Tuesday, February 7, 2012




Saya amat memahami tindakan Menteri Besar (MB) Kedah ke atas lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka didapati bersalah menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz, 25 Mei tahun lalu.

Tindakan berhemah MB Kedah yang saya kenali ketika beliau menjadi ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, adalah tepat dan professional, berbanding dengan pandangan ‘pakar perlembagaan’ yang masih menggunakan gelaran professor, walaupun tidak lagi berkhidmat di universiti. Untuk makluman semua, gelaran professor tidak perlu digugurkan, kerana secara otomatik gelaran itu terlucut setelah seseorang itu tidak lagi berkhidmat di universiti. Janganlah berkelentong, terlalu perasan dan lancang menyalahkan orang lain. Hormatilah kepakaran seseorang, terutamanya seorang yang bergelar MB, bekas ahli akademik dan ulamak yang disegani. Saya tidak fikir seorang ulamak mahu membuat keputusan menempah diri ke neraka, berbanding dengan tindakan orang yang jahil Islam yang sombong kononnya pakar dan sekular sosialis.

Sepatutnya kita mencontohilah sifat bertanggungjawab, tegas dan berani MB Kedah. Begitu terserlah sifat keUMARannya. Barulah boleh dikatakan mencontohi gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, berbanding dengan ultra kiasu yang memperalatkan nama khalifah ini untuk mencairkan hati orang Melayu. MB Kedah bersedia untuk dipecat jika dirasakan tindakannya itu bertentangan dengan Buku Jingga yang menjadi dasar Pakatan Rakyat ultra kiasu, yang mahukan AUKU dihapuskan.

Tindakan MB Kedah ini ternyata begitu memahami aspirasi pelajar dan nasib Melayu di bumi Melayu. Bagi mereka yang memahami psiki dan cara hidup Melayu, AUKU tidak hanya boleh dilihat dari aspek perundangan semata, tetapi hendaklah juga diadunkan cara berfikir dan budaya Melayu. Kita sedia maklum, pelajar Melayu agak ketinggalan dari segi kecemerlangan akademik, berbanding dengan pelajar bukan Melayu, walaupun bilangan Melayu lebih ramai di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sepatutnya pelajar Melayulah yang paling ramai menggondol ijazah kelas pertama, hadiah universiti serta pingat itu dan ini. Namun, saban tahun kita lihat dalam majlis konvokesyen, pelajar bukan Melayu (terutamanya Cina) yang menjuarai semuanya itu. Ke manakah muka-muka Melayu yang ramai itu?

Jawapannya, orang Melayu bila dia bermain, main sungguh-sungguh; bila bercinta, bercintan sungguh; bila berpolitik, berpolitik sungguh; bila berdemonstrasi, berdemonstrasi sungguh; bila menjadi lelaki ‘lembut’, ‘lembut’ sungguh, mengalahkan perempuan; sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Inilah yang disukai oleh ultra kiasu. Mereka amat memahami psiki orang Melayu berbanding Melayu memahami psiki mereka. Mereka mahukan Melayu hancur.

Lihatlah pelajar bukan Melayu. Mereka tahu membezakan antara tangggungjawab dan tindakan. Masa belajar mereka belajar kerana itu adalah tanggungjawab. Ketika bertindak, dirancang dengan rapi. Mereka tahu membezakan bila masa belajar, masa berpolitik, masa bersukan, masa bercinta dan macam-macam masa lagi. Waktu malam mereka menjadi ulat buku. Manakala pelajar Melayu sibuk dengan cinta muka buku. Saya tidak merujuk kepada semua pelajar Melayu.

Berbalik kepada AUKU, MB Kedah yang tidak sedikitpun gentar malah berani berkata Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat, bukan al Quran. Menolak Buku Jingga tidak akan menjadikan seseorang itu kufur berbanding menolak al-Quran. Apatah lagi jika dibandingkan Buku Jingga dengan perlembagaan. Sudah tentu perlembagaan lebih besar sifatnya, kenapa masih tidak dipatuhi? Saya amat hairan, mereka sering menuduh UMNO tidak mengamalkan demokrasi, tetapi bila kena pada batang hidung mereka, demokrasi entah ke mana. Adakah orang seperti ini kita harapkan untuk memerintah negara?

Kajian yang dilakukan secara akademik, yang mana pandangan kami selaku ahli akademik turut diambil kira, menunjukkan bahawa 60 peratus mahukan AUKU dipinda, hanya 40 peratus sahaja mahu dimansuhkan. Ini bermakna, AUKU masih relevan. Bermakna, AUKU hanya perlu dipinda, bukan dihapuskan seperti mana pandangan Perdana Menteri.

Namun, ‘pakar perlembagaan’ yang begitu ghairah mahu bertanding di Parlimen Sabak Bernam dalam PRU 13 berkata AUKU mesti dihapuskan. Pakar ini hanya pandai berteori. Tidak berpijak di bumi nyata. Jika beliau menjadi peguam, saya yakin beliau akan kalah berhujah di mahkamah kepada peguam muda yang baru keluar mengadakan latihan dalam kamar (chambering). Pandangannya tidak mencerminkan kepakarannya. Jika beliau begitu bernafsu untuk bertanding dalam PRU 13, elok juga dipertemukan buku dengan ruas di sana. Kita lihat sehebat mana dia.

Kata pakar ini lagi, undang-undang terbahagi dua, undang-undang jahat dan undang-undang baik. Undang-undang jahat mesti dihapuskan. Rakyat tidakboleh berselindung di sebalik undang-undang jahat. Bermakna, ‘pakar’ ini mahu kita mengambil kesempatan ke atas undang-undang baik, sebagaimana yang dilakukannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Apa yang saya dengar, bukan suatu perkara mudah untuk memberhentikan beliau di UIA. Sebab ada undang-undang baik yang melindungi beliau. Sebab itu, pakar ini memperalatkan undang-undang baik tersebut untuk kepentingan dirinya. Apabila undang-undang baik tersebut telah dapat diperalatkan, maka tidak ada cara lain lagi, melainkan berhenti. Maka hari ini beliau mahu menjadi jaguh menentang undang-undang jahat, bagi melindungi orang jahat.

