Jom layan..
Tuesday, January 31, 2012
GEMPAR : ANWAR AKAN SAMAN WALL STREET JOURNAL KERANA PUTAR BELIT KENYATAANYA?
Posted by
Empayar Pemuda
at
8:13 PM
Nak tegur suruh betulkan balik kenyataannya di WSJ pun tak berani (itu pun jika WSJ putar belit kenyataannya) inikan pula nak menyaman...mana Anwar berani..Tapi kalau nak menyaman Utusan Malaysia serah je padanya..itu memang kepakarannya..
Nak mati kalau Anwar saman WSJ..itu semua taktik Anwar nak ambil hati Israel..Kalau saman, perancangannya untuk mendapatkan dana dari Israel untuk pilihanraya ini akan termusnah sama sekali..Kalau tak dapat dana, macam mana dia nak jadi perdana Menteri??
Jadi jangan haraplah Anwar nak menyalahkan WSJ..apa yang Anwar boleh buat untuk meneutralkan isu ini ialah menyalahkan media perdana dan kerajaan Malaysia kerana memutar belit fakta percakapannya dengan harapan ada orang terutamanya orang kampung akan bersimpati terhadapnya kerana menjadi mangsa konspirasi kerajaan yang tak putus-putus ingin menjatuhkannya..
**inilah keunikkan Anwar, dia yang mulakan sesuatu kontroversi dan kemudiannya dia bersungguh-sungguh menyalahkan pihak kerajaan diatas kesalah yang dibuatnya sendiri...ceramah sana sini, diusung keluarganya sana sini supaya mendapat simpati rakyat..itulah Anwar..
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman The Wall Street Journal (WSJ) jika benar penerbitan itu silap melaporkan kenyataannya berhubung isu Israel.
Kata Zulkifli, Anwar tidak sepatutnya hanya berani menyaman media tempatan terutamanya Utusan Malaysia kononnya mendakwa kenyataan beliau sering disalah lapor.
''Kalau berani, kalau ada pendirian, silakan saman The Wall Street Journal. Tengok apa jadi nanti. Dan saya nasihatkan media Malaysia, eloklah hubungi editorial The Wall Street Journal. Beritahu mereka Anwar kata dia telah disalah lapor," katanya menerusi entri terbaru bertajuk Al-Yahud di blognya di http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.
Entri itu merujuk kepada kontroversi kenyataan Anwar menerusi wawancara dengan WSJ pada 26 Januari lalu yang antara lain menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pas sendiri menyebabkan Anwar menerusi blognya dua hari kemudian memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataannya.
Zulkifli dalam entri yang sama turut mendesak pemimpin Pas menyatakan pendirian berhubung kenyataan itu yang disifatkan beliau sangat penting kerana melibatkan soal maruah negara.
Katanya, pemimpin Pas perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada mereka berkongsi rasa dan pandangan dengan Anwar apatah lagi Penasihat PKR itu mahu ditabalkan sebagai pemimpin kepada pakatan pembangkang.
''Persoalan yang rakyat Malaysia dan umat Islam ingin tahu adalah, adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan mengiktiraf rejim zionis Israel? Adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel? Adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?
''Ini penting kerana rakyat tidak diberitahu apa pendirian mereka jika menjadi kerajaan. Dalam manifesto tidak ada dan dalam Buku Jingga pun tidak ada. Jangan nanti rakyat diperdaya, merasa tertipu dan ditipu," katanya.
HOT : AMPANG DAN CHERAS DIJADIKAN HUB HIBURAN + SEX ALA PATPONG..
Posted by
Empayar Pemuda
at
6:26 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan usaha pihak tertentu yang cuba menjadikan dua daerah di Lembah Klang di sini sebagai pusat hiburan ala Patpong, Thailand, dengan menawarkan ‘tarian tiang’ kepada pelanggan.
Kegiatan itu yang dikesan dilakukan oleh dua pemilik premis hiburan di Ampang Jaya dan Cheras tersebut baru-baru ini bagaimanapun berjaya dikekang polis.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, kedua-dua pusat hiburan itu dikesan menawarkan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini.
“Malah. penari itu terdiri daripada wanita tempatan yang berpakaian menjolok mata sambil melakukan ‘tarian tiang’ dengan aksi mengghairahkan.
“Wanita ini akan menari dalam aksi menggoda supaya pengunjung memberi mereka kalungan bunga yang setiap satu berharga RM20.
“Pengunjung yang memberi kalungan bunga juga berpeluang untuk meramas payu dara dan memegang tubuh wanita tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jelas beliau, kegiatan itu juga menyumbang kepada aktiviti pelacuran jika pelanggan sanggup membayar lebih daripada harga kalungan itu.
Beliau berkata, siasatan mendapati RM10 daripada harga kalungan bunga tersebut akan diberikan kepada pemilik premis tersebut.
Katanya, bagaimanapun kegiatan premis yang mempunyai lesen tersebut tidak bertahan lama apabila polis melakukan serbuan beberapa minggu lalu.
“Dalam serbuan tersebut, kita dapati mereka bagaikan cuba untuk menghidupkan budaya hiburan tarian tiang ala Patpong,” ujarnya.
Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai selain meningkatkan pemantauan terhadap pusat hiburan yang menawarkan aktiviti sedemikian. Utusan
**Penat pihak polis buat kerja nak menghalang tauke-tauke pusat hiburan ini menjana keuntungan dengan menjalankan aktiviti maksiat ini..malam ni serbu...esok perniagaan dijalankan seperti seperti biasa..apa kata pihak polis berkerjasama dengan TNB dan Syarikat Air supaya selepas diserbu bekalan mereka juga akan dipotong..Barulah aktiviti yang menyumbang dana terbesar pada DAP ini boleh dihentikan...tak gitu??
HOT : TOK GURU KECEWA ANWAR DI ARAK BAGAI PENGANTIN INDIA??
Posted by
Empayar Pemuda
at
4:02 PM
Padayappa yang selama ini menjadi branding anwar semasa berucap di ceramah kini dalam proses TRANSFORMASI dirinya untuk menjadi “PADAYAPPA” dalam dunia realiti. Aneh bin ajaib , pelik bin pening , kini Anwar suka mencari kaedah – kaedah baru untuk mendekati kaum lain supaya dapat menarik sokongan undi kepada Pakatan Rakyat. Antara yang terbaru ialah :
Sekitar sambutan Pesta Ponggal di Lembah Kinta atau Kinta Valley di Perak
Anwar disambut ala hero cerita tamil dengan menggunakan kereta lembu anjuran kunco kunco PKR dan DAP.
Anwar yang bagaikan “mappilai” siap dengan “thalapa” di kepala dikalungkan bunga malai.
Penulis nak bertanya sikit dengan puak sundal PKR semua, “hang pa semua tahu ke tidak kenapa lelaki lain yang memakai pakaian tradisional tidak memakai “Thalapa” dalam gambar itu? THALAPA dipakai oleh pengantin lelaki dalam upcara perkhawinan dan ia hanya akan dipakai oleh pengantin lelaki. THALAPA yang Anwar pakai itu hanya untuk perkhawinan. Tidak tahu adat istiadat tapi boleh pula turun bagai pengantin lelaki. seterusnya..
GEMPAR : ADUN PAS DAN VIDEO AHLI PARLIMEN PKR KANTOI KHALWAT..??
Posted by
Empayar Pemuda
at
1:57 PM
Hmmm..ini pakatan rakyat ke atau pakatan kena tangkap khalwat?? Tengok saja perangai pemimpin-pemimpinnya..tak sudah-sudah dengan cerita maksiat mereka..lepas tu ada hati nak kata blogger pro UMNO lucah..macam mana tak keluar topik yang lucah-lucah kalau pemimpin ko orang asyik kantoi melakukan perkara lucah je...
![]() |
| gambar dicilok dari blog pro pakatan |
Tengok saja pemimpin paling suci pakatan haram pun tak habis habis kantoi dengan aksi seksnya tak kira jantan atau betina..itu paling suci, macam mana agaknya yang tak berapa nak suci tu??
Jom layan cerita ADUN PAS pula kena tangkap khalwat...
Apa yang menarik yang ingin dikongsikan Tukang Screw tentang kisah khalwat melibatkan salah seorang ADUN di KELANTAN yang diceritakan oleh rakan-rakan Tukang Screw yang hidup dan matinya di dalam PAS. Sempat juga beliau mengajak Tukang Screw kembali berjuang bersama PAS tetapi ditolak secara baik.
Ceritanya berlaku sekitar bulan Jun 2011 di kawasan rekreasi Lata Kertas Stong apabila seorang ADUN PAS ditangkap khalwat kerana berdua-duaan di dalam kenderaan Pajero oleh penduduk kampung yang amat mencurigai tingkah laku mereka. Berita penangkapan ADUN dan pasangannya itu sampai ke pengetahuan pakcik kepada pasangan ADUN tersebut yang juga ibu tunggal yang telah berjumpa dan mendesak ADUN tersebut mengahwini wanita tersebut. Wanita tersebut yang juga ahli PAS tempatan dikatakan telah lama mengenali ADUN tersebut.
Pada sekitar penghujung Julai 2011, isteri kepada ADUN tersebut telah pergi ke rumah wanita tersebut di Kg Kuala Geris, Dabong untuk berbincang dengan wanita tersebut di mana beberapa syarat telah ditetapkan oleh bapa wanita tersebut. Antara syarat yang ditetapkan ialah:
A. Menanggung kos malu yang bakal dihadapi keluarga wanita tersebut yang telah menjalankan hubungan sulit dengan ADUN berkenaan sejak awal tahun 2011
B. Menanggung nafkah wanita tersebut dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah
C. Mengahwini wanita tersebut secara sah di luar kawasan tanpa pengetahuan umum
Selepas perbincangan tersebut, wanita itu telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menutup isu tersebut selain mengelakkan daripada isu ini terus diperkatakan orang.
Kedua-dua pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan di luar kawasan pada bulan Oktober 2011 dengan diwalikan ayah wanita itu sendiri. Bagaimanapun mereka tidak hidup sebumbung dan hanya berjumpa di luar kawasan seperti di Gua Musang dan berhubung melalui telefon bimbit sahaja.
ADUN tersebut sehingga sekarang masih menafikan cerita tersebut walaupun telah disiarkan dalam beberapa blog. ADUN tersebut juga pernah ditanyakan tentang isu tersebut oleh akhbar Sinar Harian pada bulan November lepas dan terus menafikannya.
