HOT : AMARAN UNTUK GUAN ENG - JANGAN MAIN API PASAL KALIMAH ALLAH...


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan tidak "melintasi sempadan" apabila menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan ALLAH, namun situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang, umat Islam akan melihat kenyataan Guan Eng ini sebagai ofensif dan provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika gagal dikawal.

“Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk United Kingdom (UK) dan Vatican City di Itali tidak menggunakan ALLAH untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama ALLAH ini.

“Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah di skrip menggunakan ALLAH bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas berkata, Kerajaan digesa membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Selain itu, Dr Zaharuddin turut menegaskan tidak bersetuju apabila dipisahkan nama ALLAH kepada pengertian lughah iaitu merujuk kepada tuhan umum dan ALLAH secara istilah yang merujuk kepada ALLAH yang disebut dalam Surah al-Ikhlas.

“Umat Islam hanya merujuk al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, Bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

“Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini,” katanya.

Kata Dr Zaharuddin lagi, oleh itu penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan.

“Kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara Arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian? Fikirkan, diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya,” katanya.

Katanya lagi, Guan Eng seharusnya membangkitkan isu melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini.
HOT : AMARAN UNTUK GUAN ENG - JANGAN MAIN API PASAL KALIMAH ALLAH... HOT : AMARAN UNTUK GUAN ENG - JANGAN MAIN API PASAL KALIMAH ALLAH... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:08 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Inilah taktik gerakan gereja di negara jiran yang mudah memurtadkan jutaan mantan Muslim/Muslimah dek kemiskinan dan longgarnya keimanan.

    Bilamana mereka bebas menggunakan kalimah Allah, maka Kalimah Bismillah Hirrahman Nirrahim disamakan dengan kepercayaan 'Triniti' mereka.

    Perang sabilillah pun yang sanggup untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah.

    ReplyDelete
  2. ngaji bagi habis dulu, yop.. dulu sebelum zaman rasulullah dah digunakan kalimah Allah.. apa yg hang semua ni kalut dan tak berakai.. dan tidakkah Allah adalah Tuhan sekalian makhluk?

    ReplyDelete
  3. DAP akan pecah belahkan melayu dalam PRU13. Kalau Hadi dan Nik Aziz pandang ringan isu ini, memang sah serban hadi dan nik telah diikat dikangkang DAP. Anwar tak akan kata apa-apa, fahaman liberalisma konon!!

    Melayu harus bersatu.... dalam UMNO, kerana itu sajalah wadah.

    ReplyDelete
  4. Negara terbesar Kristian pun xguna nama Allah.. kenapa Puak2 Bodoh Islam PR bersungguh2 nak pertahan nama Allah digunakan oleh Kafir Harbi.. memang haram jadah la PAS+PKR...

    zoRRo...

    ReplyDelete
  5. atuk ko:... memang tepat Allah adalah Tuhan sekelian makhluk bumi dan langit. Tapi bila Guan Eng guna Allah dalam ucapan, atau orang kristian guna Allah dalam tulisan, mereka bukan maksudkan Allah yang Nik Aziz, Hadi, Anwar, Dr Mahathir, Najib, serta semua orang Islam maksudkan.

    Orang Kristian masih anggap God ada anak, namanya Jesus. Mungkin dalam dunia sekarang ramai orang Islam selesa melihat/ mendengar / membaca ayat yang mengguna kalimah Allah dalam pemahaman penganut Kristian, itu saya tak tahu. Kalau orang Kristian boleh guna Allah, nanti akan tertulislah dan terdengarlah dimana-mana, ayat-ayat sebegini " Allah ada anak namanya Isa".

    Nanti akan ada risalah yang mengajak anak-anak muda ke dewan ABACUS mendengar ceramah "Mengenal Allah" tajaan NGO Pencinta Allah. Tenguk-tenguk penceramah adalah paderi.

    Biarlah hal agama ini berasing-asing, usah dilonggok dalam kelambu yang sama. Takut kita tak tahu mana satu hak dia, mana satu hak kita. Takut kita terpeluk hak orang....

    Itu sebab Dr Haron Din yang masih belum pandai gaul ilmu politik dengan ilmu agama tak suka penggunaan Allah oleh orang Kristian. Tapi nampak gayanya dia keseorangan dalam perjuangan ini. Hadi / Nik Aziz buat pekak badak dan bisu kerana sedap makan gulai "politik campur agama" dan hisap candu "KUASA".

    Wallahualam. Saya bukan ustaz / ustazah, saya hanya orang biasa.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.