Thursday, December 27, 2012



Inilah antara hasil kejayaan yang terbesar pernah dikecapi oleh manusia yang bernama Hadi Awang sebagai pemimpin PAS..memecahbelahkan umat Islam dengan menggunakan agama sebagai senjata politik bagi menyesatkan sebahagian besar puak-puak PAS terutamanya yang taksub pada ajaran Hadi Awang...

Selepas AMANAT keramat Hadi Awang diucapkan pada 7 April 1981, berlakulah pelbagai tragedi yang yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia...Bermula di Terengganu, sembahyang Tarawih dua imam dan solat Jumaat secara bergilir dalam satu masjid di Kampung Gong Pasir, Besut, perkara ini berlarutan ke 28 Masjid yang berlainan di seluruh Malaysia sehingga November 1999....


Bukan itu sahaja..Kesan AMANAT keramat Hadi Awang ini juga telah menyebabkan seorang anak sanggup DERHAKA pada ayahnya sehingga berlakunya kafir menkafirkan diantara anak beranak kerana berlainan pendirian politik...inilah realiti apa yang berlaku setelah amanat tersebut dikeluarkan..Umat islam berpecah belah disebabkan fatwa dan penyelewengan akidah yang dilakukan PAS...


Kesan daripada AMANAT keramat Hadi Awang juga, sehingga ke hari ini perebutan untuk menguasai masjid dan surau masih berlaku di seluruh Malaysia..Orang Islam semakin berpecah belah kerana membezakan agama mengikut fahaman politik sedangkan Allah ada berfirman " Berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama) dan janganlah kamu bercerai berai". Oleh itu umat Islam hari ini perlu sedar, siapakah sebenarnya angkara yang membawa umat Islam di Malaysia hari ini berpecah belah? Fikirlah fikirkan...


AMANAT HAJI ABDUL HADI AWANG
Pada 7 april 1981, Haji Abdul Hadi Awang telah berceramah di kampung banggol peradong, kuala Terengganu. Antara ucapan beliau ialah :

“SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAMKITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI, KITA TIDAK PAYAH MASUK KRTISTIAN, KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU, KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA, TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENYATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU”.

2 comments:

Anonymous said...

Memang betulpun kata-kata beliau... sehingga kini kerajaan UMNO BN hanya gah dengan syiar Islam sahaja bukannya syariat Islam itu sendiri. Islam di Malaysia hanya gah pada luarannya... tetapi dalamannya kosong. Kita menyuarakan yang betul dikatakan menentang kerajaan. Kita rakyat marhaen bukannya buta dan tuli dengan semua yang berlaku kini. Tak ada manusia yang tak membuat khilaf dan salah tetapi UMNO BN langsung tak mahu berubah.

Anonymous said...

Waktu Hadi berpeluk dengan Lim Kit Siang semua orang tahu Hadi dah buang amanat 1981 yang sangat berbisa itu. Kalau tidak, jatuh kafirlah Hadi dengan Amanat beliau sendiri. Mungkin Hadi dah minta ampun dengan Allah, manalah kita tahu.

Cuma kalau dia maklumkan kepada semua orang yang dia dah tak pakai amanat 1981, dia sangat menyesal dengan terbitnya amanat itu, dia rasa bersalah kerana ramai yang bercerai berai, anak buang ayah, ayah buang anak, adik beradik putus tali silaturahim, masyarakat tidak bersatu lalu sembahyang lain2 imam, orang ramai tentu rasa senang hati. Tinggi manapun serban kita, bukanlah lekeh sangat untuk mengaku salah dan minta maaf.

Walaupun begitu, kalau dalam lubuk sanubari Hadi, terdetik bahawa amanat itu sengaja dirangka untuk meraih undi dan sokongan, maka celaka besarlah Hadi dunia akhirat. Kesan amanat itu telah melukakan hati ramai umat islam tanah melayu. Sembahyang 2 imam adalah menafestasi kepada perpecahan umat, dan dialah penganjurnya. Bayangkanlah.

Tetapi kita apa peduli, dia hanyalah ahli politik, capai mikrofon untuk meraih undi. Dia tidak bertanggungjawab kepada tamadun / pembangunan / atau kesenggaraan umat islam. Dia yang namanya Hadi Awang akan terus capai mikrofon untuk meraih sokongan, sedangkan ditangan kita masing-masing ada hak / tanggungjawab mengundi.

Siapa kita nak undi, kita punya hal. Kita tak ukur kehebatan pemimpin dengan panjang serbannya atau banyaknya air liur yang bersembur waktu berceramah. Kita harus percaya kepada akal, budi, niat, hati. Kita undi dan berserah saja.



Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.