Friday, December 14, 2012


Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.

Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara.

"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan perkara-perkara tertentu dalam kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihan raya yang tidak seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi.

Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan peningkatan menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi penambahan pengundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia di Wilayah Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49 dan 44 peratus.

Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu, faktor tertinggi yang menyebabkan masih ramai golongan belia tidak mendaftar sebagai pengundi kerana tidak mempunyai masa dan benci kepada politik.

"Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses mendaftar dan tidak tahu di mana untuk mendaftar merupakan alasan kedua tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya. - Utusan


5 comments:

atuk ko said...

pastu, awat takut sangat nk buat PRU? hang semua kena kencing je la..

Anonymous said...

atuk ko..ikut suka PM la nak buat PRU bila..kalau yakin sgt, suruh khalid gagap tu bubar dulu dun selangor..

Anonymous said...

48 peratus, majoriti? 88 peratus di Sarawak je..

Anonymous said...

x saba saba nak tunggu pru 13.....mesti BN menang besar...yg puak pembangkang pulak x abes2 berangan nak jadi PM....tapi kat tempat diperintah macam taik...haloooo....jangan terbang tinggi sangat, nanti jatuh, sakit....hidup BN!!!
KELEMAHAN PUAK PEMBANGKANG:
1. kat kelantan dah la susah dapat air bersih,harapkan kerajaan pusat jugak
2. kat p.pinang habis tanah rakyat nak dijual
3. pkr- orang kuatnya dah la penah meliwat pastu bezina lagi..bile suruh sumpah laknat, x nak..ape maknenye tu?-halooo berani kerane benar takot kerane salah!!!
4. pas- baru-baru ni doakan kehancuran saudara seislam sendiri...name parti pas...keislaman tapi akal jengkel...sungguh memalukan...dah tu x nak mintak maaf...mcm tu ke org kuat islam...pakai kepiah bagai nak rak...x malu ke?
5. sebenarnye banyak lagi tapi malas naak taip...aku sebenarnya kesian dan geram kat org melayu yg dah tersalah buat pilihan...korang kan masing2 ade otak..memang la sume parti x perfect...tapi parti mane lagi yang pentingkan bumiputera, yang tahu nak stabilkan ekonomi negare. yang mendahulukan rakyat?korang pk la elok2 eah

Anonymous said...

Anon 8.30 ni ngapa bengap sangat,sape pulak takut nak buatpilihanraya,bila tiba masanya keluarlah mengundi.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.