Mungkin kisah yang disampaikan ini berunsur fitnah untuk menjatuhkan imej ADUN tersebut, maklumlah PRU pun hampir dekat. Rakan-rakan Tukang Screw di sekitar Dabong telah diminta Tukang Screw untuk mengesahkan cerita tersebut.
Tanpa sebarang penafian mereka telah membawa Tukang Screw berjumpa bapa kepada wanita tersebut yang tinggal di Kuala Geris, Dabong untuk penjelasan lanjut. Ya, memang beliau mengakuinya dan berasa amat kecewa dengan sikap dan contoh yang telah ditunjukkan oleh ADUN tersebut.
Kebelakangan ini banyak aktiviti parti yang diadakan di sana kurang mendapat sambutan dan ADUN tersebut juga makin jarang turun padang kerana malu dengan tingkah lakunya sendiri. Moral daripada kisah ini, manusia tidak sempurna dan punyai nafsu. Hanya akal dan iman yang mampu mencegah kita daripada melakukan maksiat ini. seterusnya di SKREWKUAT69
HOT : AZIZ BARI MENGADU PADA ANWAR GELARAN PROFESORNYA DITARIK BALIK OLEH UIA..??
Posted by
Empayar Pemuda
at
12:19 PM
Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari berkata, beliau tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.
"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.
"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.
Dr Aziz hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Aziz berkata, beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.
"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.
Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu.
"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.
"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.
Dr Aziz hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Aziz berkata, beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.
"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.
Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu.
**Kalau Aziz Bari tak kisah gelaran Profesornya ditarik balik, kenapa yang meroyan sangat ni..Aziz Bari sepatutnya faham bahawa gelaran Profesor itu adalah jawatan universiti...Jadi bila seseorang itu sudah tidak berkhidmat di universiti tersebut, secara outomatik gelaran tersebut akan ditarik balik..tambah-tambah lagi apabila seorang profesor ini berhenti dalam keadaan memalukan..Kalau kemaruk sangat gelaran Profesor tu pergi la minta pada Anwar...EP confirm Anwar uruskan gelaran tersebut di Unisel..
HOT : BERANI KE NASRUDIN TANTAWI MENJAWAB BILA ANWAR PANGGIL PEMUDA PAS BAHLOL??.
Posted by
Empayar Pemuda
at
10:50 AM
Berani ke Ketua Pemuda PAS ini bersuara bila Anwar panggil Pemuda PAS BAHLOL..Confirm tak beraninya..Kalau buka je mulut, takut takut nasibnya akan sama dengan Hasan Ali..jadi bahlol pun bahlol lah..yang penting masih lagi jadi Ketua Pemuda PAS dan ada peluang nak jadi calon untuk PRU13 ni...
Ikuti pendedahan yang di buat oleh Gelagat Anwar mengenai kebahlolan Pemuda PAS...
Menarik mesyuarat koordinasi malam tadi di kalangan pimpinan PKR. Sambil tengok AJL, sebab Ketua Cabang Parit Sulong bertanding; mereka berbincang banyak perkara yang melibatkan koordinasi menjelang pilihanraya. Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda.
Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan Negeri lain? Mereka juga perlukan pembelaaan.
Disinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.
Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya. Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.
Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.
Pemuda PAS yang BAHLOL – kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.
Nampaknya ini soal DANA untuk PRU yang akan datang. Bukan soal ideologi.
Kita kena faham permainan dan gelagat Anwar ini…
HOT : "SAYA SENDIRI TERPERANGKAP DAN TERTIPU" - TUN DR MAHATHIR
Posted by
Empayar Pemuda
at
8:44 AM
“Saya sendiri pun terperangkap. Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul-betul warak, sebab itu saya bawa masuk Umno, ingat boleh bawa nilai Islam di dalam parti,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, katanya selepas Anwar menyertai Umno, beliau menyedari tujuan asal Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.
“Beliau masuk Umno, kerana kalau (masuk) Pas tak mungkin beliau akan jadi Perdana Menteri. Beliau punya cita-cita satu saja,” katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Anwar yang menyokong penuh kepada semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.
“Beliau memang dekat dengan Israel. Beliau nak dilihat sebagai seorang yang moden dan mengikut trend, sebaliknya kita ini dianggap lapuk, memang beliau tak setuju dengan cara kita,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir dalam syarahannya mengingatkan, pemimpin berkualiti ialah mereka yang sentiasa memikirkan rakyat dan negara, bukannya untuk kepentingan sendiri.
Malah, katanya, pemimpin juga sentiasa menerima kritikan daripada orang lain demi kepentingan negara.
“Seorang pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran dalam semua bidang termasuk ekonomi dan kewangan, tak cukup hanya tahu mengenai dasar semata-mata supaya kelak boleh membuat keputusan terbaik demi negara.
“Pada masa sama, pemimpin berkualiti juga perlu mendapatkan idea atau pandangan orang lain mengenai sesuatu perkara, sebelum membuat keputusan.
“Idea boleh datang dari banyak pihak, tetapi yang penting kita sendiri sebagai pemimpin perlu membuat keputusan bijak,” katanya.
HOT : VIDEO DAN GAMBAR YANG AKAN MEMERANJATKAN RAMAI PIHAK....