Pada saya kenyataan ‘pakar’ ini agak kurang ajar. Meskipun beliau anti kepada AUKU, tidak sepatutnya begitu ghairah menyerang MB Kedah. Siapakah pakar ini berbanding dengan ulamak seperti MB Kedah? Pakar ini mahu menonjol supaya dipilih untuk bertanding menjadi wakil rakyat. Sedangkan kajian menunjukkan, kampus sepatutnya menjadi tempat yang berkecuali daripada politik tetapi dengan syarat kebebasan untuk mendengar pandangan politik adalah dibenarkan dan parti-parti politik dibenarkan berucap mengenai ideologi mereka. Semasa menjadi pimpinan pelajar dahulu, saya juga mempunyai pandangan yang sama, AUKU mesti dihapuskan kerana ia menyekat kebebasan pelajar.

Tetapi setelah difikirkan dan diadunkan AUKU ini dengan pkisi pelajar Melayu, maka terfikirkan saya sebenarnya AUKU diwujudkan untuk menyelamat umat Islam (Melayu).

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Inilah ketua menteri paling hebat dalam Malaysia...Walaupun sudah memerintah kerajaan negeri tetapi lagaknya masih macam pembangkang...pembohong penuh dengan putar belit..

Kenapa ketua menteri celaka ini perlu mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh UMNO Negeri Pulau Pinang kepada rakyat miskin.. Kerajaan Negeri Pulau Pinang siapa yang perintah?? UMNO atau DAP??


Yang peliknya bukankah ketua menteri celaka ini kata dia dah berjaya hapus miskin tegar di Pulau Pinang??..Habis tu kenapa dia sibuk sangat nak mempersalahkan orang lain.. Siap tulis dalam blog rasminya lagi kata " KEJAYAAN NEGERI PULAU PINANG MENJADI NEGERI PERTAMA DI MALAYSIA HAPUSKAN BASMI TEGAR" Kiranya apa yang ketua menteri celaka ni cakap selama ini cuma satu penipuan semata-mata??.. 



Bukannya kerajaan negeri dibawah pimpinan DAP yang membasmi miskin tegar di Pulau Pinang tetapi UMNO yang melakukan selama ini..Ketua Menteri ini hanya tahu claim credit..tipu sana sini nak naikkan kerajaan penipunya...Tengok saja orang miskin yang menetap di parlimennya..macam ni dia ada hati nak kata dia telah hapuskan miskin tegar di Pulau Pinang...poooodah!!!


Tidak cukup dengan khemah yang didirikan oleh Puak Bersih 2.0 di Batu Caves waktu petang, kini ahli bersih “menggoncang tabung meraih simpati penganut yang lalu lalang untuk meminta derma pada waktu malam.
Kenapa malam saja mau goncang?


Sebab tiada kebenaran untuk memungut derma di kawasan tersebut. Ini kerana apabila diminta menunjukkan permit untuk mengumpul derma, Mamat yang menjaga Khemah tersebut tidak dapat menunjukkan permit dan surat kebenaran untuk memungut derma itu mula berdolak dalik dengan mengatakan “Kerajaan Negeri Selangor Sokong Kita, Jadi tiada masalah, kita dibenarkan untuk jual di Batu Caves sebab Batu Caves ada kat Selangor” Biar benar mamat nie!


Dengan terang – terang derma yang dikutip atas nama bersih 2.0 tidak mempunyai permit sah samada dari pihak Polis atau dari Pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk menjual mahupun mengutip derma atas nama mana – mana organisasi. Juga kelihatan beberapa ahli bersih lain menjual merchandise Bersih 2.0 di sekitar kawasan khemah tersebut.


Apakah mereka yang meminta kerajaan menunaikan 8 tuntutan Bersih mengikut undang – undang Malaysia? Mereka sendiri tidak patuhi undang – undang Malaysia tetapi meminta kerajaan mematuhi permintaan mereka. Sungguh RETORIK puak Bersih 2.0 yang dibayangi oleh Pakatan Rakyat! SETERUSNYA

Nampaknya tindakan Anwar Ibrahim mengatakan pendirian menyokong keselamatan negara Israel yang mempunyai 200 senjata nuklear dan canggih bukan sahaja mendatangkan kekecewaan kepasa Duta Palestin di Malaysia tetapi turut dikecam oleh pihak-pihak lain.

Sila baca di bawah:

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.

Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.

''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.

Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan hari ini.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan ketua pembangkang itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin SETERUSNYA

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof meminta mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan terhadap kenyataan yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w sama dengan Muhammad lain ketika remajanya.

Menurut beliau Rasulullah s.a.w bukanlah manusia biasa sebelum atau selepas diangkat menjadi Rasul sebaliknya manusia yang istimewa.

Justeru beliau  dengan tegas meminta mana-mana pihak atau cendekiawan agama yang seolah-olah menyamakan Nabi Muhammad s.a.w sama dengan Muhammad lain ketika remajanya memperbetulkan kenyataan berkenaan.

“Nabi Muhammad itu semasa di dalam kandungan ibunya sudah pun luar biasa. Apabila dilahirkan pun beliau cukup luar biasa dan berbeza dengan bayi-bayi lain yang dilahirkan pada waktu itu.

“Malah dadanya dibelah ketika baginda berada pada usia kanak-kanak lagi dan keadaan itu tidak berlaku kepada kana-kanak lain. Malah pada zaman remajanya Rasulullah s.a.w digelar Al-Amin iaitu seorang yang amanah dan jujur.

“Jadi saya tidak tahu bagaimana terdapat pihak-pihak tertentu yang menyamakan Rasulullah s.a.w pada zaman remajanya sama seperti kanak-kanak lain. Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w cukup istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terdapatnya pihak tertentu yang menyamakan Nabi Muhamamda s.a.w apda zaman remajanya dan sebelum diangkat menjadi Rasul adalah manusia biasa dan seperti remaja-remaja lain.

