HOT : RAMAI AHLI PAS YANG TERKEJUT SETELAH MENONTON VIDEO INI....



Dah la kantoi sebagai parti rasis yang anti Melayu..kini puak-puak DAP ni nak mengheret pula orang Islam supaya menerima 
pluralisme..Dengar baik-baik penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Fathul Bari mengenai 
pluralisme..Sebagai orang Islam..wajarkah kita masih menyokong perjuangan yang cuba dibawa oleh DAP??



Kenyataan pemimpin utama DAP...
The basis of DAP reaching out, engaging and co-operating with PAS in Pakatan Rakyast is not on Islamic state or hudud, but on the principles of promoting democracy, pluralism, cultural diversity, human rights, women’s rights and development in Malaysia. 

Translation: Asas DAP mendekati, melibatkan diri dan bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat bukan negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan di Malaysia.


Dan ini pula kenyataan balas pemimpin tertinggi PAS...
PAS tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.
Perkara itu dijelaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.

Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.

“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

“Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno 6.0 di Paka, semalam.

Majlis dirasmikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri pimpinan PAS Terengganu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu mendekati dan bekerjasama dengan PAS dalam PR bukan kerana negara Islam, tetapi atas prinsip galakan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak wanita dan pembangunan negara.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama PAS dan DAP berlaku atas titik persamaan dengan membiarkan hak masing-masing dalam perkara berbeza termasuklah soal hudud.

“Kita bersama-sama DAP dalam menentang kezaliman, menentang ISA, OSA, penyelewengan, ekonomi, rasuah. Itu sama, hudud dan kisas itu tidak sama.

“Bahkan kita kemukakan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu di mana kita buat kelonggaran yang diizinkan Islam, dengan orang bukan Islam boleh pilih mana undang-undang yang dia mahu,” katanya.
- Sinar Harian 
HOT : RAMAI AHLI PAS YANG TERKEJUT SETELAH MENONTON VIDEO INI.... HOT : RAMAI AHLI PAS YANG TERKEJUT SETELAH MENONTON VIDEO INI.... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:56 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Anda lihat dan faham bagaimana putarbelit seorang ulamak yang diberi sedikit ilmu keagamaan, kemudian diguna untuk menipu diri dan para pengikutnya.....
    Layaklah hj hadi ditentang hingga Allah berikan kemenangan kpd penegak agama.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.