HOT : BUKTI NYATA GUAN ENG NAK PERBODOHKAN ORANG MELAYU...



Saya terpanggil untuk berkongsi luahan rasa hati atas apa yang berlaku sejak kebelakangan ini apatah lagi politik pakatan pembangkang penuh dengan penipuan, sandiwara dan plastik semata-mata. Ambil contoh mudah… bagaimana mungkin bangsa seseorang itu boleh ditukar sesuka hati sebagaimana dibayangi dengan nama sahaja kerana itu tidak mungkin berlaku.
Apabila ilmuan Dr. Ridhuan Tee bercakap soal Islam dan bangsa biarpun beliau sememangnya berbangsa Cina, maka pelbagai cercaan dan hinaan yang dilemparkan kepada beliau khususnya oleh anggota DAP sendiri.
Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah DAP juga turut menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang ‘convert’ atau memeluk agama Islam.
Dr Ridhuan Tee adalah pendakwah bebas yang tidak pernah mengatakan pendirian politik beliau, malah barangkali beliau juga mengundi pakatan pembangkang pada PRU lepas namun, beliau dikecam oleh pemimpin pembangkang kerana memperjuangkan agama Islam agama yang dianuti, ditambah pula ia amat bertentangan dengan agenda pembangkang khususnya DAP.
Malangnya, Zairil Khir Johari yang dilantik dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini dicanangkan sebagai berbangsa Melayu dan diperbesar-besarkan cerita kononnya beliau adalah pemimpin Melayu yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada DAP.
Inilah penipuan yang wujud sedangkan realitinya, Zairil langsung tidak berdarah Melayu. Janganlah hanya kerana berbapa tirikan Allahyarham Khir Johari maka ia digunakan sebagai satu alat menarik sokongan orang lain.
Apakah dengan hanya menggunakan nama Melayu sudah dianggap berbangsa Melayu sedangkan realitinya Zairil sendiri gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik dan entahlah pula dengan kehidupan hariannya yang lebig bercirikan Melayu atau sebaliknya….
Strategi DAP telah terserlah untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan menggunakan nama-nama Melayu sebagai menutup kelemahana mereka dan cuba menarik bangsa Melayu sendiri agar menyokong perjuangan mereka.
Dalam masa yang sama, terasa pula DAP mahu memperbodohkan orang Melayu, terasa terhina dengan tindakan sedemikian….UMNO Online
HOT : BUKTI NYATA GUAN ENG NAK PERBODOHKAN ORANG MELAYU... HOT : BUKTI NYATA GUAN ENG NAK PERBODOHKAN ORANG MELAYU... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:16 PM Rating: 5

2 comments:

  1. bila baca artikel ni... dah sah penulis sangat perkauman....

    ReplyDelete
  2. Bukan sgt perkauman tp itulah kenyataan nya...org melayu harus sedarrrrr.......dap ajak mca gerakan bersatu kerana ekonomi mereka telah konkerr dgn menampal sticker sekitar penang dlm bahasa cina..jgn igt org melayu tak faham tulisan cina...tu lg tak nk sedor melayu dlm pas pkr dn jgk dap...jika melayu islam bersatu mmg msia kita konker..igt pengguna n pembeli adalh org melayu....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.