Ustaz Afandi seterusnya menegaskan perkara berkenaan boleh menimbulkan keraguan dan tanda tanya kepada masayarakat umum akan keistimewaan yang ada pada Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya kalau kita kata Nabi Muhammad sama dengan Muhammad lain pada usia remajanya umpama menghina kemuliaan junjungan besar Rasulullah s.a.w.

“Jika apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu benar sepertimana tersebar di internet hari ini, saya minta beliau perjelaskan sebetulnya dan jika tidak benar beliau perlu menafikan perkara berkenaan yang menjadi perbualan umum. Kita tidak mahu perkara ini mengelirukan umat Islam,” katanya. – MediaUMNO

Kalangan rakan-rakan PKR memang sedang mentertawakan Zaid Ibrahim di mana sahaja mereka pergi. Topik hangat di kalangan warga PKR: Zaid Ibrahim. Macam-macam teori. Ada yang kata Zaid sudah taubat nasuha dan akan cium tangan Azmin Ali. Ada yang kata Zaid sudah sedia wang berkoyan-koyan untuk menawarkan diri sendiri kepada PKR. Ada yang kata Zaid sudah cium tangan Anwar dan minta ampun. Ada juga yang kata Zaid Ibrahim diberikan laluan hijau oleh Kak Wan dan Izzah. Macam-macam teori.

Zaid Ibrahim bukan lagi ‘faktor’ dalam politik Malaysia. Kalau zaman Pak Lah mungkinlah. Tapi sekarang zaman Najib Razak. Zaid Ibrahim ini hanyalah seorang Melayu yang tidak punya pendirian. Sekejap ke hulu.

Sekejap ke hilir. Menurut orang PKR, Zaid Ibrahim ni, kalau diberi sebuah kampung untuk dijaga pun akan berlaku pertengkaran sesama penduduk kampung.

Kena Kencing Lagi?

Ramai juga di kalangan yang simpati dengan Zaid memberikan gambaran bahawa Zaid akan dikencing lagi oleh Anwar dan Azmin Ali. Kesian kata seorang penyokong Zaid lama di Wangsa Maju. Zaid Ibrahim yang memang mengimpikan Wangsa Maju sebagai tapak politik; sudah tidak mendapat tempat lagi.

Samada Zaid dapat bertanding atau tidak dalam PRU akan datang – bergantung sejauh mana Azmin Ali akan memberikan SYAFAAT politik kepada Zaid. Silap-silap, kena kencing lagi sekali.

Bintang Zaid dalam politik memang kurang cerah. Kalau dalam bidang guaman, mungkin dia berjaya.

Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk Zaid. Kalau kali ini dia kena kencing lagi. Memang kena mandi bunga nampaknya loyar tersohor ni. SETERUSNYA

Barisan Nasional (BN) negeri mempertikaikan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang membayar RM14 juta daripada jumlah ganti rugi RM29.36 juta kepada pengusaha kuari, Tang Hak Ju pada 2010 ketika kes itu masih dibicarakan di Mahkamah Rayuan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya menunggu terlebih dulu keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat sebarang pembayaran ganti rugi berhubung kes berkenaan. 

“Saya langsung tidak nampak asas tindakan Guan Eng apabila beliau terus membayar ganti rugi seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sedangkan Mahkamah Rayuan masih membicarakannya dan hanya membuat keputusannya bulan lalu.

“Tindakan Guan Eng itu jelas sekali beliau lebih suka menggunakan wang rakyat yang diambil dari dana negeri, kemudian mempolitikkan isu berkenaan demi kepentingan DAP, " katanya pada sidang media di sini, semalam.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.


Pada 2005, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi RM29.36 juta berserta kadar faedah lapan peratus setahun kepada pengusaha kuari terbabit.

Mahkamah Rayuan kemudian mengurangkan bayaran ganti rugi kepada RM500,000 dan kemudian pengusaha kuari terbabit memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata tuduhan Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri kes berkenaan sebagai skandal tidak wajar dan boleh mengelirukan orang ramai mengenai perkara yang sebenarnya.


“Isu itu timbul apabila kerajaan negeri sebelum ini membuat keputusan selepas diberikan maklumat yang salah oleh pegawai bertugas. Bagaimanapun, kesalahan itu dapat dikesan dan kerajaan negeri cuba membetulkannya semula.


“Perkara ini boleh berlaku kepada mana-mana kerajaan termasuk kerajaan yang diterajui Guan Eng dan ia bukannya skandal atau penipuan dan perkara ini sudah pun disahkan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), " katanya.

Pemecatan bekas Naib Presiden Pas yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kerana kelantangannya mempertahankan kesucian dan maruah umat Islam di Selangor membuatkan Jawatan Kuasa Pas Pusat kelihatan seperti mengkhianati perjuangan Islam yang diamanahkan oleh ahli mereka.

Pada pandangan saya, oleh kerana kepimpinan Pas sudah bersekongkol dengan DAP dan PKR dua parti sekular, maka tidak hairanlah, keputusan mereka pecat Dr. Hasan pasti dipengaruhi oleh dua parti sekular tersebut. Pas kini boleh dikatakan telah bercampur antara Islam dan sekular. 

Saya tidak menghalang jika Pas ingin bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tetapi biarlah berpada-pada. Jika untuk kebaikan umat Islam tentulah baik tetapi jika sebaliknya tentulah langkah Pas itu akan kelihatan seperti orang Islam tidak cerdik.

Bagi saya, Pas tidak akan rugi walau satu sen pun jika mereka keluar dari bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini kerana mereka masih boleh bekerjasama dengan UMNO yang tentu akan membawa keuntungan besar kepada umat Islam. Dasar UMNO terhadap Islam amat jelas. Saya sendiri membuat tesis tentang usaha UMNO memartabatkan Islam.

UMNO sudah membuka jalan untuk bekerjasama dengan Pas tetapi Pas nampaknya seperti bodoh sombong angkara sikap pemimpin Pas yang kononnya berdendam dengan UMNO. 

