Thursday, December 20, 2012



Anggota dan penyokong DAP Melayu harus keluar dan meninggalkan parti itu demi mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman pada Khamis.
Katanya, mereka perlu berbuat demikian kerana DAP secara terang-terangantidak mahu kaum Melayu berada dalam kepimpinan parti itu.
"Perwakilan DAP telahpun memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu pemimpinMelayu menyertai barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) apabila menyingkir semua calon-calon Melayu dalam pemilihan parti itu,"
Beliau berkata pelantikan dua wakil Melayu oleh CEC iaitu Senator AriffinS.M Omar dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng Zairil Khir Johari adalah sekadar' mengambil hati' setelah perwakilan menyingkirkan semua calon Melayu.
Pada pemilihan CEC baru-baru ini, kesemua lapan calon Melayu termasuk pejuang DAP Melayu Ahmad Ton kalah teruk dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengumumkan pelantikan Ariffin dan Zairil dalam CEC.
"Kita tahu kedua-dua pemimpin Melayu itu hanya akan menjadi boneka mereka dan mereka dipergunakan untuk menghina bangsa sendiri," katanya.
Beliau berkata, sebagai buktinya Ariffin telah menghina orang Melayu dengan mendakwa bahawa kegiatan rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam perkhidmatan awam.
Zainal berkata, Ariffin mungkin tidak sedar bahawa dia digunakan oleh DAP supaya menghina bangsanya sendiri dan ditertawakan oleh kaum lain di negara ini.
Katanya senario sama dapat dilihat apabila pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, dengan hanya melantik dua wakil Melayu dari parti PKR dan memberi potfolio yang tidak penting.
Beliau berkata, PAS pula bersikap mementingkan diri dan tidak pernah bersuara untuk membantah sebarang tindakan yang menghina kaum sendiri demi menjaga kepentingan untuk bersekongkol dengan DAP. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.