Sunday, December 23, 2012



Pemuda Barisan Nasional tidak akan berkompromi dengan perbuatan mana-mana pihak yang menjadi dalang sehingga menyebabkan golongan muda, terutama mahasiswa, bertindak di luar batas undang-undang dalam memperjuangkan sesuatu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana menghormati undang-undang merupakan perkara nombor satu yang harus ada pada diri setiap mahasiswa jika mereka mahu bergiat aktif dalam politik serta berjuang di samping Pemuda BN bagi membela nasib rakyat dan negara.
Beliau mengulas isu Umar Mohamad Azmi, 23, pelajar tahun akhir kolej swasta yang dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaatselepas didapati bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Umar sebelum itu terlibat dengan gerakan 'Occupy Dataran' yang berhimpun diDataran Merdeka pada 23 April lepas untuk memperjuang penghapusan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional dan pendidikan percuma.
Khairy berkata seorang mahasiswa dididik untuk menjadi pemimpin pada masadepan namun jika tersalah memilih jalan dan melanggar undang-undang, akan hanya menyebabkan diri serta keluarga merana.
"Sama ada Umar diperalat oleh pihak tertentu demi kepentingan politik pihaktersebut, itu kena tanya Umar sendiri... tetapi apa yang terjadi kepada Umaramat berat hati saya nak lihat dan baca," katanya kepada pemberita selepasmerasmikan Malaysian Youth Buskers Fest 2012 di Suria Esplanade KLCC.
Festival sehari itu, yang menampilkan 200 pemuzik muda dari seluruh negara, mendapat sambutan menggalakkan, terutama di kalangan pengunjung KLCC termasukpelancong asing.
Sehubungan itu, Khairy menasihati mahasiswa di negara ini supaya menggunakan saluran yang betul dan menghormati batasan undang-undang jika ingin memperjuangkan sesuatu isu.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sanggup turun padangmendengar apa yang mahu dikatakan mahasiswa, beliau juga mendengar melaluipelbagai saluran seperti media sosial dan sebagainya.
"Sebagai negara demokrasi, kita telah sediakan cukup saluran untuk mahasiswamenyalurkan apa yang berada di minda mereka, jadi mengapa perlu berdemonstrasidi sana sini dan langgar undang-undang, untuk apa?" katanya. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.