Tuesday, December 18, 2012



“Hadi Awang wajib tarik balik,” itulah yang dikatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria ketika diminta mengulas mengenai amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang telah mengkafirkan UMNO.
“Tidak semudah itu kita nak menuduh orang kafir. Selagi dia mengucap dua kalimah syahadah, macamana kita nak tuduh orang kafir… itu hanya satu pendapat yang melulu dan tidak ada asas. Ini bukan dari segi parti tapi dari segi syarak, saya ketengah bagi menjawab perkara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Di dalam amanat tersebut, Hadi Awang telah mengatakan bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana telah lama memerintah tetapi kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyah.
Hadi Awang turut menyebut bahawa perjuangan PAS menentang UMNO dan BN ini adalah jihad dan mati mereka adalah syahid kerana menentang UMNO yang menjadi kafir disebabkan mengamalkan politik suku dan agama suku.
Akibat daripada amanat ini maka terjadi perpecahan ummah di kalangan umat Islam. Penyokong taksub PAS mula mempercayai bahawa UMNO adalah kafir yang akhirnya mengundang peristiwa Memali pada 19 November 1985. Disebabkan amanat ini jugalah tercetus permulaan solat dua imam yang semakin memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
Kenyataan daripada Harussani ini turut disokong oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Menurut Wan Zahidi, fatwa Haji Hadi Awang ternyata bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah.
“Wajib tarik balik. Bahayanya bukan kepada UMNO tetapi kepada orang itu sendiri… Mereka sendiri yang boleh jadi kafir… Kita kena kembali semula kepada ajaran sunnah wal jamaah… tuduhan ini boleh menyebabkan semua amalan seseorang itu tidak diterima oleh Allah SWT…,” jelas beliau.-MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.