KANTOI!!...TEMBELANG KARPAL PECAH....

OOOoooo..baru EP tahu, orang yang menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu atau tak telus semasa melakukan tugas...Kalau terima darjah kebesaran negeri daripada TYT pula macam mana?? Tak telus juga ke buat kerja??

Habis tu macam mana pula dengan di Perak..Datuk Ngeh, di Pulau Pinang..Datuk Malik dan Datuk Salleh pula?? Mereka ni telus ke tak telus sekarang ni??

Cakap je tak mau terima darjah kebesaran negeri daripada Raja-Raja Melayu kan senang seperti yang dibongkarkan oleh Tunku Aziz..Ni tidak..bagi alasan macam budak sekolah rendah..kononnya anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan. 


Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk'DAP's triumph of chauvinistic will'.
Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.
"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandanganorang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad. 
Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.

KANTOI!!...TEMBELANG KARPAL PECAH.... KANTOI!!...TEMBELANG KARPAL PECAH.... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:18 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.