TAK SALAH MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM SEKIRANYA ADA KELULUSAN YANG TINGGI DARI MADINAH DAN TAHU HUKUM HAKAM.. - NIK AZIZ


Buat apa kalau Hadi Awang merupakan lulusan Madinah yang cemerlang tetapi mengunakan ilmu agama itu kearah kehancuran,perpecahan umat demi mengejar kebendaan dan pangkat di dunia...


Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.

"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.

Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.

TAK SALAH MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM SEKIRANYA ADA KELULUSAN YANG TINGGI DARI MADINAH DAN TAHU HUKUM HAKAM.. - NIK AZIZ TAK SALAH MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM SEKIRANYA ADA KELULUSAN YANG TINGGI  DARI MADINAH DAN TAHU HUKUM HAKAM.. -  NIK AZIZ Reviewed by Empayar Pemuda on 8:19 AM Rating: 5

13 comments:

  1. Wahai Nik Ajis ..
    Ilmu tinggi bukan jaminan amalan nya betul..
    Bukan ilmunya yang utama, tapi percakapan, perbuatan dan tindakan itulah yang menentukan kehebatan atau kebiadaban seseorang ..
    perkara macam ni pun nak kena bagi tau ..
    kesian Nik Ajis ni ...

    ReplyDelete
  2. Memang tak salah amanat hadi kalau ikut agama PAS, TAPI bertentangan dgn ajaran Islam pegangan ahli sunnah.

    Harap Maklum


    Abdullah

    ReplyDelete
  3. aduhai.nik aziz apalah kenyataan yg kau berikan ini,memang dah meroyan orang tua nie...

    ReplyDelete
  4. Salam 1 Malaysia.Respon saya pada "Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.

    "Jangan jual harga Islam dengan murah...," kata saya.

    ReplyDelete
  5. Mimang betullah nik aziz ni dah terlalu tua.berundurlah segera sebelum menjadi GILA.

    ReplyDelete
  6. WAH.....
    AGAK KURANG AJAR BILA PEMIMIPIN TAK BOLE DI TEGUR OLEH PARA ULAMAK YANG BERMUSYAWARAH...

    KESIAN NYER....
    APALAH YANG AKAN DIJAWAB DENGAN BEBANAN YANG DITANGGUNG DI DUNIA BILA TIBA KEMATIANNYA....

    ReplyDelete
  7. Riak btol nik aziz,dh nyanyok org tua ni...

    ReplyDelete
  8. Riak btol nik aziz,dh nyanyok org tua ni...

    ReplyDelete
  9. Manusia wlw pandai mcm mn pon,ada lekanya,ada khilafnya,ada fitrahnya. Pesan memesan,nasihat mnasihati adalah benda yg bagus. Nik aziz ptt tahu, presiden pas pun manusia. Bkn mufti ckp abd hadi rendah ilmu atau bodoh,cuma menasihati... Aparaa tgna nih

    ReplyDelete
  10. Wow hebatnye orang2 Pas! kalau macam tu maknanya belajar kat Madinah dan dapat keputusan cemerlang tu adalah lesen besar membuat kenyataan mengkafir dan menyesatkan orang lain la ye, sampai mufti pun takde kuasa untuk tegur. Baru kawe tau...

    WY

    ReplyDelete
  11. walaupun ulama tersebut menuntut hingga ke arab saudi atau ke china sekalipun jika percakapan ataupun perbuatannya salah disisi islam tetap salah.semakin tinggi ilmu seseorg itu ia semakin tunduk seperti pokok padi yg berisi kerana dia semakin tau kelemahan dirinya.bukan seperti lalang,semakin kosong semakin bongkak menungkat langit.Janganlah kita jadi sesat dan meyesatkan org lain...takut x tertanggung dosanya diakhirat.

    ReplyDelete
  12. Nik Aziz nak tanggung sama-sama dosa Hadi Awang...Dua2 pun muflis...

    ReplyDelete
  13. sombong bodoh betul org tua ni..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.