harinya, Anwar menghadiri pelbagai program, antaranya majlis makan malam kutipan derma di Bayan Baru, ceramah di Tasek Gelugor dan menyampaikan pidato mengenai demokrasi dan ekonomi bersama ketua menteri.
 
Semalam baca Twitter Nurul seolah-olah Raja Nong Chik hampir terlibat kemalangan di Brickfields. Eh, ye ke? Apa kata Nurul?


WTY7165 u cld hv easily been d death agent of @RajaNongChik wen u x stop at Bfields pedestrian cross

WTY7165 anda hampir jadi agen maut @RajaNongChik bila anda x berhenti di lintasan pejalan kaki Brickfields  

Hek eleh… Rupa-rupanya ada kereta tak berhenti di lintasan pejalan kaki di Brickfields sampai nyaris berlaku kemalangan. Raja Nong Chik ke yang bawa kereta tu? TAKKK!!!

Habis tu apa kena mengena orang tu tak berhenti dengan Raja Nong Chik? Raja Nong Chik boleh kawal semua pemandu di Malaysia ke?

Entah-entah yang bawa kereta tu penyokong PKR tak? Mana kita tahu kan?

Inilah taktik politik murahan Nurul Izzah dan geng Pakatan Haprak. Kalau ada benda yang tak kena je, semuanya salah Kerajaan. Hatta, orang tak berhenti di lintasan pejalan kaki pun salah Kerajaan juga.

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

Kejap lagi aku rasa Nurul mungkin akan keluar Tweet ni:

Nasi yg sy masak hangit. Bkn sbb sy x pandai masak, tp ini semua salah @RajaNongChik!!! Apa kecoh-kecoh

 
Gila ke beb. Sebenarnya wartawan di Berita Lembah Pantai terbaca cerita ini dalam akhbar The Star hari ini dan jugak dalam NST. Rupa-rupanya loji kumbahan depan PPR Cempaka yang selama berpuluh tahun membuat rakyat kat sana termasuk Pantai Ria hidup dengan bau-bauan yang meloyakan bakal menjalani penambahbaikan yang maksimum!
Memang susah nak cari penyelesaian untuk isu besar macam ni. Tapi BN tak pernah putus asa untuk memberi yang terbaik untuk rakyat. Lebih dari itu, di Lembah Pantai ini tempat dimana Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Bawah Tanah Pantai 2 yang pertama di negara ini dengan menerapkan aplikasi teknologi hijau sepenuhnya akan dilaksanakan. Pertama beb, gila ke apa? memang bangga!
Wartawan Berita Lembah Pantai calling-calling member kat PPR Cempaka untuk mendapat maklumbalas orang di sana, dan rata rata memang menyambut baik Projek ini. Mana tak, hilang bau-bauan beb. Tapi bukan itu sahaja, Loji ada kat bawah tanah, atas mesti ada kondominium ke, rumah mewah ke kan kat atas tanah? Kerajaan BN la katakan.
Tak jugak sebenarnya. Rupa-rupanya akan ada taman rekreasi atas Loji tu. Ada pulak dewan serbaguna untuk kegunaan rakyat setempat, ada poulak gelanggang tenis, ada gelanggang futsal, ada trek jogging. Takde lansung pembangunan lain. Hanya kawasan hijau dan rekreasi. Lihat perbandingan gambar sekarang dan akan datang ni.
Sekarang..


