Friday, December 7, 2012


Menarik apa yang diperkatakan oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semasa menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita... 

Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.

Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.

"Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.

“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.

“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.

Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.

“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.

** Pedih..tapi itulah kenyataannya...Mahu ke Anwar dan DAP terima teguran ini dengan hati yang terbuka??

2 comments:

Anonymous said...

TA setuju sangat apa yg bekas KPN politik malaysia makin teruk sekarang ni tapi kenapa jadi begitu kenapa jadi begini kenapa tak jadi macam ini apa saja yg berlaku kita rakyat malaysia perlu ambil perhatian berat hal ini dah malampau terlanjur kita perlu buat undang undang keras.Habis PR habis cerita politik kalu ada juga tangkap sumbat dalam.... dlm mana ya isa dah tak ada kurung dalam rumah supaya dia tak boleh keluar jumpa orang ramai, kerana org politik ni ada satu penyakit tak boleh jumpa orng bila jumpa mula nak bercakap tak kira betul ke salah cakap dia.

robertocarlos said...

Kalau dua2 belah pihak diberi peluang sama rata dgn liputan media yg adil tak perlu pembangkang nak ceramah sana sini.. dah la hari2 kena hentam, bukan setakat nk menjawab, tunjuk muka pun RTM, TV3 tak berani.. pelik la demokrasi malaysia ni.. tak telus macam di negara2 asean yg lain.. semua BN control..
http://simplebisnes.com/Danisanin

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.