Thursday, December 13, 2012


Penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa membatalkan konsert terakhirnya, Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Indonesia apabila perlu berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di sana.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu kiri, cedera pada tangan kanan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert yang sepatutnya berlangsung pada malam Khamis itu.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

Siti akan berlepas ke New Zealand bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa pada Jumaat ini untuk melihat keadaan suaminya.



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.