HOT : GUAN ENG GELABAH BILA DIAJAK BERDIALOG...



Pemuda BN Pulau Pinang mempelawa Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengadakan dialog bagi membincangkan isu penjualan tanah di Taman Manggis.

Timbalan Ketua Pemuda BN Shaik Hussein Mydin berkata penjelasan itu sangat diperlukan kerana isu itu berkait rapat dengan kepentingan rakyat miskin di negeri ini, di samping menimbulkan persoalan tentang integriti Lim dalam menguruskan penjualan tanah berkenaan.

"Buat dialog...supaya saya dan H'ng Khoon Leng (Naib Pengerusi Pemuda Gerakan negeri) yang dihantar surat untuk disaman oleh Lim boleh berdialog dengan beliau (isu Taman Manggis).

"Dialog itu mesti diadakan di hadapan media supaya saya dan wartawan boleh mengutarakan soalan. Ini kerana banyak sangat soalan saya dan BN berhubung isu itu yang beliau (Lim) belum jawab," katanya pada sidang akhbar di pejabat BN di Georgetown hari ini.

Akhbar melaporkan Shaik yang juga ketua Pemuda Umno negeri diminta supaya meminta maaf dan menarik kenyataan yang dianggap fitnah terhadap Lim yang dibuat pada 5 Okt lepas, dalam tempoh tujuh hari bermula semalam. Dia didapati mengeluarkan kenyataan ketua menteri itu menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) pada sidang media.

Shaik berkata jika pada dialog itu ketua menteri dapat buktikan bahawa dirinya tidak menerima rasuah sepertimana kenyataan beliau (Shaik) sebelum ini, beliau bersedia meminta maaf secara terbuka.

"Tetapi jika ketua menteri gagal, Lim perlu membuat pengakuan secara terbuka dan saya beri ketua menteri tempoh seminggu untuk membuat keputusan dialog itu akan diadakan bila dan di mana," katanya.

Sebelum ini, Shaik dilaporkan sebuah portal berita, membuat kenyataan ketua menteri menerima suapan daripada KLIDC bagi membolehkan KLIDC memenangi tender bagi membina sebuah hospital di Taman Manggis.

Isu Taman Manggis hangat diperkatakan sebelum ini apabila BN meminta daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak itu bagi membina rumah orang miskin.

Pada masa sama, KLIDC juga dikatakan berhasrat membeli tanah berkenaan untuk membina sebuah hospital swasta. 
-Bernama

** Beranikah Guan Eng sahut cabaran Pemuda BN Pulau Pinang untuk  berdialog??...
HOT : GUAN ENG GELABAH BILA DIAJAK BERDIALOG... HOT : GUAN ENG GELABAH BILA DIAJAK BERDIALOG... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:04 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.