Akan datang



Bertuah beb. Kami dengar, dulu orang Lembah Pantai sikit punya susah nak pindah kat PPR Cempaka. Sekarang semua orang berebut-rebut. Tahun 2017 nanti kami jangka harga PPR kat sana naik sekurang-kurangnya 4 kali ganda. Durian runtuh beb!
Rakyat seronok. Wakil Rakyat mesti seronok jugak kan?. Silap beb. Rupanya dalam senyap, dia berkali kali cuba halang Projek ini dari dilaksanakan. Baca kat sini dan sini. Menteri Dato Peter Chin dah jawab, dia tolak bulat-bulat, masih nak pastikan Projek tersebut tak berjalan.
Dia kata dia nak halang sebab takde tender. Gila ke apa. Cuba bukak google tengok berapa syarikat pernah buat loji bawah tanah. Ingat macam potong rumput ke beb?. Lepas tu petik kos sepatutnya RM500 juta dari langit. Macamana Peter Chin nak jawab. Gila ke apa Nurul. Kalau wartawan Lembah Pantai tengok mahligai YB dekat Segambut tu kita pon bukak calculator, tekan-tekan sikit lepas tu anggar kos RM20, rasa-rasa papa sanggup jual? 
Buat lawak beb. Lagipun ini projek G to G atau Government to Government, memang ada satu syarikat je kat China yang boleh buat.
Wartawan Lembah Pantai tak berpeluang dapat PPR kat Cempaka tu, tapi kalau kami antara yang duduk sana, memang kami akan boikot si Nurul ni sehabis-habisnya. Apa pasal?. Simple je beb. Pernah ke wakil rakyat marah sebab Kerajaan nak belanja duit untuk laksanakan Projek yang rakyat idamkan kat kawasan sendiri? Pernahke wakil rakyat marah sebab Kerajaan nak selesaikan masalah berpuluh tahun yang bakal menelan belanja ratusan juta ringgit. Gila ke apa? 
Tapi dia tak berani buat protes depan loji kat Cempaka macam kat Lynas tu, sebab nanti kena baling dengan isi kandungan loji tu pulak. Jadi dia buat stail biasa la, tulis dalam online, dengan harapan orang kat Bangsar, Bukit Damansara, Segambut yang kaya raya macam dia akan marah. Politik murahan beb.Ni kami kat Berita Lembah Pantai nak dedah system politik pecah dan perintah Nurul yang dah kuno. Zaman papa boleh la buat…
Sebab tu lah, kami di Berita Lembah Pantai mulai hari ini nak gelar Nurul MP paling power dalam dunia sebab dalam dunia ni, dia sorang je wakil rakyat yang tolak, halang dan cuba hentikan pembangunan yang rakyat nak dalam kawasan sendiri.SETERUSNYA

Hahahahahaha.....Patutla ustaz kesayangan Anwar ni bagi kantoi kena tangkap khalwat dengan bini orang..rupa-rupanya dia nak mempromosikan sessi kaunselingnya dengan isteri orang....hahahahaha...tak payah teruk-teruk nak belanja duit buat marketing...TV,  surat khabar dan blog...semua keluar...siap bagi slot eksklusif lagi....


Lepas ni mesti keluar ayat " ini mesti kerja orang-orang UMNO"...Bagi EP..kira okla tu ustaz..tak payah ustaz susah payah nak design dan cetak banner...siap pasang lagi tu...Zaman sekarang ni bukan senang nak cari orang yang sanggup keluarkan duitnya sendiri untuk memajukan perniagaan orang lain...Dah la perniagaan yang ustaz buat ni untungnya makan sorang-sorang...hahahahha..

Kiranya ustaz ikut saranan punahsihat ekonomi negeri Selangor ye...Kalau nak buat perniagaan yang macam ni kena buat dalam tempat yang tertutup..biar orang tak nampak...sebabnya kalau buat tempat yang terbuka nanti orang boleh mengata dan kena tangkap...tapi kalau buat tempat tertutup orang tak nampak...kalau orang mengata mengenainya boleh dikira finah...hebat...hebat..

Lepas ni sesiapa yang ada masalah rumah tangga bolehlah menghantar isteri anda berjumpa ustaz ni...sebabnya konperm masalah anda akan selesai...tak payah pening-pening kepala gaduh lama-lama...tapi ada syarat...bini yang nak hantar tu kena la muda dan lawa...hahahahahahaha..



Korang jangan terkejut. Ini orang melayu beb. Orang neh dipercayai dilahirkan sebagai islam. Dan diberitakan bahawa emak dia bertudung litup [info rakan fb. Betul ke tak betul aku taktahu]. Lihat gambar di bawah neh :


Baca lah komen2 yang menyakitkan hati di bawah neh pula:


 
Alquran jadi mangsa. Mungkin dia marah orang tarbiah dia. Almaklumlah dia dipercayai murtad [masih belum sahih]. Memanglah kena tarbiah balik. Bukan paksa2 suruh percaya islam. Tapi kalau umat islam dah murtad memang wajib melalui sesi tarbiah. Dah bengang, maka Alquran dia koyakrabakkan dan sebar di twitter.