Namun dalam keadaan Dr. Hasan mengisytiharkan perang jihadnya terhadap golongan dalam Pas yang dianggapnya sebagai parasit, yang kini menguasai 74 peratus tampuk kuasa Pas, maka saya berpendapat Pas sukar berubah menjadi Islam sepenuhnya. Kumpulan 74 peratus parasit seperti didakwa Dr. Hasan lebih berkiblatkan kepada perjuangan PKR iaitu memartabatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Maka tidak keterlaluan saya katakan bahawa Pas kini adalah separuh dari PKR.

Sepertimana rakyat maklum, Anwar adalah amat jelas pro-Israel dan pro-LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Maka jika beliau menjadi Perdana Menteri, rakyat negara ini pasti akan ‘berdosa besar’. 

Hanya UMNO sahaja yang amat tegas menolak kepimpinan Anwar walaupun UMNO pernah memberi ruang kepada beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu. UMNO sebenarnya lebih tahu kerosakan yang akan dibawa olehnya.

Kesimpulannya, saya sarankan Pas wajib memohon maaf kepada Dr. Hasan, pakar motivasi Islam yang sangat berani itu!

Pas bakal berdepan masalah besar jika terus membiarkan 'parasit' yang wujud dalam parti itu menentukan agenda parti terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.
 
Ini kerana, kata bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin, 'parasit' itu akan membawa Pas jauh daripada agenda perjuangan sebenar iaitu untuk memperjuangkan Islam.

''Sejauh mana pengaruh parasit ini akan menular dalam Pas dan memusnahkannya bergantung kepada sejauh mana kepimpinan Pas sanggup membiarkan asas penubuhan dan perjuangan parti itu dikompromi bagi tujuan menubuhkan kerajaan alternatif menggantikan Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian kepada dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa terdapat 'parasit' dalam Pas yang sanggup mengorbankan dasar parti itu semata-mata untuk mendapat sokongan PKR dan DAP.

Mohd. Roslan menambah, kewujudan parasit di dalam Pas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, masalah itu dapat dilihat dari dahulu lagi apabila parti itu dilanda arus pembaharuan bersifat liberal dengan kewujudan kumpulan yang dilabel sebagai Anwarinas dan Erdogan.

Ia, kata beliau, diperkukuhkan lagi dengan perubahan manifesto Pas yang kini memperjuangkan 'Negara Berkebajikan' sekali gus mengetepikan agenda menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Utusan
Dalam masa kita bercakap tentang politik negara, kita dikejutkan dengan tindakan puak yang dinamakan Vlaams Belang Party yang diketuai oleh Filip Dewinter.

Keparat ini adalah ahli politik di negara Belgium dan terkenal dengan slogan anti-Islam dan sekarang melancarkan kempen 'Women Against Islamization' di negara itu.

Di antara kempen puak celaka itu ialah menunjukkan gambar lucah di bawah!

Perempuan sundal jalang yang memakai bikini dan purdah di dalam gambar itu bernama An-Sofie Dewinter, anak kepada celaka ekstremis agama itu.


Di bawah adalah laporan berita tentang ekstremis celaka bernama Filip Dewinter dan anak sundal neliau, An-Sofie Dewinter :


The report said, the provocative image is likely to inflame tensions among Islamic groups and nationalists in racially-divided Belgium.

The poster shows  the words ‘Vrijheid of Islam?’ (Freedom or Islam?) written on a red bar.

At the bottom, across the crotch is written ‘Durven Kiezen!’ (You choose).

The extremist Vlaams Belang party says it wants to convince women to take a stand against Islam.The polotician’s daughter said: ‘I’ve suggested (the poster) myself, I have learned to live with it but I have had everything up to death threats made at me.

’She said that she ‘ wanted to make this statement.’She added: ‘What is the greatest contrast with a niqab? Nude. The campaign fits in perfectly with how I feel about the whole issue . As women, we must choose: freedom or Islam.

’The teenager claimed that she had been threatened by Muslim groups.She added: ‘Death threats and criticism no longer scare me off.’

Her father, the party’s leader, said: ‘Women are always the first victims of Islam. We want to make clear that they have a choice.
The thing is the stupid girl is not even a muslim! What did she know about Islam teaching?

Sebagai seorang muslim, MiM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan puak di Belgium dan di mana-mana termasuk negara kita yang mempermain-mainkan kesucian agama Islam.  - Dr MiM

Agaknya apa jawapan Anwar kalau wartawan tanya pandangannya mengenai insiden atau isu ini..

Kesian betul Nik Aziz...sebenarnya selama ini bukan saja EP tetapi ramai lagi rakyat Malaysia yang telah salah sangka terhadapnya. Tak sangka EP Nik Aziz sanggup menyimpan rahsia ini dan biarkan dirinya dikutuk dan dikritik dengan hebat..
Manusia tetap manusia..kita bukannya nabi..Rahsia yang dipendam oleh Nik Aziz selama ini akhirnya didedahkan juga akibat tekanan yang hebat supaya rakyat tidak menyalahkan dirinya selepas ini..Agak mengejutkan juga rahsia yang didedahkan oleh Nik Aziz ini..EP yakin ramai yang akan terperanjat apabila mendengar  rahsia ini...

Pernah tak kita terfikir kenapa Nik Aziz sehingga sekarang masih mahu mengekalkan jawatannya walaupun dikatakan dia sudah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut disebabkan faktor usia dan penyakit. Jawapannya ialah TERPAKSA!!!

Nik Aziz pernah dimarahi oleh Pemimpin PAS Kelantan kerana menyatakan hasratnya untuk mengundur diri dari bertanding dalam PRU yang akan datang. Insiden itu telah menyebabkan Nik Aziz demam 3 hari 3 malam kerana terkejut beruk..EP rasa bukan saja Nik Aziz saja yang terkejut beruk malah ramai lagi rakyat Malaysia juga akan terkejut beruk bila dengar Nik Aziz kena marah sebab nak berundur..

Patutlah Nik Aziz kata dia tetap nak bertanding jugak. Rupanya takut kena marah beb. Kesian betul Nik Aziz. Agak-agak la sama PAS Kelantan kalau nak marah orang tua tu..Dia kan sakit..Kalau dia kena heart attack macam mana??Siapa yang susah...

