VIDEO PANAS : USTAZ ASRI TAK BERANI NAK PERTAHANKAN DOA PAS....





Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, doa yang bertujuan menghancurkan sesama Islam adalah satu perbuatan bidaah dan haram dari segi hukum.

Harussani berkata, doa yang menuduh orang lain sebagai kafir juga satu tuduhan fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan.

Menurutnya, perbuatan sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu sendiri menjadi kafir dan perlu bertaubat.

“Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir, jadi dia kafir. Kena bertaubat. Selain itu, tuduhan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas yang kukuh juga adalah satu fitnah.

“Selagi kita mengucap dua kalimah syahadah, kita boleh menyampaikan pendapat demi mempertahankan Islam. Bagaimana kita boleh menjatuhkan hukum murtad kepada orang lain?” katanya.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas pembacaan doa yang diketuai adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Jumaat lalu.

Sementara itu, Harussani menyatakan kekesalan dengan Pas yang menjadikan perbezaan pendapat dalam politik sebagai satu kebencian sehingga sanggup bertindak melampaui batas dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak munasabah kepada pihak lain.

Katanya, perbuatan sedemikian dibimbangkan boleh menyebabkan penyelewengan dalam kalangan umat Islam kerana ia dilakukan oleh seorang pemimpin berpengaruh.

“Dalam hadis sendiri ada menyebut mengenai penyelewengan orang alim kerana dia (orang alim) ada pengaruh dan pengikut.

“Jika perbuatan itu (mendoakan kehancuran dan menuduh orang lain murtad) dibuat secara penyelewengan, kaki (ahli) yang memuja dia mesti menyokong,” katanya.
VIDEO PANAS : USTAZ ASRI TAK BERANI NAK PERTAHANKAN DOA PAS.... VIDEO PANAS : USTAZ ASRI TAK BERANI NAK PERTAHANKAN DOA PAS.... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:45 PM Rating: 5

11 comments:

  1. Persoalan yang mudah tapi cuba diputarbelit kononnya ada ilmu tinggi. Benarla kalau dianiaya atau dizalimi kita berdoa kepada Allah supaya tunjukan kebenaran. Tapi doa geng pas adalah jelas untuk politik dan nak menghancurkan perpaduan sesama Islam. Bertaubatla selagi masih ada waktu.

    ReplyDelete
  2. Ala MAZA ni bukan berani pun, lepas kena belasah minggu lepas masa sokong Izzah terus senyap malu...la ni nak sokong kena bisikx takut orang lain tahu..pi raaaa

    ReplyDelete
  3. PAS perjuang nak dapatkan royalty kaa sampai doa musnah sesama islam

    ReplyDelete
  4. aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  5. Pasal royalti minyak pun nak doa kemusnahan org lain...hati punye lah busuk...mcm2 pusing pulak dah

    ReplyDelete
  6. Apabila sijahil dan bangang berbicara maka jadilah ceritani macam bloger dan kuncu2nya,,,haramjadah dan anakharam.pelax tak cukup makan.

    ReplyDelete
  7. sebagai orang islam kita sepatutnya mendoakan kesejahteraan untuk semua ... kenapalah orang pas itu tidak berdoa "Ya Allah ya Tuhanku engkau masukanlah iman dan tauhid kepada seluruh pemimpin dap dan ahli-ahli mereka agar mereka semua menerima Islam sebagai agama yang menjadi pegangan dan amalan mereka. engkau sinarlah iman dan tauhid kepada pimpinan pkr dan ahli pkr yang masih belum islam agar mereka mencintai dan beramal dengan amalan islam yang sebenarnya. engkau kurniakanlah iman dan islam kepada seluruh ketua dan sayap parti kami iaitu dppp agar mereka mereka menerima islam sebagai pegangan dan amalan mereka ... ya Allah seterusnya pertingkatkanlah iman dan amalan islam kami agar kami dapat melaksanakan amanah dan perentah kamu dengan sempurna ... maka dengan seluruh kekuatan islam dan iman yang engkau berikan kepada pimpinan dan ahli dap ... pimpinan dan ahli pkr ... pimpinan dan ahli dppp maka mudahkanlah bagi kami melaksanakan cita-cita kami menegakkan hukum Mu di bumi bertuah ini agar menjadi contoh terbaik kepada umat manusia pada masa ini" ... alangkah indahnya bunyi doa itu ...

    ReplyDelete
  8. Tidak tepat mklmt itu saudara yg sebenarnya doanya brbunyi lebih kurang memohon agar dimasukkan hidayah kepada mereka dan sekiranya mereka (pihak pemerintah) masih degil maka dihancurkanlah agar islam yg syumul trtegak spnuhnya krn nasihat sdh tdk didengar, degil.

    ReplyDelete
  9. Parti PAS nih telah berjaya di Syiah kan oleh Mat Sabu.. Tahniah2.. Makin lama.. Makin terbuka pekung yg membusuk.. DAP ganti PAS..

    zoRRo...

    ReplyDelete
  10. Doa adalah senjata bagi org2 yg benar2 beriman atau org2 yg benar2 dekat dengan wujud Allah SWT. Sekiranya puak munafik mengunakan senjata tersebut maka Allah SWT akan menBALIKkan senjata tersebut kpd situkang doa tersebut, maka terjadilah SENJATA MAKAN TUAN.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.