Tuesday, February 14, 2012


Korang nengoklar sendiri gambar2 serta paparan video dibawah...Ketibaan ANUGAY telah disambut dengan penuh 'MERIAH' sekali oleh orang2 Kg Gadek di Parlimen Alor Gajah Melaka yang MAJORITINYA adalah ahli UMNO@BARISAN NASIONAL.....macam suasana Pilihanraya Kechil pulak gamaknya....!!! Yang kelakarnya, Orang Gadek tunggu ANUGAY kat 'pintu depan' iaitu jalan utama masuk ke Kg Gadek...tapi diaorang lupa yang ANUGAY suka 'pintu belakang'....jadi, tiba2 saja GAY TUA nie dah ada di lokasi program kerana rupa2nya dia ikut jalan belakang Kg Gadek...

Ermmm....Kehadiran ANUGAY telah disambut dengan kibaran bendera2 BARISAN NASIONAL serta lagu UMNO dan lagu2 PATRIOTIK yang MENGGEGARKAN suasana....KAH KAH KAH...!!! naik FENING ANUGAY dibuatnya...!!!

TAHNIAH aku ucapkan kepada orang2 Kg Gadek...aku tahu kampung korang kira kampung contoh dengan pelbagai anugerah yang korang raih terutama ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) dan pernah juga sampai ke peringkat KEBANGSAAN...semuanya adalah kerana HASIL USAHA dan PERMUAFAKATAN diantara seluruh WARGA Gadek...sudah semestinya korang akan MARAH sekiranya kehidupan masyarakat korang yang AMAN DAMAI dan saling BERMUAFAKAT ini ingin diganggu oleh SITUA SEWEL ini....lebih2 lagi yang meramaikan program PARTI KENCING RAKYAT (PKR) inipun hanya ORANG LUAR Kg Gadek sajer....memang patut kena HALAU keluar...!!!

Hendak membina sesebuah KEJAYAAN tu bukannya senang bro...ambil masa bertahun2...tapi kalu nak MEMUSNAHKANNYA memang senang...satu hari sajer dah boleh lingkup...!!!

Al Maklumlar...kalu Si ANUGAY ini BERUCAP macam orang JUAL OBAT....SALAM dia saja yang BETUL...yang lain semua AUTA sajer...fitnah sana, fitnah sini, janji sana janji sini...tu jer yang dia larat buat...

sesekali kena jugak FIGHT FIRE WITH FIRE...!!!!













Jabatan Peguam Negara diminta menjelaskan sejauh mana tindakan yang diambil berhubung isu video seks yang didakwa
membabitkan seorang pemimpin pembangkang, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al-Habshee.

Beliau berkata rakyat sedang menunggu hasil siasatannya setelah laporan penuh mengenai wajah lelaki berkenaan dikatakan telah diserahkan oleh polis kepada Peguam Negara.

Syed Ali berkata penjelasan oleh Peguam Negara akan melenyapkan pelbagai fitnah jahat pembangkang yang mendakwa Umno ada kaitan dengan pendedahan video berkenaan.

"Rakyat hairan mengapa sehingga kini Peguam Negara masih dilihat berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang keputusan hasil siasatan dan tindakan yang bakal diambil berhubung isu itu," katanya dalam entri terbaru blog umnocheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata akibat melengah-lengahkan hasil siasatannya, isu video seks itu telah diputarbelitkan oleh pembangkang dengan melemparkan fitnah dan tuduhan jahat kononnya dirancang oleh Umno.

Saya amat berharap Peguam Negara dapat menjelaskan statusnya, dedahkan segera kepada umum supaya rakyat dapat tahu siapa sebenarnya pelaku seks itu," katanya.

April tahun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dipetik sebagai berkata bahawa rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen berdasarkan laporan pakar.

Isu video seks yang didakwa pelakunya mirip seorang pemimpin pembangkang menggemparkan negara apabila didedahkan oleh trio ‘Datuk T’, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Syed Ali mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa pelaku seks itu perlu dihadapkan ke mahkamah supaya menjadi teladan dan sesekali menolak dakwaan pihak tertentu ia bermotifkan politik.