Jadi sindiran Hadi Awang tempoh hari memang tak kena pada Nik Aziz sebabnya Nik Aziz bukannya gila jawatan tapi pemimpin PAS Kelantan yang mahu dia kekal sebagai wakil rakyat dan MB Kelantan walaupun terlantar diatas katil.. Kesian betul Nik Aziz kena seksa dengan PAS Kelantan...

EP harap PAS Kelantan kasihanilah Nik Aziz..biarlah dia berehat dirumah dan menghabiskan masanya bersama keluarga dan cucunya selagi masa masih ada...

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.

    
"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini.



Monday, February 6, 2012


Benarkah Helmi Heli, agen PKR yang ditangkap di Batam, Indonesia baru-baru ini melarikan diri kerana 'keselamatan diri terancam di Malaysia?

Inilah persoalan besar yang belum terjawab. Sehingga ke hari ini kepimpinan PKR diam seribu bahasa tidak mahu mengulas isu terbaru ini.

Di antara alasan Azmin Heli :


Sekarang terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa lelaki yang ditahan di Batam itu ialah bekas kekasih Elizabeth Wong yang menghilangkan diri apabila skandal foto-foto ngeri Elizabeth Wong berposing dengan bulu ketiak dan terkangkang dalam tidur beliau.






Jika lelaki yang ditahan di Batam itu ialah bekas kekasih Elizabeth Wong, maka kita tahu bahawa alasan lelaki itu tidak benar dan berbau pembohongan.

Yang ditakuti oleh lelaki itu bukannya 'keselamatan diri beliau' tetapi sebenarnya mahu mengelak skandal separuh bogel Elizabeth Wong daripada berpanjangan dan menjatuhkan imej pemimpin dan parti PKR!

Elizabeth Wong merupakan ADUN PKR Bukit Lanjan, Selangor.

PKR dituntut untuk memberi penjelasan dengan kadar segera! - Dr MiM

Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.

"Kemungkinan orang yang bercakap dalam isu ini (menyokong Israel) tidak bermaksud hendak menyokong, tetapi perkataan dia itu dianggap jelas menyokong.

"Jadi nasihat saya kepada orang yang selalu mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik dia tak bercakap. Kalau meragukan atau memecahbelahkan manusia, buat apa dia bercakap," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Ehsaniah, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongan terhadap semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menurut Fathul Bari, Islam tidak pernah memberi pengiktirafan kepada agama Yahudi dengan menyatakan sokongan mahupun melakukan perkara yang menggembirakan mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', beliau menjelaskan, ia adalah selaras dengan konsep kebaikan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini perlu bermuhasabah tentang kepentingan untuk bersatu padu.

"Tambahan pula dalam negara kita telah wujud manusia yang cuba memecahbelahkan umat Islam di kalangan mereka sendiri. Maka kita perlu mengorak langkah untuk bersatu padu kembali," ujarnya.

Kenyataan Anwar Ibrahim seperti dilaporkan di Wall Street Journal 26 Januari 2012 mengundang kontroversi. Antara lain menyebut “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” dan dalam terjemahan mudahnya “saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”. Kenyataan tersurat ini sudah jelas untuk difahami dan analisis tersirat lebih memperjelaskan maksud ungkapannya.

Sepatutnya Anwar menyebut begini “I support all efforts to protect the security of the state of Paletine” atau terjemahan mudahnya “saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Palestin ” Kalau ini dibuat orang tidak pertikaikan kenyataan dan pendiriannya.

Pertama, ia terbit di Wall Street Journal yang berpengaruh bukannya akhbar Utusan Malaysia yang sering memeningkan kepalanya. Kalau nak saman tidak betulnya kenyataan itu, samanlah Wall Street Journal bukannya Utusan Malaysia. Utusan Malaysia hanya melaporkan apa yang terjadi. Kalau ia memberi reaksi yang tidak menguntungkan kepadanya itu bukan salah Utusan Malaysia tetapi salah diri sendiri.

Kedua, sejak Anwar dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudiannya UMNO lagi, orang mengetahui pendirian Anwar terhadap isu Palestin amat jelas dan terang benderang. Penjelasan daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Dr. Mohd Nur Manuty yang juga bekas Presiden ABIM lebih mengelirukan kerana Duta Palestin di Kuala Lumpur tidak boleh menerima kenyataan Anwar dan Dr. Azzam Tamimi seorang tokoh gerakan Islam yang gigih memperjuangkan isu Palestin tidak boleh bersetuju dengannya. Dr. Mohd. Nur Manuty hanya memberi justifikasi ketuanya tanpa asas yang kukuh.

Anwar tahu bahawa keselamatan negara Israel banyak bergantung kepada sokongan Amerika Syarikat. Pelobi zionis sentiasa memastikan sebarang calon untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat mesti akur dengan strategi bahawa keselamatan negara Israel mesti dilindungi. Tidakkah kenyataan Anwar ini memberi maksud tersirat yang jelas.

Semua orang tahu Anwar rapat dengan Paul Wolfowitz yang pernah menjawat Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan dikenali sebagai arkitek Perang Afghanistan/Iraq. Anwar juga rapat dengan Shaha Ali Riza teman wanita Wolforwitz dan pernah menulis surat kepada Robin Celeveland iaitu penasihat undang-undang Wolfowitz di Bank Dunia pada 1 Oktober 2006 yang meminta agar Shaha Ali Riza dipindahkan ke Foundation For The Future di mana Anwar menjadi orang kuatnya.

Anwar juga ada hubungan dengan Martin Indyk bekas Duta Amerika Syrikat ke Israel dan bekas Timbalan Pengarah Penyelidikan American Israel Public Affair Committee (AIPAC) suatu kumpulan pelobi pro-Israel di Amerika Syarikat. Anwar rapat dengan Indyk dan sering terlibat bersama dengan program-program anjuran Saban Center for Middle East Policy Center, Institut Brookings.