Posted by
Empayar Pemuda
at
12:03 AM
Akhirnya, empunya badan yang dihina dihalau dan dibinatangkan oleh regim Israel telah bersuara! Duta Paestin sendiri kecewa, terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim di dalam The Wall Street Journal!
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.
"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.
"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya. — BERNAMA
Video di bawah mungkin boleh menunjukkan pihak mana yang sebenarnya memerlukan perlindungan keselamatan, the mighty Israel atau rakyat Palestin yang ditindas dengan terang-terangan.
Video : who really needs the protection? The mighty Israel?

Video : Tangisan anak Palestin berumur 5 apabila celaka Israel menangkap bapanya!


Kepada Anwar Ibrahim, perhatikanlah wajah-wajah rakyat Palestin terutamanya anak kecil yang tidak bersalah, ditindas oleh the mighty Israel!
Apakah anda sudah buta hati tidak mahu lagi mengutamakan yang ditindas?
Kita tentu amat kecewa dan sangat sedih!
Apakah anda sudah buta hati tidak mahu lagi mengutamakan yang ditindas?
Kita tentu amat kecewa dan sangat sedih!
Video : The oppression by the Israel to the Palestinian.
Monday, January 30, 2012
PANAS : PEMIMPIN BN PATUT BERSYUKUR BILA LIM GUAN ENG DAN KHALID IBRAHIM TERIMA PENGIKTIRAFAN INI..
Posted by
Empayar Pemuda
at
11:01 PM
Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang menduduki tiga tempat teratas daripada segi jumlah serbuan polis bagi membanteras aktiviti perjudian pada tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat yang melancarkan Operasi Dadu pada tahun lepas bagi membanteras kegiatan itu melakukan 34,865 serbuan di seluruh negara.
"Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,860 serbuan, diikuti 5,725 serbuan dijalankan di Selangor dan 2,566 serbuan di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Beliau berkata, jumlah serbuan itu meningkat berbanding 24,541 serbuan pada tahun 2010.
Beliau juga berkata, dalam operasi itu, sebanyak 96,840 mesin judi dirampas di seluruh negara dengan negeri Selangor mencatatkan jumlah rampasan mesin judi tertinggi iaitu 20,000 diikuti Kuala Lumpur sebanyak 15,000 dan Pulau Pinang 10,000.
Katanya lagi, polis berjaya menahan 24,962 orang yang terbabit dalam aktiviti perjudian pada tahun lepas berbanding 20,172 orang pada 2010.
Tambah beliau, daripada jumlah tangkapan pada tahun lalu, seramai 14,523 orang ditahan atas kesalahan berjudi menggunakan mesin komputer, 3,882 orang terbabit dalam kegiatan loteri awam haram, 3,311 orang berjudi dalam bangunan, 2,658 orang berjudi di tempat bebas dan 588 orang sebagai pencatat taruhan haram.MSTAR
HOT : ANWAR PATUT MALU BILA BACA KENYATAAN MUKHRIZ INI...
Posted by
Empayar Pemuda
at
9:56 PM
Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel dianggap mengkhianati Palestin dan umat Islam sedunia.
Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata setiap kali zionis Israel membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam atau Kristian, mereka menggunakan alasan mempertahankan keselamatan negara.
"Kini seorang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pula menggunakan alasan sama dalam menyokong negara pengganas Israel.
"Jika pengganas, termasuk negara pengganas menzalimi mangsanya, patutkah kita bersimpati dengan pengganas ataupun mangsa?" katanya
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata alasan yang sama juga digunakan apabila jentolak Israel merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan apabila rakyat Gaza dibunuh.
Katanya, alasan itu turut digunakan dengan melanggar beratus-ratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga semasa aktivis Freedom Flotilla dibunuh. BERNAMA
GEMPAR : NIK AZIZ NAK BERKHIDMAT SAMPAI MATI..SEBAB TU HADI NAK BERSARA??
Posted by
Empayar Pemuda
at
5:36 PM
Hahahaha...kelakar betul kenyataan Nik Aziz ni..macam meludah ke langit..Agaknya orang tua ni dah nyanyuk kot?? dulu bukan main lagi dia kata Mahathir gila kuasa, tak mau berenti.. berkuasa lama sangat..sekarang ni nampaknya dia yang sebenarnya kemaruk kuasa..nak berkhidmat sampai mati...elok la tu...NANTI MASA BACA TALKIN BOLEH LAGI SEBUT GELARAN YB...
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.
"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Katanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.
"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
HOT : RAHSIA ANWAR BERSAMA AZIZ BARI KANTOI??
Posted by
Empayar Pemuda
at
11:51 AM
Percaya atau tidak..mungkin inilah cara yang diguna pakai oleh Anwar dan konco-konconya untuk membersihkan pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi penghalangnya dan DAP untuk mencapai impian mereka.
Apa pun masalah yang timbul lanjutan daripada isu tindakan tatatertib yang diambil ke atas 5 orang pelajar Kolej Universiti Isaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Aziz Bari tidak tidak sama sekali wajar untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Azizan untuk melepaskan jawatannya.
Tidak cukup setakat itu Aziz Bari juga menyifatkan Azizan sebagai ‘menyerupai’ Barisan Nasional apabila mengambil keputusan tersebut.
