Tuesday, December 18, 2012


Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah satu insiden yang saya saksikan sendiri dengan kepala dan mata saya dan oleh kerana saya telah menyaksikannya sebanyak dua kali, jadi saya tidak dapat menerimanya sebagai suatu kebetulan.

Insiden ini berlaku di Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur pada 14 November yang lalu pada lebih kurang jam 11 malam ketika saya sedang dalam perjalanan ke stesen minyak Petronas yang terletak di hujung jalan berkenaan.

Ketika saya semakin menghampiri simpang lampu isyarat di jalan tersebut, saya terlihat kelibat sepasang suami-isteri yang masing-masing sedang mendukung anak kecil yang sedang nyenyak tidur di bahu mereka.

Di tepi mereka, terdapat sebuah motosikal yang pada andaian saya adalah milik mereka.

Apabila mereka menahan setiap kenderaan yang lalu lalang itu situ agar berhenti andaian saya ialah sudah tentulah motosikal mereka pancit dan memerlukan bantuan.

Tetapi Oleh kerana saya memandu agak laju dan mereka menahan di dalam gelap, saya telah terlajak ke hadapan dan niat di dalam hati ialah untuk berpatah balik ke situ untuk bertanya apa yang berlaku sebaik sahaja saya selesai mengisi minyak.

Malangnya, apabila saya kembali ke tempat kejadian itu semula, saya dapati mereka telah tiada. Begitu juga motosikal mereka yang kelihatan seperti pancit itu.

Dua minggu kemudian iaitu pada 28 November, kebetulan saya sekali lagi melalui jalan tersebut pada lebih kurang jam 11.30 malam untuk ke stesen minyak yang sama. Kali ini di dalam hujan yang sangat lebat.

Alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat pasangan yang sama juga sedang mendukung anak kecil bersama motosikal mereka di tepi jalan di tempat yang sama saya melihat mereka dua minggu yang lalu.

Mereka sedang menahan kenderaan yang lalu lalang di situ.

Hati saya berkata-kata tidak mungkin, pasangan yang sama mengalami musibah yang sama, di tempat yang sama dan di jalan yang sama, pada waktu yang lebih kurang sama untuk kali yang kedua.

Saya memperlahankan kenderaan dan mendapati anak kecil mereka nyenyak tidur dalam hujan yang lebat seolah-olah ia tidak sedikit pun menganggu konsentrasi mereka.

Saya ingin berhenti tapi hati saya berdebar-debar khuatir. Khuatir bukan kerana menyangkakan mereka adalah jembalang tetapi kerana khuatir mereka ini merupakan sebahagian daripada sindiket penipuan yang cuba memperdayakan orang ramai supaya berhenti dan membantu mereka tetapi sebenarnya mereka berniat hendak merompak orang awam.

Mereka mungkin meraih simpati orang awam agar menumpangkan mereka menuju ke suatu tempat dan setibanya di situ, sudah ada geng yang menanti untuk merompak anda.

Jika inilah sebenarnya motif mereka, maka saya ingin menyeru orang ramai agar berhati-hati jika terlihat kelibat pasangan ini di tepi jalan sedang menahan kereta anda supaya berhenti.

Mereka mungkin menggunakan khidmat dua orang budak kecil sebagai 'umpan' untuk anda berhenti kerana simpati. - Mat Ben,KL

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.