Anwar juga rapat dengan James Wolfenshon, bekas Presiden Bank Dunia yang berasal dari keluarga Yahudi di England. Pada 2005, Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice melantik Wolfensohn dalam utusan khas di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel.

Semasa menjadi Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn telah melantik Anwar (ketika itu Menteri Kewangan) sebagai ahli Committee International Finance Corporation, World Bank/IMF pada 1997. Pada 24 Julai 2008, Wolfensohn bersama dua tokoh Yahudi (Paul Martin dan Michel Camdessus) menggesa agar pertuduhan liwat ke atas Anwar digugurkan.

Anwar juga amat rapat dengan William Cohen berasal dari keluarga Yahudi di Rusia yang merupakan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Bill Clinton. Cohen kemudian menjemput Anwar secara peribadi ke Pentagon, Virginia pada 16 April 1998. Pada tahun 1999, Cohen mengecam Malaysia dan menggesa pertuduhan liwat ke atas Anwar digugurkan.

Beberapa bukti yang disebutkan memadai untuk kita memahami maksud tersirat kenyataan Anwar itu. Pertama Anwar bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kedua, Anwar menghadapi isu integriti dan kredibiliti yang serius mengenai masalah peribadinya. Kata pepatah, kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah. Sudah tentu ada maksud tersirat kenyataan itu dibuat.

Anwar tahu bahawa masalah orang Palestin amat memedihkan. Kerajaan Malaysia mengambil sikap yang jelas mengenai isu Palestin. Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu pun sikap yang sama diambil. Apakah isu Palestin dulu tidak sama dengan sekarang.

Apa maknanya kenyataan Anwar untuk melindungi keselamatan negara Israel sedangkan keadilan tidak berlaku terhadap orang Palestin sendiri. Banyak organisasi sukarela membantu rakyat Palestin dalam pelbagai cara. Pekerja NGO ini sanggup berkorban untuk membantu saudara seagama mereka di Palestin. Apakah Anwar tidak rasa sensitif dengan prihatin mereka ini. Pas umpamanya tetap istiqamah memperjuangkan nasib orang Palestin. Haji Hadi Awang sendiri terlibat dalam jawatankuasa memperjuangkan nasib orang Palestin. Apakah Anwar tidak tahu pendirian dan penglibatan orang Pas sekian lama. Sebab itu pendirian ulama Pas amat kritikal mengenai kenyataan Anwar ini.

Anwar janganlah membuat dalih-dalih baru untuk menjustifikasikan kenyataannya termasuk di BBC. Anwar harus bersikap jujur kepada dirinya dan kepada umat Islam. Anwar boleh membohongi seseorang dalam suatu masa tetapi Anwar tidak boleh membohongi semua orang pada setiap masa. Orang yang berpelajaran, berfikiran dan bersikap terbuka terhadap sesuatu isu, mereka mengkaji tidak saja apa yang tersurat tetapi meneliti apa yang tersirat.

Anwar dulu berpendirian bahawa sebagai pemimpin kita kena bersih dan kelihatan bersih. Orang yang pernah berada dalam kepimpinan Anwar masih berpegang dengan prinsip itu. Bila kredibiliti Anwar dicabar dengan pelbagai tuduhan yang serius, orang ini mengharapkan Anwar membersihkan namanya. Ia tidak berlaku. Ini menyebabkan ramai kawan Anwar memilih untuk meninggalkannya.

Anwar memang pandai bercakap dan bijak berpolitik. Tetapi kawan-kawannya pun boleh menilai dengan mengambil pendirian tentang apa yang Anwar cakapkan dan helah politik yang Anwar buat. Kecenderungan Anwar sekarang melatih generasi baru yang masih belum tahu siapa Anwar sebenarnya. Lama kelamaan bila mereka tahu siapa Anwar sebenarnya, mereka pula meninggalkan perjuangannya.

Kembalilah kepada Allah. Allahlah tempat kita mendapat pedoman dan petunjuk. Dengan manusia kita boleh berbicara dengan segala helah tetapi dengan Allah, amat mengetahui segalanya -UM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi Si Jambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.

Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.

Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.

Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Si Jambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.

"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.

"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.


Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.
Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, ‘ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu’ kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.

"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.


"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.


Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Saturday, February 4, 2012


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.

Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk member keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini petang ini.

Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan beliau (Hasan) telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember tahun lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

“Sebelum ini saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh ‘parasit’ di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

“Dalam konteks negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti,” katanya.

Hasan menambah antara sebab beliau enggan membuat rayuan adalah kerana beliau mendapati pimpinan ‘parasit’ dalam Pas lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, ruang untuk Islam di Selangor khususnya berkaitan hal nahi mungkar menjadi perkara pokok perjuangan Pas hampir tidak wujud kerana DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas Negeri yang menjadi ‘parasit’ tidak menyebelahi beliau.

“Alasan yang diberikan ialah kerana pendapat saya kononnya bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya.

“Hampir dalam semua perkara, Pimpinan ‘parasit’ ini menyuarakan pandangan negatif terhadap semua yang saya lakukan sebaliknya mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakan melalui media masa yang sebenarnya sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam,” katanya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning, di sini, Jumaat malam.

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang. BERNAMA

Friday, February 3, 2012




Landskap politik di negara ini bakal berubah dengan penyatuan seluruh orang Melayu sekali gus membentuk 'tsunami' baru yang akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit dalam Pas.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, penilaian tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang penganjuran jelajah beliau ke seluruh negara selepas dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Kata beliau, sokongan terhadap perjuangan Islam, Melayu dan raja (IMR) diyakini akan terus bertambah dan menjadi titik permulaan kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

''Dengan 'tsunami' itulah ia akan meragut keangkuhan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta parasit di dalam Pas," katanya ketika berucap pada forum bertajuk Bermulalah Ummah: Siri Jelajah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd.

Hasan berkata, beliau akan terus memastikan isu IMR di negara ini terpelihara meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman.