Ini adalah kenyataan paling kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang baru nak berjinak-jinak dalam politik keatas seorang pemimpin parti PAS merangkap Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang telah lama berjasa kepada parti sehingga berjaya merampas Kedah buat kali pertama dari tangan BN pada 2008.
Aziz Baru fikir dia siapa dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Who are you?
Sudah cukup baik media dan blogger pro Pakatan Rakyat memberikan gelaran ‘pakar perlembagaan’ kepada Aziz Bari dikala tidak ada satu pun yang boleh dijadikan asas untuk menggelarkannya dengan gelaran itu. Tidak seperti akauntan dan jurutera yang mempunyai badan-badan seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Board of Engineers (BoE) yang berkelayakan untuk mengiktiraf individu kepada profession itu, pakar perlembagaan tidak ada.
HOT : PANAS JE HATI ANWAR BILA ORANG KEPERCAYAANNYA GELAR DIA LIDAH BERCABANG??
Posted by
Empayar Pemuda
at
3:29 AM
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.
Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.
"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.
"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."
Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.
Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.
"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.
"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.
Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.
Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan. UM
Sunday, January 29, 2012
HOT : BILA HADI MERAJUK, ANWAR SUDAH PUJUK?
Posted by
Empayar Pemuda
at
12:35 PM
Maka bermulalah wayang pakatan rakyat..sana merajuk sini pujuk, sini merajuk sana pujuk..tapi bukan pujuk kosong..disulam dengan janji janji indah..kalau tak merajuk, maka tak dapat la merasa benda yang diidamkan..lepas ni giliran DAP pula yang akan merajuk..kalau tak percaya tengoklah..
Tidak mudah untuk Pakatan Rakyat melepaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Abdul Hadi memainkan peranan penting dalam gabungan pembangkang yang membantunya mencapai kejaan seperti sekarang.
Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.
Sokongan Abdul Hadi, menurut Anwar lagi, diperlukan sama seperti Pakatan memerlukan sumbangan penasihat DAP Lim Kit Siang.
Dalam pilihan raya umum lalu, PKR, DAP dan PAS berjaya menawan lima negeri daripada BN, walaupun kehilangan Perak tidak lama kemudian apabila wakil rakyatnya melompat parti.
Dalam wawancara ekslusif yang disiarkan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi menawarkan berundur berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.
Tidak mudah untuk Pakatan Rakyat melepaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Abdul Hadi memainkan peranan penting dalam gabungan pembangkang yang membantunya mencapai kejaan seperti sekarang.
Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.
Sokongan Abdul Hadi, menurut Anwar lagi, diperlukan sama seperti Pakatan memerlukan sumbangan penasihat DAP Lim Kit Siang.
Dalam pilihan raya umum lalu, PKR, DAP dan PAS berjaya menawan lima negeri daripada BN, walaupun kehilangan Perak tidak lama kemudian apabila wakil rakyatnya melompat parti.
Dalam wawancara ekslusif yang disiarkan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi menawarkan berundur berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.
HOT : KIT SIANG MINTA KERAJAAN TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT VIDEO SEKS???
Posted by
Empayar Pemuda
at
10:11 AM
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim berkata, penubuhan suruhanjaya itu penting kerana ia membabitkan individu yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.
Katanya, jika Kit Siang beranggapan isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) memerlukan penubuhan suruhanjaya diraja, maka isu video seks membabitkan Anwar itu juga patut menjadi keutamaan untuk disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.
"Kenapa Kit Siang tidak cadang tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat kes video itu? Sedangkan jelas ia lebih penting berbanding isu NFC kerana membabitkan individu yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
"Jelas sekali beliau hanya memilih isu yang memberi keuntungan kepada partinya dan menjadikan suruhanjaya diraja sebagai alat mainan politik semata-mata," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu berkaitan NFC.
Menurut Zahrain, Kit Siang harus sedar bahawa rentak politiknya sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi digunakan pada masa kini.
"Tiada guna tubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya keputusan siasatan pada akhirnya langsung tidak diterima oleh Kit Siang seperti kes membabitkan Teoh Beng Hock. Ia hanya membazirkan masa, wang dan tumpuan rakyat sahaja," jelasnya.
Sementara itu, Zahrain menyifatkan Anwar sebagai individu yang tersepit dengan permainan politik kotor sendiri berikutan kenyataannya dalam The Wall Street Journal, kelmarin yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
"Saya tidak hairan. Anwar cuba memperbetulkan balik hubungannya dengan Israel selepas mengaitkan Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia, tetapi beliau sendiri tersepit dengan permainan politiknya itu.
"Menerusi tindak-tanduknya kebelakangan ini seperti mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual yang diamalkan negara dan terbaru mengenai sokongan terhadap Israel, kita dapat lihat dengan jelas 'topeng' sebenar Anwar," ujarnya.
HOT : ANWAR RISAU VIDEO SEKSNYA TELAH MULA DISEBARKAN DI INDONESIA??
Posted by
Empayar Pemuda
at
1:25 AM
EP mendapat khabar bahawa Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T. Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.
Mungkinkah video seks terbaru yang bakal tersebar sebenarnya dirakam di Indonesia dan bukannya di Thailand yang menjadi punca kejatuhan Anwar di Indonesia?? Kalau nak tahu lebih lanjut ikuti cerita dibawah ini...
