Monday, December 17, 2012




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihaknya bangga kerana Pakatan Rakyat (PR) tidak mengamalkan kronisme dalam pendekatan politik mereka.
Menurutnya, selama beliau memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak pernah dikunjungi ahli PR bagi meminta projek untuk dilaksanakan.
"Kita jalankan tender terbuka, dan bukannya memilih sanak saudara pemimpin parti untuk menjalankan projek.
“Inilah kelebihan yang ada dalam PR, kita tidak mengamalkan kronisme, apa yang kita utamakan adalah kepentingan rakyat. Saya harap tradisi ini dapat diteruskan selamanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, hari ini.
Guan Eng berkata, beliau turut berharap agar ahli PR tidak mempunyai agenda peribadi sebaliknya memegang prinsip parti yang memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum.
“Kita berharap agar semua yang menyertai PR, bersama-sama memegang prinsip dan menjalankan amanah yang diberikan rakyat, tiada agenda peribadi. Ini kerana, budaya kronisme bukan tradisi kita.

3 comments:

Anonymous said...

nampak sangat menipu..tanah taman manggis bukan bagi pada kroni ke??

Anonymous said...

rumah banglow diganti dengan tanah orang miskin

Anonymous said...

taik kucing sial

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.