''Walaupun British menjajah kita, pernah mentadbir kita tetapi dengan kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu, mereka bersetuju untuk meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

''Justeru, kita perlu pastikan Islam akan terus kekal sebagai agama Persekutuan di negara ini selain memastikan hak istimewa Melayu terpelihara kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Melayu itu sebagai Islam dan Islam itu adalah Melayu," jelasnya.

Sementara itu, Hasan Basri berkata, penganut agama lain di negara ini tidak perlu bimbang dengan ceramah siri jelajah tersebut kerana ia semata-mata bagi memperjuangkan hak umat Islam.

''Perhimpunan ini hanya mahu memelihara hak umat Islam dan tidak menghalang hak penganut agama lain untuk beragama," katanya.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.
    
"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini.
    
Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.
    
Nik Aziz berkata keputusan Abdul Hadi berbuat demikian "adalah masalah dia", dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi PAS itu.

Katanya PAS kini mempunyai banyak tokoh berkelayakan untuk menjadi calon, termasuk mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, berbanding guru-guru pondok dan orang kampung sebelum ini.
    
Nik Aziz berkata beliau akan melancarkan pungutan tabung bagi membantu masyarakat Islam Thailand yang menjadi mangsa pembunuhan pihak berkuasa negara itu.
    
Katanya beliau akan mengumpul kutipan itu melalui sumbangan wang rakyat dan tidak akan menggunakan wang kerajaan. 
- Bernama
Mewah juga ye pemimpin-pemimpin PAS ni..BMW 5 series sebiji, Camry sebiji..tu belum lagi istihar barang barang yang terbakar dalam rumah..macam tu la rakyat dok kena tipu dengan pemimpin PAS..kutip derma sana sini..duit tah ke mana..kononnya untuk perjuangan..nasib baik SPRM tak  boleh masuk siasat..sebab duit derma tu tiada resit...

EP agak pelik bila Mazlan Aliman kata ini perbuatan khianat..Dia ada kat situ ke masa kejadian dan dia ke yang jumpa botol minyak tanah tu.. Pihak polis atau Bomba belum lagi beri laporan..dia dah memandai kata perbuatan khianat..Bagi EP tuduhan membunuh yang dibuat oleh Mazlan Aliman merupak satu tuduhan yang agak berat..Jangan jangan dia yang plan semua ni kot...saja nak cari publisiti dan simpati..manalah kita tahu??


Sebuah kereta mewah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat di rumah miliknya di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor, awal pagi tadi.
 
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi tadi turut mengakibatkan bahagian bawah rumah Dzulkefly terbakar.

Memetik Harakahdaily, Dzulkefly berkata ketika kejadian berlaku beliau dan enam anggota keluarganya sedang tidur di tingkat atas.

“Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

“Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba,” katanya.
Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.

“BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak disebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

“Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman dalam respon segera kepada The Malaysian Insider berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

“Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu.

“Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” katanya.
Hahhahaha...padan muka Anwar..Nampak sangat masyarakat India menolak manusia perosak alam ini..itu pun tak reti-reti lagi..sampai jawatankuasa kuil sendiri buat laporan polis membantah kehadiran Anwar...perkara ini cukup menarik dan memalukan..

Itu tak cukup malu..ada lagi perkara yiiang lebih memalukan..Puak-puak PKR nak buat laporan polis membantah kehadiran Najib ke kuil tersebut pada 7hb ni..jika Najib berdegil, siap nak kumpul 100 orang buat  kacau..hahahahahahaha..100 orang je ke?

Yang peliknya jawatankuasa kuil menerima dengan hati yang terbuka kedatangan Najib tetapi puak puak PKR pula yang nak buat kecoh..apahal...tak rasa malu ke...tuan rumah kata ok tiba tiba pengemis tepi jalan nak menghalang masuk..sudah sudah la dengan politik budak budak yang memalukan...tunjukkan kematangan sikit..Najib hadir ke kuil tersebut sebagai Perdana Menteri yang dipilih rakyat bukan macam Anwar yang datang untuk memecahbelah rakyat.





Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks kuil Batu Caves kuil bersempena sambutan Thaipusam minggu depan hanya bermotifkan politik, dakwa ahli-ahli PKR.

Sehubungan itu, ketua penerangan PKR Kepong PKR, MS Arjunan dan ketua pemuda cawangan itu A Kalaimughilan membuat laporan polis pada hari Rabu lalu sebagai membantah lawatan tahunan Najib ke kuil itu yang dijadualkan pada 7 Feb ini.

Minggu lalu, jawatankuasa kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengunjungi kuil berkenaan kerana bimbang ia mungkin mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Jika Najib berdegil untuk datang, Arjunan dan Kalaimughilan berkata mereka akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang bagi membuat bantahan.

Najib adalah a perdana menteri kedua yang melawat kuil Sri Subramaniam di Batu Caves semasa Thaipusam. Sebelum ini, hanya ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang berbuat demikian.



Sekarang ni EP sedang berada dihadapan Masjid Kapitan Keling untuk membuat liputan secara langsung demo bantahan pemimpin Islam yang menyokong yahudi dan Israel.. Demonstrasi ini dianjurkan oleh beberapa NGO yang kebanyakkannya terdiri daripada ahli PAS.


Salah seorang daripada jurucakap demo tersebut yang juga merupakan ahli PAS mengecam tindakan bangsat Anwar Ibrahim yang menyokong yahudi san Israel. Tindakan Anwar juga telah menjatuhkan nama baik Malaysia iaitu sebagai sebuah Islam yang dihormati di seluruh dunia..


Mereka menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Islam supaya membuka mata dan lihat betapa celakanya Anwar dengan permainan politiknya yang kotor dan hina. Anwar Ibrahim mesti ditolak demi menjaga kesejahteraan Islam di bumi Malaysia dan juga di mata dunia...


Published with Blogger-droid v2.0.3


Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerca kembali Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda dengan kata-kata sinis, ‘Apa hang bangang sangat ni’.. ‘Kepala Bapak Hang’ apabila mereka berdua menegurnya berkaitan dengan ucapannya di BBC News, 12 Jan.