DIMOHON kehadiran bapak/ibu serta rakan~rakan pada siri dialog 1 bidang luar negeri Perhimpunan KB PII dengan tema: Perkembangan Politik Malaysia Terkini.
Nama sumber: Shamsul Iskandar Akin (Ketua Pemuda PKR Malaysia) dan Syed Sharir Syed Mohamud (mantan Presiden Serikat Pekerja Malaysia) pada hari Jumaat 20 Januari 2012, dimulai pukul 14.00 bertempat di rumah KB PIi Jalan Daksa V no 5 Jakarta Selatan (mohon tolong disebarkan)"
Jemputan ke program Keluarga Besar (KB) Pelajar Islam Indonesia (PII), cabang Parti Bulan Bintang ini tersebar Khamis lalu termasuk dalam kalangan wartawan. Ia disebarkan oleh orang-orang yang masih rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta.
Sekilas membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ini tentu ramai menyangka wacana politik seperti ini akan dihadiri ramai orang. Apatah lagi organisasi seperti PII mempunyai jutaan ahli dan pendukung yang mampu mengumpul orang semudah memetik jari.
Tapi majlis ini tidak seperti dijangkakan. Hanya dua tiga buah kereta di hadapan rumah di kawasan elit Senopati di Jakarta Selatan ini. Dialog yang diuar-uarkan itu tidak seperti yang biasa dilihat.
Ia tidak lebih bagai sesi sembang sekumpulan orang di warung kopi tetapi dengan cara lebih formal. Walaupun terbuka untuk media, ia gagal menarik kehadiran ramai wartawan. Tiada akhbar utama yang melaporkan berita mengenai dialog ini.
Mungkin kerana topiknya kurang menarik yang bukan menjadi isu semasa yang boleh dipetik menjadi bahan berita atau mungkin juga kerana pembicaranya masih begitu asing dalam kalangan orang politik dan wartawan negara ini.
Tetapi begitulah Anwar, orang-orang mahupun partinya bukan lagi menjadi tarikan kepada masyarakat Indonesia. Pidato umum terakhir Anwar di sebuah sekolah undang-undang di Jakarta pada Julai lalu hanya menarik tidak lebih 100 orang.
Begitu juga dialog dengan editorial Tempo di pejabat akhbar dan majalah itu di Jakarta tidak mendapat tempat yang signifikan dalam akhbar itu sendiri. Akhbar lain pun tidak melaporkan program Anwar itu.
“Anwar sudah hilang populariti di Indonesia, simpati orang tidak seperti dulu,” kata seorang wartawan yang sehingga kini masih rapat dengan Anwar yang dulunya sering mengatur wawancara dengan Ketua Pembangkang itu.
Mungkin atas alasan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan dan bekas orang kuat MTUC ini dihantar ke Jakarta untuk misi merintis jalan bagi mengembalikan hubungan emosi yang telah hilang itu.
Anwar pasti terasa dengan ‘kehilangan’ itu. Selain sudah ramai teman rapatnya di Indonesia tiada lagi dalam ‘inner circle’, yang ada pun lebih suka berhubungan dengan teman-teman di pihak bertentangan.
Kalau di Malaysia pun beliau telah kehilangan begitu ramai teman rapatnya, itulah juga yang berlaku di Indonesia. Jafi pengaruh baru harus dicari.
Orang paling sesuai untuk melaksanakan misi itu ialah Shamsul. Selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan, beliau perlu memainkan peranan menjalin hubungan dengan pemimpin muda di negara tetangga ini.
Menurut analisis seorang wartawan kanan Indonesia, program yang dihadiri Iskandar itu lebih menjurus kepada sesi lempas otak yang mungkin tidak melibatkan PII atau Parti Bulan Bintang, parti yang berasaskan Islam ini secara langsung.
Menarik
Ini kerana tidak banyak kepentingan yang boleh dikongsi antara kedua-dua parti itu. PII adalah cabang untuk kaderisasi di peringkat sekolah. Satu lagi cabang Parti Bulan Bintang ialah Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI) yang aktif di peringkat pelajar universiti.
“Saya fikir ia hanya pertemuan antara aktivis dalam PKR dan Parti Bulan Bintang, bukan melibatkan parti. Lagipun sudah terlewat, kalau diadakan sebaik Anwar dibebaskan dulu akan menarik ramai wartawan,” katanya.
Bila ditanyakan kepada beberapa wartawan mengenai pemerhati politik yang boleh mengupas mengenai Anwar, tiada nama yang mereka boleh berikan secara khusus. Mereka juga tercari-cari.
Memang sejak beberapa tahun ini tiada analisis atau komentar khusus mengenai Anwar. Mungkin sahaja tiada siapa dalam sekian ramai pemerhati politik di pusat-pusat penyelidikan di republik ini yang melihat Anwar sebagai sosok berwibawa dan relevan.
“Sepanjang tempoh dua tahun ini, tiada komentar atau analisis yang mengagungkan Anwar dalam media mereka,” kata seorang diplomat yang sudah dua tahun bertugas di Indonesia.
