Thursday, December 13, 2012


Di beberapa laman sosial ketika ini, kecoh mengatakan yang penyanyi, Yuna membuka tudung semasa berada di Amerika.

Tetapi jangan salah faham kerana itu semua adalah terjadi secara tidak sengaja.

Sebenarnya tudung Yuna terlucut daripada kepala sewaktu dia sedang melompat untuk merakamkan gambar.

Anda semua pun tahu yang Yuna memang tidak pernah berpisah dengan camera.

Ada saja momen-momen indah yang ingin dirakamnya. Sebab itulah dia dipilih sebagai duta Canon.

Sementara itu, kejadian berkenaan berlaku semasa dia menjalani satu sesi fotografi di kawasan berpasir dan berangin.

Ketika melakukan lompatan, dengan tidak sengaja tudung Yuna tertanggal sehingga menampakkan rambutnya.

Namun demikian jika diamati pada gambar berkenaan, pakaian Yuna amat berbeza dengan gambar yang pertama dan kedua.

Malah gambar itu tidak langsung menampakkan wajah Yuna.

Tidak pasti sama ada terdapat sesetengah individu yang ingin mensabotaj Yuna atau sebaliknya.

Apa-apa jika benar ia adalah Yuna, diharapkan selepas ini dia akan lebih berhati-hati.


-Gempak

2 comments:

Anonymous said...

maybe 2 org yg berbeza bro..byk keraguan dari gambar..tgk warna kasut, kain merah di pinggang,jaket jeans yg berbeza..juga size bentuk kaki dan betis..pic yg terjurai rambut tu nmpk lebih kurus..

taipingcentral_harapan melayu said...

As Salam Dan Salam 1Malaysia Bro.

Mohon sangat2 di linkkan blog saya ini ye:

http://taipingcentral.blogspot.com/

Artikel terbaru saya:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/bukti2-pr-pembohong-isu-300k-india.html?m=0

Semoga persahabatan bertaut dan menjadi pemangkin muhibbah antara kita. Cheewahhh. Hehehehe

Tq bro. Sempoi blog bro..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.