HOT : TUDUHAN MELAMPAU GUAN ENG TERHADAP NAJIB DAN BN...

DAP hari ini melancarkan 'countdown'  100 hari ke Putrajaya dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak rela untuk menyerahkan kuasa  selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Ketika menyampaikan ucaptama di Kongres DAP di sini, Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng melontar pelbagai dakwaan terhadap Barisan Nasional (BN), namun yang paling mengejutkan ialah tuduhan yang membayangkan Najib tidak akan menyerahkan kuasa secara aman. 
“Sehingga sekarang, Perdana Menteri tidak bersetuju dengan peralihan kuasa secara aman jika Pakatan Rakyat memenangi PRU yang akan datang,” kata Guan Eng kepada lebih 2,500 perwakilan di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang. 
“Jalan ke Putrajaya adalah lebih sukar kerana BN dan UMNO akan memastikan PRU ke 13 adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia  dengan menggunakan pembohongan, budaya menakut dan mengugut supaya menang secara halal mahupun haram,” tambah Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. 
Kongres DAP adalah yang terakhir untuk mana-mana parti sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diadakan menjelang April depan.   
Selepas meraih kemenangan besar pada pilihanraya umum yang lalu dan menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang, DAP hari ini memperagakan imej baru parti itu sebagai pewaris pemerintah. 
Kereta-kereta mewah untuk menghantar pemimpin parti ke kongres itu serta bas-bas persiaran yang digunakan untuk membawa ahli ke tapak kongres melambangkan perubahan nasib DAP sejak 2008.  
Keahlian parti itu bertambah dua kali ganda dan pemimpin pelapis muncul untuk menuntut diberikan peluang bertanding dan sekali gus memegang kuasa. 
Seramai 68 calon menawarkan diri untuk merebut 20 kerusi jawatankuasa eksekutif pusat parti yang menjanjikan sekurang-kurangnya satu tiket untuk bertanding dalam PRU 13. 
Bagaimanapun di sebalik keghairahan menuju ke Putrajaya, parti itu terpaksa berdepan dengan tuduhan dasar-dasarnya meminggir golongan miskin, termasuk lebih 600 penduduk Melayu di Pulau Pinang manakala pertelagahan dalaman untuk merebut kuasa juga menjadi masalah ketara. 
Dalam ucapannya, Guan Eng cuba menyemarakkan semangat ahli dengan mengingatkan mereka bahawa impian ke Putrajaya semakin hampir, justeru keperluan untuk merapatkan saf. 
Beliau menuduh Umno sebagai parti rasis, MCA sebagai tidak bermoral dan beretika, Gerakan tidak berprinsip dan MIC sebagai tiada hala tuju “dan hanya memimpin daripada belakang.”  
“Misi kini adalah untuk mendemokrasikan sistem politik negara dan mewujudkan "model ekonomi" bagi manfaat rakyat biasa,” kata beliau. 
Kongres kali ini juga bakal menyaksikan sama ada parti itu menerima saranan Pengerusi parti Karpal Singh supaya pemimpin tidak mabuk kuasa dan setiap calon hanya bertanding satu kerusi dan bukan dua. 
Amalan memegang dua kerusi menjadi kelaziman pemimpin-pemimpin DAP sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin pelapis kerana tidak diberi peluang untuk bertanding. - Antarapos
HOT : TUDUHAN MELAMPAU GUAN ENG TERHADAP NAJIB DAN BN... HOT : TUDUHAN MELAMPAU GUAN ENG TERHADAP NAJIB DAN BN... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:25 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Kenapa Utusan dan juga pemimpin2 UMNO asyik disaman oleh DAP/PR atas setiap kenyataan tetapi UMNO/BN tidak pernah menyaman Harakah/Suara Keadilan atau mana2 pemimpin pembangkang walaupun mereka dikatakan mebuat fitnah setiap hari?Bagi rakyat biasa,ini menunjukkan apa yang ditulis dalam akbar pembangkang dan kenyataan mereka adalah benar dan apa yang dikatakan oleh BN adalah fitnah.

    ReplyDelete
  2. Sebab orang-orang UMNO dan BN malas nak naik turun mahkamah...banyak lagi kerja yang nak dibuat..lain la puak-puak pembangkang...banyak masa g mahkamah...

    ReplyDelete
  3. Kalu berani sangat bubarla dun p.pinang. Biasanya penipu akan mengata orang penipu. Jadi kalu dia kata pru paling kotor olih bn maknanya mereka la akan mengotorkan pru tersebut esp bila kalah. Tak de sebab pr bolih menang dulu pun tektik benci olih pembangkang dan sabotaj olih penyokong kerajaan. Kini tiada sebab nak sokong pr. Terbukti racist dan penipu besar. Dap parti racist, pkr parti tikam belakang dan pas jual agama.

    ReplyDelete
  4. parti yang bakal kecundang dalam PR 13 akan tuduh BN/UMNO main taktik kotor, rakyat dah dapat nilai kebenaran...jangan angan2 tinggi ,nanti jatuh masuk ICU.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.