Wednesday, December 12, 2012



Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan keinginannya untuk ke Gaza tahun depan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Najib selepas beliau yang menelefon Najib petang Selasa untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas segala bantuan yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.
"Saya membuat jemputan peribadi (kepada Najib) dan amat mengharapkan lawatan segera daripada perdana menteri Malaysia, beliau juga menyatakan dengan bersunguh-bersungguh bahawa beliau pasti akan melawat Gaza," katanya sewaktu menerima kunjungan hormat rombongan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), di sini.
Pertemuan itu diadakan di sebuah dewan kecil di pinggiran pantai Gaza, selepas pejabat asalnya sebelum ini dimusnahkan tentera Israel dalam serangan lapan hari bulan lepas.
Beliau dalam ucapannya dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya turut melahirkan rasa bangga melihat bendera Malaysia berkibar bersama-sama bendera Palestin dalam sambutan ulang tahun Hamas ke 25 baru-baru ini.
"Ini menekankan betapa dekatnya hubungan Malaysia dengan Palestin, dan ia tidak pelik kerana hubungan antara Malaysia dan Palestin telah terbina sekian lama. Kami berbangga kerana rayat Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai isu utama di dalam negara," katanya.
Haniyeh turut menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat sekiranya keadaan di Palestin kembali stabil. - BERNAMA

**Kalau niat tu ikhlas nak bantu..walau sekecil kuman pun bantuan tu..orang boleh nampak dan hargai bantuan tersebut..tak perlu bersusah payah macam sesetengah puak tu yang terpaksa bergambar dengan duit dan kibarkan bendera parti untuk tunjuk bantuan mereka..






0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.