Friday, December 21, 2012


Dulu rakyat terutamanya ahli PAS tiada bukti yang Hadi Awang ni cakap tak seupa bikin kerana ramai yg beranggapan Hadi Awang ni pejuang Islam tulen..

Kerana keceluparannya menggunakan agama sebagai senjata politik pada masa tu...hasilnya sampai ada yang bercerai berai, sampai ada yang bersembahyang dua imam...

semuanya kerana benci dengan perlembagaan Malaysia yang diburuk-burukkan dan dikafir-kafirkan oleh Hadi Awang...

Sekarang bila temberang dia dah pecah...yang dulunya haram ..tapi sekarang dah dihalalkan...

Bagi EP kita sebagai rakyat Malaysia (terutamanya ahli UMNO) wajib tuntut supaya Hadi Awang meminta maaf dengan kenyataannya dan serangnya habis-habisan kerana lidah celaka dia lah ramai umat Islam negara ini menjadi sesat...

Bukannya sebab namanya dicadangkan menjadi Perdana Menteri bangang...

**Ada ke patut Ketua Penerangan PAS kata Pertubuhan Al-Arqam di serang habis-habisan  sebab mereka ada mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan  Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri dan bukannya sebab mereka menyebarkan ajaran sesat...



SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM.
Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.
Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan  Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang.
Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri.
Itulah yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri itu berjaya ditolak dengan munculnya cadangan ini.
Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden Pas pula. Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri akan menjadi sasaran serangan media BN.
Rakyat mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi berfikiran bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu hak eksklusif Umno sahaja di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat




4 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,Datuk Tuan Ibrahim kan seorang yang berilmu agama yang tinggi.Ingat akan seksa Allah.Jangan permainkan akidah hanya nak berkuasa.Tak takut ke balasan Allah nanti ?

I luv islam said...

anda adalah hamba ALLAH...takutlah pd janji ALLAH pembalasan kpd penfitnah dan penyokong pemimpin yg menolak islam,rasuah,membuat maksiat...anda yakin anda adalh hamba ALLAH?????DIA maha agung & maha mengetahui segalanya...siapa anda, niatt anda, pegangan&punca rezeki anda!!!!!!

Mohd Muhan bin Ismail said...

Perasan lebih

Anonymous said...

bodoh, mcm hadi mana boleh jd pm, perintah tgnu pun kelam kbut, tadika utk anak kecik pun dia tutup, pemimpin apa tu, muka pn tak nmpk mcm pemimpin, pemimpin yes no alright boleh la, tolak pas yeop,..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.