Misi melepaskan kemarahan lah tue. Tah hapa2. Allah swt soal ko balik di akhirat sana nanti weh. Di dunia memang lah ko bangga2 kutuk2 Allah swt, Alquran dan Nabi saw.
Lihat bawah neh pula

 
Ko nak murtad [andaian sahaja] ka apa ka, tak boleh ka jangan menghina agama islam? Itu pasal umat islam marahkan ko neh. Lihat kat bawah lagi


Mengaku bangsa melayu pula tue. Dia yang rosak, dia kata kita pula rosak. Ada ramai orang murtad di Malaysia. Tapi tak semua mereka menghina islam. Mereka murtad tapi mereka diam2. Yang budak neh, dah lah dipercayai murtad, bising2 pula segala bagai..

Ejek2 orang dengan aksi bodoh dan upload di internet. Konon nya nak perli orang yang beragama lah tue. Maybe gak dia nak menghina orang yang bertudung, etc. Dan makian terhadap Allah swt dah jadi macam kewajipan dia pula. Tak habis2. Macam marahkan sesuatu. Hairan aku.

Kalau yang neh aku tengok memang ada ciri2 hajjah sitt lah dari segi gaya bahasa dan segala bagai. Perangai pun semacam dan kaki mencarut2 no 1. Sejibik macam hajjah sitt. Tapi dia neh orang Singapore. Bukan orang Malaysia. Hobi dia memang maki Allah swt. Dan dengan citer persatuan orang islam Singapore sedang memerhatikan dia.Entah betul entah tidak...

Nota : Nama dia macam nama orang islam. Sebab itu aku gunakan perkataan murtad. Andai salah sila betulkan. Dan lagi satu gambar2 dia tue original. Bukan di edit. Gambar2 tue dipetik dari fb + twitter dia dan digabungkan dengan komen2 dia yang menghina islam… DICILOK DARI GERAKAN TAJDID ISLAM

**Ramai orang Islam (bukan semua) terutamanya anak-anak muda di Singapura akidahnya tergelincir dibawah pemerintahan PAP..Gerakan halus mereka telah membuatkan anak-anak muda ini lebih liberal dan plural mengenai Islam..Kalau tak caya gi Singapura dan lihat sendiri perwatakan anak-anak mudanya...Adakah gerakan halus ini cuba dibawa oleh DAP an PKR di Malaysia..(sikit-sikit mereka cuba ubah pemikiran orang Islam walaupun mereka terpaksa mengambil masa yang lama - tapi bagi mereka penantian itu berbaloi)..Bila dapat kuasa mungkin lebih mudah untuk melaksanakan perkara ini...


HOT : MEMALUKAN DAN JIJIK....


Dakwaan pembangkang kononnya penyelarasan gaji kakitangan awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin adalah hasil perjuangan mereka bukan sahaja memalukan, malah disifatkan sebagai perbuatan jijik.

Ikuti apa kata Zulkifli Nordin mengenai isu ini...

Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif. Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat.

Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.

Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.

Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat.

Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.

Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!

Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam! Contohnya:

1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang!

Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar!

2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan!

Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!

3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah), kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!

Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?

4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik!

Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!

5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut!

Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.

Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop!

Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!

ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin


EP tak dapat bayangkan bagaimana keadaan anaknya yang tercampak keluar dari kereta itu...Ya Allah..aku mohon berlindung daripada mu ya Allah..jauhi kami  dari mendapat kemalangan yang ngeri sebegini...kasihanilah kami, anak-anak kami dan keluarga kami...amin

Pastikan anda dan keluarga anda memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan...Ingatlah pada orang yang tersayang..selamat bercuti..

Pesanan khidmat masyarakat di musim cuti sekolah ini dibawa oleh Empayar Pemuda...

Menarik...kalau dah orang sendiri pun hentam Rafizi..sendiri mau faham laaa...siapa yang kena dan siapa yang kantoi...Apa susah-susah nak menegakkan benang yang basah...mengaku je salah dan minta maaf...kan senang...

Pelik sikit kes ini...saja je budak mentah ni nak cari pasal dengan PM..mungkin dia nak impress Anwar kot??Nak dapat attention la katakan..Dah la dia yang mula tabur fitnah...lepas tu bila orang nafikan..dia suruh tunjuk bukti pula...kelakar gila..bukan ke sepatutnya dia perlu kemukakan bukti sebelum tabur fitnah...kalau setakat ada dokumen sebut harga je nak dijadikan bukti...syhhhh!!pi main jauh-jauh....

Cuba baca artikel dibawah ini...

SIDANG media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semalam, kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana.

Penulis tersentak bila dimaklumkan bahawa dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media semalam sebenarnya hanyalah SEBUTHARGA oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut, bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu.


