Thursday, December 20, 2012



Betulkah dakwaan beberapa laman web mengatakan Azad Jasmin telah dilaporkan bergaduh dengan beberapa oranglelaki dua minggu lepas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Dalam pergaduhan tersebut seorang lelaki didakwa mengalami kecederaan dikepala serta dikenakan lima jahitan dan dua jari kirinya patah sebelum mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).  Lelaki tersebut juga dikatakan telah membuat laporan polis.
Namun demikian, Azad Jasmin telah membuat satu kenyataan didalam Harian Metro berkaitan kes tersebut. Menurut Azad, beliau hanya mempertahankan diri dari diserang oleh empat orang lelaki.
Beliau juga menafikan memulakan pergaduhan terbabit, sebaliknya beliau terlebih dahulu diserang oleh lelaki tersebut dikepala sehingga mengalami luka.  Kejadian berpunca apabila lelaki tersebut melanggar keretanya dari belakang sebelum turun dan mengetuk cermin keretanya.
“Saya hanya mempertahankan diri. Ketika itu saya mahu mengundur kereta selepas membelikan makanan kerana isteri yang sarat mengandung sembilan bulan mengidam makan nasi kandar.
“Bagaimanapun, ketika itulah kereta dinaiki lelaki terbabit melanggar belakangkereta saya dan terus turun mengetuk cermin kereta saya kerana tidak berpuas hati,” katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya turun dari kereta untuk menyelesaikan hal berkenaan tetapi secara tiba-tiba dia dihampiri rakan-rakan lelaki berkenaan yang terus menyerangnya.
“Ketika itu saya diserang hingga terjatuh dan luka dikepala membuatkan saya terpaksa mempertahankan diri dengan mencapai sebatang besi dan menghayunkan ke arah mereka. Saya terpaksa berbuat begitu kerana mereka berempat”, katanya yang terpaksa menerima lima jahitan di kepala akibat serangan tersebut.
Dalam pada itu, Azad dilaporkan turut membuat laporan polis. Azad yang juga suami kepada aktres Eira Syazira ni mengakui mengenali salah seorang daripada lelaki yang menyerangnya. – Info Artis @Forblogger.net

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.