Tuesday, November 6, 2012

WAKE UP CALL FOR BARISAN NASIONAL...??



Parti Keadilan Rakyat telah mula menyebarkan poster-poster yang menonjolkan pemimpin mereka Anwar Al-Juburi bersama Kak Jijah. Dari segi artwork, aku dapati poster mereka BISA menyentuh perasaan rakyat walaupun hampir setiap hari ada sahaja masalah moral yang timbul dikalangan PKR. Isu moral Anwar dengan nafsu luar biasanya, Kak Jijah dengan berselindung dengan penampilannya, malah anak kesayangan mereka Nurul Izzah dengan isu 'Melayu sepatutnya BEBAS beragama'.. 


Harga minyak turun, harga kereta turun, PTPTN, kestabilan masa depan anak-anak, keselamatan keluarga merupakan antara motto yang diletakkan. Kepada yang penyokong tegar Barisan Nasional, kita mungkin akan berasakan jelek dengan aksi-aksi posing Anwar di dalam poster tersebut. Kita BUKAN sasaran mereka. Sasaran PKR adalah pengundi baru, pengundi atas pagar, rakyat kelas pertengahan, miskin tegar bandar. Golongan-golongan sebegini yang mahukan kemajuan dalam kehidupan mereka. Golongan yang gajinya begitu payah mencapai angka RM1500 sebulan termasuk overtime bagai nak gila.

Suka atau tidak propaganda PKR kali ini bisa memancing keprihatinan pengundi di luar sana. Ini baru gambar pemimpin mereka. Kreativiti pereka grafik dalam menghasilkan poster PKR ini aku puji..pandai 'mencetuskan perasaan'. Bayangkan tatkala PRU13, hampir kesemua yang bertanding atas tiket PKR juga akan mempunyai poster yang sama. Tak lupa juga Pihak Berkuasa Tempatan didalam negeri jajahan mereka, sudah pasti akan dipaksa memberikan kebenaran 'khas' untuk menaikkan kempen mereka di billboard jalan-jalan negeri. Billboard, papan kenyataan pangsapuri, flet PPRT, dicermin kereta, peti surat flet akan menjadi sasaran mereka menyebarkan poster maut ini. Bayangkan..



Memang akan ada dikalangan Pro-Kerajaan akan berkata, 'aku pun boleh design macam tu untuk BN malah lagi gempak!', persoalan aku mudah..kenapa ko tak buat? tunggu kepala agong turun baru nak buat?-WadahKelanaJaya

4 comments:

Anonymous said...

persoalan yg dilontarkan amat nenarik dan perlu direnungkan oleh pucuk kepimpinan umno termasuk diperingkat bahagian dan juga cawangan. Sejauh mana gerak kerja tlh dijalankan, sedangkan masih ada PDM yg blm mempunyai bilk gerakan PDM. persoalannya .....ketua bahagian yg ada lebih minat berusaha dlm melobi menjadi calon dan bukannya utk memenangkan BN....Tepuk dada tanya selera???

Anonymous said...

Ketua bahagian tgh sibuk kira duit untung projek..kalau buat gerak kerja pun sekadar melepas batuk di tangga..buat program syok sendiri...

Anonymous said...

wake up!wake up! wake up!umno tolol...tau duit,perempuan,judi,arak jer..

Anonymous said...

jgn risau...pengundi hantu kan ramai...bn mesti menang punya...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.