“(Anwar berkata soalan wartawan kepadanya adalah) ‘awak telah difitnah berulang kali mengenai liwat..apakah awak akan pinda undang-undang atau batalkan undang-undang kalau awak jadi Perdana Menteri.

“Saya jawab..kita umat Islam dan saya percaya majoriti bukan Islam..terima institusi perkahwinan di antara lelaki dan perempuan..dan saya tidak pernah minta maaf..itu keyakinan kita..itu apa maknanya..maknanya tak terima lah..apa hang bangang sangat ni..apa hal..

“Kemudian saya sambung..bagaimana dengan undang-undang sekarang..377B..yang kenakan saya, yang fitnah, yang khianat..yang pergi siasat ke bilik-bilik orang..reka..bagi DNA la..(air) mani la..apa semua..saya kata undang-undang sekarang ini..yang ada dibuat undang-undang di Malaysia..bukan undang-undang Islam..undang-undang ini saya kata..usang..jumud..mesti dipinda..

“Tafsirnya panggil ustaz tua sorang, ustaz muda sorang..’eh tak patut..tak patut Anwar kata begini..saya minta dia beristifar dan bertaubat’..Kepala bapak hang..”, kata Anwar dalam program Mesra Rakyat Bersama Rakyat, di Dengkil, Selangor, 27 Jan. Seterusnya..

Memetik kata-kata berbelit-belit Si Raja Putar, Brader Anwar Bin Ibrahim.”… kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela. Saya juga tegaskan, wajar sekali hak rakyat Israel dihormati. Keselamatan Israel harus dilindungi dan dihormati…”.

Soalan saya pada Anwar, sejak bila keselamatan regim zionis Israel kafir harbi laknatullah yang menceroboh secara rakus dan tidak bertamadun bumi Palestin, tanpa rasa berdosa membunuh dan menzalimi rakyat Palestin yang majoritinya beragama Islam secara terancang dan berterusan, patut dihormati, patut dilindungi?

Hanya akal fikiran luar tabiee sahaja yang bersetuju supaya hak Israel, regim boneka Yahudi Amerika laknatullah ini untuk menyerang, mengebom dan memusnahkan bumi Palestin harus dihormati! Pemikiran jenis inilah yang kini menjadi parasit dalam Pakatan Pembangkang.

Membudayakan perangai kurang ajar, samseng dan tidak menghormati kedaulatan sebuah negara merdeka dan bermaruah seperti Palestin, sebaliknya bersekongkol dengan keganasan bermaharajalela Israel menghalau rakyat Palestin.

Amat meloyakan perkataan keselamatan Israel patut diberi hak dan dihormati, keluar dari mulut Penasihat RM1 Kerajaan Selangor DAP, dengan MB boneka PKR, tanpa mendapat tentangan dari Pas yang kini hanya mampu mengangguk kepala, ibarat lembu dicucuk hidung!

Wahai Brader Anwar Bin Ibrahim, keselamatan hak dan keistimewaan apakah yang harus diberi pada Israel?

Adakah hak supaya diberi kebebasan menggila tanpa batasan untuk meneruskan pembunuhan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin di bumi mereka sendiri!

Inilah kenyataan paling menjijikkan keluar dari seorang “pelakon” hebat abad ini. Kenyataan berbelit-belit seorang “pakar dua alam”. Pada Brader Anwar Bin Ibrahim beliau akan lakukan apa sahaja bagi memujuk dan melunakkan hati sahabat-sahabat yahudi zionisnya.

Dunia tahu betapa mesra dan akrabnya ‘ tukang karut ‘ ketua Pakatan Pembangkang ini dengan sahabat intimnya, Paul Wolfowitz. Dia adalah Zionis Yahudi yang menjadi perancang pencerobohan dan serangan terhadap negara Islam Iraq dan Afghanistan! Tangannya yang dijabat erat Anwar, bermandikan darah jutaan umat Islam yang mati dalam serangan ganas lagi zalim tentera Amerika laknatullah. Wolfowitz juga melantik Anwar sebagai Pengerusi badan International Foundation For the Future (IFFF), dan pensyarah di John Hopkins University.

Lihat juga kawan-kawan yang didakap erat Anwar. Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia yang juga seorang penganut Yahudi tegar. Juga Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika.

Senarai sahabat-sahabat regim zionis yahudi laknatullah berpanjangan … William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika, yang juga pakar strategis dan pemusnah kekuatan negara-negara islam Islam. Menghalalkan pembunuhan kejam jutaan anak-anak kecil, wanita dan orang-orang tua Islam dalam serangan yang dirancang. Hospital, sekolah dan tempat-tempat awam dibom. 

Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Malaysia menggugurkan tuduhan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful. Pada mereka meliwat bukan dosa, apatah lagi satu kesalahan!

Sedarlah, kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan BN yang terasnya UMNO secara konsisten, tegas, berani , berterus terang dan tanpa berselindung tidak pernah sekali pun mengiktiraf rejim zionis Israel, malah langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

Pendirian tegas ini diterjemahkan di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu, di hadapan rejim boneka Yahudi Amerika Syarikat, termasuk di hadapan zionis Israel sendiri. Malaysia tidak malu berkata sedemikian. Pendirian Malaysia tidak berbelit-belit. Pendirian Malaysia terang, jelas dan nyata.

Saya ingin bertanya pada juak-juak Pakatan Pembangkang yang menyokong ajaran Pak Syeikh mereka ini. Jika satu kuasa luar menceroboh bumi Malaysia tercinta ini, adakah kita mahu mengiktiraf kuasa luar itu. Memberi kuasa luar itu penghormatan, hak keselamatan dan keistimewa ! 

Cukup-cukuplah. Jangan terpedaya dengan kaedah matlamat menghalalkan cara yang menjadi anutan Anwar. Kalau sudah tahu Brader Anwar Bin Ibrahim membawa pandangan songsang dan jalan luar tabiee. Tinggalkan dia. Baliklah ke pangkal jalan. 

Keluarlah dari bulatan yang berputar-putar. Masuk dan berada bersama jamaah di jalan dan saf barisan yang lurus.UMNO Online

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.