Beliau sebelum ini pernah mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas bagi mengesahkan identiti sebenar pelaku seks dalam video berkenaan yang dikatakan mirip Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama

Selepas Anwar Ibrahim terlepas daripada kes liwat Saiful Bukhari, beliau menjadi seorang ahli politik yang kurang cerdik. Beliau dibelenggu lebih banyak isu kontroversi yang memakan diri sendiri.

Isu 'menyokong keselamatan negara Israel' melalui satu konflik terbaru apabila parti PAS secara rasminya mempertikaikan kenyataan Anwar Ibrahim yang disiarkan di dalam Wall Street Journal. 

Ramai yang tahu bahawa kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim telah mencemarkan imej belliau dan juga rakan-rakan politik yang lain terutamanya parti PAS. Walau apa pun cara Anwar memutarbelitkan isu, ianya tidak akan dapat menyelamatkan imej beliau. 

Sila baca di sini : KLIK SINI

Yang menambahburukkan keadaan, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat pengakuan terbuka yang pasti memeranjatkan kita semua! 

Seperti yang MiM janjikan di artikel sebelum ini, di sini MiM dedahkan satu lagi kenyataan songsang Anwar Ibrahim. Ianya disiarkan di dalam majalah Tempo keluaran terbaru. 

Seperti yang MiM nyatakan sebelum ini, majalah Tempo telah memilih gambar-gambar Anwar yang hodoh. Ianya sungguh menghairankan memandangkan artikel khas tersebut menceritakan yang baik-baik sahaja tentang Anwar Ibrahim.


Artikel itu menceritakan liputan Tempo yang mengikuti seharian program Anwar Ibrahim di Bandung, Indonesia. Daripada Hotel Panghegar, Bandung ke Kampus Insitut Teknologi Bandung hingga pertemuan dengan rakan-rakan yang masih tidak sedar diri dengan Anwar yang sebenarnya.

Tetapi Tempo telah mengesahkan satu sifat Anwar Ibrahim iaitu beliau menyokong homoseksualiti!

Di bawah adalah kenyataan beliau :


'Homoseksual tak perlu dihukum oleh negara?' 'Kecuali dia pamerkan di tempet publik?'

Anda pasti terkejut dengan pandangan seorang pemimpin yang beragama Islam yang kononnya rapat dengan Sheikh Al-Qardawi tetapi tidak kisah dengan homoseksual!

Sejak bila pula homoseksual tidak perlu dihuikum walau pun tidak ditempat publik?

Aktiviti songsang seperti ini dibolehkan jika anda lakukannya di dalam rumah tapi pastikan publik tidak nampak adegan tersebut. Dan jika anda dan pasangan anda ditangkap, anda boleh bebas sebab seks songsang itu bukan diadakan di publik?

Seriously, MiM amat meluat dengan kenyataan orang Islam seperti Anwar Ibrahim yang tidak terdetik untuk menasihatkan orang lain supaya menjauhi aktiviti yang diharamkan oleh agama sendiri. 

Jika Anwar pandai menggunakan hadis dan ayat Al-Quran untuk menyakinkan orang, kenapa isu homoseksual tidak dituruti dengan hadis dan Al-Quran yang mengharamkannya?

Kes ini sangat berat dan tidak boleh ditolak ketepi hanya kerana anda menyokong ideologi politik Anwar Ibrahim. Ianya jauh lebih besar daripada itu. 

Contoh mudah, jika Anwar berceramah di depan anda, anak-anak muda dan keluarga dan berkata 'homoseksual tidak patut dihukum oleh negara' apakah anda bersetuju? SETERUSNYA

Gesaan dah buat..boleh kira hebat la tu...tapi EP nak tanya Nik Aziz..Gesaan ini hanya sekadar gesaan politik atau pendirian PAS berhubung isu Israel...apa akan PAS buat jika gesaan ini tidak dilayan oleh Anwar..adakah PAS akan berdim diri dan melupakan kes ini atau PAS akan bawa ke peringkat seterusnya...
Dewan Ulama Pas Pusat  menyifatkan pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel atau menyaman Wall Street Journal menunjukkaan parti itu tidak tunduk kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam.
“Kenyataan ini adalah bukti yang jelas bahawa Pas tetap akan menyuarakan pandangannya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak apabila membicarakan tentang isu-isu prinsip Islam," kata Setiausaha Dewan Ulama Pas, Dr. Khairuddin Razali.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas.
Dipetik Harakahdaily hari ini, Khairuddin berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bahawa Pas tidak akan menjual prinsipnya dalam memperjuangkan Islam.
Semalam, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal."
“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," kata Nik Abdul Aziz.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Mohd Zawawi Salleh turut menyatakan sokongan tegas yang sama kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, Dewan Ulama akan terus bertegas mempertahankan isu Palestin sebagai prinsip utama perjuangan membela rakyat negara itu.