Sebutharga, dalam apa keadaan sekalipun tidak membayangkan kos sebenar penganjuran sesuatu Majlis. Kos sebenar dicatat dalam tuntutan bil kepada pelanggan.

Logiknya juga, dalam apa-apa kes sedemikian, untuk membuktikan bahawa wang kerajaan Malaysia digunakan untuk membiayai majlis seperti ini, dokumen biasa dalam urusan pembelian oleh kerajaan seperti LOA dan sebagainya perlulah ditunjukan, yang mana gagal dilakukan Rafizi.

Dalam hal ini kita perlu bercakap yang benar walaupun pahit, bak kata ramai, matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagi seorang terpelajar dan cemerlang dalam bidang pendidikan sepertinya, kesilapan mudah seperti ini amatlah dikesali. Mengejutkan, ini bukanlah kesilapan pertama Rafizi, sebelum ini pun beliau terperangkap dengan pelbagai pendedahan tidak menjadi yang akhirnya hanya memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh dalam soal NFC. Sehingga sekarang, Rafizi masih gagal membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dalam soal penyelewengan dana berjumlah RM 250 juta itu. Yang terdedah setakat ini ialah penyelewengan yang mungkin dilakukan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat.

Tapi suami Shahrizat tidak terlibat dalam politik manakala Shahrizat tidak terlibat langsung dalam perniagaan suaminya. Itu belum lagi disebutkan bagaimana Ketua Pengarah Audit Negara, Tan Sri Ambrin yang mengesahkan disini, bahawa Laporan Audit Negara 2010 tidak langsung menyatakan wujudnya penyelewengan dalam projek NFC seperti mana didakwa Rafizi!!

Hal yang sama juga menyebabkan Rafizi diarahkan PKR untuk pergi ke London bagi menenangkan seketika keadaan.


Ketika di London, Rafizi sempat mengadakan sesi debat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Walaupun banyak pihak dalam Pakatan Rakyat menyangka Rafizi ‘menang’ dalam debat tersebut tapi jika diteliti keseluruhan sesi debat disini, Rafizi sebenarnya jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Khairy.

Malah pada satu ketika, Rafizi secara terbuka mengakui Khairy adalah lebih hebat darinya!!

Semua ini membayangkan kegagalan Rafizi ssebagai ahli politik yang sedang mencipta nama di persada politik negara. Penulis tidak rasa Rafizi mampu maju jauh ke depan jika berterusan mempamerkan kebodohan seperti ini. Bukan setakat itu, penulis dan ramai lagi rakan dalam Pakatan Rakyat sudah mula melihat Rafizi sebagai liabiliti kepada PKR.

Kita perlukan seorang pemimpin yang bersih untuk ditonjolkan dalam pilihanraya umum akan datang, bukan yang sedia terpalit dengan pelbagai kegagalan seperti Rafizi. Jawatan Pengarah Strategik PKR itu sendiri telah menunjukkan kepentingannya kepada parti.

Tidak boleh ada sebarang kegagalan atau penjawatnya perlu ditukar kepada yang lebih layak.

Jelasnya, banyak yang perlu diperbetulkan oleh Rafizi sebelum boleh mendakwa dirinya hebat. Setakat yang ternampak, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat. - SuaraPakatanRakyat

Saturday, March 10, 2012


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata sokongan dan keyakinan rakyat yang semakin meningkat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah kerana kerajaan sentiasa mengotakan janjinya berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji.

"Saya rasa sehari dua ini penambahan keyakinan rakyat terhadap BN adalah disebabkan apa yang kita (BN) kata, kita kotakan. Sebaliknya pembangkang bila mereka janji, tahap keyakinan janji mereka semakin hari semakin dipersoalkan. 

"Justeru itu, kalau hendak terus mendapat keyakinan rakyat, sebagai pemimpin di semua peringkat kita mesti 'walk the talk'... janji mesti dikotakan," katanya.

 Najib berkata walaupun dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira tiga tahun ini, kerajaan mampu menterjemah segala projek yang dirancangkan kepada realiti yang memberi manfaat besar kepada rakyat. "Insya-Allah, kalau tiga tahun kita sudah berjaya yakinkan rakyat, apatah lagi kalau lima tahun yang mendatang, macam-macam kita boleh buat untuk rakyat," katanya.