Yang ada hanya berita perkembangan biasa. Kali terakhir ialah semasa Anwar dibebaskan pada 9 Januari lalu yang mendapat liputan meluas dengan semua akhbar utama menyiarkan berita itu.
“Tetapi ia hanya dilayan sebagai berita semasa biasa. Ia tidak disusuli dengan analisis mengenai nasib dan peluang Anwar,” tambah diplomat itu.
Daripada perkembangan ini, dapat dirasakan Anwar bukan lagi pujaan kepada masyarakat politik dan pejuang mahasiswa di Indonesia. Seakan jalan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Anwar di Indonesia, sudah tertutup.
Sebab itu kalau misi kunjungan Shamsul dan Syed Sharir mahu mengembalikan kegemilangan Anwar, mungkin mereka akan kecewa nanti. Selain politik di Indonesia yang sudah berubah, ramai bekas teman rapat Anwar di Malaysia yang juga mempunyai pengaruh di Indonesia menjadi halangan utama mereka.
KENAPA TAK DAPAT SAMBUTAN...INI JAWAPAN DARIPADA SEORANG MAHASISWA YANG BERADA DI BANDUNG, INDONESIA
Apa yang sebenarnya berlaku yang diketahui oleh saya sebagai mahasiswa Malaysia di Bandung yang mempunyai ramai kawan siswa di Jakarta adalah kerana penyebaran luas video seks yang melibatkan Anwar oleh Datuk T di kalangan mahasiswa Indonesia dan Malaysia. Kami di Bandung juga telah melihatnya.
Video ini juga dipercayai telah jatuh ke tangan para pemimpin politik Indonesia termasuk yang mempunyai kedudukan berpengaruh.
Saya tidak tahu apakah rakan-rakan rapat Anwar yang telah menyebarkan video itu di Indonesia terutamanya di kalangan mahasiswa di Jakarta.
Saya percaya dengan penyebaran yang berlaku di kalangan mahasiswa Indonesia, bukan suatu pekara yang mustahil jika ia juga tersebar luas di kalangan masyarakat Indonesia lainnya kerana di negara itu atas nama wang segala-galanya boleh berlaku.
Jika ini semua berpunca daripada bekas rakan rapat Anwar, maka saya ucapkan tahniah kepada mereka.
Saturday, January 28, 2012
HOT : ANWAR SUDAH MENGAMUK PASAL ISU BELA ISRAEL..SAMAN 100 JUTA LAGI??
Posted by
Empayar Pemuda
at
10:45 PM
Dikala semua orang Islam bersimpati dengan rakyat Palestin dan mengecam Israel kerana bertindak zalim keatas rakyat Palestin dan menafikan hak mereka, tiba-tiba datang seorang manusia ANUgerah tuhan yang kononnya didakwa oleh seorang ustaz sesat, pemimpin yang bakal menyatu dunia Arab mengeluarkan kenyataan di WSJ manyatakan bahawa hak orang Israel juga perlu dibela..
Dah la ceroboh, seksa dan bunuh orang-orang Palestin dalam keadaan zalim, itu pun masih nak dibela dan dihormati lagi..Hebat betul manusia anugerah tuhan ini..Tunjuk simpati pada rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama masih nak jaga hati orang Israel supaya sokongan yang diberikan oleh Israel kepadanya tidak terhenti..Inilah pemimpin yang Wan Azizah kata " ANUgerah Tuhan"...
Ketua Pembangkang menegaskan, pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.
"Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini - beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."
Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin."
"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi. SH
PANAS : APA HAL ANWAR BERIYA-IYA NAK PERTAHANKAN ISRAEL? ADA APA-APA KE??
Posted by
Empayar Pemuda
at
8:51 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.
"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah, Sabtu.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata masyarakat Palestin ketika ini dianggap sebagai rakyat terbuang, tanpa mempunyai tempat tinggal dan pada masa sama berhadapan dengan kezaliman tentera Israel.
Muhyiddin ditanya tentang kenyataan pemimpin pembangkang itu ketika ditemuramah oleh WSJ semalam, di mana Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel.
"Barisan Nasional berasa amat kecewa (dengan kenyataan Anwar itu)," katanya.
Kerajaan, kata beliau, turut berasa amat kecewa dengan proses damai Israel dan Palestin yang telah berlangsung lama tetapi sehingga kini gagal mencapai objektifnya untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-dua pihak. - Bernama
HOT : MESTI ANWAR DAN KONCO-KONCONYA TAK PUAS HATI BILA BACA KENYATAAN NAJIB INI...
Posted by
Empayar Pemuda
at
7:25 PM
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan kepentingan negara hanya untuk mencari keuntungan jangka pendek seperti meraih undi pilihan raya.
Perdana Menteri berkata, sebagai kerajaan bertanggungjawab, pihaknya sentiasa memastikan kepentingan negara dipelihara dan pada masa sama memastikan usaha jangka pendek dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
Kata beliau, dalam mahu meraih sokongan rakyat, kerajaan tidak akan mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan berjanji melakukan segala-galanya seperti dilakukan pembangkang.
''Mungkin kita akan senasib, sebaris dengan beberapa negara lain (di Eropah yang berhadapan masalah ekonomi) jika berjanji (seperti pembangkang).