Pada bab pertama Tukang Screw (KLIK SINI) ada menyatakan kisah seorang YB yang dipaksa mengahwini seorang wanita selepas ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kenderaan di sebuah pusat rekreasi di Kuala Krai. 

Tukang Screw ada menemui beberapa penduduk tempatan yang terlibat dalam insiden tersebut dan telah memberitahu bahawa insiden tersebut berlaku dalam sebuah kenderaan Pajero bernombor pendaftaran WF_ 9019. 

Apa yang membuatkan penduduk terlibat berasa curiga kerana waktu tersebut telah menghampiri waktu Maghrib dan Pajero tersebut bergoyang tanpa sebab walaupun tiada gempa bumi berlaku. Kerana mengesyaki kemungkinan perkara tidak diingini berlaku maka penduduk berkenaan telah menuju ke kenderaan tersebut dan mendapati YB dan pasangannya berada dalam kenderaan tersebut. 

Di sini Tukang Screw ingin nyatakan bahawa tidak berlaku sebarang perlakuan tidak diingini hanya mereka berdua-duaan tanpa kehadiran orang ketiga dan kalau ada orang ketiga ialah SYAITAN! Dalam keadaan tersebut walaupun apa alasan baik yang diberikan pasti akan menimbulkan fitnah.

Perkara tersebut diketahui oleh bapa saudara pasangan wanita YB tersebut yang bernama Ismail. Ismail telah berjumpa YB tersebut dan mendesak supaya mengahwini anak buahnya atau beliau akan mendedahkan perkara tersebut kepada umum. 

Berita tentang kejadian ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan isteri YB bernama Fatimah yang mengambil inisiatif berjumpa sendiri bapa wanita tersebut bagi urusan pernikahan suami kesayangannya yang telah membuat onar di belakangnya. 

Akhirnya pasangan khalwat ini bernikah dengan diwalikan oleh bapa wanita itu sendiri itupun diadakan di luar mukim. Selamat berbahagia YB, selain menjaga isteri kedua jangan lupa jaga kawasan. Perkara baik sebegini perlu diumumkan dan Tukang Screw cadangkan supaya YB mengadakan kenduri bagi meraikan perkahwinan kedua ini supaya tidak timbul fitnah. 

Tukang Screw juga sentiasa menunggu kad jemputan daripada YB Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim. Benda baik jangan nak dimalukan ye.

Wassalam

 

Peranan yang telah dipertanggungjawabkan kepada Malaysiakini oleh puak-puak pembangkang ialah untuk mengelirukan rakyat dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Jadi tidak hairanlah mengapa berita yang dilaporkan dalam Malaysiakini bersifat negatif.


Ini kerana wartawan Malaysiakini sengaja akan memutar belit fakta dalam laporan beritanya walaupun penerangan atau kenyataan yang jelas dan lengkap telah diberikan kepada mereka.
Terbaru ialah penipuan Malaysiakini mengenai Skim 1 Care..rujuk kenyataan balas dari Kementerian Kesihatan mengenai laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini..
Tajuk Maklum Balas : Ill-Feelings over 1 Care in East Malaysia
Disiarkan pada 13-02-2012
Kategori Surat Kepada Pengarang
Penerangan Surat Kepada Pengarang

Dear Editor of Malaysiakini.com

We refer to the article titled ‘Ill-Feelings over 1 Care in East Malaysia’ printed in your portal on February 12th 2012.

This article unfortunately contains various inconsistencies and misleading facts on the 1 Care concept. This is despite us explaining the idea clearly to the media, including a Malaysiakini representative in a briefing organised on February 9th 2012.