SELAMA penulis hidup dan berkecimpung rapat dalam politik semasa negara, inilah rasanya kali pertama rasanya penulis dengar timbul masalah dalam soal perlantikan Ahli Majlis di negeri-negeri. Tulisan penulis ini merujuk kepada perbalahan terbuka antara Ronnie Liu dan Khalid Ibrahim dalam soal perlantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan di Selangor.


Khabarnya Ronnie Liu telah memadamkan nama 6 orang dari senarai 90 orang Ahli Majlis yang dikemukakan oleh partinya sendiri DAP tanpa mendapat ‘perkenan’ pimpinan tertinggi parti tersebut terlebih dahulu dan menggantikan dengan nama pilihannya sendiri.


Bercakap soal Ronnie Liu ini, dia adalah orang yang dituduh melindungi kegiatan haram pelacuran yang berselindung di sebalik rumah-rumah urut yang semakin bersepah di Selangor sekarang ini. Tidak ada siapa dalam pentadbiran Selangor yang berani menegurnya, menyebabkan kegiatan tersebut semakin capai tahap tidak terkawal sekarang, sehinggakan nak dapat kebenaran buka panggung wayang pun lebih susah dari rumah urut. Semuanya adalah atas pengaruh kuat Ronnie Liu ke atas PBT-PBT di Selangor yang terletak dibawah bidang kuasa portfolionya.


Mudahnya soal pelacuran di Selangor, sehinggakan ketua umum sebuah parti politik tidak payah bersusah payah ke luar negara melepaskan gian, dalam negara pun boleh tapi terakam pula secara tidak sengaja.

Kalau DAP pusat pun dibelakangkan Ronnie Liu, maksudnya Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar pun tidak dimaklumkan jugalah mengenai perubahan ini. 

Walhal mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, dia adalah orang yang paling berhak dalam soal perlantikan ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Kalau Khalid dimaklumkan, tidaklah upacara angkat sumpah ahli Majlis, Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Rabu dibatalkan!!


Sementara Ronnie Liu dilaporkan sebuah portal berita pro pembangkang mendakwa dirinya mempunyai hak dalam soal perlantikan ahli majlis berikutan portfolionya yang berkuasa ke atas pentadbiran PBT di Selangor.


Soal siapa yang berhak atau tidak itu bukan persoalan, persoalannya sekarang ialah bagaimana ‘hal yang bukan hal ’ di negeri-negeri lain ini boleh menjadi isu yang besar di Selangor?


Baru cakap soal nak lantik ahli Majlis, bukan nak cakap soal lantik jawatan yang lebih besar dan penting lagi. Tidak hairan kenapa 3 jawatan penting dalam pentadbiran semua kerajaan negeri adalah terletak di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan iaitu Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan dan Pegawai Undang-undang. Kalau diberi kepada puak-puak ini untuk menentukannya, nescaya kelam kabutlah.


Seperti yang kita lihat dalam soal perlantikan ahli Majlis di Selangor inilah, kecil punya masalah pun boleh berlarutan, sebab semuanya nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa.


Penulis pernah dimaklumkan oleh seseorang, setiap Exco DAP di negeri Selangor adalah berkuasa mutlak ke atas portfolio masing-masing kerana ‘saham’ mereka yang besar di Dewan Undangan Negeri dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Penulis lihat, cakap-cakap itu sudah mula menjadi kenyataan sekarang.


Memang benarlah seperti yang sering diwar-warkan, kelompok ini tidak layak memimpin kerajaan negeri kerana pakatan yang dikatakan sangat kukuh itu sebenarnya sangat rapuh, serapuh dahan kayu yang sudah lumat dimakan anai-anai. Kerana itu tidak ada yang berani mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan yang sah kerana tahu masing-masing tidak boleh berkongsi matlamat perjuangan yang sama dek idealogi masing-masing yang jelas berbeza.


Cuba bayangkan bagaimana puak-puak ini nanti kalau rakyat meletakkan mereka sebagai pemerintah kerajaan persekutuan? Baru cerita nak lantik ahli Majlis pun dah berebut-rebut macam orang sasau, nak lantik menteri cabinet lagilah. Agaknya itu adalah antara sebab kenapa sehingga sekarang Pakatan Rakyat masih tidak berani membayangkan ‘kabinet bayangan’ mereka kepada rakyat Malaysia seperti yang sering di desak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Takut yang itu nanti boleh menyebabkan masing-masing berbunuhan sesama sendiri pulak gamaknya. - EMAIL DARI PEMBACA..

Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Md Arip mempersoal kenapakah Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berminat menjadi Penasihat Eknomi Selangor.

“Dia anak Selangor ke..Dia lahir di Selangor ke..Dia lahir di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


“Kerajaan Pulau Pinang sekarang ini di bawah Pakatan Rakyat..di bawah DAP, rakan sekutu dia..pasal apa tak jadi penasihat Ekonomi Pulau Pinang ?”, soalnya ketika berceramah di Bandar Kinrara, Selangor semalam. - AIDC

 




Fuyooo..ramai gilerrrr...sampai tak boleh nak kira...Nasihat EP lebih baik lupakan cita-cita nak gantikan tempat Saiful disisi Anwar dan tumpukan semula perhatian pada pengajian...ooopsss lupa la pula...kena gantung daaa...

Gambar awek atau gadis melayu bogel makin tersebar di beberapa laman blog. Gambar bogel tersebut juga didakwa merupakan gambar peribadi dari telefon bimbit yang tanpa sengaja diupload oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Menurut kajian, dipercayai teman lelaki kepada gadis melayu ini adalah orang yang bertanggungjawab atas penyebaran gambar bogel kekasih mereka. Ada yang sanggup meminta gambar bogel dari kekasih sendiri untuk jadi tatapan. Namun, apabila sudah putus cinta pihak lelaki akan mengugut untuk siarkan gambar peribadi mereka di internet.

Sama seperti kes ini...

Semalam Polis mula mempersoal kenapa mesti Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Eli Wong lari ke Indonesia untuk bersembunyi.Adakah Hilmi bersalah?? Kalau betul la dia tak salah kenapa dia lari ke Indonesia..

Banyak persoalan yang timbul mengenai kes lari ini...Siapa yang sediakan dokumen palsunya??..Siapa yang menajanya semasa tinggal di Indonesia secara haram??..

Polis kena siasat betul-betul apakah Hilmi yang lari atau dipaksa lari atau dilarikan....Pastinya semua ini akan terbongkar tak lama lagi..Tunggu!!!!....


Polis hari ini mempersoalkan tindakan Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong, melarikan diri ke luar negara sehingga ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen perjalanan palsu.

"Kalau dia (Hilmi) tidak bersalah, mengapa dia patut takut dan lari ke luar negara, kalau dia berada di pihak yang benar, maka beliau perlu menjelaskan segala-galanya," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria kepada Bernama.

Beliau berkata keterangan Hilmi Hazimin akan membantu siasatan terperinci polis berhubung rakaman dan penyebaran gambar Wong.

Sebuah portal Indonesia sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai 'Azmin Helmi', yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan Imigresen Indonesia kerana memiliki dokumen palsu.

Hilmi dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan memiliki kad pengenalan serta kad keluarga Indonesia palsu.

"Kita telah merakam kenyataan ibu bapa dia (Hilmi) dan kita percaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya. - BERNAMA
Kepada kaum wanita, anda dinasihatkan supaya tidak memberikan gambar seksi atau peribadi anda mahupun kepada teman lelaki anda - Melvister



KLIK SINI UNTUK CERITA YANG LEBIH MENARIK...

Hasrat PKR untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen dikecam pimpinan Pas termasuk Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."

Menurutnya, parti itu perlu sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu.


“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.


Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.


“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya.


Azman Shapawi berkata, PKR tidak sepatutnya menyatakan hasrat mereka sewenang-wenangnya, sebaliknya ia perlu merujuk kepada Pas terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman di negeri ini...

**Kalau sekarang pun dah berebut..bayangkan apa akan jadi kalau mereka dapat menawan Putrajaya

"Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.


“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam.


“Mengajak orang untuk mendekati Islam terutamanya kepada umat Islam itu sendiri yang mungkin terlupa dengan ajaran agamanya,” katanya pada Sidang Media Selebriti Hari Hiburan Islam (Hai) di kediaman rasminya di sini, semalam.


Beliau turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap segelintir artis yang banyak dikaitkan dengan pakaian yang tidak menutup aurat serta terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.


“Saya sangat dukacita apabila ‘kurniaan’ artis ini disalahgunakan sehingga dikait dengan banyak perkara maksiat. Hal ini disebabkan dunia diperintah dan dikuasai barat yang menjadikan pengertian artis ini lebih sempit dari sebenarnya.