"Kita bukan hanya nak raih sokongan dalam pilihan raya tetapi tidak mahu merosakkan kepentingan negara pada keseluruhannya. Kita tadbir negara dengan cekap, membina kekuatan dan kemudian memberi keuntungan kepada rakyat,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Tinjauan Mesra Rakyat Bersama Perdana Menteri di padang Simpang Empat di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Perdana Menteri berkata, kecekapan kerajaan mengurus ekonomi menyaksikan pendapatan negara pada tahun lalu bertambah sebanyak RM26 bilion.
Katanya, prestasi ekonomi yang memberangsangkan hasil kecekapan pentadbiran kerajaan membolehkan cukai tidak dinaikkan.
''Malah, kita kurangkan lagi (cukai). Bantuan kita tak potong, kita tambah lagi. Subsidi kita kekalkan,'' ujarnya.
Perdana Menteri menambah, ini berbeza dengan parti pembangkang yang hanya boleh berjanji, malah janji mereka tiada hadnya.
Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang seperti ingin menghapuskan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak sebagai tidak realistik.
Malah, Perdana Menteri menegaskan, janji-janji tersebut merupakan resipi kepada kehancuran ekonomi negara.
"Tidak realistik kalau hendak hapuskan tol dan PTPTN. Hutang PTPTN banyak, ada RM40 bilion sekarang. Pada masa akan datang, semua pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) kalau dapat PTPTN akan minta supaya hapus kira.
"Ini resipi untuk kehancuran ekonomi. Tak payah pakar ekonomi, orang biasa pun boleh fikir ia akan bawa kehancuran ekonomi," katanya.
Menurut Najib, dengan pertambahan hasil negara, kerajaan mampu mengagihkan keuntungan kepada rakyat menerusi pelbagai program tanpa perlu membuat pinjaman sama ada dari dalam atau luar negara.
HOT : MESTI ANWAR CEMBURU GILA BABI MELIHAT GAMBAR INI? TAHNIAH TUN M!!!
Posted by
Empayar Pemuda
at
2:34 PM
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan.
Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara ASEAN.
Presiden universiti itu, Prof Dr. Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr. Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka.
Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir di atas penganugerahan itu.
Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990.
Bagi EP dengan pengiktirafan ini sekali lagi nama negara Malaysia diharumkan oleh pemimpin ulung yang datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Bukan macam Anwar, hanya tahu memburukkan nama Malaysia untuk kepentingan dirinya..
Bayangkan bangsa lain dan negara lain boleh mengiktiraf Tun Dr. Mahathir bangsa kita sendiri kerana keupayaan dan sumbangan besar beliau bukan saja terhadap negara Malaysia bahkan diakui seluruh dunia.
Tapi bangsa kita sendiri masih tidak mahu mengakui malah mengherdik serta mencaci kepimpinan negara seolah-olah mereka ini langsung tidak berjasa.Lupakah kita apabila Azmin Ali yang begitu lantang dan celupar sentiasa mencaci Tun Dr. Mahathir.
"Kepala Hotak Kau" adalah satu kenyataan yang cukup biadap dilontarkan oleh seorang manusia bernama Azmin Ali yang jelas jika di bandingkan sumbangan diantara beliau dan Tun umpama langit dan bumi.
Siapakah Azmin Ali ? Apakah sumbangan beliau terhadap negara ? Kalau setakat berjasa kepada Anwar Ibrahim dengan merelakan segala-galanya lebih baik diam daripada bercakap. MMI
LIVE HIMPUN : MALAYSIAKINI KANTOI MENIPU...HANYA 1000 ORANG HADIR HIMPUN..
Posted by
Empayar Pemuda
at
1:09 PM




Sambutan sangat luar biasa sehinggakan ramai puak puak yang tidak mahu umat Islam bersatu dan duduk dibawah satu bumbung cuba mempertikaikan perhimpunan ini.. Jumlah kehadiran dinafikan supaya tidak mendapat perhatian..
Ustaz Zakaria yang mendoakan Guan Eng semasa khutubah Jumaat di Masjid Padang Menora pun ada..dengar cerita dia nak join Hasan Ali sebab kecewa..
PENIPUAN MALAYSIAKINI SECARA TERANG TERANGAN MENAFIKAN JUMLAH KEHADIRAN HIMPUN DI KEPALA BATAS
Perhimpunan tersebut sepatutnya dirancang menarik lebih 20,000 orang dari seluruh Pulau Pinang dan Kedah. Setakat ini sekitar 1,000 orang sudah mengisi dewan tersebut. - Malaysiakini
Published with Blogger-droid v2.0.3
LIVE HIMPUN : 10 RIBU RAKYAT PULAU PINANG SERBU HIMPUN...
Posted by
Empayar Pemuda
at
11:01 AM


EP sekarang berada di HIMPUN, Kepala Batas..Kehadiran disini amat luar biasa..penuh sesak sehingga ke luar dewan walaupun terdapat cubaan untuk mengagalkan perhimpunan ini oleh kuli DAP. Tahniah HIMPUN kerana berjaya menyatupadukan umat Islam dibawah satu bumbung tanpa mengira parti politik..
Nantikan update seterusnya daripada EP.
Published with Blogger-droid v2.0.3
Subscribe to:
Posts (Atom)
RSS Feed
Twitter



