We wish to highlight the following incorrect statements:
  • Paragraph 1 under Section Obligatory Contribution
One of the most provocative recommendations mooted is a new tax: an obligatory contribution of 10 percent of each household's income, to finance a National Health Insurance fund.

We had explained clearly to the media representatives present at the briefing that there has never been an idea to deduct an obligatory 10 per cent tax of household income. 

On the contrary, we had explained that our research indicates that households at the moment spend 9.4 per cent of their income on healthcare annually. This is merely a statistic.

Yet, it is disappointing to see that your portal has once again misled its readers by publishing the above mentioned paragraph in this article, three days after the media briefing your reporter attended.
  • Paragraph 4 under Section Obligatory Contribution
His director-general Dr Hasan Abdul Rahman echoed Liow's avowal that 1Care remains tentative. Dr Hasan backpedalled on the ministry's leaked announcements to stakeholders, including the Malaysian Pharmaceutical Society, that planning is in the final stages. 

We had clearly explained to the media representatives at the briefing that 1Care is still at concept stage and is nowhere near its final stages.

For the record, at no point did Ministry representatives inform the Malaysian Pharmaceutical Society that planning was in its final stages. Yet, your portal continues to highlight this inconsistency with no efforts made to verify this fact with any member of the Ministry.
  • Paragraph 2 under Section 1 Care  a Political Football
It may turn out that premier Najib Abdul Razak will attempt to portray himself as a statesman, and announce that 1Care will be postponed while studies are carried out…

We had clearly explained to the media that 1Care is at the conceptual stage and that studies are still being carried with various technical committees. 

This paragraph is both misleading and malicious implying that the idea is very close to being implemented. It is not, and this was explained repeatedly to the media at the media briefing, in which a Malaysiakini reporter was present.

Besides the above, this article contained another sentence that is clearly contrary to the facts explained to the media regarding the 1Care concept.
  • in the hope of bulldozing them all through in one frenzied legislative drive
As mentioned in the media briefing, 1 Care has been at the study stage for many years as MOH has constantly looked at ideas to improve the quality and efficiency of healthcare in Malaysia. To imply that it will be frantically made into legislation is highly malicious.

We at the Ministry of Health are very disappointed with the negative and misleading tone of reporting regarding 1 Care that exists in your portal. The above highlighted sections referred to is a clear indication of the misreporting that exists in Malaysiakini regarding this issue.

At the media briefing, your reporter was informed that our representative, Dr. Nordin Saleh is ever willing to validate any facts regarding 1Care. We hope that you will contact us to verify any statements made by third parties before publishing it in your articles.

At least, allow us the right to reply as this is standard procedure in any form of ethical journalism.

Thank you
Corporate Communications Division
Ministry Of Health, Putrajaya



FAKTA UTAMA MENGENAI 1CARE
  • 1Care adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia.
  • Cadangan 1Care masih lagi diperingkat konsep.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memperincikan isu-isu teknikal mengenai cadangan ini bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

APA ITU 1CARE?
Ia adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia

KENAPA 1CARE?
  1. Keluhan Rakyat mengenai;
    • Masa menunggu yang panjang.
    • Kesesakan.
    • Kos penjagaan kesihatan yang tinggi.
  2. Kebimbangan Rakyat mengenai kos pembiayaan untuk rawatan penyakit yang serius. 
  3. Kebimbangan Rakyat terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi di usia tua.

APAKAH HARAPAN YANG INGIN DICAPAI MELALUI 1CARE?
  1. Rakyat boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital awam atau swasta, tanpa mengira sama ada mereka kaya atau miskin.
  2. Tidak kira tahap usia dan tahap kesihatan, Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
  3. Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka.
  4. Rakyat akan ada doktor keluarga masing-masing. Mereka boleh memilih doktor keluarga masing-masing dan menukarnya sekiranya perlu.
  5. Doktor keluarga ini akan lebih mengenali dan memahami masalah kesihatan setiap individu dan keluarga mereka. Doktor keluarga ini akan membantu mereka untuk terus sihat sepanjang hayat.
  6. Rakyat tidak perlu bimbang mengenai bayaran semasa mereka mendapatkan rawatan yang mereka layak.
  7. Kerajaan akan terus membiayai penjagaan kesihatan untuk Rakyat miskin.
  8. Sumbangan untuk keperluan penjagaan kesihatan tidak akan membebankan Rakyat.
  9. Rakyat tidak akan mengalami masalah kewangan atau jatuh miskin kerana membiayai rawatan kesihatan.



Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan oleh ulamak-ulamak ektremis dari PAS walaupun ianya hampir seminggu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.

Persoalan yang timbul :
Adakah benar DS Najib masuk ke kuil?

Ini adalah gambar dimana YAB Perdana Menteri berada semasa memberi ucapan beliau(diperolehi dari sumber).






Bagi menjawab soalan ini,untuk mendapat kepastian dan demi kebenaran penulis berkunjung ke Batu Caves semalam. Sempat penulis mengambil beberapa gambar. Dimana ianya terletak? Penulis sempat mengambil gambar menggunakan mode 'panorama' yg jelas menunjukkan jarak dari kuil.


Gambar dibawa pula dari perkarangan kuil yang paling dekat.


Salahkah berada di perkarangan kuil?Beliau berada di  ' Exhibition Hall ' sahaja..tak masuk kuil pun..itu pun nak bising?

Habis tu Adun PAS yang masuk DALAM  kuil ,PAS tak bising pun?

Ini gambar YB Dr. Haji Abdul Rani bin Osman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi DUN N42 Meru, Selangor dan Pesuruhjaya PAS Selangor berada di dalam kuil..

Berada 100meter jauh dari kuil ,SALAH..tapi berada didalam kuil ,TAK APA? PAS memang BODOH! Seterusnya...

EP rasa seluruh rakyat Malaysia termasuk sebahagian ahli PAS nampak akan perkara ini..tapi entah kenapa pemimpin-pemimpin PAS masih terhegeh-hegeh nak menyondol DAP..mungkin kerana kuasa yang dijanjikan kot..
Tapi kalau nak kata kuasa yang dijanjikan pun tak logik..sebabnya sejak PAS memulakan persahabatan dengan DAP, PAS asyik kena kuda dan dipermainkan..Dasar-dasar Islam perjuangan PAS sebelum ini pun telah digadaikan demi menjaga persahabatannya dengan DAP..

Ada tak DAP ubah dasar mereka untuk menjaga hati PAS seperti yang PAS buat..Jadi memang kena la Tag Line DAP yang baru ni..."JOM UBAH"..ubah siapa??..ubah siapa lagi kalau bukan PAS....
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.

Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam. 

Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang terjalin antara mereka.

‘‘Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’ 

‘‘Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia bukan ulama Islam,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti Malaysia.

Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan Islam.

‘‘Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal,’’ katanya.

1. Anwar telah menyatakan kepada BBC, iaitu kepada bangsa Barat, bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.

3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.

4. Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep “freedom” atau bebas dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka seperti yang diberi kepada lelaki.

5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki. Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi.

6. Sebaliknya institusi perkahwinan dan kekeluargaan di beri makna yang baru. Bersekedudukan di takrif sebagai berkeluarga. Bila bosan dengan pasangan, tukar sahaja. Penceraian tidak diperlukan lagi. Siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.

7. Dimasa yang sama, sekatan terhadap apa jenis seks yang boleh memuaskan nafsu dihapuskan juga atas nama kebebasan. Dengan itu lelaki boleh meliwat lelaki dan perempuan mengadakan hubungan seks dengan perempuan.

8. Kenapa harus hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja? Kenapa tidak beramai-ramai. Dan seks beramai-ramai pun diadakan.

9. Kemudian diadakan pula perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan. Segala yang menghalang dianggap lapok dan tidak sesuai dengan kebebasan dan persamaan. Dengan bangganya orang Barat mempamirkan pengamalan seks mereka sebagai hak asasi manusia.

10. Seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap oleh mereka sebagai baik bagi semua manusia. Dengan itu mereka melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

11. Tentangan yang terkuat terhadap seksualiti merdeka ini datang dari orang Islam. Untuk mengatasi tentangan ini mereka mengenalpasti orang Islam yang boleh menjayakan perjuangan mereka. Bermula dengan tuntutan kebebasan yang mudah diterima, umpamanya hak asasi manusia, hak memilih Kerajaan (demokrasi), hak bersuara, kebebasan media, kempen Barat sudah sampai kepada serangan terhadap nilai-nilai moral orang Islam, pegangan mereka kepada agama, adat dan undang-undang yang menghalang kebebasan hubungan seks.

