Thursday, December 20, 2012



Tindakan kepimpinan Pas menyerang kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria apabila beliau meminta agar parti tersebut menarik balik amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang mengkafirkan ahli UMNO jelas memperlihatkan sikap kepimpinan parti tersebut yang sombong dan bersikap asyobiyah.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, tindakan Pas menyerang kenyataan tersebut juga secara tidak langsung memperlihatkan keegoan kepimpinan parti tersebut dengan menganggap pemikiran dan pegangan mereka sahaja yang betul serta memperlekehkan pandangan pihak lain.
“Seruan Mufti Perak yang mewakili mufti-mufti lain yang berkongsi pendapat yang sama  adalah berdasarkan situasi semasa, di mana lantaran fatwa tersebut maka sudah puluhan tahun umat Islam di negara ini jadi berpecah belah.
“Pas tidak boleh nafikan, memang wujud perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini ekoran fatwa dan kenyataan yang keluar dari mulut kepimpinan Pas seperti Amanat Haji Hadi itu,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, begitu banyak bukti yang memperlihatkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, contohnya isu solat dua imam,  isu tidak boleh makan sembelihan orang UMNO, isu melarang berkahwin dengan orang UMNO, isu berjihad dan mati syahid sekiranya menentang UMNO sehingga tercetusnya peristiwa Memali dan bermacam-macam lagi.
Sebab itu jelasnya, Pas perlu membuat kenyataan untuk menarik balik sebarang fatwa dan amanat yang boleh memecahkan belahkan ummah demi perpaduan umat Islam di negara ini.
Tambahnya lagi, kepimpinan Pas sepatutnya bermuhasabah diri dan tidak melenting dengan seruan Mufti Perak itu kerana kenyataan tersebut dibuat semata-mata untuk kebaikan ummah, dan untuk mengelakkan perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik.
“Namun nampaknya hari ini Pas tidak dapat menerima sebarang teguran yang ikhlas dan sentiasa bersikap syak wasangka malah menuduh Mufti Perak dan lain-lain mempunyai kepentingan tertentu termasuk menyebelahi UMNO dan kerajaan.
“Malah kepimpinan Pas sedikit pun tidak menegur pengikut dan ahli-ahli mereka yang sesuka hati memaki hamun Mufti Perak atau mana-mana ulama dan ilmuan Islam sebelum ini hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza dari pegangan Pas.
“Ini memperlihatkan sikap taksub dan asyobiyah Pas di mana apa saja yang kepimpinan mereka lakukan, ia benar belaka dan apa yang orang lain lakukan semua silap belaka.Sekiranya benar Pas sebuah parti yang ingin mendaulatkan Islam, apakah sikap termasuk dalam ajaran Islam dan akhlak yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?,” soalnya tegas.
Tan Sri Harussani di dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini berpendapat bahawa Pas wajib menarik balik Amanat Haji Hadi ekoran amanat tersebut telah memecah belahkan umat Islam di negara ini.
Pendapat beliau itu turut disokong oleh Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang turut meminta Pas agar menarik balik kenyataan tersebut. -MediaUMNO

5 comments:

Anonymous said...

terlalu taksub.. Inikah contoh seorang yg bergelar alim ulama?

Anonymous said...

Alkisah.....terlalu sangka diri terlalu alim.... maka hamparan dosa2 menjadi sajian.....


Ingatlah bkn mereka ini menentukan nasib seseorg.......ttp smuanya dr rahmat Allah........kisah pelacur akhir masuk syurga....kisah alim...akhir ke neraka...... hanya rahmat Allah penentu segalanya


Anonymous said...

DIA SANGGUP NAK TANGGUNG DOSA ORANG YANG MEMKHINZIR BUTA...
DIA BALAJA AGAMA SAMPAI MADINAH..
NAIK HAJI LAGI TU..
APE DIA TAK BLAJA KER..
BILA TIBA HARI TIMBANGAN AKHIRAT KELAK..
DIA AKAN DIPERSALAHKAN..
KERNA MENGAJAR SESUATU YANG DANGGAL..

Anonymous said...

Dulu dia kapirkan org lain kerana kerjasama dengan org kapir taoi hari dah pun terkena batang hidung sendiri sebab itu dia perlu tarik balik amanat tu.
Kalu dia betul2 mengaji tinggi.

Anonymous said...

Apa nk buat..dah rasabdiri hebat sgt..taksubbb..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.