SEKALI LAGI KARPAL MEMPERKECILKAN KEMAMPUAN HADI AWANG DALAM KONVENSYEN DAP...


Nampaknya kemampuan Hadi Awang untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi diperkecilkan oleh Karpal Singh dalam ucapannya semasa konvensyen DAP sebentar tadi...Kenapa agaknya Karpal takut sangat kalau Hadi Awang yang jadi PM??

EP rasa semua orang sedar yang kekuatan Anwar semuanya bergantung pada ahli PAS...bukannya PKR atau DAP...Tengok saja dalam setiap program Anwar....hampir 70-80% yang datang membanjiri program itu terdiri daripada ahli PAS...Bersih, ceramah kebangkitan rakyat dan banyak lagi...

Jadi bagi EP tak salah sekiranya ahli PAS mendesak Pakatan Haram untuk mengangkat Hadi Awang menjadi Perdana Menteri kerana selama ini yang menjadi tulang belakang pada Pakatan Haram ialah PAS..bukannya DAP atau PKR...fikir-fikirkan...



Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
   
"Apabila kami menang dan tawan Putrajaya, kami dalam DAP akan memberi kerjasama untuk tentukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri," katanya pada ucapan perasmian Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16, di Penang International Sport Arena (PISA) di sini hari ini.
   
Pendirian beliau itu nyata bertentangan dengan resolusi Pas baru-baru ini yang memilih presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang dipilih menjadi kerajaan baharu Malaysia.
   
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Pas akan menjadi sekutu penting dalam pakatan pembangkang, meskipun mereka (Pas) mungkin mempunyai prinsip yang berbeza.
   
Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada perasmian kongres itu ialah Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.
   
Ahli politik berusia 72 tahun itu turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah dan melupai sumbangan golongan veteran terhadap kemajuan parti itu.
   
"Kita tidak seharusnya lupa bahawa kita mencapai kegemilangan disebabkan pemimpin terdahulu. Jangan lupakan golongan veteran. Jangan pandang rendah kepada kuasa golongan veteran," katanya.  - Bernama
SEKALI LAGI KARPAL MEMPERKECILKAN KEMAMPUAN HADI AWANG DALAM KONVENSYEN DAP... SEKALI LAGI KARPAL MEMPERKECILKAN KEMAMPUAN HADI AWANG DALAM KONVENSYEN DAP... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:29 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Karpal Singh nih pun teringgin nak jadi PM..
    Malu2 kuceng pulak..
    DAP ganti PAS..

    zoRRo...

    ReplyDelete
  2. nak jaxi pm ... jalan pun orang sorong

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.