12. Undang-undang biasa dan undang-undang Islam digambarkan sebagai jumud dan perlu diganti dengan undang-undang Barat. Berzina dan meliwat disaran supaya menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Islam.

13. Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik. Dan ramai sudah orang Islam di Malaysia yang percaya ahli politik seperti inilah yang patut dipilih untuk memerintah negara Malaysia. Dengan kuasa yang diberi kepada mereka ini maka segala yang lapok di negara ini akan diganti dengan pendapat semasa termasuk merdeka seks.

14. Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan keatas mangsa zina atau liwat. Sebab itu apabila seorang wanita melaporkan yang pengarah IMF Strauss Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Strauss Kahn dan jawatannya dilucutkan.

15. Di Malaysia juga apabila lapuran diterima dari mangsa yang dianya telah di liwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya.

16. Disini ingin saya jelas bahawa “teknikal” bukan bermakna tidak. Jenayah berlaku, bukan tidak berlaku. Hanya hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya. Mungkin orang lain!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain, wallahuwalaam. CheDet

Amat memalukan apabila beberapa orang wanita bertudung dan seorang lelaki telah berpakat mencuri barang disebuah kedai di Senai, Johor. Video rakaman cctv telah diupload ke Youtube pada 7 Februari 2012 yang lalu.Mereka mencuri dengan cara menyumbat barang-barang di kedai tersebut di celah-celah badan mereka, termasuk celah kangkang.

EP bukan berniat untuk memalukan mereka tetapi cuma nak mengingatkan kepada yang lain bahawa perkara yang sama boleh berlaku pada anda iaitu tersiar aksi memalukan mereka di internet jika mereka melakukan perkara yang sama...mana nak letak muka agaknya lepas ni..


Monday, February 13, 2012


Dewan Kg.Idaman menjadi bukan saja jadi tumpuan penduduk setempat bila insiden tanpa diduga malah ianya telah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia yang bencikan Adam Adli..Insiden ini telah berlaku seawal jam 8:00 malam. Pada ketika itu dalam dewan belum ada hadirin kecuali seorang petugas yang menyelia alat siar raya.

Manakala kaki jilat yang ingin merosakkan minda mahasiswa seperti Syukri Razak, Adam Adli, Dr Ahmad dan beberapa orang lagi yang menjadi tetamu dalam majlis yang dianjur oleh PKR ini belum sampai lagi semasa kejadian berlaku sebaliknya muncul selepas polis tiba..

Ini petikan dari Harakah penipu :-

“Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.

Tengok gambar dibawah ini..perasat tak kenapa EP cakap Harakah penipu..


Mana meja yang pecah seperti yang dilaporkan oleh Harakah...Apa yang EP nampak hanya kerusi..tiada pun meja..

Nasib baik Adam Adli dan rakan-rakan sampai lambat...Kalau betul la 50 orang samseng nak pukul Adam Adli seperti cerita yang dilaporkan oleh Harakah penipu..EP rasa dah patah riuk adam adli sekarang...silap-silap dah KO..melainkan Adam Adli ada ilmu...warna apa tak tahulah...


Lagi petikan dari Harakah penipu yang mensensasikan cerita...
Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan
Cuba lihat gambar dibawah...yang memenuhkan ruang di kawasan Balai Polis Pandamaran ialah rakan-rakan Adam-Adli dan bukannya samseng seperti yang dilaporkan oleh Harakah...


Sama juga apa yang berlaku di IPK Klang..Bodohnya samseng-samseng yang nak pukul Adam Adli jika memulakan ketegangan di hadapan balai polis..


Sedar-sedarlah sikit Adam Adli and the gang...Rakyat dah meluat dengan lu orang..jadi tak payah lah sibuk-sibuk nak buat road tour dan buat kacau di tempat orang. Nasihat EP lebih baik berhenti sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku kerana keadaan sekarang agak tegang bila melibatkan nama pengkhianat seperti Adam Adli ...
 
