HOT : PEMAIN BOLASEPAK MANCHESTER KAGUM DENGAN NABI MUHAMMAD SAW...




Penyerang kelab bolasepak gergasi dunia Manchester United, Javier Hernandez Balcazar atau yang lebih dikenali dengan nama Chicarito manyatakan perasaan kagumannya kepada baginda Nabi Muhammad SAW.Difahamkan, Chicharito merupakan pemain Mexico pertama yang diserap ke kelab gergasi Manchester United untuk Liga Perdana Inggeris.

"Saya bukan seorang Muslim, tetapi tokoh orang terbaik dalam pandangan saya adalah Nabi Muhammad," tulis Chicarito, di akaun Twitter-nya.

Dia bermain untuk pasukan kebangsaan Mexico pada tahun 2009, untuk Piala Dunia FIFA 2010 dan tahun Piala Emas CONCACAF 2011 yang lalu.Chicharito telah dinobatkan sebagai pemain paling berharga setelah berjaya sebagai penjaring terbanyak Piala Emas dengan 7 gol.

Walaupun pada masyarakat dunia yang bukan muslim sekarang ini sedang mengutuk dan tidak mengiktiraf kewujudan pemimpin islam Nabi Muhammad SAW, tetapi lain pula bagi Chicharito walaupun dia bukannya seorang Muslim. 

Saya sangat kagum mendengar berita ini dan berasa betapa rendahnya darjat saya walaupun seorang muslim yang memang asal dilahirkan dalam islam. Begitu besar kekagumannya kepada peribadi Nabi Muhammad SAW. Bagaimana pula dengan anda? -Rilexsantai
HOT : PEMAIN BOLASEPAK MANCHESTER KAGUM DENGAN NABI MUHAMMAD SAW... HOT : PEMAIN BOLASEPAK MANCHESTER KAGUM DENGAN NABI MUHAMMAD SAW... Reviewed by Empayar Pemuda on 3:47 PM Rating: 5

2 comments:

  1. tapi ada org pas perlekehkan nabi.. ape citer..

    ReplyDelete
  2. Mamat kampung jer......astarghfirullah.....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.