Monday, December 17, 2012


Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, DAP kini dilihat mengamalkan sikap ‘budaya senyap’ bagi menutup dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap setiap isu atau persoalan yang dikaitkan dengan mereka.

Tegasnya DAP yang terkenal dengan sikap rasis, kroni dan pilih kasih dikatakan mengambil pendekatan ini kerana menyedari, rakyat mudah lupa sekiranya setiap isu yang mengaitkan mereka tidak dijawab atau terus dibiar tanpa jawapan.

“Setiap apa yang ditanya oleh rakyat, mereka akan diam… jika tidak mereka akan mencipta isu lain agar rakyat beralih perhatian dan seringkali UMNO yang menjadi kambing hitam mereka.

“Mereka akan mencipta isu untuk menyalah dan memburukkan UMNO juga Kerajaan. Dengan ini rakyat akan lupa terhadap isu berkenaan mereka. Itulah DAP… Mereka ini pengecut,” ujar Shabudin kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, DAP bukan sahaja sebuah parti rasis tetapi juga tidak bersikap demokrasi walaupun sering menuduh UMNO tidak mengamalkan sikap domokrasi dalam pentadbiran parti.

“Kita lihat selalunya pemimpin atasan sahaja yang akan bersuara… Pemimpin di peringkat bawahan langsung tidak berani bersuara… kalau bersuarapun hanya melalui surat khabar Cina… sebab itulah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka tidak dikenali oleh rakyat. Ini secara tidak langsung pula membuktikan mereka ini rasis.. DAP rasis, kroni dan kuku besi…,” ujar lagi.

Shabudin turut memberi contoh bagaimana pemerintahan DAP di Pulau Pinang merobohkan begitu banyak gerai-gerai kecil sehinggakan menutup periuk nasi para peniaga tetapi apabila melibatkan peniaga yang melibatkan kepentingan mereka semuanya bertukar kepada pembelaan.

“Di sini, jalan yang berhadapan Hotel Sunway setiap hari akan ditutup dari pukul 5.00 petang untuk memberi laluan kepada para peniaga yang ada hubungkait dengan kepentingan mereka berniaga… Tetapi mengapa untuk para peniaga lain perkara yang sama tidak dilakukan. Apa salahnya para peniaga kecil contohnya di pantai Queensbay diberi layanan yang sama. Biarkan mereka berniaga mencari rezeki.

“Pantai ini memang menjadi tumpuan pelancong… tetapi tidak… barangan dagangan mereka dirampas… periuk nasi mereka ditutup. Inilah sikap DAP yang terbukti rasis,” ujar Shabudin.

Ternyata sikap regim DAP memerintah semakin melampau dan ‘double standard’. Namun apabila mereka diserang oleh rakyat menuntut pelbagai jawapan kepada kelemahan dan kepincangan pemerintahan mereka, ‘budaya senyap’ akan diamalkan ataupun menuding jari kepada UMNO. - MediaUMNO

4 comments:

Anonymous said...

bersungguh2lah wahai wira2 melayu islam di penang utk membetulkan perkara yg tak betul ini, jagalah maruah agama dan bangsa kita

Mohdbustamam Bustamam said...

Wahai orang2 Melayu,ketahuilah oleh mu semua bahwa tiada yg lebeh baik untuk mu selain drp Unmo Dan BN untuk menerajui akan MALAYSIA tercinta ini,jangan kamu dikaburi hanya dengan sedikit gula2 yg ditabur oleh pembangkang kamu sudah lupa diri dan lupa asal usul kamu.Jangn lah kamu gadaikan maruah bangsamu hanya dengan sedikit kata mani pehak pembangkang....OLEH ITU INSAFLAH DARI SEKARANG....JANGAN GADAIKAN MARUAH BANGSAMU.

Anonymous said...

Aku ada kwan kt penang..dia ckp balik pulau dh smakin truk..pkr adun nya..hbs hutan bukit yg indah udah ditarah dgn entah apa tujuannya..xcaye korang pg2 la mlawat tgk ngan mata kepala sndiri..situ la kg n org melayu ramai..x lain x bukan nk halau mlayu kuar..n bgnkn bglo mewah n utk kroni jrrr.....bangun mlayu penang...dap pkr rasisss..

Anonymous said...

Rase le kome yg undi pilih yajuj n majud nie. Lupe ye kome 2 minggu kaum kome disembelih dikunte puak nie lepas jepun kalah?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.