Statistik terbaru bertajuk 'Globalisation Index 2011' sudah pasti akan membuatkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan keseluruhan pemimpin parti pembangkang semakin terkedu cemburu dengan keupayaan kerajaan BN mentadbir negara ini.
Dan sudah tentu ianya juga akan menyebabkan rakyat bertambah yakin dengan kerajaan sekarang.


Indeks Globalisasi 2011 dikeluarkan oleh Ernst & Young (E&Y) dengan kerjasama Unit Risikan Economist (EIU) itu mengukur sejauh mana 60 negara terbesar berdasarkan KDNK, berhubungan dengan negara-negara lain di dunia.

Lima kriteria yang diukur ialah keterbukaan kepada perdagangan, pergerakan modal, pertukaran teknologi dan buah fikiran, pergerakan buruh dan penyepaduan budaya.


Jika kita lihat di bawah, negara Malaysia berada di tangga 28, lebih tinggi daripada negara maju, Korea Selatan, Portugal dan Italy.

Malaysia juga lebih tinggi daripada negara Turki yang selalu diagung-agungkan oleh Anwar Ibrahim!

Malah, Malaysia adalah negara kedua tertinggi di Asia Tenggara!




Negara Turki berada jauh dibawah negara Malaysia iaitu ditangga 48!


Malaysia di tangga 28 manakala negara maju Korea Selatan di tangga 29.

Tahniah kepada kerajaan BN kerana berjaya membuktikan kemampuan mentadbir negara ini. SETERUSNYA


Penerimaan masyarakat terhadap Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencapai tahap 86.3 peratus pada tahun lalu, sekali gus menunjukkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, statistik itu diperolehi melalui kaji selidik yang dijalankan terhadap 22,541 responden pelbagai kaum di seluruh negara. Katanya, tahap penerimaan masyarakat itu melebihi 1.3 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kementeriannya iaitu 85 peratus. “Walaupun penerimaan masyarakat terhadap gagasan ini mencapai 86.3 peratus, kita tidak boleh memandang ringan perkara ini.

“Malah, kita perlu berusaha memperluaskan lagi kajian dan responden yang menjawab kaji selidik bagi tahun ini,” katanya kepada pemberita. Kajian Penerimaan dan Pengamalan Masyarakat Terhadap Gagasan 1Malaysia 2011 itu adalah kesinambungan terhadap kajian yang dilaksanakan pada 2009 dan 2010. Ia dilaksanakan oleh Cawangan Penyelidikan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Tiada keperluan nak ambil sempena 14 Februari. Banyak lagi tarikh lain boleh diambil untuk Hari Suami Isteri. Buatlah sesuatu yang bermenafaat untuk orang ramai bukan menyusahkan lagi keadaan...J

ika 14 Februari dijadikan hari suami  isteri bagi orang Islam dan hari Valentine bagi orang orang bukan Islam...jadi remaja-remaja Islam yang tak berkahwin lagi nak sambut apa..kalau suami isteri boleh la masuk bilik sambut atas katil...siapa nak tengok anak anak mereka...hahahaha..

kesimpulannya jika kita hanya tukar nama apa sekali pun isu menyambut hari valentine tidak akan selesai sebabnya kedai kedai makan..wayang..kedai bunga semuanya mempromosikan dan menaikkan mood hari valentine..jadi pasangan kekasih yang belum berkahwin dan beragama islam sudah tentu akan menyambutnya secara tidak langsung...

jangan lupa..hotel pun mempromosikan hari valentine...pakej makan malam yang istimewa termasuk bilik..macam mana nak bendung jika perkara-perkara initidak dikawal dan diselia...


Tiada guna menukar nama sambutan Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri, jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada budaya umat Islam.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penukaran nama itu tidak penting. Yang utama adalah pengisian sambutan tersebut.


“Kalau kita ubah nama itu boleh memberi perubahan baik kepada Islam, baguslah, tetapi jika tidak memberi apa-apa kesan, untuk apa diubah?,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, Hari Suami Isteri boleh diraikan pada bila-bila masa dan nilai budaya Islam perlu dipertahankan.


