Friday, December 21, 2012



Sebelum ini, Lim Guan Eng DAP telah berdepan dengan 2 rakaman suara yang boleh menganggu gugat kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin.

Pertama, rakaman suara beliau yang didakwa memburuk-burukkan negeri Johor ketika sessi bersama Foreign Coorespondents Association (FCA) Of Singapore pada 12 Ogos 2011.

Rujuk video :-

Sehingga ke hari ini, isu ini masih tidak terjawab.

Kedua ialah rakaman suara Mansor Othman, TKM 1 yang menggelarkan anak Kit Siang sebagai cocky dan arrogant.

Rujuk video :

Sehingga ke hari ini, istilah cocky dan arrogant telah melekat pada diri beliau.

Yang terbaru dan ketiga ialah isu kenyataan 'punca korupsi dalam perkhidmatan awam sebab dimonopoli oleh satu kaum sahaja iaitu Melayu'. Kenyataan itu didakwa disebut oleh Dr Ariffin SM Omar, wakil Melayu yang dilantik 'atas ekhsan' DAP di dalam CEC DAP.

Di dalam entri terbaru di blog beliau, Guan Eng telah menyerang TS Muhyiddin Yassin kononnya memfitnah parti DAP tentang isu "korupsi' itu. Selain daripada itu, Guan Eng (atau penulis untuk Guan Eng) turut menyelitkan perkara-perkara lain yang dilhat tidak relevan dengan isu yang dibangkitkan.

Secara logiknya, tidak mungkin Muhyiddin Yassin akan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang berdasarkan kepada isu yang tidak tepat, apatah lagi berunsurkan fitnah. 

Buang masa sahaja untuk seorang pemimpin nombor 2 negara untuk melayan dan menjawab isu jika isu itu tidak sahih. 
Di antara tuduhan Setiausaha Agung DAP itu :
Ini berikutan serangan berunsur fitnah beliau terhadap DAP sebagai parti yang cauvinis dan rasis, berdasarkan laporan fitnah laman web UMNO AntaraPos.com yang memetik Naib Pengerusi DAP baru Senator Dr Ariffin SM Omar sebagai berkata bahawa rasuah dalam perkhidmatan awam akan dibanteras jika ia tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja.

Ariffin telah pun menafikan dengan kuat kenyataan ini. Malah beliau tidak pernah membayangkan bahawa punca korupsi dalam perkhidmatan awam adalah kerana ia dimonopoli oleh orang Melayu. 

DAP akan bersetuju dengan Muhyiddin jika benar Ariffin telah membuat kenyataan yang bodoh itu. Tetapi, adalah Tan Sri Muhyiddin yang kelihatan bodoh kerana bergantung kepada fitnah yang difabrikasi UMNO. Blog Guan Eng
Satu kesilapan besar Lim Guan Eng DAP yang kita nampak ialah anak Kit Siang itu tidak merujuk kepada sumber lain yang melaporkan kenyataan kontroversi itu. 

Bukannya 'Tepat dari sumber' Harakah yang diketahui putar belit dan berbohong tetapi Guan Eng sepatutnya turut merujuk kepada portal AntaraPos.com.

Manalah tahu, Guan Eng DAP terkantoi sekali lagi kerana bukti sudah ada di tangan portal itu. Dan Arrifin SM Omar, wakil 'atas ekhsan' DAP sudah tentu tidak akan mengaku sama seperti kes Mansor Othman dan Guan Eng.

Dan memang benar, Guan Eng DAP seperti terperangkap sekali lagi dengan video bukti transkrip temuramah portal AntaraPos dengan Ariffin SM Omar!

Lihat bukti video di bawah :

Video di atas begitu jelas menunjukkan kenyataan wakil 'atas ekhsan' DAP seperti yang dilaporkan oleh portal dan dinyatakan oleh Muhyiddin Yassin. 

Dan yang paling penting sekali ialah Timbalan Perdana Menteri tidak membuat fitnah seperti yang didakwa oleh anak Kit Siang itu! 

Setiausaha Agung DAP juga menuduh portal AntaraPos menabur fitnah dan 'fitnah fabrikasi UMNO'

So, how now?

Lim Guan Eng DAP telah menulis,
DAP akan bersetuju dengan Muhyiddin jika benar Ariffin telah membuat kenyataan yang bodoh itu. Tetapi, adalah Tan Sri Muhyiddin yang kelihatan bodoh kerana bergantung kepada fitnah yang difabrikasi UMNO
Sekarang dengan bukti video yang jelas menunjukkan kenyataan Ariffin, siapakah yang bodoh sebenarnya?

Cocky, Arrogant tetapi bodoh?? SETERUSNYA DI DrMiM..


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.