“Seperi perkataan maksiat di tempat kita yang hanya diertikan sebagai perbuatan zina sedangkan maksud maksiat itu ialah menderhaka kepada Allah termasuk zina, tidak sembahyang, berjudi malah rasuah pun adalah maksiat,” katanya.

**Apa kata Nik Aziz bersara saja daripada menjadi ahli politik..mungkin seleps bersara Nik Aziz mempunyai lebih banyak masa untuk memenuhi keinginannya iaitu menjadi artis...dan EP rasa Nik Aziz mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi seorang artis..boleh jadi macam Akhil Hay..Bolehlah Nik Aziz berdakwah sambil menghiburkan peminat..

Bukan setakat boleh berdakwah pada peminat saja..berdakwah sesama artis pun boleh...boleh selesaikan isu pakaian yang tidak menutup aurat, gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat...

Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.

Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.

“Majlis pertunangan tersebut TIDAK langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.

Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu. – Mynewshub.my

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan asing dalam sistem demokrasi di negara ini merupakan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar menyifatkan Ketua Pembangkang itu telah menjadi broker kepada kuasa asing yang seterusnya boleh membawa keadaan kucar-kucir di negara ini.

“Kalau kita tengok balik sejarah, Melaka tidak akan tumbang sekiranya tiada pengkhianat yang membukakan pintu kepada Portugis.

“Sekiranya Anwar dapat memerintah pun, dia tidak lebih daripada menjadi boneka kepada kuasa-kuasa asing yang sebelum ini dia minta campur tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan dua pucuk surat yang didakwa ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada tahun 2007 bagi meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com semalam mendedahkan permohonan Anwar bagi tujuan tersebut kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman yang juga merupakan seorang tokoh Yahudi.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd Arafat Muhabat, Anwar begitu terdesak untuk mendapat Putrajaya sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual negara ini.

“Apabila kita melihat negara yang mengalami campur tangan asing, semua kekayaan ekonomi akan diperah oleh orang luar sehingga rakyat sendiri tidak dapat merasa apa pun.

“Masyarakat perlu tahu bahawa Anwar adalah risiko besar kepada negara kerana sekarang ini pun dia sanggup memburuk-burukkan Malaysia setiap kali berada di luar negara,” katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pendedahan surat berkenaan membuktikan memang wujud hubungan di antara Anwar dengan tokoh Yahudi serta ahli neokonservatif Amerika Syarikat (AS).

“Berdasarkan surat-surat itu juga, kita sedar Anwar mempunyai hubungan dan menjalin kerjasama dengan penyangak mata wang dunia, George Soros. Situasi itu amat tidak baik kepada rakyat Malaysia.

“Pendedahan demi pendedahan yang dibuat kebelakangan ini mengenai hubungan Anwar dengan Israel serta tokoh Yahudi memberikan kita satu kesimpulan iaitu beliau merupakan ancaman kepada rakyat khususnya umat Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr. Zaheruddin Othman berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan Anwar begitu terdesak untuk menawan Putrajaya sehingga sanggup meletakkan negara dalam risiko yang besar.

“Saya tidak faham mengapa dia menyalahkan sistem demokrasi yang ada sekarang ini sedangkan sebelum ini dia yang mendapat manfaat serta nikmat yang begitu banyak sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Sekiranya Karpal Singh atau Lim Kit Siang, mungkin saya boleh faham kerana mereka tidak pernah berada dalam kerajaan, tetapi Anwar pernah mendapat segala nikmat dan kelebihan.

“Pada pendapat saya, soal negara tidak begitu penting kepada Anwar, apa yang lebih penting adalah cita-cita politiknya untuk mendapatkan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan dua pucuk surat yang didakwa ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 bagi meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Zaheruddin, perbuatan Anwar itu berbahaya kerana sejarah menunjukkan banyak negara yang dikuasai negara asing menerusi pemimpin boneka.

“Kalau dia fikir pendedahan ini salah, Anwar boleh menafikannya tetapi kita semua sedar Anwar memperoleh kemudahan begitu banyak daripada pihak tertentu sehingga boleh pergi ke mana-mana negara untuk menyampaikan ucapan dan mengadakan perjumpaan di sana-sini,” katanya.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sham Rahayu Abdul Aziz berkata, perbuatan Anwar memberi implikasi serius kepada reputasi kerajaan dan negara di peringkat antarabangsa dengan memberi gambaran buruk terhadap sistem demokrasi yang diamalkan selama ini – Utusan

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.