Katanya, tarikh 14 Februari itu semakin menjadi ingatan ramai, apabila dimeriahkan oleh peniaga.


“Mereka ambil kesempatan menjual bunga dan cenderahati di merata tempat,” katanya.


Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia itu berkata, tarikh itu tidak memberi apa-apa makna jika hari itu disambut dengan perbuatan yang tidak bermoral.


Minggu lalu, Pas Kelantan mencadangkan Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari, diganti kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah lebih elok jika Hari Kekasih atau Valentine Day, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.


Sementara itu, penceramah bebas, yang juga Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, adalah lebih baik mengembangkan budaya sendiri daripada menyanjung budaya orang lain.


“Cadangan Hari Suami Isteri itu baik, cuma tarikh 14 Februari itu dirasakan tidak sesuai kerana pada tarikh tersebut sudah ada sambutan diraikan oleh penganut agama lain yang sememangnya haram diraikan umat Islam.


“Kenapa kita perlu obses dengan budaya orang lain, sedangkan kita boleh pilih hari lain, yang mana memberi lebih banyak makna kepada umat Islam?,” katanya.

Sememangnya pengaruh Anwar sudah berkuasa didalam PAS sehinggakan hak Hadi Awang sebagai Presiden PAS kadang kala dinafikan hanya untuk menjaga kepentingan Anwar...Lama mana ahli PAS harus biarkan perkara ini berlaku?

Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah antara pejuang ternama Islam; berjaya menentang ‘Crusaders’, menang di Perang Hittin dan kemudiannya mempertahan Palestin. Pencapaian luar biasa bagi seorang pejuang Islam. Memang menjadi idola dan tarikan buat semua pejuang Islam.

Khabar angin yang mengatakan Salahuddin Ayub (PAS) akan menjadi pahlawan yang membuka Johor kepada Pakatan Rakyat ini bukan perkara baru. Antara pemimpin PAS paling awal yang mahukan Salahuddin berada di Johor adalah Nik Aziz. Ramai yang tidak maklum, bahawa peminangan Salahuddin untuk bertanding di Johor bukan idea asal PAS. Ianya idea PKR. Idea asal menggunakan Salahuddin adalah cadangan Biro Politik PKR.

Kita semua tahu bahawa Biro Politik PKR lebih berkuasa daripada mana-mana biro dalam PAS. Memang benar, keluaran Harakah terbaru mengatakan bahawa Anwar TIDAK PERNAH mengawal tindakan PAS – tapi ini semua kerja damage control. Kita semua orang media. Tak payah nak goreng.

Anwar mahukan Salahuddin di Johor kerana idea meletakkan Chua Jui Meng sebagai MB adalah idea gila yang akan hanya mendatangkan murka Sultan. Anwar tahu, dia tidak akan berjaya squeeze nama Chua sebagai MB sejak awal.

Sayangnya PKR tidak punya nama besar (kalangan orang Melayu) di Johor. Tak ada. Anwar perlukan sokongan PAS. Salahuddin adalah antara nama paling awal yang dicadangkan oleh Anwar.

Secara diam-diam, Anwar juga sudah meminta restu Nik Aziz bagi melaksanakan perkara ini. Inilah yang menyebabkan TG Haji Hadi amat kecewa. Jawatan sebagai Presiden PAS sudah tidak dihormati oleh Anwar. Main bulldoze sahaja.

Anwar yakin Salahuddin boleh MENANG dengan baik di Sembrong. Apatah lagi apabila Menteri yang sepatutnya mempertahankan kerusi – sibuk meminta dia diselamatkan daripada kerusi yang pasti hangat itu.

Nampak sangat, Salahuddin memang mempunyai aura untuk menawan Johor sehingga anak bangsawan pun menggelabah ketakutan dan mula mencari kerusi orang di Kota Tinggi dan kawasan lain.

Kita kena faham, Salahuddin bukan senjata PAS. Salahuddin adalah senjata ‘Anwar’ yang ditanam di dalam PAS. Amat menarik suasana ini. GELAGAT ANWAR
Lebih 43 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama. Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.


Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia." Azizah khatib mat/pengasas ma'ahad tarbiah darul hijrah al-islam.
43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud. Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi. Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.


Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

- betul-betul hangat

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.